1.PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan pulih bermakna kembali seperti biasa atau sembuh.
Maksud perkataan pulih disini adalah berkait rapat dengan kanak-kanak yang
menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu
yang tidak betul.Ianya bertujuan untuk mengatasi sesuatu kelemahan yang dihadapi
oleh guru dan murid dalam proses pengajaran pemulihan.Program ini adalah sejenis
pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang lambat pembelajaran di
sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan..
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
kemahira 3M (membaca,menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja
masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru
mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis
masalah.
Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasi hasil
pembelajaran yang belum dicapai.Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan
murid. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai suatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran
pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perluy dan potensi
mereka akan terbenam.Justeru melalui program pemulihan ,keperluan-keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.Mereka akan diasingkan dari
pembelajaran biasa untuk diberi pengajaran yang lebih khusus oleh guru pemulihan.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah
disebut buwah.
Manakala penambahan perkataan berlaku sepertiSaya suka makan rojak.
dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ; Bala disebut laba,
Manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah
kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu
juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak
gagal menyebut perkataan dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan
menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan
perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.
g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang
dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya.
persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin
terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan
waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran
merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid
yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka.
Tambahan lagi, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana pembelajaran di
sekolah adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang
tidak baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan yang tidak sihat menjadikan murid
lebih terdedah kepada pertuturan dan amalan penggunaan bahasa daerah, bahasa
pasar juga sebagai penyumbang kepada permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu.
Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak
mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan
sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan
membaca.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara
individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak,
mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan
teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.
5.CADANGAN STRATEGI PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK SERTA AKTIVITI
5.1 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang boleh
gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya
semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung
kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid
berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai
kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran
membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan
membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti
dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam
bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi
huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai
[ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
5.2.4 Kaedah Gabungan Bunyi Kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini
murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan
nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya
perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria
(multisensory).Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid
menyebut nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil
menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid
menulis huruf-huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh
teruskan dengan latih/tubi berikut;
9
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses
bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf
dan kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih
dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat
diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
5.2.5 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius
dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak
Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara
kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah
VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini
digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).
5.2.6 Kaedah VAK
Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan
tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut
perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal
Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.
Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT(Multisensory Reading Method)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
10
V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri
atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan
mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut:
- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada
kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul
yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih
perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.
11
13
iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis
bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan
otot semasa bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan
dengan bentuk visual huruf-huruf.
Aktiviti dan Langkah-Langkah Pengajaran
Langkah 1:
- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya
- Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?
Langkah 2:
- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi
ejaan lisan
Langkah 3:
- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
14
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.
Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun hurufhuruf menjadi perkataan.Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab
untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan
cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya
masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.
Latihan:
Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.
6. KESIMPULAN
16
:Bahasa Melayu
Kelas
: 4 Bestari
Tarikh
MASA
:08.00 - 09.00
Bilangan Murid
:25 Orang
Tema
:Pertanian
Tajuk
:Buah-buahan
i.
8.1 Aras 1
i.
Fokus Sampingan
5.1 Aras 3
8.2 Aras 1
i.
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i.
ii.
iii.
17
: Tatabahasa -Morfologi
- Kata Kerja
: menjana idea,menghubungkait,
Kecerdasan Pelbagai
Nilai
: interpersonal,intrapersonal
: Bersyukur, berdikari,kerjasama,mmenghargai
i.
ii.
iii.
iv.
v.
18
CATATAN/BBM
LANGKAH/
MASA
PELAJARAN
Set Induksi
Lagu:
( 5 minit )
Bercucuk
Tanam
PEMBELAJARAN
1. Guru menayangkan power point
lagu Bercucuk Tanam
2. Murid mendengar dengan teliti
lagu yang diperdengarkan
3. Guru dan murid menyanyikan
lagu bersama-sama
4. Bersoal jawab dan mengaitkan
lagu
dengan tajuk pelajaran hari ini.
KB: Menghubung
kaitkan
BCB:Menonton dengan
aktif
KP muzik
BBM:
Power point,LCD
Langkah 1
1.Khasiat
(8 minit)
buah-buahan
2.Kebaikan
bercucuktanam
KB:menjana idea
ILMU: Sains
BCB :mendengar
dengan teliti
Teknik bercerita
19
KP: interpersonal
BBM: Buah pisang,
kelapa dan daun kelapa
Langkah 2
(12 minit)
Sistem ejaan
tanam =
menanam
bajak =
membajak
siram=
menyiram
KB:
BCB: bacaan
mentalis,
Teknik: bersoal jawab
KP: Interpersonal
Nilai: berdikari
BBM: Petikan-dialog
Langkah 3
(15 minit)
Murid berada
dalam 4
kumpulan
masing-
disediakan.
masing:
BCB:mengumpul,men
catat
KB:perbincangan
kumpulan,menjanaka
n idea
Membina
ayat tunggal
Aktiviti Kumpulan
dan ayat
majmuk.
Ilmu: Kajian
Tempatan
Nilai:kerjasama,meng
hormati
BBM:
kad gambar,Kad
dalam ayat
perkataan,lembaran
kerja-kumpulan
Langkah 4
( 15 minit )
Membina
Ayat
Majmuk:
1.Arus
Perdana
memerlukan pemulihan.
2.Pemulihan
TKP:Intrapersonal,
3.Pengayaan
interpersonal
KB:
mencatat,membuat
inferens, menjana
idea
TATABAHASA: Ayat
tunggal,ayat majmuk
NILAI: tolong-
disediakan
menolong,
Pemulihan :
menghargai
BBM: Lembaran
berdasarkan gambar.
kerja-kumpulan
Pengayaan:
Membina 5 ayat majmuk dengan
kata hubung yang sesuai
21
Penutup
Rumusan:
(5 minit)
Khasiat buahbuahan
KB:
Merumus
BCB:
Menonton dengan
aktif
merumuskan pelajaran.
3.Murid digalakkan supaya
mengumpul maklumat tambahan
daripada bahan-bahan yang lain
bagi menambahkan pengetahuan
mereka.
22
NILAI:
Bersyukur
BBM:
Power point,LCD
8.0 BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang 1990.Pemulihan,Pengayan dan Isu-Isu Pendidikan.
Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
http://www.slideshare.net/NoorSyazwanni/konsep-program-pemulihan
http://cikguhijau.blogspot.com/2012/07/kaedah-mengatasi-masalah-tidak-lancar.html
http://latifahmohdyusof.blogspot.com/2010/10/bahasa-murid-murid-pemulihan-khas.html
http://www.scribd.com/doc/21965025/Kajian-Kes-Murid-Mundur-Dan-Lembam
http://www.scribd.com/doc/44631066/BMM-3106-Pemulihan
23
http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdf
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html
24