Anda di halaman 1dari 2

BAHAN GRAFIK PIRAMID MAKANAN/PEMAKANAN SEIMBANG

TAJUK 1 : KARANGAN PENDEK


DISEDIAKAN OLEH : PN. HASRAH

Arahan : Berdasarkan bahan grafik yang diberi tulis satu karangan pendek yang panjangnya tidak
melebihi 80 patah perkataan.

Amalan pemakanan seimbang sangat penting dalam kehidupan.(7) Diet yang seimbang perlu
diamalkan dengan mengambil makanan mengikut kumpulan makanan yang disarankan dalam piramid
makanan.(16) Diet seharian perlu mengandungi makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi .(10)
Makanan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah-buahan juga perlu diambil lebih banyak.(12)
Sumber protein seperti daging dan ikan pula perlu diambil dengan kadar sederhana.(12) Namun,
makanan yang manis, masin dan berlemak pula perlu dihadkan pengambilannya dalam diet seharian.
(14). Kesimpulannya, semua orang perlu menjaga pemakanan demi kesihatan diri.(9)

(80 patah perkataan)


BAHAN GRAFIK PIRAMID MAKANAN/PEMAKANAN SEIMBANG
TAJUK 2 : ULASAN
DISEDIAKAN OLEH : PN. HASRAH

Arahan : Berdasarkan bahan grafik yang diberi tulis satu ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Maklumat tersebut berkaitan dengan amalan pemakanan seimbang dalam kehidupan.(9)

Setiap individu perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dalam diet seharian.
(11) Hal ini kerana karbohidarat memberi tenaga kepada tubuh manusia.(9) Pengambilan makanan yang
mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan juga sangat penting. (12) Hal ini kerana vitamin
C sangat baik untuk kesihatan kulit.(9) Makanan yang mengandungi sumber protein seperti hasil tenusu
pula perlu diambil secara sederhana. (13) Akhirnya, makanan yang manis, masin dan berlemak patut
dikurangkan dalam diet seharian.(12) Hal ini kerana makanan seperti ini sangat memudaratkan
kesihatan jika diambil secara berlebihan.(13)
Tuntasnya, setiap individu perlu mengamalkan pemakanan seimbang agar kesihatan terpelihara.
(10)

(98 patah perkataan)


Isi tersurat

Isi tersirat

Anda mungkin juga menyukai