Anda di halaman 1dari 3

ETIKA BERKOMPUTER

Penggunaan komputer juga perlu mempunyai etika terutamanya penggunaan


komputer dalam rangkaian internet. setiap orang mempunyai tujuan yang
berbeza dalam menggunakan komputer.
Terdapat 10 etika dalam komputer yang perlu kita ikuti dan menjadi panduan
apabila menggunakan komputer..
1. Tidak menggunakan komputer untuk merosakkan orang lain.
Adalah tidak beretika jika kita menulis program yang mengawal bom masa,
mencuri dan memusnahkan komputer orang lain atau mencapai atau
memusnahkan fail orang lain.
2. Tidak memusnahkan kerja yang melibatkan komputer orang lain.
Virus komputer adalah kecil tapi boleh menghancurkan kerja komputer orang lain
dengan memusnahkan fail, memaparkan mesej yang mengganggu
ketenteraman pengguna dan sebagainya. membina atau menyebarkan virus
adalah tidak beretika.
3. Tidak membaca atau membuka fail orang lain
Membuka atau membaca mel elektronik orang lain sama seperti kita tidak
menghormati hak orang lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
Menggunakan komputer dengan tujuan memindahkan duit daripada akaun
syarikat atau bank tanpa hak adalah sama seperti merompak.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menyebarkan cerita palsu
Internet dapat menyebarkan berita benar dan palsu dengan cepat. menyebarkan
cerita palsu di internet boleh menyebarkan pelbagai kesan buruk seperti huruhura.
6. Tidak dibenarkan menyalin perisian yang kita tidak bayar
Perisian adalah produk yang melibatkan harta intelek. kita tidak boleh sewenangwenangnya menyalin perisian tanpa membayar usaha melahirkan perisian
tersebut

7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa mendapat


kebenaran
Sistem yang melibatkan ramai pengguna menggunakan id(login) pengguna dan
kata laluan untuk memastikan keselamatan sistem tersebut. memecah masuk
sistem atau aras yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika.
8. Tidak mengambil hasil kerja orang lain
Mengambil hasil kerja orang lain tanpa kebenaran yang sah adalah sama seperti
mencetak rompak perisian dan ini juga termasuk tidak beretika. Hakcipta intelek
adalah kepunyaan individu dan ianya dilindungi dibawah undang-undang
hakcipta.
9. Memikirkan kesan sosial pada program yang kita bina
Apabila membina sesuatu program kita harus memikirkan dan
mempertimbangkan kesan sosial kandungan program kepada kanak-kanak dan
orang lain atau sesuatu kaum.
10. Menggunakan komputer dengan menunjukkan rasa prihatin dan
menghormati
Apabila kita berada di tempat awam dan berkomunikasi dalam komputer kita
perlu menghormati dan berbaik dengan tetamu walaupun kita tidak dapat
melihat mereka.

Anda mungkin juga menyukai