Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

SK LELAKI JALAN BATU


PADA 14 OKTOBER 2017

1. PENDAHULUAN

Program Gotong-royong Perdana 2017 telah dijalankan pada 14 Oktober 2017


bertempat di SK LELAKI JALAN BATU dan melibatkan semua guru-guru, ibubapa dan
murid-murid. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan
kawasan sekolah supaya ianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa
untuk murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti.

Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan
ibubapa selain meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya,
guru-guru dan ibubapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan
masing-masing untuk membantu sekolah mencapai kecemerlangan.

Murid-murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui
peningkatan kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan
lebih prihatin dan bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Antara aktiviti dijalankan ialah membersihkan longkang di persekitaran sekolah.


dilakukan . Aktiviti tersebut dapat melancarkan aliran air yang melalui kawasan sekolah
.Longkang kelihatan tidak tersumbat lagi setelah dibersihkan. Selain itu sebagai satu
usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi
kesan kepada murid khususnya yang berada di sekolah.
Kawasan kolam juga telah dibersihkan. Kerja mencantik kolam dilakukan
dengan meletakkan pasu-pasu bunga. Pokok markisa juga diletakkan pada binaan kayu
di kolam. Membersihkan sampah di sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya
kawasan tapak perhimpunan. Kawasan belakang dewan juga diberi penekanan.
Kawasan ini seringkali menjadi tumpuan binatang liar dan berbisa seperti musang dan
ular memandangkan wujudnya pokok-pokok yang besar berusia puluhan tahun serta
belukar.Pokok besar tersebut ditebang atau dipangkas dahannya supaya habitat
binatang liar ini dapat dikawal bagi mengelakkan pembiakan terus berlaku. Kawasan
belukar pula akan dibersihkan secara menyeluruh.

Setiap bilik khas dibersihkan dan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari
ibu bapa disamping dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk
membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.
2. ATURCARA PROGRAM

08.30 pagi pendaftaran

09.00 pagi taklimat gotong-royong

10.30 pagi Acara gotongroyong dimulakan

12.00 tgh hari Cabutan bertuah

12.30 tgh Bersurai

3. SKOP AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA

1) Memasukkan tanah ke dalam pasu dan polibag bagi program bumi hijau.

2) Ceriakan bilik Guru

3) Menceriakan kelas landskap sekolah

4) Memotong dahan pokok yang tua

5) Membuang peralatan yang telah rosak

4. PERALATAN

1) 1 Lori Tanah

2) 100 polibag hitam (30cm / diameter)

3) Pasu bunga

4) Alatan berkebun
5. GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Pendaftaran
6. PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan lancar. Semua


yang hadir telah memberikan komitmen yang baik. Namun begitu, hanya seramai lebih
kurang 30 org ibubapa sahaja yang hadir menyertai program ini. Pihak sekolah perlu
memainkan peranan untuk menarik minat ibubapa untuk menyertai program seumpama
ini pada masa akan datang.

Semua ajk pelaksana telah melaksanakan tanggungajawab mereka dengan baik


dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
menjayakan program ini.

Terima kasih.

Disediakan oleh, Tarikh : 25 OKTOBER 2017

.
(Nur Aliaa Ajlaa Binti Muhammad)

Anda mungkin juga menyukai