Anda di halaman 1dari 4

Laporan Aktiviti Gotong-Royong

Persatuan Alam Sekitar sekolah anda telah menyertai suatu aktiviti secara
bergotong-royong untuk membersihkan sebatang sungai. Aktiviti ini diadakan
bersama-sama dengan penduduk kampung anda. Tulis laporan lengkap tentang
aktiviti tersebut.

Pendahuluan –

menyatakan tarikh, masa dan tempat aktiviti diadakan - jumlah ahli persatuan
yang terlibat

Isi-Isi

(a) penerangan diberikan oleh wakil penduduk - langkah-langkah keselamatan

(b) ahli dipecahkan kepada beberapa kumpulan - diketahui oleh seorang penduduk
kampung - setiap kumpulan berbeza tugasnya

(c) ahli persatuan diberi tugas mengumpulkan sampah - dipungut dan dimasukkan
ke dalam beg plastik hitam - ditanam

(d) kaum ibu turut sama menyediakan hidangan tengah hari untuk para peserta
Penutup - aktiviti tamat pada pukul enam petang - sungai dan kawasan sekitarnya
kelihatan bersih

Penutup –
aktiviti tamat pada pukul enam petang - sungai dan kawasan sekitarnya kelihatan
bersih
Laporan Aktiviti Gotong-Royong

Pada 13 Mei 2017 yang lalu, Persatuan Alam Sekitar SJK (C) Batu 11 telah
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai. Aktiviti ini
diadakan di Kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.00
pagi. Aktiviti ini disertai oleh tiga puluh ahli persatuan dan tiga orang guru
pembimbing.

Sebelum memulakan aktiviti tersebut, penerangan diberikan oleh wakil


penduduk Kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti gotong-royong.

Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan


diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang
berbeza. Antaranya termasuklah mengumpul sampah, menyapu dan sebagainya.

Salah satu daripada kumpulan diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli


kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.
Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.

Selepas selesai aktiviti gotong-royong, kaum wanita turut sama


menyediakan hidangan tengah hari. Semua yang terlibat berehat dan makan
tengah hari. Selain itu, satu ucapan juga telah diberi oleh wakil penduduk Sri
Aman atas kerjasama kami untuk membersihkan kawasan sungai.

Aktiviti ini tamat pada pukul enam petang. Meskipun keletihan,masing-


masing berasa gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan
cantik.

Disediakan oleh, 14 Mei 2017


Helena
------------------------------
(Helena)
Setiausaha,
Persatuan Alam Sekitar.
Laporan Gotong-royong Menceria dan Mengindahkan SJK(C) Batu Sebelas Cheras

Pada 13 Mei 2017, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu Sebelas Cheras telah
mengadakan gotong-royong menceriakan dan mengindahkan kawasan
sekolah. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5, 6 dan guru-guru
sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, guru ko-korikulum kami iaitu Cikgu Razak telah
memberi taklimat kepada guru-guru dan murid-murid tentang aktiviti yang akan
dijalankan. Murid-murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap
kumpulan diketuai oleh dua orang guru. Kumpulan pertama ditugaskan untuk
mengecat pasu bunga dan menanam pokok bunga yang pelbagai jenis di sekitar
kawasan sekolah. Antara pokok bunga yang ditanam ialah pokok bunga kertas,
orkid, bunga matahari dan lain-lain lagi. Pasu-pasu bunga juga telah dicatkan
dengan warna-warna yang menarik.

Kumpulan kedua pula membuat Taman Sains dan Hidroponik. Pelbagai jenis
tanaman herba dan sayur-sayuran ditanam di taman ini seperti sireh, sawi,
kacang botol dan lain-lain lagi. Manakala, kumpulan ketiga pula perlu menyediakan
pelbagai papan tanda khas. Antara papan tanda yang disediakan ialah melabel
nama pokok, nama bangunan dan nama taman.

Pada pukul 10.00 pagi, kami berehat dan menikmati minuman dan juadah
kuih-muih di kantin sekolah yang disedia oleh pihak sekolah. Setengah jam
kemudian, iaitu pada pukul 10.30 pagi, kami menyambung semula aktiviti gotong-
royong itu.

Aktiviti menceria dan mengindahkan kawasan sekolah ditamatkan pada


pukul 12.00 tengah hari setelah tugas selesai disiapkan oleh setiap kumpulan. Kini,
SJK(C) Batu Sebelas tampak lebih cantik dan ceria. Sebelum bersurai, murid-
murid dan guru-guru dijemput menikmati makan tengah hari di kantin sekolah.
Kami sungguh gembira kerana dapat menyertai aktiviti ini dan berharap aktiviti
ini dapat diadakan lagi.

Laporan disediakan oleh, 13 Mei 2017

......................................
(Gan QW)
LAPORAN GOTONG-ROYONG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH
KEBANGSAAN KOTA

Pada 11 April 2017, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan gotong-royong
sempena kempen kebersihan bagi tahun 2017. Aktiviti ini melibatkan beberapa
persatuan dan kelab antaranya ialah Persatuan Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja
Sekolah.

Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi untuk mendengar taklimat
daripada Cikgu Ali. Setelah dibahagi-bahagikan tugas, kami mula bergerak ke kawasan
masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu dan berus.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah ditugaskan membersihkan longkang


di hadapan dan belakang sekolah, menyiram pokok-pokok bunga, membersihkan tandas.
Kumpulan kami diawasi oleh Cikgu Azrina. Beliau juga turut membantu.

Pada pukul 10.00 pagi kami berehat. Semua pelajar berkumpul di kantin. Kami
telah diberi sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kami difahamkan jamuan
gotong-royong ini telah ditaja oleh PIBG.

Selepas rehat, kami menyambung semula kerja-kerja yang masih belum disiapkan.
Setelah itu, ahli-ahli persatuan telah diarahkan untuk membersihkan bilik rawatan.
Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengelap cermin, memasang cadar dan sarung
bantal baru, memasang langsir, dan memasang tikar getah.

Pada pukul 12.00 tengah hari para peserta gotong-royong berkumpul di kantin
untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Sebelum bersurai Tuan Guru Besar Encik
Ahmad Abu telah menyampaikan ucapan. Beliau menyeru seluruh warga sekolah agar
mengamalkan budaya ‘ Sentiasa Bersih’.

Disediakan oleh, 12 April 2017


GanQW
------------------------------
(Gan QW)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah.

Anda mungkin juga menyukai