Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara menjaga kesihatan diri

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang
sihat dan ceria. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan dan memastikan kesihatan
seseorang itu dalam keadaan yang baik.

Antara cara-cara menjaga kesihatan diri adalah dengan menggosok gigi. Kita perlu
menggosok gigi untuk kekal sihat dan mengelakkan kerosakan gigi. Kita juga perlu menggosok gigi
sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan sebelum atau selepas makan. Selain itu, kita peru
membersihkan diri dengan cara mandi. Kita perlu mandi menggunakan sabun untuk membersihkan
diri. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk mendapatkan badan yang sentiasa
segar dan sihat.

Cara yang seterusnya adalah kita perlu bersenam seperti berjoging. Hal ini kerana, dengan
berjoging kita dapat mengeluarkan peluh. Seterusnya, kita akan sentiasa dapat mengekalkan tubuh
badan yang sihat dan aktif.

Selain itu, kita perlu makan makanan yang seimbang dan berzat. Antaranya adalah makan
buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita juga perlu minum air masak dalam kuantiti yang banyak
sekurang-kurangya 8 gelas sehari untuk menjamin kesegaran dan kecergasan tubuh badan. Kita juga
haruslah mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan juga selepas melakukan aktiviti di luar
dengan menggunakan sabun dan air yang bersih.

Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri untuk mengekalkan kesihatan
yang sihat. Dengan itu, kita dapat menghindarkan penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetes dan
sakit jantung. Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya kita sentiasa dalam keadaan
yang gembira dan ceria sepanjang hidup ini.

Anda mungkin juga menyukai