Anda di halaman 1dari 20

MAAF KUPINTA (CERPEN)

NAMA:ZULHILMI ZAHID KELAS:2PINTAR

SINOPSIS
>Ayah Fauzi telah meninggal dunia dan kini dia tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya.Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkanFauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulangke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.

Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi, Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaannya di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.

Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau juga turut menunjuk ajar adiknya dalam pelajaran.

TEMA

Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya dia memberontak

PERSOALAN

1.Persahabatan. Syahir dan Fauzi amat akrab


bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama 2. Kasih sayang ayah tiri terhadap anak. Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi. 3. Ketegasan semasa mendidik. Ayah tiri Fauzi

melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.

PLOT

Permulaan:Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang . Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.

Perkembangan:Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menontonrancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanyakan kerja rumahyang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauziterjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empatkilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidikFauzi

Klimaks:Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selama ini. Fauzi sedar tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkankepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannyakepada keuarganya tercapai.

PeleraianFauzi memenuhkan cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah.Dia juga akanturun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi juga menolong adik-adiknya dalampelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.

5.Pemerian Contoh: Cahaya bulan tertumpah ke permukaan


sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.

TEKNIK PENCERITAAN
1.Monolog dalaman. Contoh:Benar kata-kata Syahir itu? Fauzi berkatakata sendiri. 2. Dialog Contoh:Emak kamu tahukah kamu ke sini? Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal 3. Imbas Kembali Contoh:Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung. 4.Imbas Muka Contoh:Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti nanti

WATAK DAN PERWATAKKAN


Fauzi Tinggal di asrama A Mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri. Mempunyai seorang sahabat yang bernama syahir Ayahnya meninggal dunia akibat penyakit barah Mempunyai seorang nenek bernama Sapiah Memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan Pintar dalam pelajaran Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya di

Ayah tiri

Ayah tiri fauzi dan sangat menyayanginya Memberi wang saku kepada fauzi apabila berjumpa di asrama Tegas dalam mendidik anak
Suka mengawal pergerakan anaknya Fauzi. Kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi Selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama

Ibu

LATAR

Latar masa A) waktu malam B) Waktu pagi Latar tempat Di asrama sekolah di bandar Di rumah fauzi di kampung Latar Masyarakat Masyarakat palajar yang tinggal di asrama Masyarakat keluarga Melayu di kampung

GAYA BAHASA
Gaya Bahasa A) Personifikasi.Contohnya,fikirannya masih bermain dengan rancangan,peristiwa yang berlaku masih berlegar-legar dalam ingatannya,daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam Perbandingan Contohnya,benjol sebesar telur ayam Metafora.Contohnya,sinar ketenangan

Simile.Contohnya,mengangguk-nganggukkan kepala seperti orang bodoh. Repitisi.Contohnya,Aku Mahu mengajarnya.Aku mahu mendidiknya.Kamu tidak suka aku buat begitu?Soal ayah tirinya pula.

NILAI
Kasih sayang.contohnya,ibu dan bapa tiri fauzi amat menyayangi fauzi. Keinsafan.Contohnya,Fauzi insaf akan kesalahannya selama ini yang bersangka buruk terhadap bapa tirinya. Kegigihan.Contohnya,fauzi gigih belajar dan bapa tiri fauzi juga gigih mendidiknya agar menjadi orang berguna.

PENGAJARAN
Perasaan bersangka buruk terhadap orang lain perlu dielakkan.Contohnya,Fauzi yang bersangka buruk terhadap ayah tirinya. Kita mestilah bersedia untuk memaafkan orang lain.Contohnya,bapa tiri Fauzi memaafkan segala kesalahan Fauzi Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa atau penjaga yang telah membesarkan kita.Contohnya,Fauzi mahu membalas jasa dan kebaikan bapa tirinya terhadapnya.

Anda mungkin juga menyukai