Anda di halaman 1dari 10

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana


Peringkat Sekolah

12 Ogos 2017

Anjuran:

SK (L) JALAN BATU

Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)
SK (L) JALAN BATU
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam


memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan
bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah
merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap


kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan
ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu satu kertas kerja telah dirangka untuk menganjurkan
satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat
yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid
tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik
darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan
sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama
pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan dijemput hadir untuk
memberikan sumbangan dari segi tenaga kerja dan peralatan.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta komuniti
setempat dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi
serta mencapai matlamat program.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid,
ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan
sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang
telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 30 september 2017 (Sabtu) ladap 7


Tempat : Kawasan sekitar SK (L) JALAN BATU
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang

 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan


aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu
sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang
dikhuatiri akan memberi kesan kepada murid khususnya yang berada di
sekolah.

4.2 Kolam

 Kolam ikan yang terletak di tepi tapak perhimpunan sekolah merupakan


kawasan tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah .

 Cadangan supaya kawasan kolam ikan ini dibersihkan dan dilakukan kerja
mencantikkannya dengan meletakkan pasu-pasu bunga.
 Cadangan menanam pokok markisa pada binaan kayu di kolam.

4.3 Tapak perhimpunan dan koridor bangunan

 Membersihkan sampah di sekitar koridor bangunan di tingkat dua.


Seterusnya kawasan tapak perhimpunan.

4.4 Belakang dewan dan Pra Sekolah (bantuan pihak DBKL)

 Kawasan ini seringkali menjadi tumpuan binatang liar dan berbisa seperti
musang dan ular memandangkan wujudnya pokok-pokok yang besar
berusia puluhan tahun serta belukar.

 Cadangan supaya pokok besar tersebut ditebang atau dipangkas


dahannya supaya habitat binatang liar ini dapat dikawal bagi mengelakkan
pembiakan terus berlaku.

 Kawasan belukar pula akan dibersihkan secara menyeluruh.

4.5 Bilik-Bilik Khas

 Setiap bilik khas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu
bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari
beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang
telah ditetapkan.

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

KETUA DAN KUMPULAN YANG


BIL. KAWASAN
TERLIBAT
Foyer
1. En. Mohd Rifdi Zaman (K)
1.Pembersihan longkang
2. Pn. Fa’izah bt Abu Nor
1. sekitar foyer.
3. Cik Rosnita bt Osman
2.Pembersihan kawasan
sekitar.
Tapak perhimpunan

1. En. Kamarul Aizat (K)


1.Pembersihan longkang
2. Pn. Hasmawati
2. sekitar tapak perhimpunan.
3. Pn. Noorul Aini
2.Pembersihan kawasan
sekitar.

Padang

1. En. Hendra (K)


1. Pemangkasan pokok.
3. 2. En. Ahmad Bin Rasi
2.Pembersihan kawasan
sekitar.

Belakang dewan
1. En. Mohd Faqih Hadhari (K)
4. 1. Pemangkasan pokok. 2. En. Amirul
2.Pembersihan kawasan 3. Cik Norshafida
sekitar dewan.
Taman Botani PPKI
Pn. Rohayu (K)
1. Tanaman pokok bunga.
5. Pn. Suriati
2.Pembersihan kawasan.
Pn. Noor Hafizah

Makmal Sekolah Pn Aliaa Ajlaa (K)


6. 1. Pembersihan bilik Cik.Nang Hajar Nabihah
makmal.
Pusat Sumber Sekolah
Pn. Junaidah (K)
1. Pembersihan pusat
7. En A Manimaran
sumber sekolah.
Pn. Che Sapinah

Tangga di tandas PPKI


Pn. Hazila (K)
1. Pembersihan di bawah
8. En. Mas
tangga.
Pn. Rozita
2. Keceriaan cat tangga.
Sekitar bangunan
1. Pemangkasan pokok En. Syafiq
9.
pada dinding sekolah.
2. Pembersihan kawasan.

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
7.30 pagi Sarapan pagi
Bacaan doa/ taklimat program (agihan
8.00 pagi
tugas dan alatan mengikut kumpulan)
8.30 pagi Gotong royong perdana
11.30 pagi Makan tengahari
12.30 Tengahari Bersurai

8.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM1,000.00
b) Keperluan pembiayaan/sumbangan = RM1,000.00
Jumlah Keseluruhan = RM2,000.00

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Murid = 30 orang
b) Ibu bapa = 40 orang
c) Guru = 45 orang
d) Sukarelawan = 20 orang
e) Anggota DBKL = 15 orang
__________
Jumlah = 150 orang

9.1 Makan dan minum


a) Sarapan = Bihun goreng ( 150 orang x RM3.00 = RM450.00)
= Air Teh (150 orang x RM1.00 = 150)
Jumlah RM600
b) Makan Tengahari = Nasi ayam ( 150 orang x RM5.00 = RM750.00)
= Sirap (150 orang x RM1.00 = RM 150)
Jumlah RM900

Keseluruhan : RM600 + RM900 = RM 1,500

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,500

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah


(RM)

1. Sarung Tangan 50 unit x RM2.50 125.00

2. Plastik sampah 10 unit x RM8.00 80.00

3. Berus Cat 10 unit x RM2.00 20.00

7. Cat 6 unit x RM45.00 275.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM500.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN


(Makanan + Peralatan)

RM1,500 + RM500.00 = RM2,000.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : En. Jamaludin B Mohd Hashim


Pengerusi : En. Musmuliadi B Samaes
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norziha Bt Othman
Naib Pengerusi 2 : Pn Fadhilah Bt Rosli
Naib Pengerusi 3 : Cik Haszanarita Bt Hasim

Penyelaras : En Jeffri B Mohaman hamidi


Taklimat program : En Musmuliadi B samaes

Buku Program : Cik Nang Hajar

Makanan : En Aizat B Kamaronzaman


: Pn Rohayu Bt Sulong

Hadiah : Pn Hazila Bt Makhtar


: Pn Che sapinah Bt Che Othman

Pendaftaran : Pn Noorul Aini Bt mat Hussin


: Cik Natasha

Peralatan : En. A. Manimaran A/L K. Anjan


: En Jeffri

PA System : En Mohd Faqih Hadhari B Mohd Hanapi


Dokumentasi : Pn. Nur Aliaa Ajlaa Bt Muhammad

Fotografi : Pn. Suriati Bt Mohamad

Disiplin/Keselamatan : Semua guru

Disediakan oleh

………………………………..……….
(MOHD JEFFRI BIN MOHAMAN HAMIDI)
Penyelaras Gotong Royong,
SK (L) Jalan Batu

Disemak oleh

………………………………..………………..
(EN. MUSMULIADI BIN SAMAES)
GPK KOKO,
SK (L) Jalan Batu

Disahkan oleh,
………………………………..………………..
(EN. JAMALUDIN BIN MOHD HASHIM)
Guru Besar
SK (L) Jalan Batu

Anda mungkin juga menyukai