Anda di halaman 1dari 31

PENGHARGAAN

Bersyukur kami keatas tuhan kerana dengan rahmatnya kami dapat menyiapkan

folio ini dengan sempurna tanpa mengalami sebarang masalah. Saya juga hendak

mengucapkan ribuan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru

Sivik kami iaitu cik Nor Diana kerana telah memberikan tunjuk ajar dan telah membimbing

kami untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 2011.

Penghargaan ini juga turut ingin kami sampaikan kepada ibu-bapa kami kerana telah memberi

banyak bantuan sama ada dari segi sokongan moral dan material untuk kami agar dapat

menyiapkan tugasan ini tanpa mengahadapi sebarang masalah. Penghargaan ini juga turut

kami rakamkan kepada setiap ahli kumpulan kami iaitu Sarvesh, Khairol Anuar, Tifany Chua,

Darisini Priya,Yap Qian Yi, dan Siti Norshahida telah bertungkus lumus untuk mendapatkan

maklumat yang diperlui dengan segera.

Sesungguhnya jasa mereka akan kami kenang sepanjang masa…….


PENDAHULUAN

Kami adalah murid tingkatan 4 Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri

Muda. Semua murid tingkatan 4 perlu membuat kerja amali sebelum dan selepas waktu

sekolah untuk memenuhi keinginan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

Kami diberi tajuk "Permainan Tradisional" untuk projek ini. Dengan melalui projek ini, kami

dapat mengenali pelbagai jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Selain itu,

projek sebegini juga dapat melatih diri agar bekerjasama, prihatin, berdisiplin, dan

bertanggungjawab semasa melakukan suatu perkara yang disuruh. 

Projek ini telah dijalankan selama satu bulan di luar kawasan sekolah. Laporan mengenai

projek ini telah disediakan selengkapnya.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian Kerja kursus ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Objektif

Am dan Khusus.

A.) Objektif Am

Kajian yang kami lakukan telah membantu kami untuk mengenal pasti sumber yang sahih

untuk menyokong kajian yang saya sedang lakukan. Pengalaman ini uga telah membantu saya

mengikut disiplin dan tatacara yang betul , jelas , tepat. 

B.) Objektif Khusus 

Kerja Kursus ini bertujuan untuk membuat kita lebih mngenali secara terperinci tentang asal-

usul permainan Gasing dan latar belakangnya. Melalui kajian ini juga kami telah mendapat

pendedahan yang lebih mendalam dan lebih jelas mengenai permainan Gasing termasuklah

jenis-jenis Gasing, cara bermain dan cara pembuatan Gasing.

Kami juga telah mempelajari kaedah yang sesuai untuk mengumpul, mengelas, menganalisis,

menemu ramah dan merekod segala maklumat yang diperoleh ketika sedan melakukan kajian

ini.

Kajian ini juga telah menyadarkan kami tentang betapa pentingnya dan keistimewaan

permainan tradisional di Malaysia seperti permainan Gasing yang semakin pupus ditelan

Zaman.

Kajian ini juga telah membuatkan saya lebih menghargai kekayaan khazanah budaya di

Malaysia.
HASIL KAJIAN

Permainan :

Gasing
Pengenalan

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada

pelbagai keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana

hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.Ini

termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi,di mana ikatan itu terus

diperkukuhkan dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.Lantaran resam

yang demikian maka banyak permainan tradisonal yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan

tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.Ini membolehkan

mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.Malah sejak dari kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.Apabila musim menuai padi berakhir dan

musim tengkujuh tiba,pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.Kerja-

kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.Tempoh peralihan antara musim inilah

digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampong,penduduk kampong

berdekatan turut berkunjung untuk mengambilbahagian atau sekadar member

semangat.Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara

kampong-kampung yang mengambil bahagian.Oleh yang demikian,permainan tadisional juga

dikenali sebagai permainan rakyat.


Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui

oleh ibubapa dan datuk nenek kita sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh

kanak-kanak sehingga hari ini.Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak ,gasing,

wau, sepak raga dan lain-lain.

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu

ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang

Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar

dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu

untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang.

Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai

hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat

mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai

bentuk gasing serta teknik permainan.

Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana

gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon

yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga

mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.

Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing.

Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat

kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang

sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan

serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi

permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum

tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.
Gasing kepada orang-orang Melayu ialah kayu berbentuk cakra,pada salah satu

permukaannya terdapat paksi besi ditengah-tengahnya.Gasing mempunyai ukuran yang

berbeza-beza tetapi tertakluk kepada ukuran biasa iaitu 28.5 inci bagi kelilingnya dan 9 inci

bagi garis pusatnya.Di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu membuat gasing merupakan

satu seni yang memerlukan kemahiran (keterampilan) dan kesabaran.Keseluruhan proses

membuatnya dari mula sehinggalah siap mungkin mengambil masa enam minggu.Main

gasing adalah sukan untuk orang-orang dewasa di beberapa tempat di semenanjung,khususnya

di Kelantan dan Tereangganu.Terdapat dua bentuk pertandingan yang diadakan iaitu sama ada

pertandingan menentukan gasing yang berputar paling lama sebagai pemenang ataupunsatu

permainan yang agak agresif dimana dua pasukan akan mengmbil bahagian dialam

pertandingan yang juaranya akan ditentukan apabila pemain dari satu pasukan dapat

mengetuk dan mengeluarkan gasing lawannya dari gelanggang pertandingan. 

Seperti juga permainan wau permainan gasing biasanya diadakan selepas musim menuai

padi yang selalunya selama tiga bulan.Pertentangan diantara kampung-kampung yang

mengambil bahagian hanyalah merupakan satu hiburan dan pertandingan dua pasukan yang

sama-sama kuat memberikan kepuasan dan tentunya mengembirakan para penonton.

Apabila gasing berputar ligat,ia dipanggil “gah” bermaksud tegak dan kuat ketika

berpusing.Mengikut cerita masyarakat di Kedah,Ia berasal daripada permainan laga telur yang

kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak.Di situ timbul idea megikut kayu dalam bentuk

telur

dan dipasangkan paksi.Bagi memastikan ia berputar ligat,tali digunakan untuk memusingkan.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru,kemuning,merbau,rambai,durian dan

kundang.Bemula dengan tiga bentuk asas gasing,iaitu gasing telur,jantung dan

berembang,kemudian pelbagai rekaan dicipta pereka gasing di seluruh negara.Nama gasing

diberikan mengikut kepada sifatnya yang berbeza dan setiap negeri ada bentuk,jenis dan nama
tersendiri.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali

nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang biasanya 1

meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. 

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun

1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan

daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan

membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain

mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela

uri gasing. 
5.3 Jenis-jenis gasing 

➢Gasing toyol

➢Gasing begelen

➢Gasing berembang

➢Gasing buku benang

➢Gasing jantung

➢Gasing kelamar

➢Gasing kepala duri

➢Gasing kuno

➢Gasing lang laut

➢Gasing leper

➢Gasing leper Kelantan

➢Gasing pacitan

➢Gasing pangkah

➢Gasing piring

➢Gasing pinang

➢Gasing tanjung

➢Gasing telor

➢Gasing Cina

➢Gasing Melayu

➢Gasing uri

5.4 Melilit tali 

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari

kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang

kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang
pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin

iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan

pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula

bergantung

kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan

bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut.

Lilitan tali biasanya

dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.

Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau x bergantung pemain. Cecincin pada

hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit

pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana

dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat

pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua

tali

di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain

mengesan

kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit

pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau 

menegak uri. 

5.5 Melilit gasing 

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu

kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh

pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya

lilitan
menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit

hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu

tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau

menggosok

dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan

menyapu kanji di bahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia

untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali

pada

gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat.

Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula

hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat

dan

sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing

akan borot dan membahayakan semua orang.

5.6 Memusing gasing 

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul

akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan

seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak
jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa

diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik,

gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu

mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa

mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan

mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.

Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak

dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan

membongkok kira-kira 45 darjah.

Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.

Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan

diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan

ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum

dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia

berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi

kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

5.7 Memangkah gasing 

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian

dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang

ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain
dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan

pangkah tebang.

5.8 Pangkah totok 

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian

gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula

ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk

menghalakan

gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan

jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan

ini.

5.9 Pangkah hentak 

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan

tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke

arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya

ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara

kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini

tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing

berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing

lawan.

5.10 Pangkah layang 

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala

dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,

cepatdan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus
keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,

labu, kepala atau tengkuk gasing.

5.11 Pangkah tebang 

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan

pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah

mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan

paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat

kajang, gasing tanjung dan

gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

5.12 Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai

untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan

kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan

dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan

terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah

pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa

gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan

untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat

hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan

menjejaskan keligatan gasing. Tali

yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan

dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.


5.13 Peraturan-peraturan permainan gasing

PERATURAN

Pasukan satu pasukan mempunyai tiga regu

Fasa 1 

a) Tiap-tiap regu mengandungi empat puluh orang pemain.Pasukan-pasukan boleh 

mengadakan pemain simpanan.

b) Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain sekali sahaja untuk pasukannya.

c) Penukaran pemain dalam seluruh permainan dibenarkan 3 orang sahaja.

Fasa 2 

Masa bermain dihadkan dalam masa 40 minit bagi tiap-tiap satu regu. 

Fasa 3 

Cara bermain adalah dengan cara Retek Dara (retek dara ialah ratok atau tergesel gasing 

pemusing dengan gasing pemusing disebabkan pangkahan gasing pemangkah.Jika 

berlaku ratok itu pemangkah dikira batal.) 

Gasing pemangkah terantuk dengan dua atau lebih gasing pemusing,maka dikira ratok 

pihak pemangkah batal. 

Fasa 4

Tiap-tiap seorang pemain dibenar menggunakan sebuah gasing sahaja untuk seluruh
permainan,kecuali gasingnya rosak dan disahkan oleh pihak pengadil.(Gasing rosak

adalah gasing yang tidak boleh digunakan lagi kerana pecah dan sebagainya)

Fasa 5

Regu pemusing : Regu pemusing hendaklah memusing gasing empat-empat biji ke dalam

bulatan dalam had masa yang ditentukan.

Fasa 6

Jika dua buah gasing yang dipusing tidak termasuk dalam bulatan,dikira faul – satu mata 

untuk pihak pemangkah. 

Fasa 7

Jika satu gasing terkeluar bulatan (Borot) pengadil berhak mengambil gasing tersebut

diberikan kepada salah seorang pemain regu pemangkah untuk diletakkan kedalam

bulatan dan dipangkah oleh pemangkah yang akhir.

Fasa 8

Regu pemusing hendaklah memusing keempat-empat gasing tidak lewat daripada 20

saat,setelah diperintah oleh pengadil untuk memulakan pusingan.Jika melengahkan masa

lebih 20 saat dikira faul dan satu masa bagi pemangkah.

Fasa 9

Regu pemangkah dikehendaki memangkah keepat-empat gasing pemusing dalam tempoh

30 saat setelah diperintah oleh pengadil.Jika melengahkan masa lebih daripada 30 saat

dikira batal kepada regu pemangkah (Peraturan ini dikecualikan kepada gasing borot

yang mana masanya tidak dihadkan)

Fasa 10
Pemangkah hendaklah melilit talu gasing sekurang-kurangnya tiga lilitan.Jika tidak regu 

pemangkah dikira batal. 

Fasa 11

Regu pemangkah dibebaskan memangkah mana-mana gasing dalam bulatan

Jika pemain regu pemangkah memijak garisan semasa mara memangkah atau masuk

kawasan yang dilarang dikira faul dan satu mata diberi kepada regu pemusing.(Selepas

memangkah dibenarkan memijak garisan)

Fasa 13

Masa memangkah tangan dikehendaki atas paras pinggang.Jika tangan bawah paras 

pinggang dikira batal regu pemangkah.

Fasa 14

Memangkah debus dikira batal kepada egu pemangkah.

Fasa 15

Membela uri dibenarkan kepada pemusing dan pemangkah selepas keempat-empat

gasing dipangkah.Jika didapati pemangkah membela uri sebelum masanya,dikira batal

regu pemangkah.Jika pemusing membela uri sebelum masanya dikira faul dan satu mata

untuk regu pemangkah.

Fasa 16

Membela uri dibolehkan kepada pemangkah dan pemusing dengan tidak menggunakan 

cokok atau penyodok tetap. 

Fasa 17
Dua mata diberikan kepada pasukan pemangkah jika keempat-empat pemangkah dapat 

memangkah gasing pemusing tanpa ratok dan menang dalam perlawanan uri. 

Fasa 18

Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu. 

Fasa 19

Jika didapati permainan seri,kemenangan diberikan kepada pasukan yang jumlah mata 

yang lebih.Jika jumlah mata seri juga,maka keputusan muktamad adalah seri. 

Fasa 20

Semasa perlawanan dijalankan dan masa telah cukup,maka mata tidak diberikan kepada 

pemangkah.Jika seri urinya satu markah kepada pemangkah. 

Fasa 21

Jika regu pemangkah dan regu pemusing sama-sama menag uri atau mati uri maka dikira 

regu pemangkah yang menang dengan mendapat satu matu sahaja.Jika pemusing regu 

menang uri,maka gelaran regu pemusing dan regu memangkah bertukar. 

Fasa 22

Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu. 

Fasa 23

Tidak dibenarkan bersungut-sengut dan ajar-mengajar semasa pertandingan dijalankan

Fasa 24
Patuh kepada keputusan pengadil

Fasa 25

Pakaian hendaklah kemas dan tiada pakaian yang merbahaya.

Fasa 26

Dikehendaki meminta kebenaran pengadil untuk membetulkan sesuatu kerosakan tali

gasing dan lain-lain. 

Fasa 27

Tidak dibenarkan merokok dan seumpamanya semasa bermain. 

PERATURAN III 

Perkara AM 

Fasa 28

Gasing boleh diwarnakan seragam bagi satu pasukan untuk memudahkan pengadil 

mengenalinya. 

Fasa 29

Istilah gasing keluar bulatan atau gasing dalam ialah dikira pada kedudukan paksi 

gasing.Kalau paksinya keluar garisan bermakna gasing itu keluar. 

Perlawanan antara pasukan dikehendaki tiap-tiap pasukan menyediakan bilangan ragu 

yang ganjil,umpamanya 3 regu,5 regu.7 regu dan seterusnya. 

Fasa 31
Pengadil bolehlah member 5 minit rehat dalam masa 40 minit permainan tiap-tiap 

regu.Tindakan pengadil ini mestilah diberitahu kepada tiap-tiap regu sebelum permainan 

dimulakan. 

5.15 Gasing Toyol 

Ciri-ciri 

Bentuk : Tinggi 

Berat : 0.6 kg Lilitan : 36 cm Tinggi : 12 cm 

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan

berat sekitar 6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12

cm.

Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu,

mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk

mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika

dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu

gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula

menggunakannya sebagai pengacau.Itulah cerita sebuah gasing bom pemusnah yang bakal

memusnahkan sebuah negara kelak.

5.16 Gasing Bergelen


Ciri-ciri

Berat : 0.5 kg 

Lilitan : 30cm 

Tinggi : 8cm 

Bentuk : Rendah Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti

piring dengan berat 

sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8

cm. 

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan

gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah

disimpai

dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain

digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor,

gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

Berat : 0.5 kg 

Lilitan : 30cm 

Tinggi : 8cm 

5.17 Gasing Uri

Ciri-ciri 
Bentuk : Rendah 

Berat : 6 kg 

Lilitan : 60cm 

Tinggi : 8cm 

Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai 

badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan

menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan

untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing

uri

mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

5.18 Gasing Pangkah

Ciri-ciri 
Bentuk : Rendah 

Berat : 6 kg 

Lilitan : 60cm 

Tinggi : 8cm

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing

pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri

dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan

kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi

buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm

dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan

gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang

melilit jambuhnya dir enggut Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang

muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya,

kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm

dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan

gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang

melilit jambuhnya direnggut.

5.19 Gasing Jantung 

Ciri-ciri:

Bentuk: Jantung

Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm

Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah,

Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang

menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk

membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini.

Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala

pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan

sepetir.

5.20 Gasing Leper Kelantan 

Ciri-ciri: 

Bentuk: Rendah dan juga 


leper

Berat: 8 kg

Lilitan: 48 cm

Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain

tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat

dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga

kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi

harganya terlalu mahal

5.21 Gasing Tanjung 

Ciri-ciri:

Bentuk: Tinggi dan berembang

Berat: 0.6 kg

Lilitan: 30 cm
Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan

oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk

memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini

diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

Gasing baba

Ciri-ciri:

Bentuk: Tinggi dan seperti

telur

Berat: 0.6 kg

Lilitan: 38 cm

Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan

oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri

Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

Gasing kuno

Bentuk: Sederhana dan berembang

Berat: 0.6 kg

Lilitan: 30 cm

Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor.

Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang.

Biasanya ia

hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan

keranji.
5.24 Gasing Pacitan 

Ciri-ciri:

Bentuk: tinggi

Berat: 0.8 kg

Lilitan: 40 cm 
Tinggi: 10 cm 

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini 

hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing

ini

banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan

mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah

mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh

dan

agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak

didapati di

Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

5.25 Gasing Leper 

Ciri-ciri:

Bentuk: rendah dan leper

Berat: 8 kg

Lilitan: 48 cm

Tinggi: 6 cm

Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis

ini 

hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini

berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm

dan

ketinggian 6 cm.
Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah

sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal

gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi

harganya

terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar

5.26 Gasing Lang Laut 

Ciri-ciri:

Bentuk: sederhana dan berbentuk berembang

Berat: 0.6 kg

Lilitan: 30 cm

Tinggi: 12 cm

Kerja Kursus Sejarah 

21/2 

Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi 

kini ia lebih mudah didapati di Selangor.

Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.

Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu

hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas.

Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

5.27 Gasing Pinang 

Ciri-ciri:

Bentuk: sederhana
Berat: 0.3 kg

Lilitan: 1.75

Tinggi: 4-5 cm
REFLEKSI

Projek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang bertajuk “Permainan Tradisional “ telah

berjaya dilaksanakan.Projek ini dapat melatih diri agar bermartabat positif dan dapat

memupuk nilai-nilai murni dalam diri.

Projek ini memberi banyak faedah kepada kita .Antaranya ialah dapat menjalin hubungan

yang erat dengan ahli kumpulan dan dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama

lain.Di samping itu,kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan melalui projek ini.

Walaubagaimanapun,terdapat juga masalah yang perlu dihadapi.Antaranya ialah kekurangan

peralatan dan kesuntukan masa untuk mengadakan perbincangan ketika melaksanakan projek

ini.Namun,kerjasama di antara ahli-ahli kumpulan telah membawa kejayaan kepada projek

ini.Masalah dan kesulitan yang dihadapi juga dapat diselesaikan akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai