Anda di halaman 1dari 20

RAHSIA HUBUNGAN INTERPERSONAL BERKESAN

Tahun 2009 ini diharapkan semua warga pelajar SM Kaunseling dapat tingkatkan CIRI
HUBUNGAN INTERPERSONAL khususnya antara rakan seprogram dan rakan seuniversiti
amnya. Pendekatannya mudah sekali untuk diamalkan, anda pernah dengan "CUT APPLE
AR" . Cuba sekali, dua kali dan tiga kali pasti anda dapat rasakan kesannya dalam
perhubungan anda dengan orang lain.

CUT APPLE AR
C - Caring
U - Understanding
T - Trusting

A - Acceptance
P - Patience
P - Positive Thinking
L - Listening
E - Empathy

A - Assertive
R - Rasional

C = CARING
MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA IDE DAN PERASAAN RAKAN.
MENUNJUKKAN SIFAT PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERATBERSIFAT
TERBUKA DAN SEDIA MENDENGAR .

U = UNDERSTANDING
MUDAH MEMAHAMI PENDIRIAN ORANG LAIN
SENANG BERTOLAK ANSUR

T = TRUSTING
MEMPERCAYAI YANG SEPATUT DIPERCAYAI

A = ACCEPTANCE
MENGHORMATI ORANG LAIN KERANA MEREKA MEMPUNYAI HARGA DIRI.
ELAK DARIPADA MELABEL ATAU MENGHUKUM
MENERIMA ORANG LAIN SEADANYA

P = PATIENCE
KESABARAN MENGHADAPI TINGKAHLAKU MANUSIA.
BERUPAYA MENGAWAL EMOSI DAN SITUASI.

P = POSITIVE THINKING
KEUPAYAAN SESEORANG MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF POSITIF
SESUATU PERKARA YANG TUHAN LAKUKAN MEMPUNYAI HIKMATNYA
SENTIASA MELIHAT KELEBIHAN DISEBALIK SESUATU PERKARA YANG DIANGGAP
NEGATIF. Saya hari ini menuju kepada apa yang saya fikirkan.

L = LISTENING
SEORANG PENDENGAR YANG BAIK DAPAT MEMAHAMI MAKLUMAT YANG
DISAMPAIKAN DENGAN BAIK
PENDENGAR YANG BAIK BUKAN PENDENGAR YANG PASIF.

E = EMPATHY
KEUPAYAAN SESEORANG MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF ORANG LAIN.
BERUPAYA MERASAKAN APA ORANG LAIN RASAKAN.
MEMPUNYAI TAHAP EMPATHI YANG TINGGI TERHADAP RAKANNYA.

A = ASSERTIVE
BERSIFAT ASSERTIF BUKAN PASIF DAN BUKAN AGRESIF.
BOLEH MENYATAKAN PERASAAN ANDA SECARA BERTERUS TERANG.
MENYATAKAN HAK ANDA DAN MENGHORMATI HAK ORANG LAIN.
ORANG LAIN SENANG BERKOMUNIKASI DENGAN ANDA.

A = RATIONAL
MELIHAT DAN MEMIKIRKAN SESUATU DARI SUDUT RASIONAL, DALAM HAL INI
DIRI PERLU DALAM KEADAAN SEDAR. ELAKKAN NILAI DIRI DARIPADA
MENGATASI NILAI PROFESIONAL. GUNAKAN PENDEKATAN PMI, OPV, PAC, FIP,
C&S.

PMI - Fahami apakah ada aspek positive, minus and interesting sesuatu perkara itu.
OPV - Selami apa pula other point of view terhadap sesuatu perkara itu.
PAC - Lihat pula apakah ada possiblilities, Alternatives and Choices yang ada.
FIP - Sedar apa yang first important priorities pada masa sekarang.
C&S - Jangan lupa fikirkan juga aspek causes and consequenses perkara itu berlaku.
PENDAHULUAN
Modal insan di dalam sesebuah organisasi adalah aset yang amat bernilai. Mempunyai
modal insan yang mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam suasana
harmoni dan kondusif adalah salah satu matlamat dalam pengurusan organisasi yang
berkesan. Sehubungan itu, modal insane organisasi harus digerakkan secara produktif
agar motivasi, kesungguhan dan komitmen untuk mengembangkan organisasi dapat
dioptimumkan. Apa yang wajar dilakukan kini adalah untuk memastikan modal insan ini
komited terhadap organisasi, dapat menyerlahkan potensi diri untuk dimanfaatkan oleh
organisasi dan boleh bekerja dalam pasukan organisasi. Setiap individu dalam organisasi
adalah penting dan mempunyai peranan serta tanggungjawab yang tersendiri. .Mereka
berhak mendapat penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan yang diberikan .
Antara faktor yang dikenalpasti mempengaruhi kepuasan kerja seseorang individu ialah
pencapaian, pengiktirafan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan suasana di
tempat kerja. Justeru, penjanaan modal insan ke arah pembudayaan nilai-nilai humanistik
yang tinggi perlu dimantapkan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling
membantu dan memahami sesama rakan. Melalui aktiviti pecah bending(ice breaking)
yang dilaksanakan, ianya diharapkan akan menjadi titik tolak kepada hubungan
interpersonal yang lebih positif dalam kalangan guru di SMK Cheras.

MATLAMAT
Modul ‘Ice Breaking’ ini dilaksanakan bagi melahirkan warga guru SMK Cheras yang
memiliki dan menerapkan ciri-ciri seorang Pembing Rakan Sekerja iaituCaring,
Understanding,Trusting, Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy,
Accepting dan Respect (CUT APPLE Ar) dan mengaplikasikannya dalam perkhidmatan di
sekolah dan kehidupan seharian.

OBJEKTIF
1. Melahirkan warga guru yang prihatin, menghargai dan saling mempercayai
antara rakan sekerja.
2. Menanam sikap yakin diri dan memupuk sifat menerima, menghormati dan
mengiktiraf peranan dan tugas rakan sekerja yang lain.
3. Menanam sikap ambil berat , menyayangi dan empati dalam kalangan guru .
4. Mewujudkan hubungan yang kondusif dan sihat dalam suasana kerja yang
harmoni dalam kalangan guru.
5. Melahirkan warga guru yang bertimbang rasa, bertolak ansur, bertanggungjawab
dan saling mempercayai antara satu sama lain dalam menjalankan tugas.
6. Mengikis sikap iri hati, prejudis, dengki, dendam dan khianat terhadap rakan
sekerja.
7. Mambantu warga guru untuk berfikiran rasional, asertif dan mampu mengawal
dan menguruskan emosi secara berkesan sewaktu bekerja

TARIKH PELAKSANAAN

27 Februari 2016 (Sabtu)

TEMPOH

Satu setengah jam (90 minit)

SASARAN

Guru-guru SMK Cheras

PENDEKATAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Modul Ice Breaking yang akan dilaksanakan ini menggunakan modul yang menerapkan
pendekatan Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) yang menerapkan ciri-ciri Caring,
Understanding,Trusting, Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy,
Accepting dan Respect (CUT APPLE Ar). Modul ini akan dijalankan secara 3 fasa yang
berkaitan dengan konsep dan teori humanistik iaitu :

1) Fasa Jelekit
Objektif :
Meningkatkan hubungan interpersonal melalui rangsangan tingkah laku dan komunikasi.

2) Fasa Pendedahan dan Penerokaan Kendiri


Objektif :
Mengaplikasi konsep Tingkap Johari (Saya Tahu Anda Tak Tahu, Saya Tak Tahu Anda
Tahu, Saya Tak Tahu Anda Tak Tahu dan Saya Tahu Anda Tahu)- Id, Ego dan Superego.

3) Fasa Penghargaan Kendiri –


Objektif :
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada individu (Teori Maslow)

Aktiviti ice breaking akan dilaksanakan dalam kumpulan besar. Fasilitator akan memberi
arahan kepada guru-guru dan mereka dimestikan untuk melakukan seperti apa yang
diarahkan setelah wisel dibunyikan. Faslitator akan memberi ulasan dengan mengaitkan
beberapa konsep dan teori humanistik serta menjelaskan falsafah daripada aktiviti yang
dilakukan untuk dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah dan
peranan sebagai rakan sekerja.

BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN


· Wisel
· Sistem Audio (Muzik/Lagu latar)
· Buah Epal

· Kertas A4

1) FASA JELEKIT (15 - 20 minit)

Langkah-langkah :

1. Fasilitator meminta guru-guru duduk di atas kerusi dan membentuk bulatan besar.

2. Fasilitator menjelaskan kepada guru-guru tentang perlunya penglibatan mereka


secara aktif. Fasilitator akan memberikan beberapa arahan dan diikuti dengan tiupan wisel
bagi setiap arahan. Setiap guru yang ‘berkaitan’ dikehendaki bangun dan bergerak
mencari tempat duduk yang lain. Guru digalakkan mencari tempat duduk yang jauh dari
tempat duduk asal.

3. Fasilitator seterusnya menjelaskan bahawa setelah guru-guru bergerak ke tempat


duduk yang baru, mereka dikehendaki berkenalan dengan orang yang ada di sebelah
kanan dan kirinya dengan menyebut nama glamour/panggilannya, hobi, satu kekuatan
dan satu kelemahan diri dalam masa 15 saat.

4. Berikut adalah arahan-arahan daripada fasilitator (diiringi dengan muzik latar) :

a. Bergerak orang yang ada kad pengenalan….


b. Bergerak orang yang pernah ambil SPM.....
c. Bergerak orang yang ada rambut….
d. Bergerak orang yang ada tanda nama….
e. Bergerak orang yang pernah pergi Jabatan Pelajaran WPKL…

(Fasilitator memerhatikan pergerakan guru-guru dengan memberi fokus mereka


yang bergerak dalam jarak yang dekat dan yang bergerak dalam jarak yangjauh.)

*Andaian : Arahan a hingga e akan melibatkan pergerakan semua guru. Arahanf dan
seterusnya akan melibatkan pergerakan sebahagian guru sahaja. Bilangan arahan
bergantung kepada masa dan kesesuaian…)
f. Bergerak orang yang tidak ada misai….
g. Bergerak orang memakai pakaian yang ada warna putih…
h. Bergerak orang yang memakai jam tangan…..
i. Bergerak orang yang memakai cincin di tangan kiri..
j. Bergerak orang yang memakai seluar…..

5. Fasilitator membuat rumusan kecil dengan menerangkan tentang falsafah di sebalik


aktiviti fasa 1. Fasilitator memberi fokus terhadap pergerakan guru-guru yang aktif apabila
arahan diberi dan wisel ditiupkan. Falsafah yang boleh dihuraikan ialah :

i. Manusia boleh melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan


bermotivasi apabila dirangsang. Kaitkan dengan Teori Behavioural di mana ujian
Pavlov(anjing dan bunyi loceng) serta ujian Skinner (tikus).

ii. Manusia boleh dibentuk dan dibimbing dari segi tingkah laku dan sikap
untuk melakukan sesuatu secara positif atau sebaliknya. Kaitkan elemen rangsangan
dengan peranan guru dengan murid, ketua dengan ahli/AJK, pemimpin dengan anak buah
dan ibu bapa dengan anak-anak di rumah.

iii. Manusia ramai yang suka melakukan perkara yang mudah dan kurang
berisiko berbanding dengan perkara-perkara yang mencabar dan berani mengambil risiko.
Kaitkan dengan aktiviti di mana guru ada yang bergerak dalam jarak yang
dekat/bersebelahan sahaja dan ada yang bergerak dalam jarak yang jauh. Guru yang
bergerak jauh ibarat ianya sanggup bekerja kuat, menunjukkan kesungguhan melakukan
sesuatu dan berani mengambil risiko dan mengharungi cabaran untuk memajukan dirinya.
Dalam kehidupan seharian boleh dikaitkan dengan kesanggupan menziarah rakan atau
hadir jemputan ke majlis rakan walaupun jarak yang jauh dan mengambil masa serta
melibatkan kos. Ibarat kata pepatah ‘Jauh Berjalan Luas Pandangan’Mereka sangat
menghargai persahabatan dan tidak pernah timbul soal jauh, tiada masa atau lain kali..

iv. Dalam perkhidmatan, ada guru yang berani menerima tugasan yang
mencabar dan mengambil risiko tanpa mengungkit atau berkira seperti bergerak dari kelas
ke kelas yang jauh dan melaksanakan pelbagai peranan dan tanggungjawab tanpa rasa
dipaksa.

v. Dalam hubungan interpersonal, ada guru yang sanggup pergi ke sana


sini dari satu blok ke satu blok, dari satu bilik ke satu bilik dalam kawasan sekolah untuk
bertanya khabar sesama rakan sekerja atau untuk mendapatkan sesuatu maklumat serta
belajar sesuatu pengalaman daripada orang lain.

vi. Manusia mempunyai motivasi dan tingkah lakunya boleh dibentuk serta
dibimbing ke arah yang positif atau sebaliknya jika diberi rangsangan. Kaitkan dengan
rangsangan positif seperti guru dengan murid, ketua dengan ahli/AJK, pemimpin dengan
pengikut, orang atasan dengan orang bawahan serta ibu bapa dengan anak.

2) FASA PENEROKAAN DAN PENDEDAHAN KENDIRI (15 - 20 minit)

Menggunakan Konsep Tingkap Johary :


Langkah-langkah :

1. Fasilitator memberi arahan yang seterusnya dan diikuti dengan tiupan wisel serta
diiringi dengan muzik latar.(Andaian bahawa pada fasa 2 ini setiap arahan hanya
melibatkan pergerakan guru yang berkaitan sahaja)

2. Arahan-arahan yang seterusnya adalah seperti berikut :

a. Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang dilahirkan di Kelantan dan


Terengganu. Orang yang asalnya Kelantan, maju lagi dua tapak ke hadapan. Fasilitator
seterusnya memperkenalkan secara umum guru-guru berkenaan.

b. Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang kampungya di Kedah, Perak atau
Pulau Pinang. Orang Kedah maju lagi dua tapak ke hadapan dan orang Penang sila
pusing ke belakang. Fasilitator secara umum memperkenalkan guru-guru berkenaan.

c. Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang made in Selangor, K.L dan
Melaka. Orang Selangor sila goyangkan pinggang 3 kali, orang K.L sila lambaikan tangan,

d. Orang Negeri Sembilan, Johor dan Pahang sila berdiri. Orang Johor sila maju 3
tapak lagi dan orang Pahang undur dua tapak ke belakang. Orang Negeri Sembilan
angkat tangan dan jerit Hobin Jang Hobin.

3. Fasilitator seterusnya memaklumkan bahawa guru perlu bergerak dari tempat


duduknya dan mencari tempat duduk lain. Setelah duduk, guru dikehendaki memberitahu
orang di sebelah kiri dan kanannya tentang bilangan adik beradik, anak yang ke berapa,
status perkahwinan dan bilangan anak sehingga tahun 2009 dan bilangan cucu (jika ada).
Yang masih bujang dikehendaki memberiyahu tentang bilangan adik beradik, anak yang
ke berapa dan bilangan anak saudara. Arahan yang seterusnya (diikuti dengan tiupan
wisel dan muzik latar) adalah seperti berikut
1. Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :

a. Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai diri rakan-rakan sekerja kita
walaupun sudah bertahun-tahun kita bekerja bersama-sama di bawah satu bangaunan.
Begitu juga orang lain, mungkin banyak perkara yang mereka tidak tahu mengenai diri kita
walaupun setiap hari orang itu bertemu dan menyapa kita.

b. Kita perlu mencari dan meluangkan masa untuk mengenali rakan sekerja kita
dengan lebih dekat jika kita ingin mengetahui dan memahami tentang perwatakan,
personality dan tabiatnya. Dengan hanya bertegur sapa belum cukup untuk kita
memahami diri seseorang.

c. Dalam hubungan personal kita dengan rakan sekerja kita, berapa kerap kita
memuji, mengucapkan terima kasih, bertanya khabar keluarga dan menyatakan bahawa
kita bangga mempunyai rakan sekerja seperti mereka ataupun apa yang berlaku adalah
sebaliknya.

1) FASA PENGHARGAAN KENDIRI (15 - 20 Minit)


Pada fasa ini, setiap tahap yang melibatkan fasilitator menganugerahkan buah epal
kepada guru. Fasilitator akan memeluk guru tersebut (sama jantina sahaja) dengan
pelukan PERASA. Bagi guru yang berlainan jantina, fasilitator memberi salam/tabik
PERASA sebelum menyerahkan buah epal tersebut.

a. Fasilitator meneruskan iaitu bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang sudah
bertugas di sekolah ini lebih daripada lima belas tahun. Fasilitator mengajak guru-guru lain
menepuk tangan dan memberikan ucapan tahniah kepada mereka. Seterusnya fasilitator
meneruskan arahan iaitu bergerak dua lagi langkah ke hadapan orang yang akan
membuat keputusan untuk bersara di sekolah ini. Jika ada tidak lebih dua orang guru,
fasilitator menganugerahkan buah epal dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada
mereka. Selepas itu, fasilitator meneroka mereka dengan memberi fokus kepada sebab
dan faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan mereka memilih untuk bersara di
sekolah ini.
Falsafah :
Situasi kerja yang kondusif, harmoni serta ceria boleh mempengaruhi sebahagian individu
untuk berkhidmat bagi jangkamasa lama di sesebuah organisasi. Mereka juga akan setia
dan mempertahankan organisasi mereka serta amat bangga dengan organisasi mereka.
Mereka merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada entity organisasi dan ada
peranan dan fungsi untuk organisasi. Tetapi persoalannya, berapa ramai di antara kita
yang betul-betul meliliki sifat setia, bangga dan seronok sehingga ke hujung perkhidmatan
mereka di sesebuah organisasi. Apabila berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi mereka,
maka mereka mudah menuding jari dan menyalahkan organisasi. Malahan ada yang
sanggup menjaja cerita di mana-mana tentang apa yang berlaku dengan harapan orang
melihat dirinya sentiasa betul dan segala kesalahan adalah di pihak organisasi.

1. Fasilitator membuat rumusan kecil dengan menerangkan tentang falsafah


di sebalik aktiviti fasa 3 dengan mengaitkan Hirarki Keperluan Manusia
berdasarkan Teori Maslow. Fokus kepada keperluan Penghargaan Kendiri di mana
manusia biasa akan berasa perlu dihargai, dihormati dan merasakan bahawa diri mereka
bernilai dan berharga kepada orang lain.Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :
i. Setiap manusia ada kehendak dan keperluan yang perlu dicapai
untuk menruskan kehidupan dengan harmoni dan sejahtera.
ii. Setelah keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih saying dipenuhi,
manusia memerlukan kepada keperluan penghargaan kendiri sebelum mencapai tahap
kesempurnaan kendiri.
iii. Rasa dihormati, dihargai dan diiktiraf mampu meningkatkan motivasi
dan prestasi diri seseorang.
iv. Setiap manusia adalah penting dan berharga kepada orang lain.
Mereka ada peranan dan tanggungjawab tersendiri dan menyumbang kepada
keberkesanan sesebuah organisasi.
v. Manusia kebiasaannya susah untuk memuji dan menghargai orang
lain ketika orang itu berada dekat dengan kita tetapi akan terasa kehilangannya setelah
orang itu tiada di depan mata atau telah meninggalkannya sama ada ke tempat lain lain
atau meninggal dunia.

RUMUSAN BESAR

Sebelum menamatkan ice breaking, fasilitator perlu membuat rumusan besar (binding)
terhadap apa yang telah dilalui dan dialami oleh guru-guru.

1. Bermula dengan fasa jelekit, matlamat utama adalah untuk merapatkan silaturrahim
dalam kalangan guru. Selain itu, tujuan utama fasa ini adalah mewujudkan suasana yang
ceria dan santai serta mengikis sifat malu yang keterlaluan dan memecah bending
perkara-perkara yang menghalang guru-guru daripada mewujudkan hubungan
interpersonal yang mantap melalui interaksi, tindakan psikomotor dan penerapan
semangat kerja berpasukan.

2. Fasa penerokaan dan pendedahan kendiri bertujuan untuk guru-guru mengenal


dengan lebih dekat rakan-rakan sekerja mereka tentang beberapa perkara dari aspek latar
belakang dan personality mereka. Fasa ini member peluang guru-guru untuk mengetahui
tentang rakan sekerja mereka yang selama ini mungkin mereka tidak tahu walaupun
beekerja di bawah satu bumbung. Pengalaman mengenali rakan sekerja dengan lebih
mendalam diharap dapat membantu guru-guru untuk berinteraksi dan berkomunikasi
dengan lebih baik daslam kalangan rakan sekerja mereka selain mewujudkan semangat
bekerjasama antara satu sama lain.

3. Fasa penghargaan kendiri adalah untuk menghormati, mengiktiraf dan menghargai


sumbangan dan peranan guru-guru. Selain itu, fasa ini juga ingin menerapkan sifat rasa
bangga, rasa penting diri guru-guru terhadap sekolah. Masing-masing ada peranan dan
fungsi tersendiri dan setiap orang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan
kecemerlangan pelajar-pelajar.

Fasilitator akhirnya meninggalkan beberapa persoalan kepada guru-guru untuk sama-


sama difikirkan dan mencari jawapan kepada persoalan itu. Persoalan-persoalannya
adalah :

i. Selama ini, berapa kerap dalam sehari kita menegur dan bertanya khabar
rakan sekerja di dalam bilik guru?
ii. Selama ini, berapa banyak dalam sehari kita mengucapkan terima kasih
kepada rakan sekerja di atas peranannya di sekolah?
iii. Selama ini berapa ramai rakan sekerja yang sudah kita nyatakan rasa bangga
kita kerana mempunyai rakan sepertinya dan menyatakan bahawa mereka penting
kepada kita?
iv. Selama ini berapa kerap kita telah memohon maaf di atas kesalahan yang
pernah dilakukan sama ada secara disedari atau tidak? Atau kita sebenarnya menunggu
orang tersebut untuk meminta maaf dari kita terlebih dahulu?Persoalannya ialah adakah
kita sentiasa berkesempatan menunggu orang itu memohon maaf dari kita atau kita yang
memohon maaf daripadanya?Atau kita amat yakin sempat meminta maaf pada hari raya
akan datang?bagaimana jika orang itu pergi meninggalkan kita dahulu atau kita yang
meninggalkannya terlebih dahulu…ambillah kesempatan dan peluang yang diberikan oleh
tuhan untuk saling bermaafan antara satu sama lain sementara orang itu masih berada di
depan mata. Jika mereka telah meninggalkan kita sama ada berpindah, nazak di hospital
atau meninggalkan dunia maka segalanya sudah tidak bermakna. Memang resmi
manusia, jika orang itu sudah tiada , baru rasa menyesal dan terasa kehilangannya..

(Jika ada kesempatan masa, di akhir slot mainkan lagu dan para guru bermaafan dan
berpelukan antara satu sama lain (sama jantina sahaja) dari satu orang ke satu orang lain
sehingga selesai kesemuanya)
Apa Itu Fasilitator ?

Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan
dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan,
bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan
banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator,
provokator dan pelbagai peranan lagi. Ini menjadikan seorang fasilitator itu, perlu
mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas dalam pelbagai bidang khususnya
kemahiran hidup. Fasilitator akan dipertanggungjawabkan kepada 3 perkara iaitu LDK,
objektif dan simulasi.

Persoalannya, siapa dan mengapa perlu menjadi fasilitator? Tentunya fasilitator


mempunyai peranan besar dalam menjalankan tanggungjawab ini.

Siapa yang perlu menjadi fasilitator?

Firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 bermaksud: "Kamu adalah umat
yang terbaik yang lahir dari kalangan insan. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dan beriman kepada Allah". Tidak disebutkan disini sebarang bangsa atau
masyarakat yang akan memikul amanah ini. Mereka yang menjalankan 3
tanggungjawab tersebut adalah yang terbaik di sisi Allah. Adakah kita tidak mahu jadi
sebahagian darinya?

Mengapa saya perlu menjadi fasilitator?

Ada beberapa sebab utama mengapa kita perlu menjadi fasilitator yang benar-benar
menjadi kesan baik kepada orang lain iaitu;
Tanggungjawab dan amanah Khalifah
Tanggungjawab khalifah ini ialah memastikan keamanan dan ketenteraman wujud di
atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita wajib memberikan terbaik agar kehidupan di
dunia ini adalah bekalan untuk ke akhirat. Tanggungjawab khalifah ada 2 yang utama
iaitu Hablum MinAllah (hubungan dengan Allah) dan Hablum Minannaas (hubungan
dengan manusia). Berhubung dengan Allah merupakan sifat kehambaan yang tertanam
di dalam sanubari kita sebagaimana firman Allah, "Tidak Aku ciptakan manusia dan jin
melainkan untuk menyembah Aku".
Berhubung dengan manusia pula, inilah amanah khalifah yang diberikan. Pertama ialah
kerana kita telah diwajibkan menjadi Da'ie. Da'ie berasal dari perkataan arab yang
membawa maksud menyeru. Firman Allah dalam Al-Quran dalam surah Al-Nahl yang
bermaksud; "Serulah semua manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan
pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik".

Kedua ialah kerana kita perlu menjadi mahasiswa yang punya idealisme. Mempunyai
idealisme bermaksud memahami keperluan setempat, berusaha memenuhi disamping
mempunyai visi dan misi yang jelas terhadap hidup diri serta masyarakat kita. Kita perlu
tahu kenapa kita menjadi mahasiswa dan kita perlu tahu mengapa kita terlalu penting
untuk masyarakat. Mahasiswa yang tidak punya idealisme merupaka mahasiswa yang
mati rasa kepeduliannya terhadap masyarakat mereka.

Ketiga ialah kerana kita pelu mengukuhkan keseimbangan daya intelektual dan emosi
berdasarkan kepada keadaan semasa. Hari ini lahir terlalu ramai cerdik pandai tetapi
mereka tidak berupaya untuk melatih serta menyeimbangkan emosi mereka dengan
keadaan semasa. Kesannya, kerajaan telah berjaya melahirkan ramai teknokrat dari
bidang yang pelbagai. Mereka adalah individu mahir dengan pekerjaan masing-masing,
sejak diperingkat IPT telah disogokkan dalam pemikiran, belajar untuk mencari
pekerjaan. Dek kerana sibuk dengan tugasan sehinggakan mereka hidup secara
bersendirian atau individualistik.

Keempat ialah kerana kita memerlukan kekuatan rohani bagi mendepani isu-isu
pelbagai yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan. Kita harus ingat bahawa
kehidupan kita dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Kita memerlukan agama dan agama
tidak memerlukan kita. Kekuatan rohani inilah keupayaan yang mampu menghalang kita
dari melakukan perkara-perkara terlarang dan berdosa.

Kelima pula ialah kerana kita memerlukan daya kerja aktivis yang benar-benar ikhlas
untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara. Aktivis sebegini tidak ramai kerana ia
kerja yang memenatkan dan tidak mendapat upah yang lumayan. Ingatlah kita kepada
hadis Nabi yang bermaksud; "Apabila mati seorang anak Adam, akan terputuslah dunia
daripadanya kecuali 3 iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah dan ilmu yang
bermanfaat".

Ingatkanlah, kita akan meninggalkan zuriat dan generasi baru akan datang. Jika mereka
tidak disediakan maka, siapa pula akan menyediakan mereka? Kalau bukan sekarang
bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi. Jadilah generasi yang terbaik, sentiasa mengajak
kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Moga-moga, keimanan kita bertambah
dan percayalah bahawa Allah pasti bersama orang-orang yang benar.

Fasilitator yang baik, adalah seseorang yang dapat melakukan hal-hal berikut:
•Senantiasa menciptakan suasana aman dan nyaman
•Tidak menggurui atau mendominasi, apalagi memaksakan pendapatnya sendiri
•Selalu berusaha mempermudah peserta untuk belajar
•Percaya pada kemampuan (pengetahuan, nilai-nilai, sikap) peserta
•Bersikap netral dan tidak menilai benar-salah
•Mau mendengarkan dengan aktif dan memberi kesempatan kepada peserta pelatihan dalam mengemukakan
aspirasinya secara bebas
•Bersikap empatik dan peka terhadap kekhawatiran atau ketidaknyamanan peserta
Syarat Fasilitator:
Berikut ini adalah beberapa syarat yang diperlukan untuk menjadi fasilitator dalam rangka meningkatkan
kualitas
•Memiliki kepedulian dan komitmen atas rencana pelatihan;
•Tidak memiliki konflik kepentingan
•Tidak diskriminatif terhadap peserta
•Memiliki kemauan untuk belajar hal-hal baru dari proses pelatihan,
•Memiliki kemampuan dan keahlian dalam memfasilitasi pelatihan, serta dapat menyampaikan materi pelatihan
dengan jelas;
•Mampu menghargai dan menghormati hak-hak peserta pelatihan;
•Bukan pelaku yang menyimpang dari maksud dan tujuan pelatihan
Tips Menjadi Fasilitator yang Baik:
•Menjaga agar kelompok tetap fokus pada tujuan dan proses tetap obyektif
•Membantu kelompok menentukan arah yang akan ditempuh dan mencapai tujuan mereka
•Lebih banyak mendengarkan daripada berbicara
•Dapat menyesuaikan dengan gaya belajar yang berbeda-beda
•Mendorong semua orang untuk berpartisipasi, dengan menyadari bahwa setiap orang berpartisipasi dengan
cara yang berlainan. Ada yang mungkin hanya berbicara dalam kelompok kecil, tetapi tetap berpartisipasi.
Ciri-ciri dan keadah menjadi seorang Fasilitator
Seorang fasilitator adalah seseorang yang membantu sekumpulan orang memahami objektif-objektif biasa mereka dan
membantu mereka bagi merancang bagi mencapai mereka tanpa mengambil satu kedudukan tertentu dalam
perbincangan. Pemudah itu akan cuba untuk membantu kumpulan dalam mencapai satu konsensus pada sebarang
percanggahan yang wujud terlebih dahulu atau muncul dalam mesyuarat itu supaya ia mempunyai satu asas kukuh
untuk tindakan masa depan.
Peranan telah disamakan yang seorang bidan yang membantu dalam proses kelahiran itu tetapi bukan pengeluar hasil.
Seorang fasilitator adalah seorang individu yang bekerja adalah bagi membantu untuk menguruskan satu proses
pertukaran maklumat.

Tugas Fasilitator adalah memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan licin. Oleh itu
ia memerlukan kepada pemerhatian, menasihati, membantu, membimbing dan kaunseling secara maksimum. Seseorang
yang berminat menjadi fasilitator mesti memahami dengan mendalam sama ada dari segi teknikal mahupun konsep dan
etika . Penting bagi seorang fasilitator memperbanyakkan pembacaan dalam apa jua jenis bahan pembacaan.
Perlu diingat kehadiran fasilitator bukannya mengubah hidup seseorang. Ia hanya satu sistem bagi membantu
mengubah minda dan menangani aspek-aspek kehidupan mereka yang jumud, dan membantu mereka mendapatkan
sesuatu yang mereka ingini dalam hidup mereka.Fasilitator adalah agen perubahan.

Proses Transformasi
Proses transformasi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori aktiviti, iaitu:

1. Penerokaan
- Satu aktiviti yang menumpukan kepada penerokaan berhubung apa yang ada di sana, menyingkap representasi diri
individu ke atas dunia sekeliling.
- Ianya juga adalah suatu proses mengenali diri sendiri dan jenis-jenis persepsi dan pengetahuan yang ada untuknya.

2.Penjelasan
- Penjelasan ialah aktiviti mengenali dan meneutralkan kepincangan atau sebarang representasi luaran.
- Memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang mungkin mengganggu minda individu.
- Mengembalikan seseorang individu yang mungkin terhanyut pemikirannya ke jalan yang benar.

3.Programing
- Programing adalah suatu aktiviti yang secara langsung membentuk peribadi individu ke arah yang lebih baik.
- Dilakukan dengan cara menekankan kepada kehendak sebenar seseorang individu dan membantu menjadikannya lebih
realiti.
- Memperkukuhkan lagi sifat-sifat dan kebolehan yang diingini oleh seseorang individu.

Fasilitator Muslim:

# Fasilitator Muslim adalah insan yang mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat dan Islam sebagai salah satu
daripada pelaburan amal jariahnya.
# Fasilatator Muslim sedar tanggungjawabnya di dunia ini sebagai khalifah dan hamba Allah.
# Fasilitator muslim mengamalkan cara hidup Islam ke arah yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan diri dengan
kemahiran-kemahiran dan pengetahuan am terkini yang diperlukan bagi memastikan ia dapat menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna.
# Fasilitator Muslim sedar dia juga adalah seorang dai’e atau pendakwah dan adalah teladan kepada ahli kumpulan
LDK.
# Fasilitator Muslim tidak seharusnya berpura-pura. Segala yang disampaikan kepada ahli kumpulan LDK mesti ikhlas
dan benar.
# Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya kebenaran sama ada ucapan ataupun perbuatan membawa
kepada kebaikan dan kebaikan pula membawa ke syurga.Seseorang selalu bersifat benar sehingga ditulis di sisi Allah
sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan dan kejahatan pula membawa ke
neraka. Seseorang selalu berbohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong”.
# Tugas dan tanggungjawab seorang Fasilitator Muslim tidak terbatas dalam kumpulan LDK sahaja,
# Ia merangkumi kehidupan harian beliau kerana insan yang dilabelkan sebagai Fasilatator Muslim sentiasa menjadi
perhatian sebagai insan teladan kepada masyarakat sekelilingnya.
# Fasilatator Muslim semestinya faham peranan, tanggungjawab, etika dan tatasusila serta bersedia menimba ilmu
sebanyak mungkin.

Peranan Fasilitator :
1. Dai’e
2. Penasihat
3. Naqibah
4. Kaunselor
5. Sahabat
6. Pemerhati
7. Jurulatih
8. Ejen Perubah

Antara beberapa syarat yang mesti dibina dan digarap dalam diri seseorang fasilitator iaitu :

1. Sikap
Jelas Matlamat Hidup - penting bagi Fasilitator Muslim memastikan hala tuju atau sense of direction dalam kehidupan.
Tanpa penjelmaan matlamat hidup seseorang itu mudah merasa kecewa, putus asa dan lari dari perjuangan . Husnu Zan
(Berperasangka baik dengan kejernihan hati) Fasilatator perlu bersangka baik kepada setiap orang yang ditemui bahawa
orang tersebut berpotensi menjadi seorang hamba Allah yang taan dan cemerlang dunia dan akhirat.

Pro aktif , membina kemampuan membentuk suasana dan bukan dibentuk oleh suasana. Pengurusan pribadi yang
berkesan ,Fasilatator perlu mengatur dengan sebaiknya, jadual harian, serta keutamaan-keutamaan dalam tindakan
.Kemampuan berkomunikasi yang berkesan Penting dalam perkongsian idea dan pengalaman. Mempertingkatkan daya
perjuangan , ini dapat dilakukan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat, berpersatuan serta bergaul dengan rakan-
rakan yang konstruktif serta banyak membaca .Sabar adalah ciri fasilitator yang mesti digarap dan mempunyai tahap
kesabaran yang tinggi .

Punya prinsip sinergi iaitu mempunyai kemampuan dalam kumpulan atau amal jama’ie kerana bekerja dalam kumpulan
dapat mewujudkan persefahaman, bermasyarakat serta memberikan impak yang lebih baik . Ihsan , hari ini lebih baik
dari semalam. Sikap optimis amat penting bagi Fasilitatos. Malahan kita berusaha supaya esok lebih baik dari hari ini.
Sikap ini memerlukan prosesyang berterusan dan melibatkan refomasi (islah). Berfikiran terbuka, Fasilitator mesti
berfikiran terbuka supaya dapat menerima pendapat ahli kumpulan dan sahabat lainnya

2.Kreatif

Kreativiti adalah kuasa atau kebolehan mencipta iaitu menggunakan kepakaran dan kelainan dalam mencapai satu-satu
objektif. Kreativiti memerlukan jalinan keaslian dan imiginasi dalam menghadapi satu-satu situasi. Berfikiran kreatif
memerlukan satu proses yang halus dalam membaca dan menganalisis imaginasi atau pemikiran seseorang dan
memantau ke seluruh spektrum pengetahuan dan pengalaman seseorang.

3. Kestabilan Emosi
Tidur yang cukup ,pemakanan yang baik dan sempurna ,riadah dan senaman yang konsisten, belajar mengenali saat-saat
tertentu (bagi wanita yang tidak dapat lari daripada gangguan emosi secara biologi-cuba belajar berfikir dan bertindak
secara rasional),kepercayaan dalam agama masing-masing sangat konsisten dalam kehidupan seharian dapat
menguatkan rohani kita seterusnya menstabilkan emosi kita , penyediaan bahan dan material yang lengkap beserta
dengan bahan alternatif, sentiasa bertenang dan fikirkan berhubung perkara-perkara yang positif sahaja

4.Berkemahiran
i) Berkemahiran maksudnya mempunyai kebolehan dalam :
ii) Kemahiran dorongan
iii)Kemahiran membuat keputusan
iv) Kemahiran kaunseling
v) Kemahiran penyelesaian masalah
vi) Kemahiran memberi dan menerima maklum balas
Di samping itu ada tiga kemahiran yang amat utama dalam membina kewibawaan diri iaitu:
Kemahiran Komunikasi
Kepimpinan
Personaliti

5. Berilmu , adalah salah satu faktor yang penting untuk menjadi seorang fasilitator yang baik, bagus dan boleh
membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah.

Etika Fasilitator:
1. Menghormati autonomi
2. Tidak Mengganggu insan lain
3. Mementingkan insan lain
4. Adil
5. Setia dan amanah
Pada pendapat saya, sekiranya ingin menjadi fasilitator yang efektif, seseorang itu haruslah
mempunyai pengalaman menjadi sebahagian daripada ahli kelompok dan mendapat latihan
bagaimana menjadi fasilitator. Selain itu, pembelajaran tentang teknik-teknik kaunseling juga boleh
diaplikasi dalam kehidupan seharian agar ia menjadi kebiasaan dalam diri seseorang fasilitator
tersebut.

Apakah persediaan yang perlu ada bagi seseorang


fasilitator??????
• Sentiasa perlu bersedia dari segi mental, pengetahuan dan cuba untuk melatih diri mengendalikan
kumpulan yang bersaiz kecil.
• Perlu memastikan persediaan perjumpaan kelompok berjalan dengan lancar, dan menetapkan tempat
yang ingin dijalan sesi kelompok tersebut.
• Persediaan dari segi peralatan yang ingin digunakan semasa aktiviti nanti
• Perlu menentukan objektif sesi kelompok
• Akhir sekali, memastikan ahli kelompok perlu ditapis agar sesuai dengan kehendak objektif
kelompok.
Peranan FASILITATOR ……..
• melibatkan diri secara terus di dalam isu perbincangan sesi kelompok
• bertindak menjadi role model dari segi sikap dan tingkah laku komunikasi ke arah yang lebih
berkesan.
• menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat kepada ahli kumpulan
• menggalakkan perbincangan
• menggerakkan dan membimbing proses kelompok.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang fasilitator


yang berkesan.
• Mestilah seorang yang beretika
• Peka dengan keadaan ahli dan sekelilingnya
• Kejujuran
• Kreatif
• Fleksibel
• Pendedahan kendiri
sumber:google
s

Panduan FASILITATOR

@ tugas awal bagi fasilitator adalah bagi memastikan ahli kelompok berasa selesa dengan fasilitator dan juga
ahli-ahli lain.

@ harus peka pada bahasa bukan lisan, mood dan tahap penerimaan ahli-ahli

@ gunakan pengalaman ahli sendiri bagi menggalakkan perbincangan

@ memastikan fasilitator menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas agar ahli dapat memahaminya
terutama apabila memberi arahan kepada ahli.

@ aktiviti yang dijalankan di dalam kelompok pastikan selari dengan objektif sesi

@ menggalakkan ahli untuk berkongsi pengalaman harian yang boleh dikaitkan dengan isu yang
dibincangkan.

@ setiap perkara yang dibincangkan di dalam sesi haruslah menjadi kerahsiaan.

@ ahli-ahli di dalam kumpulan sepatutnya perlu aktif seperti banyak bercakap, memberi pendapat, dan
sebaliknya fasilitator pula perlu memainkan peranan untuk pendengar yang setia, memberi galakan, menyoal
serta membuat rumusan.

@ keputusan yang di ambil di dalam sesi kelompok mestilah realistik dengan kehidupan.

Kepentingan Memahami Prinsip Dan Etika


Fasilitator
Melahirkan fasilitator yang bertanggungjawab
Fasilitator bertanggungjawab pada segala indakan yang diambil supaya menepati dengan undang-
undang yang ditetapkan. Mereka sentiasa mengutamakan kepentingan dan member tumpuan pada
masalah mereka.

Bersedia membantu ahli-ahli

Sebagai fasilitator yang berprinsip dan beretika, mereka sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada
ahli-ahli dalam usaha mencari pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah mereka.
Fasilitator memiliki sikap jujur
Fasilitator memiliki sifat jujur terhadap nilai-nilai diri dan perasaan bersama ahli-ahli kelompok. Ia perlu
melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri tanpa membohongi orang lain. Fasilitator yang tulen adalah
fasilitator yang mempunyai prinsip sendiri dan mematuhi etika kaunseling.

Kerahsiaan
Fasilitator perlu menjelaskan kepentingan kerahsiaan dan setiap ahli perlu mengaplikasikan prinsip itu
kerana ia adalah satu cara membentuk kepercayaan.

Dapat menjalankan tugas yang ditetapkan


Ia mendorong fasilitator dan ahli-ahli menjalankan tugas dan kerja yang ditetapkanbagi mengelakkan
timbulnya kelemahan dalam kelompok. Hubungan yang mesra dan komunikasi akan timbul dalam kelompok

Siapakah Fasilitator@Sekolah?

Fasilitator ialah seorang manusia, yang memanfaatkan akalnya berfikir kreatif dan kritis, menggunakan segala
sumber yang ada, untuk memberikan pemahaman serta memenuhi objektif sesuatu program. Mengikut
sumber Farell dan Weaver (2000), fasilitator adalah individu yang membantu melancarkan proses komunikasi
sekelompok manusia sehingga mereka dapat memahami ataupun menyelesaikan masalah secara bersama. Namun,
syarat utama untuk menjadikan diri sebagai fasilitator adalah semangat untuk melakukan kebaktian
atau 'tatawwu''. Menurut Wan Norjihan (2003), fasilitator adalah individu yang mempunyai kesedaran berbakti
kepada masyarakat dan mengamalkan cara hidup sederhana. Mereka sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi memastikan dirinya dapat menjalankan tanggungjawab dengan
baik dan sempurna.

Ini menjadikan, seorang fasilitator itu adalah mereka yang berkemahiran, sentiasa memperbaiki diri (islah),
berpengetahuan luas, kreatif serta mempunyai semangat bakti yang tinggi. Oleh kerana itu, untuk menjadi seorang
fasilitator seharusnya setiap individu itu memiliki ciri-ciri asas berikut;

1. Ada kemampuan membantu dan memimpin orang lain;


2. Bijak mengaplikasikan kemahiran interpersonal;
3. Mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat;
4. Memiliki latihan khusus dan pengalaman dalam menguruskan kelompok;
5. Mampu menjadi sumber penyelesaian bagi pelbagai masalah;
6. Berkemampuan melancarkan proses komunikasi kelompok, bukan sekadar memberi nasihat sahaja;
7. Mereka adalah individu yang mudah diterima di dalam kelompok serta;
8. Menjadi pembimbing dan pemudah cara di dalam kelompok.

Apakah Peranan Fasilitator@Sekolah?

1. Penampilan Diri Sebagai Fasilitator (Menggambarkan kualiti keperibadian)

Ia adalah amat penting khususnya dalam menggambarkan kejujuran dalam diri serta keyakinan yang jitu
terhadapa keupayaan diri. Penampilan juga termasuklah dari segi cara berpakaian, perhubungan dengan orang
lain, ramah, bertutur, penggunaan bahasa dan gaya badan serta batas-batas pergaulan yang sentiasa diberikan
perhatian yang khusus.

Selain itu, fasilitator juga disyorkan untuk merapatkan diri dengan ketua fasilitator atau jurulatih untuk belajar
sesuatu dari mereka. Bergaul mesra juga dengan peserta atau penganjur sebagai tanda hormat, dan dapatkan
maklumat mendalam tentang peserta dari penganjur. Tunjukkan contoh yang terbaik khususnya dari sudut cara
berfikir, cara bertindak dan cara bergaul mesra dengan orang lain. Mudahkan dan bersifat terbuka untuk merapati
orang lain supaya orang lain mudah untuk melakukan sedemikian.

2. Fasilitator sebagai Pembantu dan Pemudahcara


Sewaktu sesi ceramah atau taklimat sedang dijalankan, tugas utama anda adalah mengawal suasana dewan atau
peserta supaya mereka kekal fokus kepada apa yang disampaikan. Tindakan perlu diambil sekiranya perlu.
Bantuan juga harus diberikan kepada penceramah atau ketua fasilitator dalam dua keadaan. Pertama, persiapan
keperluan dan peralatan yang diperlukan sepanjang sesi tersebut. Ia adalah seperti mengedarkan kertas,
menyediakan alat pandang dengar serta kamera. Kedua, dari sudut aktiviti yang dijalankan di dalam ceramah.
Anda harus membantu peserta untuk lebih memahami dan menjadi provakator juga motivator dalam
melaksanakan aktiviti.

Elakkan dari membuat bising seperti ketawa atau bersembang sehingga mengganggu penyampaian penceramah.
Begitu juga dengan pergerakan yang boleh mengganggu konsentrasi peserta terhadap apa yang sedang mereka
pelajari.

3. Fasilitator Ketika Aktiviti Lain

Anda perlu melakukan tugas-tugas berikut sama ada diperintahkan oleh Ketua Fasilitator atau secara sukarela
sekiranya perlu.

1. Sewaktu makan,
2. Solat berjemaah, sebagai imam atau bilal.
3. Disiplin pelajar,
4. Pengurusan masa.
5. Persiapan tempat dan
6. Pemantauan peserta.

4. Fasilitator Di Dalam LDK

Sentiasa mulakan LDK dengan AL-Fatihah, ucapan syukur kepada Allah serta sapaan kepada adik-adik peserta
seperti bertanya khabar dan sebagainya. Peringatkan peserta tentang keperluan untuk mereka memberikan
perhatian serta menetapkan matlamat untuk diri anda sendiri tentang apa yang akan dilakukan, dibincangkan dan
keberhasilan selepas sesuatu LDK.

Terapkan konsep 4KA secara beransur-ansur kepada peserta. Ia tidak perlu terlalu jelas, cukup sekadar
memaklumkan dan dilaksanakan dengan perlahan-lahan. 4KA adalah Kerjasama, Kepercayaan, Keterbukaan
dalam Kerahsiaan dan Adabul Ikhtilaf. Seterusnya, kenali peserta melalui konsep 4T iaitu, Ta’aruf; saling
mengenali, Tafahum; saling memahami, Ta’awun; saling membantu dan Takaful; saling mengambil berat atau
menjaga kebajikan. Tugas lain ketika bersama peserta adalah untuk memimpin, menunjuk jalan, tetapi tidak
menyelesaikan. Berikan alternatif atau pilihan dalam setiap keputusan mereka. Sentiasa memberikan motivasi
untuk mencuba. Tidak menyalahkan mereka sebaliknya memberikan galakan untuk bercakap.

Pastikan setiap aktiviti diberikan kesimpulan, rasional dan objektif pembelajarannya. Jangan tamatkan apa sahaja
aktiviti walaupun permainan dengan tiada apa-apa pengajaran. Akhiri LDK dengan surah AL-Asr dan Tasbih
Kafarah.

Bagaimana Untuk Menjadi Fasilitator@Sekolah yang Efektif

Berdasarkan konsep RELA yang diperkenalkan oleh IQ Class Management (2006), menggariskan 4 ciri utama
dalam memastikan seseorang individu mampu menjadi fasilitator yang efektif iaitu;

1. Responsif

Seorang fasilitator seharusnya cepat berfikir, tidak leka serta sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang
mungkin berlaku. Oleh yang demikian, apabila seseorang fasilitator itu responsif, mereka akan lebih mudah untuk
bertindak sekiranya terdapat perkara-perkara yang diluar jangkaan.

2. Empati
Jiwa seorang fasilitator harus mampu untuk menunjukkan rasa keprihatinan, mengambil berat serta sentiasa
memberikan perhatian yang wajar kepada setiap masalah. Melihat setiap masalah seperti masalah dalam diri
sendiri.

3. Libat

Penglibatan seorang fasilitator dalam setiap aktiviti adalah suatu keperluan. Ini kerana, fasilitator berperanan
sebagai contoh serta bimbingan ke

4. Anjal

Mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran yang baru. Fasilitator juga tidak sepatutnya terikat
dengan sesuatu peranan yang disediakan kerana mereka perlu lebih kreatif dan kritis dalam memastikan objektif
serta matlamat akhir itu tercapai.

TUESDAY, JUNE 9, 2009

kemahiran yang harus ada bagi fasilitator


Kemahiran dorongan
Kemahiran membuat keputusan
Kemahiran kaunseling
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran memberi dan menerima maklum balas
Di samping itu ada tiga kemahiran yang amat utama dalam membina kewibawaan diri iaitu:
Kemahiran Komunikasi
Kepimpinan
Personaliti

TUESDAY, JUNE 9, 2009

Tugas fasilitator
Tugas Fasilitator adalah memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan
licin.
Oleh itu ia memerlukan kepada pemerhatian, menasihati, membantu, membimbing dan kaunseling secara
maksimum.
Manakala mengurus, mengarah dan mengawal sesuatu kumpulan dan perbincangan mesti pada tahap yang
paling minimum
Seseorang yang berminat menjadi fasilitator mesti memahami dengan mendalam sama ada dari segi teknikal
mahupun konsep dan etika

Penting bagi seorang fasilitator memperbanyakkan pembacaan dalam apa jua jenis bahan pembacaan.

Proses Transformasi

Proses transformasi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori aktiviti, iaitu:

1 Penerokaan
2 Penjelasan
3 Programing

1 Penerokaan

Satu aktiviti yang menumpukan kepada penerokaan berhubung apa yang ada di sana, menyingkap
representasi diri individu ke atas dunia sekeliling.

Ianya juga adalah suatu proses mengenali diri sendiri dan jenis-jenis persepsi dan pengetahuan yang ada
untuknya.
2 Penjelasan

Penjelasan ialah aktiviti mengenali dan meneutralkan kepincangan atau sebarang representasi luaran.

Memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang mungkin mengganggu minda individu.

Mengembalikan seseorang individu yang mungkin terhanyut pemikirannya ke jalan yang benar.

3 Programming

Programing adalah suatu aktiviti yang secara langsung membentuk peribadi individu ke arah yang lebih baik.
Dilakukan dengan cara menekankan kepada kehendak sebenar seseorang individu dan membantu
menjadikannya lebih realiti.
Memperkukuhkan lagi sifat-sifat dan kebolehan yang diingini oleh seseorang individu

Perhatian!!!!!!

Perlu diingat kehadiran fasilitator bukannya mengubah hidup seseorang.


Ia hanya satu sistem bagi membantu mengubah minda dan menangani aspek-aspek kehidupan mereka yang
jumud, dan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang mereka ingini dalam hidup mereka.
Fasilitator adalah agen perubahan.

TUESDAY, JUNE 9, 2009

Rahsia kejayaan fasilitator


Rahsia kejayaan Fasilitator sebenarnya terletak pada fleksibilitinya semasa mengendalikan kumpulan.
Fasilitator yang tidak dapat mengawal kumpulan di bawah jagaannya dengan baik mengalami kegagalan yang
mengecewakan. Oleh itu fasilitator yang baik adalah fasilitator yang:

Fleksibel: Fasilitator yang mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang digunakan dalam sesi LDK sebelum
dan semasa aktiviti itu sedang berjalan.
Adaftif: Fasilitator yang mampu mengubah suai aktiviti kumpulan yang mengalami situasi jurang kumpulan
yang kritikal

Proaktif: Sebelum memulakan aktiviti kumpulan, fasilitator mengubahsuai aktiviti yang disediakan megikut
kesesuaian karakter ahli kumpulan dan objektif program.
Responsif: Ketika aktiviti sedang berlangsung, fasilitator tidak membuat apa-apa pengubahsuaian bagi
memastikan situasi yang tegang berada dalam kadar yang terkawal.
Anjal: Fasilitator mampu menerima apa sahaja yang berlaku dalam kumpulan sebagai sesuatu yang bernilai
dan dapat meneruskan aktiviti dengan licin.

Anda mungkin juga menyukai