Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama, pertolongan dan memberi idea-idea yang bernas dalam usaha kami untuk menyiapkan tugasan ini. Antara pihak yang terlibat ialah pensyarah kami iaitu Puan Melati Binti Yaacob. Puan Melati membantu kita dengan sedaya upaya untuk memberi taklimat kepada kami supaya kami dapat menghabiskan tugasan kami dengan lancar. Selain itu, beliau juga memberi penerangan dan membekalkan maklumat yang baik untuk kami. Di samping itu, kami ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan kami yang telah bekerjasama dengan baik dalam proses menyiapkan tugasan ini. Sebagai kesimpulannya, kami ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah menolong atau membantu kita dalam proses menyiapkan permainan tradisional ini. Terima kasih.

PENGENALAN

Permainan Tradisional
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu adalah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka telah membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sudah menjadi kemestian, sewaktu turun ke sawah atau ke laut, seluruh tenaga ditumpukan kepada pekerjaan. Mencari rezeki, mesti bersungguh-sungguh. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisi masa lapang dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial dan mengeratkan silaturahim di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang kini tidak lagi dimainkan dan hanya diingati oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Namun begitu, masih terdapat permainan tradisional yang masih dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga golongan dewasa pada masa ini. Antara permainan tradisional yang masih dimainkan termasuklah permainan guli, galah panjang, konda-kondi, congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing, wayang kulit dan lain-lain.

PENGENALAN
Permainan Congkak
Permainan congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu atau permainan seni hiburan yang terkenal dan sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Permainan ini bukan sahaja amat popular dan digemari oleh kaum wanita tetapi juga menarik minat kanak-kanak dan sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Permainan ini adalah satu cabang dari kelompok seni hiburan yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Di utara Semenanjung, congkak dipanggil Jongkok. Pada zaman dahulu, permainan congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lama-kelamaan, permainan congkak ini telah berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, permainan congkak dimainkan oleh semua penduduk di seluruh dunia. Permainan congkak ini juga merupakan salah satu jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ini adalah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Permainan ini dimainkan oleh dua orang pemain yang duduk bertentangan. Secara lazimnya, alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak atau cakak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubanglubangnya dibuat di atas tanah. Permainan ini adalah daya kreatif kanak-kanak. Mereka mengorek lubang-lubang yang betul-betul menyerupai congkak biasa di permukaan tanah. Berkenaan buahnya pula, pelbagai bahan digunakan. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan permainan congkak:

ASAL USUL PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak merupakan sejenis permainan yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau negara Arab. Pernyataan ini dikemukakan adalah bersandarkan suatu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarahwan dan gali-cari purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic yang menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari dan bentuknya seperti papan congkak bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di masa kini Jordan, sebuah negara Arab. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Dari negara Arab, permainan congkak tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh pedagangpedagang Arab yang berdagang ke negeri Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal dan terpesat pada zaman Kesultanan Melaka dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal daripada perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan congkak. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Permainan congkak dipercayai tersebar ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, manakala di Filipina, congkak dikenali sebagai sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan

menggunakan papan congkak yang berukir mewah. Bagi rakyat jelata, permainan congkak sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di atas tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga banyak peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat beberapa orang juga mengadakan permainan congkak dalam talian.

PERALATAN PERMAINAN CONGKAK

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang selebar 9 cm, garis pusat dan 7 cm dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Papan congkak berbentuk bangau menyudu. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Congkak lazimnya dibuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya.

Urutan membuat congkak ialah menebang kayu dengan menggunakan kapak dan memotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. Papan congkak diwarnakan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pedalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakannya diperbuat daripada plastik keras atau kayu mampat dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable) dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap, apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.

UKURAN GELANGGANG PERMAINAN CONGKAK

Pemain Pertama

18cm

80cm

Pemain Kedua

PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan

dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk

menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

10

CARA PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Permainan congkak dimulakan dengan dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah 11

congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

PEMENANG

Terdapat beberapa cara untuk menentukan kemenangan dalam permainan congkak. Antaranya adalah dengan mengira jumlah buah congkak yang diperoleh. Sekiranya terdapat banyak buah di dalam lubang rumah, sehingga berlebihan walaupun telah dimasukkan lubang kampung, bermakna pemain telah memenangi permainan tersebut. Ini disebabkan pemain telah berjaya mendapatkan buah lawan sehingga mampu meletakkan buah ke dalam rumahnya. Selain itu, cara lain untuk mendapatkan kemenangan adalah dengan menapak. Sekiranya seorang pemain lambat memasukkan buah ke dalam lubang rumah, dia akan dianggap pemenang. Ini bermaksud kelambatan memasukkan buah congkak ke dalam lubang rumah disebabkan buah di lubang kampung banyak. Oleh itu, pemain mngambil masa yang lebih lama untuk memasukkan buah ke dalam lubang kampung.

12

RUMUSAN

Dalam persekitaran yang moden, khususnya di bandar, permainan tradisional bukan sahaja tidak praktis tetapi juga sudah hilang daya tarikannya. Pada hakikatnya, kesemua jenis permainan tradisional semakin hari semakin pupus daripada pengetahuan generasi muda masa kini. Ini terjadi berkemungkinan kurangnya pemaparannya sama ada di media-media massa mahupun media-media elektronik dan pada zaman kini banyak alat permainan moden yang tercipta dan semakin canggih yang dapat menarik generasi muda terkini untuk memilikinya. Sebenarnya, banyak faedah yang boleh diperoleh daripada permainan tradisional. Abtaranya adalah seperti dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Walaupun permainan tradisional nampak mudah tetapi sebenarnya memberi satu pendidikan kepada pemain. Hasilnya wujud sistem komunikasi yang baik antara pemain dan juga dapat menguji minda serta ketahanan fizikal para pemainnya. Selain itu, negara kita dapat mempromosikan permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancongpelancong yang datang ke Malaysia melalui agensi-agensi kerap mewujudkan pesta kebudayaan dan permainan tradisioanl. Selain daripada menjaga warisan, usaha demikian dapat dijadikan tarikan kepada pelancong yang datang melawat negara kita. Hakikatnya bahawa penerbangan Malaysia memilih wau kucing sebagai lambangnya sudah cukup untuk membayangkan betapa warisan itu dititikberatkan. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut, mereka hanya ingin menikmati keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang turun-temurun. Oleh itu, permainan tradisional diperkenalkan bukan sahaja kepada generasi Melayu malah

diperkenalkan kepada bangsa lain. Diharapkan generasi muda kini akan memelihara, mempertahankan dan menggemari warisan nenek moyang.

13

Refleksi
Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tingginya penghargaan kepada pensyarah mata pelajaran Pendidikan Jasmani kami iaitu Puan Melati binti Yaacob kerana beliau telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang pelaksanaan kerja khusus ini. Beliau turut banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam pencarian bahan-bahan atau maklumat-maklumat berkaitan dengan kerja khursus ini. Seterusnya, kami berasa amat bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam pelaksanaan kerja khusus ini. Hal ini demikian adalah kerana kami berpeluang untuk mengenal pasti gaya hidup sihat melalui permainan tradisional. Di samping itu, kami juga mengetahui asal-usul permainan tradisional yang dipilih oleh kami iaitu permainan congkak. Secara konklusinya, kami berasa amat bangga dan gembira serta memberi ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan kerana sama-sama memberi kerjasama dan dorongan yang sepenuhnya semasa kerja kursus ini dijalankan dan dapat menyempurnakan kerja kursus Pendidikan Jasmani ini dengan lancar.

14

BIBLIOGRAFI

1. Mohd Safiee Hj. Idris (2008, Oktober 22hb). Warisan Budaya Malaysia Permainan tradisional: Congkak. Akses pada Mac 26hb 2011, daripada Warisan Budaya Malaysia: http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

2. Ravidran (2009). Congkak. Akses pada Mac 26hb 2011, daripada Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak

3. Angklong (2008). Permainan Congkak. Akses pada Mac 26hb 2011, daripada Scribd: http://www.scribd.com/doc/48772852/permainan-congkak

4. Ismail Bin Dahaman (2007). Permainan Tradisional: Pengenalan Congkak &Cara-cara Bermainnya. (2007,Mac 22hb). Akses pada Mac 24hb 2011, daripada Blogspot: http://tradisional-

bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html 5. Anak Waris (2009). Permainan Tradisional Melayu Pengenalan. (2009, Disember 5hb). Akses pada Mac 24hb 2011, daripada Warisan Budaya Malaysia: http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayupengenalan.html 6. Md. Ishak A. Rahman (2008). Permainan Tradisional Pengenalan. Akses pada Mac 24hb 2011, daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah: http://www.memorikedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=29&mt opic=3

7. Nur Fadhilah Ahmad Khairi (2009). Permainan Tradisional Malaysia: Congkak. (2009, Ogos 17hb,). Akses pada Mac 24hb 2011, dari Blogspot: http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/2009/03/nur-fadhilahahmad-khairi-ca-08059_1807.html

15

8. Zamhi Singh (2007). Permainan Congkak: Sejarah (2007, Mac 15hb). Akses pada Mac 24hb 2011, dari Blogspot:

http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/sejarah.html

9. Sherly Arena Wati (2008). Asal-Usul Permainan Congkak (2008, Julai 16hb). Akses pada Mac 24hb 2011, dari Blogspot:

http://bb2008sherly.blogspot.com/2008/07/asal-usul-permainancongkak.html

10. Wikipedia

(2011).Congkak.Akses

pada

Mac

27hb

2011,

daripada

Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak#Peraturan_permainan

11. Bib (2007).Permainan Tradisional.Akses pada Mac 27hb 2011, daripada Blogspot: http://tradisional-bib.blogspot.com/

12. Zawiah Ahmad & Soon Siew Fuang & Watson Richard. Siri Permainan Tradisional Melayu: Permainan Congkak (2003).Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Oak Enterprise.

13. Mochtar Lubis. Permainan Tradisonal: Congkak.(1998)Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

16

lampiran

PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Congkak Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak.Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubanglubangnya dibuat di atas tanah.Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.Lubang ini dipanggil "rumah".

17

Cara-cara Bermain Congkak a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah Latar belakang Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. [2] Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

18

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.Terdapat juga permainan congkak dalam talian. Congkak

[sunting] Asas permainan Permainan congkak melibatkan pengiraan.Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Papan congkak berbentuk bangau menyudu. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.[3][4] Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

19

[sunting] Peraturan permainan Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[4][5] 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masingmasing.Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. Asal -Usul Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang berasal daripada negara Arab.Hal ini demikian kerana satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari gali National Geography yang menjumpai kepingan batu kap ur yang mempunyai dua liang selari yang bentuknya seperti papan congkak bertarikh 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara Arab. Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh pedagang-pedagang arab yang berdagang ke negeri Melaka yang
20

merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman Kesultanan Melaka dulu. Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan dengan menggunakan kulit kerang atau digelar congkak.Dari situlah bermulanya nama congkak ini.

21

Anda mungkin juga menyukai