Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN GASING DAN FUNGSI-FUNGSINYA DALAM MASYARAKAT MELAYU

Permainan rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.
Sejak dulu lagi, masyarakat Melayu sudah didedahkan dengan corak kehidupan saling
membantu di antara satu sama lain.. Di antara permainan rakyat termasuklah , congkak, wau,
batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Gasing merupakan sejenis permainan
tradisional orang-orang Melayu . Biasanya gasing dimainkan selepas musim menuai.
Permainan gasing bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa masing-masing.
Peraturan dalam permainan gasing perlu dipatuhi. Ini akan melatih seseorang pemain itu
berdisiplin. Sekali gus dapat menolong menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Melalui
permainan gasing ini juga akan merapatkan hubungan dan membuahkan suatu perasaan kasih
sayang dalam kalangan masyarakat Melayu.
Bermain gasing juga dapat menghiburkan hati serta untuk menghilangkan kepenatan setelah
bekerja. Disamping itu mereka juga beradu kekuatan, kemahiran, kecekapan, kepantasan dan
juga mewujudkan kerjasama berpasukan.
Masyarakat Melayu berusaha mencipta peralatan gasing sendiri dengan berbekalkan daya
kreativiti, kesungguhan dan idea. Kemahiran ini semakin diperkemaskan berdasarkan
penglihatan, pengalaman, dan persahabatan yang membolehkan mereka bertukar-tukar fikiran..
Dengan itu ia dapat mengasah bakat, idea dan daya kreativiti mereka.
Permainan gasing boleh mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam
menghadapi sesuatu situasi. Ketepatan dan kepekaan seseorang amat penting untuk dipupuk
secara sistematik dalam gelanggang supaya sentiasa menghadapi sebarang situasi.

Anda mungkin juga menyukai