Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kerja kursus ini berlandaskan penulisan nota ringkas berkaitan pengacaraan majlis ,
penulisan teks pidato berkaitan sekolah bestari serta penyampaian teks pidatonya.
Sesungguhnya pengacaraan majlis merupakan suatu proses di mana seseorang yang
dipertanggungjawabkan sebagai juru acara mesebuah prosa klasik yang terkenal iaitu
Hikayat Inderaputera yang mengisahkan kisah sorang anak raja yang gagah perkasa serta
mempunyai beberapa keistimewaan. Inderaputera yang merupakan anak kepada Maharaja
Bikrama dan Tuan Puteri Ratna Dewi telah diterbangkan oleh seekor merak dan dijatuhkan
ke dalam sebuah kebun Nenek Kebayan di sebuah negeri. Mulai hari itu, Inderaputera
dianggap sebagai cucu angkat oleh Nenek Kebayan dan dibesarkan oleh beliau dengan
penuh kasih sayang. Pada suatu hati, nenek kebanyan telah membawa Inderaputera
berjumpa dengan perdana menteri. Perdana menteri yang suka akan Inderaputera pula,
memelihara dan membesarkan Inderaputera sebagai anak sendiri pada waktu siang dan
pada waktu malam, pula Inderaputera pula dibenarkan pulan, tinggal bersama Nenek
Kebayan.

Prosa atau teks klasik ini memperlihatkan beberapa aspek dalam konteks Sistem
Ejaan Rumi. Antara aspek yang dapat dilihat adalah digraf, diftong serta gugus konsonan
atau yang dipanggil konsonan rangkap. Selain itu, analisis seta perbezaan antara suku kata
terbuka dan suku kata tertutup juga meliputi antara aspek yang diambil kira dalam bahagian
penyempurnaan tugasan ini.

Seterusnya, kerja kursus ini juga merangkumi penganalisisan isi-isi yang penting
yang didapati daripada teks klasik tersebut iaitu, prosa klasik Hikayat Inderaputera. Secara
keseluruhannya tugasan ini merangkumi semua aspek yang kami pelajari dalam subjek
bahasa Melayu yang harus diaplikasikannya secara komunikasi bertulis.

Anda mungkin juga menyukai