Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh
berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan.

Selain itu berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu
mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama-sama keluarga dan
sahabat handai. Aktiviti berbasikal juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang
ingin berjimat.

Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh
ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan
membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.

Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan
membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan
berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja
tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya di bahu dan pinggul bagi
menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan

Faedah Kesihatan
1) Mengurangkan risiko penyakit
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan
meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan
membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan
risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan mengurangkan risiko penyakit tekanan darah
tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap
bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran
matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah
penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu
menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal
kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.

2) Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan.
Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk
menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan
mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

3) Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala
perasaan negatif terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya
memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif
dalam menjalani kehidupan.

4) Menurunkan kadar kolesterol


Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam
menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal
sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap
sepatutnya.

5) Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang
belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan.
Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang
pinggul apabila tua.Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobiliti
terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat
digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan
kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.

6) Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat
malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus
mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya
konsentrasi individu.

Gambar menunjukkan perbezaan bahagian tubuh manusia antara aktiviti berjoging dan berbasikal. Ia
menunjukkan dengan jelas bahagian tubuh penunggang basikal lebih banyak terlibat berbanding aktiviti
berjoging.

Jadual menunjukkan perbezaan kalori yang digunakan untuk beberapa aktiviti fizikal.

Anda mungkin juga menyukai