Anda di halaman 1dari 25

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan peralatan tangan untuk kerja binaan adalah suatu yang tidak asing lagi untuk
kerja amali sama ada di tapak pembinaan mahupun di bengkel. Penggunaan peralatan
tangan lazimnya digunakan lebih dari satu peralatan dalam sesuatu kerja amali yang
dijalankan. Pekerja perlu membawa peralatan tangan yang ingin digunakan terutama
untuk kerja yang jauh dari bengkel atau untuk kerja binaan yang tinggi. Oleh yang
demikian, pekerja perlu membawa peralatan tersebut untuk memudahkan sesuatu kerja.
Sebagai contoh, untuk kerja kayu, penggunaan peralatan tangan seperti penukul besi,
gergaji, pembari keluli, sesiku L, paku dan banyak lagi perlu dibawa sekaligus bagi tujuan
pemudah kerja. Seharusnya pekerja perlu mengendalikan dan menyimpan peralatan
tangan yang ingin digunakan sebelum di bawa ke kawasan kerja yang akan dijalankan
(Yohanes Bahar Aprilliawan, 2016).
Penyimpanan peralatan tangan pula bertujuan untuk memudahkan kerja amali
yang akan dijalankan. Peralatan tangan perlu disimpan dengan baik dan tersusun sama ada
di tempat kerja untuk tujuan penyimpanan mahupun untuk kegunaan di sekitar kawasan
kerja. Penyimpanan peralatan tangan juga akan memudahkan pekerja untuk mendapatkan
peralatan yang akan digunakan dan untuk penyimpanan semula. Kebiasaaanya
penyimpanan peralatan tangan di bengkel adalah di dalam stor simpanan peralatan dan
disusun rapi pada rak yang telah disediakan. Susun atur peralatan juga perlulah mengikut
jenis peralatan tersebut dan kebiasaanya dilabel nama agar lebih tersusun dan teratur.
Selain itu, untuk penyimpanan peralatan yang akan digunakan untuk sesuatu kerja yang
ingin dijalankan pula, toolbox akan digunakan untuk tujuan menyimpan peralatan tangan
yang kebiasaanya untuk saiz yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa bagi kerja-kerja
yang jauh atau yang lebih tinggi.
Bab ini akan membincangkan tentang tujuan utama bagi perlaksanaan projek ini
iaitu pembangunan produk inovatif toolbag (T-bag) sebagai perkakasan amali.
Pembangunan T-bag ini adalah bertujuan untuk menyimpan peralatan kerja amali samada
di tapak pembinaan mahupun di bengkel (Soebardi, 2012). T-bag yang akan dibangunkan
ini akan mengambil kira faktor-faktor yang penting agar dapat menghasilkan T-bag yang
lebih sesuai untuk penggunaan dalam sektor pekerjaan di tapak pembinaan. T-bag yang
akan dibangunkan mestilah menepati kehendak pelanggan iaitu mudah untuk dibawa
kemana sahaja dan mudah digunakan ketika sedang melaksanakan kerja-kerja di tapak
pembinaan mahupun di bengkel. Dalam pembangunan T-bag ini juga, faktor reka bentuk
juga diambil kira agar dapat menghasilkan T-bag yang akan digunakan seperti
penggunaan konsep toolbox sedia ada.
Penggunaan toolbox yang lazim digunakan adalah perkakasan untuk menyimpan
peralatan tangan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja bagi tujuan kerja amali.
Menurut Mohd Firdaus (2007), bekas peralatan adalah direka bentuk untuk menyimpan
peralatan-peralatan bengkel yang mudah alih serta mudah diselenggara. Ini bertujuan
memberi kemudahan kepada penggunana ketika dalam proses perlaksanaan kerja di
bengkel. Walaubagaimanapun, pengguna kurang menitik beratkan akan penggunaan
toolbox kerana reka bentuk yang sedia ada sukar untuk diguna pakai bagi keadaan tempat
kerja yang tinggi dan jauh. Ini akan menyukarkan lagi jika toolbox yang sedia ada dibawa
bersama dan mungkir sukar untuk diselenggara.
Oleh yang demikian, bagi memudahkan pekerja dalam melaksanakan kerja di
tapak pembinaan dan bengkel, maka inovasi toolbox kepada toolbag dilakukan bagi
memudahkan dan memberi kesedaran kepada pekerja dalam penggunaan perkakasan
dalam menyelenggara peralatan tangan yang akan digunakan ketika kerja-kerja
pembinaan atau amali dijalankan. Reka bentuk yang lebih fleksibel dalam membangunkan
toolbag yang bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pembinaan.
1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak abad pertama lagi, manusia telah mempelajari dan mencipta peralatan-peralatan
tangan yang membantu mereka dalam kehidupan seharian seperti cangkul untuk bercucuk
tanam, kapak untuk memotong kayu, penukul batu untuk mengetuk dan sebagainya. Pada
ketika itu cara dan teknik yang digunakan adalah secara tradisional dan semata-mata
dengan menggunakan tenaga manusia itu sendiri tanpa menggunakan mesin atau peralatan
yang dilengkapi dengan teknologi. Ini menyebabkan ianya terbatas dalam penghasilan
peralatan yang lebih canggih sehinggalah perubahan zaman yang berlaku (Zulhelman,
2016). Dalam mengendali dan menyimpan peralatan-peralatan juga tidak dapat diuruskan
dengan baik. Ini kerana manusia ketika zaman itu tidak mengambil berat akan faktor-
faktor keselamatan dan kekemasan peralatan yang digunakan.
Menurut Yusdani (2008), maka dengan berlakunya perkembangan dari zaman ke
zaman, teknologi yang semakin berkembang telah memberikan kesedaran kepada
manusia akan faktor-faktor keselamatan dan kekemasan dalam pengurusan alatan. Ini
dapat dilihat terutama kerja-kerja di tapak pembinaan dan di bengkel telah diambil serius
dan mengikut peraturan-peraturan seperti yang telah ditetapkan oleh Occupational Safety
and Health (OSH) untuk menjamin keselamatan di kawasan kerja. Sering kita dengar akan
kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan atau di bengkel yang mengakibatkan
kecederaan dan mungkin meragut nyawa. Faktor-faktor yang menyebabkan berlaku
kemalangan adalah seperti kecuaian pekerja itu sendiri dan keadaan persekitaran tempat
kerja yang tidak selamat dan tersusun.
Oleh disebabkan itu, banyak pihak yang mengambil tindakan bagi mengurangkan
berlakunya kemalangan di tempat kerja. Akibat dari kecuaian pekerja itu sendiri, semua
pekerja diwajibkan mematuhi setiap peraturan ketika berada di tempat kerja dan memakai
Peralatan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment, PPE). Tindakan akan
diambil kepada pekerja yang ingkar dengan peraturan tersebut dan akan dikenakan
tindakan yang serius bagi menjamin keselamatan pekerja di tempat kerja (Putra Manuaba,
2016). Manakala, bagi keadaan persekitaran tempat kerja yang tidak selamat dan tidak
tersusun, maka pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan keadaan persekitaran
tempat kerja dalam keadaan yang baik dan terkawal.
Kebersihan di tempat kerja perlulah diutamakan bagi memastikan persekitaran
tempat kerja dalam keadaan baik dan terkawal, Peralatan-peralatan yang ada di tapak
pembinaan atau di bengkel perlulah dalam keadaan terkawal dan tersusun. Paralatan-
peralatan perlulah disusun mengikut jenis, penggunaan sehinggalah saiz. Di samping
dapat memastikan kawasan tempat keja yang baik dan terkawal, ia secara tidak langsung
dapat memudahkan pekerja untuk mencari dan menggunakan alatan yang betul dan
mudah. Penyusunan dan penyimpanan peralatan biasanya di dalam stor. Alatan akan
disusun atur mengikut jenis pada setiap almari atau rak. Kebiasaanya akan dilabel
terutama peralatan yang bersaiz sederhana dan kecil. Peralatan yang sudah digunakan
akan disimpan semula ditempatnya.
Peralatan adalah komponen yang sangat penting dalam melaksanakan sesuatu
kerja samada di tapak pembinaan mahupun di bengkel. Ketika penggunaan peralatan di
tempat kerja dan di bengkel, kebiasaanya bukan hanya melibatkan satu peralatan yang
akan digunakan dalam sesuatu pekrjaan. Peralatan yang akan digunakan perlulah berada
berdekatan dengan pekerja bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja yang
sedang dilakukan (Z.Rochman, 2015). Oleh yang demikian, peralatan yang akan
digunakan perlulah berada berdekatan dengan pekerja tersebut dan perlulah dalam
keadaan tersusun dan mudah untuk diguna pakai. Oleh yang demikian, penciptaan toolbox
yang digunakan sebagai perkakasan bagi memudahkan pekerja membawa peralatan lebih
dari satu.
Toolbox merupakan perkakasan yang mempunyai fungsi untuk menyimpan
peralatan bengkel. Penggunaan toolbox ini dapat meringankan atau memudahkan pekerja
untuk menyimpan serta membawa peralatan untuk kerja amali. Toolbox merupakan
perkakasan yang tahan lasak dan sesuai untuk di bawa ke mana sahaja terutama jika
adanya kerja di tapak pembinaan yang melibatkan kerja pembinaan. Kekurangan toolbox
mungkin kurang egronomik untuk dibawa kemana sahaja bagi tujuan pekerjaan. Ia perlu
dipegang dan mungkin berat jika peralatan yang ada di dalam toolbox itu terlalu banyak.
Ini mungkin akan menyebabkan pekerja tidak berminat untuk membawa toolbox tersebut
kerana tidak sesuai dibawa untuk kerja di tempat yang tinggi atau sempit.
Menurut Mohd Dzohairy (2007), terdapat banyak reka bentuk toolbox yang dijual
di pasaraya tetapi kebanyakkan reka bentuk tersebut tidak sesuai untuk menyimpan
peralatan tangan yang banyak. Ini bermaksud toolbox sedia ada di pasaraya masih tidak
memenuhi keperluan pekerja di tapak pembinaan atau di bengkel. Oleh yang demikian,
penciptaan toolbag perlulah mengambil kira akan faktor-faktor yang boleh memberi
kemudahan dan keselesaan kepada pengguna terutama ketika melakukan kerja. Ciri-ciri
keboleh kerjaan dan lebih fleksibel mungkin boleh diambil kira bagi pembangunan
toolbag untuk tujuan kesesuaian penyimpanan semua jeis peralatan yang akan digunakan.

1.3 Penyataan Masalah

Pembangunan produk inovatif toolbag (T-bag) sebagai perkakasan amali ini bertujuan
untuk mereka bentuk perkakasan untuk penyimpanan peralatan yang mudah alih dan lebih
egronomik untuk kegunaan di tapak pembinaan dan di bengkel. T-bag adalah sesuatu
perkakasan yang penting ketika menjalankan kerja pembinaan dimana pekerja dapat
membawa peralatan tangan yang diperlukan bagi memudahkan dan mempercepatkan
kerja dilakukan. Oleh yang demikian, T-bag yang akan dibangunkan ini akan mengambil
kira tentang pelbagai aspek penting yang telah dijadikan sumber utama ketika kajian awal
dijalankan. Selain mendapatkan maklum balas pakar, cita rasa pengguna juga diambil kira
agar kesesuaian T-bag yang akan dibangunkan akan sesuai untuk semua jenis penggunaan.
T-bag sedia ada yang ada di pasaran sebenarnya telah direka dengan pelbagai
rekaan tetapi masih lagi tidak menepati kehendak dan kepenggunaan pengguna. Aspek
kekurangan yang diperoleh adalah seperti ruang yang tidak mencukupi, ketahanan beg
yang kurang, tidak egronomik dan tidak mencapai kehendak pelanggan yang ingin
menggunakannya. Oleh yang demikian, dengan kajian awal yang telah dilakukan, secara
serba sedikit dapat memberi maklumat yang penting agar pembangunan T-bag dapat
dilakukan dengan menepati aspek-aspek penting dan telah diambil kira. Keutamaan
pembangunan T-bag ini sebenarnya adalah untuk memastikan sekeliling tapak pembinaan
atau bengkel dalam keadaan yang bersepah dengan peralatan tangan samada yang sedang
digunakan mahupun telah digunakan.
Dengan adanya T-bag oleh setiap pekerja di bengkel, maka peralatan yang akan
digunakan akan menjadi tanggungjawab pekerja itu sendiri. Semua peralatan yang akan
digunakan mestilah sentiasa berada di dalam T-bag masing-masing. Ini dapat mengurang
masalah peralatan yang tidak tersusun di persekitaran tempat kerja yang kebiasaanya
menjadi punca berlakunya kemalangan. Penyelenggaraan peralatan juga akan menjadi
mudah dengan adanya tanggungjawab terhadap peralatan masing-masing. Ketika
menjalankan kerja ini secara tidak langsung peralatan yang perlu digunakan berada di
dalam T-bag, maka pengendaliaan dalam menggunakan peralatan juga lebih mudah dan
dapat menjimatkan masa.
Pembangunan T-bag ini juga dapat meringankan beban pekerja untuk membawa
peralatan ke tapak pembinaan atau bengkel. Ini kerana, dengan membawa toolbox yang
hanya akan menggunakan sebelah tangan dimana ia tidak mengambil kira tentang aspek
egronomik. Seterusnya, jika pekerja membawa toolbox dengan menaiki motosikal, ini
mungkin akan menyebabkan risiko kemalangan akan berlaku kerana toolbox sedia ada
dengan saiz yang besar dan tidak sesuai dibawa di atas motosikal. Justeru itu, T-bag yang
akan dibangunkan ini dengan mengambil kira aspek egronomik dapat menangani masalah
yang dihadapi pekerja dan boleh dipakai iaitu seperti bag galas mahupun beg pouch pada
pinggang.
Seperti yang kita ketahui, pelajar juga digalakkan memiliki sebuah T-bag setiap
seorang untuk kerja amali di bengkel. Tetapi, pelajar sekarang tidak terlepas dari masalah
kewangan yang membataskan penggunaan T-bag sebagai perkakasan penting untuk kerja
amali di bengkel. Oleh itu, dengan pembangunan T-bag ini juga perlu mengambil kira
tentang harga yang mampu milik dan sesuai dengan kebolehkerjaan T-bag tersebut.
Dengan inovasi T-bag yang akan dilakukan nanti merupakan beg yang tahan lasak dan
dapat digunakan untuk jangka masa yang lama. Dengan menggunakan material yang baik,
maka T-bag yanag terhasil boleh digunkan lebih lama dan sesuai untuk kerja-kerja yang
lasak seperti kerja-kerja pembinaan. Peralatan juga mudh untuk diselenggara. Ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan tahap kerosakkan peralatan jika disimpan dengan
baik di dalam T-bag.
1.4 Tujuan Projek

Tujuan pembangunan produk inovasi T-bag ini adalah sebagai platform untuk mencapai
tahap yang lebih baik dalam penggunaan perkakasan penyimpanan peralatan tangan bagi
tujuan kerja amali. Penggunaan T-bag yang menggantikan toolbox ini akan menggalakan
kepada pekerja-pekerja khususnya kerja pembinaan untuk membawa perkakasan sendiri
yang lengkap dengan peralatan tangan untuk kerja amali. Pembangunan T-bag ini juga
mengambil kira faktor harga, maka T-bag ini akan boleh dimiliki dengan harga yang
berpatutan iaitu harga mampu milik. Seterusnya, T-Bag mempunyai spesifikasi yang
tahan lasak yang mana ia dapat digunakan untuk jangka masa yang lama dan tidak mudah
rosak. T-Bag ini diinovasikan untuk menghindar pelajar dari tidak membawa alatan
bengkel ke bengkel. Dengan adanya T-Bag ini pengguna mudah untuk membawa
peralatan tangan ke bengkel.
Selain itu, dengan inovasi ini kekerapan untuk kehilangan barang atau alatan
bengkel dapat dihindarkan dimana T-Bag ini mempunyai sistem sensor yang akan
mengesan jika peralatan tidak cukup di beg mereka. T-Bag ini diperbuat dari fabrik yang
sesuai dengan ciri-ciri yang diperlukan dan mengambil kira faktor yang lain.
Penyelenggaraan pula mudah dilakukan kerana T-bag sentiasa akan digunakan dan mudah
juga untuk dikendalikan. Justeru ini, kebarangkalian untuk rosak dalam jangka masa yang
pendek tidak akan berlaku. T-Bag ini juga merupakan beg kalis air yang mana jika hujan
berlaku peralatan bengkel tidak akan basah atau rosak kerana basah. Oleh yang demikian,
bagi pengguna yang menunggang motosikal, ia dapat menggunakan beg ini untuk
mengelakkan barang atau peralatan bengkel basah atau rosak. Melalui pembangunan
inovasi ini, peralatan tangan akan sentiasa selamat dalam jagaan sendiri.
1.5 Objektif Projek

Berdasarkan tajuk projek iaitu ‘Pembangunan Produk Inovatif Toolbag (T-bag) sebagai
Perkakasan Pelajar Amali’, objektif yang dapat dicapai ialah:

1. Membangunkan produk inovasi toolbag (T-Bag).


2. Mengenal pasti kesesuaian reka bentuk Toolbag (T-Bag).sebagai
perkakasan amali
3. Mengenal pasti kebolehgunaan reka bentuk Toolbag (T-Bag).sebagai
perkakasan amali.

1.6 Skop Kajian

Pembangunan produk toolbag (T-Bag) ini bertujuan untuk penyimpanan peralatan-


peralatan di tapak pembinaan dan di bengkel. Ia juga untuk menggantikan toolbox dengan
toolbag sebagai perkakasan amali mudah alih untuk membawa peralatan tangan ke tapak
pembinaan dan ke bengkel. Untuk melaksanakan projek ini, dua skop kajian yang menjadi
panduan iaitu:
1. Skop pengguna bagi produk ini ialah pekerja di tapak pembinaan dan di
bengkel amali.
2. Skop projek ialah pembangunan toolbag (T-bag) dengan reka bentuk yang
dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang sesuai dengan faktor-faktor
tertentu
1.7 Kepentingan Kajian

Dalam pembangunan inovasi toolbag (T-bag) ini, objektif projek perlu dicapai dengan
mengambil kira tentang aspek-aspek yang berkaitan untuk kegunaan pengguna terutama
yang terlibat dengan sektor pembinaan. Antara kepentingan kajian ini ialah:

1.7.1 Pekerja Pembinaan


Mengikut kamus Edisi ke 3, pekerja juga dikenali dengan tenaga kerja
binaan atau buruh yang bermaksud individu yang bekerja atau mencari
rezeki dengan mendapatkan gaji dan upah dari majikan. Pembinaan
merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam sektor kerja
kejuruteraan awam. Pekerja pembinaan ialah individu yang bekerja dengan
majikan dalam sektor pembinaan atau penyambungan infrastruktur dalam
sector kerja kejuruteraan awam.

1.7.2 Pengguna
Pengguna ialah seseorang yang memperoleh atau menggunakan barang
atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi
maksud, kegunaan atau oenggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.
(Akta Perlindungan Pengguna 1999).

1.8 Definisi istilah / Operasional

1.8.1 Perkakasan Amali


Istilah perkakasan biasanya merujuk kepada mesin atau alat fizikal yang
melakukan fungsi-fungsi asas yang terkandung dalam kitaran pemprosesan
data. Justeru itu perkakasan amali ialah alatan yang digunakan masa kerja
dibengkel berjalan.
1.8.2 Kerja Amali

Kerja amali yang juga dikenali sebagai kerja makmal, eksperimen atau uji
kaji yang dilaksanakan di bengkel atau makmal yng dilakukan atas
pemantauan. Ia melibatkan peralatan dan perkakasan bengkel, bahan uji
kaji dan bahan sebenar (Nurzatulshima, Jordan et al., 2011). Kerja amali
ini dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan tujuan tertentu.

1.8.3 Kaedah Amali

Kaedah Amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan
(2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang
ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk
menjalankan kerja amali, Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak
sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala
guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing.
Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar berpeluang untuk mengendalikan
alatan di dalam bengkel sambil membuat tafsiran sendiri. Kaedah amali
merupakan kaedah yang paling praktikal apabila digunakan dan dapat
membantu pelajar secara lansung dalam proses pembelajaran di dalam
bengkel.

1.8.4 Toolbox

Toolbox (kotak peralatan) juga dikenali dengan toolkit, tool chest atau
work box adalah kotak atau perkakasan yang digunakan untuk mengatur,
membawa, dan melindungi peralatan tangan pemilik. Penyimpanan
peralatan di dalam toolbox bukanlah hanya untuk kerja pembinaan sahaja
malahan sesuai untuk semua aktiviti pemilik termasuklah hobi pengguna
sebagai contoh bercuck tanam ataupun memancing. Kotak peralatan juga
sebagai dikenali sebagai storan untuk memegang alat yang bersaiz kecil
dan bersifat mudah alih (Mitchell,2011). Ini memudakan pengguna untuk
membawa peralatan tangan ke tempat projek atau kerja. Toolbox moden
kebanyakkanya dibuat daripada logam atau plastik. Kayu adalah bahan
pilihan yang digunakan untuk membina kotak peralatan yang dibina
bermula pada awal abad ke-19.

1.8.5 Toolbag

Toolbag (T-bag) ialah sebuah beg yang digunakan untuk membawa


peralatan bengkel. T-Bag juga dipanggil beg peralatan kerja iaitu beg untuk
membawa dan menyimpan alat pemilik T-Bag tersebut. Produk ini boleh
digunakan untuk berjalan, hobi atau bekerja dan kandungan atau peralatan
di dalam T-Bag mengikut pilihan pemilik T-Bag itu sendiri. T-Bag ini
boleh dirujuk dalam beberapa jenis untuk menyimpan alatan amali
bengkel. Ia boleh didapati dalam bentuk yang kecil, sederhana atau besar.
Pemilik harus mengenal pasti seberapa banyak alatan yang diperlukan
berdasarkan keluasan tempat menyimpan alatan bengkel di T-Bag ini. T-
Bag ini boleh didapati dalam beberapa warna yang ada.

1.8.6 Peralatan tangan

Peralatan tangan adalah alat-alat tangan yang digunaan dengan kekuatan


tangan manual (menggunakan tenaga manusia) dan bukan dengan
mesin.Alatan tangan merupakan peralatan yang direka untuk memudahkan
kerja tangan seperti pahat dan tukul. Peralatan tangan secara umumnya
merupakan alatan yang tidak terlalu berbahaya jika dibandingkan dengan
peralatan elektrik.
1.8.7 Produk inovatif
Inovatif bermaksud mempunyai kebolehan memperkenal sesuatu yang
baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya berguna untuk
semua. Selain itu, inovatif ialah usaha seseorang menggunakan pemikiran
dan kemampuan berimaginasi dalam menghasilkan produk baru. Produk
inovatif adalah produk yang mempunyai keistimewaan kepada ratusan atau
ribuan pengguna. Setiap produk hanya akan berlansung dalam masa yang
singkat di pasaran dan akan digantikan dengan pelbagai produk baru yang
baru dibangunkan.

1.9 Rumusan

Rumusan yang boleh didapati dalam bab ini ialah membangunkan produk inovasi
toolbag (T-Bag). Pengenalan tentang Pembangunan Produk Inovatif T-Bag sebagai
Perkakasan Amali (Pembangunan Produk) diceritakan dalam bab ini. Selain itu, ia juga
dapat mengenal pasti kesesuaian reka bentuk T-Bag sebagai perkakasan untuk pekerja di
tapak pembinaan dan di bengkel. Pekerja dapat menggunakan T-Bag ini untuk
memudahkan urusan seharian mereka di dalam menjalankan kerja-kerja amali samada di
tapak pembinaan mahupun di bengkel. Kesesuaian T-Bag ini kerana dengan bahan-bahan
yang digunakan untuk inovasi T-Bag ini sesuai kerana tahan lasak dan dapat digunakan
dalam jangka masa yang panjang. T-Bag ini juga merupakan beg kalis air. Oleh yang
demikian jika berlaku hujan atau beg terkena air barang atau alatan yang ada di dalam T-
Bag tersebut tidak akan basah atau rosak dan boleh diguna pakai lagi. Akhir sekali ialah
mengenal pasti kebolehgunaan T-Bag sebagai perkakasan untuk pekerja. Oleh itu,
penggunaan T-Bag ini sesuai untuk pekerja kerana dapat menyelenggara peralatan dengan
mudah dan lebih baik. Ia juga memudahkan pekerja untuk membawa ke tempat kerja
kerana dengan model yang menepati citarasa pengguna pada era serba globanisasi ini.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam Bab 2 ini, kajian literatur dijalankan berdasarkan pembacaan kajian lepas daripada
pelbagai sumber rujukan yang berkaitan pembangunan produk inovatif toolbag (T-bag)
yang ingin dihasilkan. Penulisan kajian literatur dilakukan terhadap konsep, teori istilah
dan faktor-faktor yang berkaitan dengan kajian. Kajian literatur ini ditulis berdasarkan
permasalahan di bengkel. Selain daripada masalah keselamatan diri di bengkel,
keselamatan peralatan-peralatan dan alatan tangan juga perlu dijaga dan diselenggara.
Permasalahan di dalam bengkel juga perlu dikenal pasti agar pembangunan produk
inovatif ini dapat membantu pemasalah dalam penyelenggaraan peralatan di bengkel. Ini
adalah untuk memastikan keselamatan di bengkel dalam keadaan terkawal dan selamat.
Selain itu, kajian literatur ini dilakukan dengan merujuk di media cetak dan media
elektronik. Media cetak yang menjadi sumber rujukan adalah terdiri daripada buku-buku
ilmiah, jurnal, tesis dan laporan lepas. Manakala bagi media elektronik, pembacaan dibuat
melalui pautan laman sesawang ilmiah dan dinyatakan kesahihannya. Penggunaan
rujukan media ini adalah untuk mengetahui reka bentuk yang bersesuaian dengan faktor-
faktor yang perlu diambil kira selaras dengan pembangunan teknologi kini. Ini dapat
membantu pembangunan produk inovatif ini dapat memenuhi kepenggunaan dan
keperluan serta kehendak pengguna. Justeru itu, bab ini akan menerangkan tentang
maklumat-maklumat yang berkaitan disamping sebagai sumber rujukan dengan bukti dan
fakta yang boleh dipercayai dbagi kajian yang dijalankan ini.

2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan telah memberikan penekanan


terhadap Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan pelajar yang
berkemahiran. Sepanjang tempoh RMK-10, kerajaan berhasrat menerapkan pendidikan
kemahiran secara holistik bagi para pelajar lepasan sekolah menengah rendah, sekolah
menegah atas, institusi pengajian tinggi sehingga pasaran pekerjaan. Dalam tempoh
tersebut juga, telah berlaku beberapa perubahan, khususnya yang berkaitan dengan
pendidikan teknikal dan vokasional. Walaupun pendidikan teknikal dan vokasional di
Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1980-an lagi, tumpuan pada peringkat awal
hanya pada pelajar yang tercicir dalam akademik arus perdana. Sebagai pilihan kedua,
para pelajar ini diberi peluang untuk mengikuti pendidikan berteraskan TVET.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
(PPPM-PT), kerajaan masih memberikan tumpuan yang khusus terhadap pembangunan
pendidikan TVET. Tumpuan terhadap TVET ini selari dengan hasrat yang tercatat dalam
Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara pencipta teknologi, bukan
hanya sebagai negara pengguna teknologi. Ciri ini merupakan asas pembentukan negara
maju sepenuhnya, iaitu bilangan pekerja mahir dan separa mahir yang cukup dalam
pasaran pekerjaan. Pada peringkat pengajian tinggi awam, kerajaan telah menyediakan
empat buah universiti awam yang berstatus universiti teknikal di Malaysia, iaitu Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti
Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).
Universiti awam teknikal ini bertujuan memberikan ruang yang khusus kepada
pelajar lulusan teknikal pada peringkat sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran
pada peringkat pengajian tinggi. Laluan pembelajaran ini memberikan pilihan kepada
pelajar dan remaja untuk terlibat dalam bidang teknikal dengan laluan pendidikan yang
tersusun. TVET telah memainkan peranan yang amat mencabar pada abad ini berikutan
dengan perkembangan gelombang transformasi semasa. Bidang kemahiran ini
mempunyai tanggungjawab yang besar bagi merealisasikan pelbagai dasar transformasi
pendidikan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah
menghasilkan modal insan berkualiti yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi.
TVET merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk
kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa
maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi pekerja
mahir pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis, 1988). Apabila seseorang pekerja itu
diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan
dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.
Berdasarkan penubuhan awal TVET di negara ini, didapati bahawa fungsi utama TVET
pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on)
iaiatu kerja-kerja amali berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain.

2.3 Keselamatan

Untuk menjamin kehidupan yang sempurna dan teratur, aspek keselamatan amat
diperlukan pada masa kini. Walau di mana jua berada, keselamatan harus diutamankan
baik di rumah atau di tempat kerja. Selain itu, keselematan yang dimaksudkan ialah
keselamatan diri, harta benda, persekitaran, peralatan dan orang sekeliling. Kebiasaannya
perkataan ‘Safety First’ kelihatan di bengkel-bengkel sekolah yang mana mengingatkan
supaya lebih mengutamakan keselamatan semasa berada di bengkel. Bahari (2006)
mendefinisikan keselamatan sebagai keadan yang selamat dan bebas daripada bahaya
termasuk kecederaan dan risiko, pengetahuan atau kemahiran dalam mengelakkan
kemalangan atau penyakit dan kualiti atau keadaan yang tidak membawa risiko. Selain
itu, keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial,
kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara lain yang
melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini (Sharudin, S.A. 2008). Holt
(2005) pula menyatakan keselamatan sebagai ketiadaan bahaya, ketiadaan ruang yang
membantu mewujudkan suasana bahaya, satu tahap perlindungan dan keadaan yang tidak
melibatkan risiko. Aspek keselamatan selalu diabaikan oleh kebanyakan orang. Menurut
Jamaludin (2001), keselamatan khususnya di dalam bidang kejuruteraan tertumppu bukan
sahaja kepada individu malahan meliputi alatan, mesin, perkakasan, persekitaran dan
keselamatan. Sejak kecil lagi telah diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang
lain dan objek yang berada di persekitaran kita (Wagiman, 2002). Aspek keselamatan akan
diberi perhatian penuh apabila berlakunya sesuatu kemalangan (Mustapha, H. 2000).
Perhatian terhadap keselamatan bengkel dan makmal perlu diberikan keutamaan iaitu
daripada tahap perancangan sehinggalah ke tahap pelaksanaannya. Setiap organisasi yang
terlibat dalam pengendalian bengkel dan makmal mestilah mempunyai satu polisi dan
peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan di bawah
pentadbirannya (Jack, 1995).

2.3.1 Keselamatan di Bengkel

Kerja yang melibatkan amali dan kemahiran banyak memerlukan peralatan dan
mesin bagi memudahkan proses kerja. Ianya agak merbahaya jika tidak dikendalikan
dengan betul semasa kerja amali di dalam bengkel (Nasir, 2000). Penggunaan peralatan
yang mempunyai reka bentuk yang tidak sesuai juga akan mngakibatkan masalah
keselamatan dan kesihatan kepada pelajar. Selain itu, penggunaan peralatan yang salah
juga akan mudah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan di bengkel. Semasa
dibengkel pengguna harus mematuhi aspek keselamatan yang telah dititikberatkan.
Aspek keselamatan dibengkel mesti dipupuk dikalangan pengguna bengkel. Pihak
pengguna harus mempunyai tanggungjawab tentang keselamatan dibengkel dan hal ini
harus dipandang serius dari masa ke semasa. Manakala setiap individu yang terlibat
mesti melengkapkan diri dengan pengetahuan dan amalan keselamatan serta sentiasa
mengamalkan budaya kerja yang teratur dan selamat (Abd Rahman, S. 2012).
Keselamatan bengkel dan makmal adalah merupakan tanggungjawab bersama antara
pihak pengguna dan pengurusan di mana setiap individu perlu mengamalkan budaya
kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat (Md Noor, M.S. 2002). Keselamatan dalam
bengkel dan makmal bergantung kepada beberapa perkara yang diperlukan yang
kadangkala melibatkan alat dan kelengkapan yang khusus (Frank, 1979). Keselamatan
adalah aspek yang perlu dijadikan fokus utama di dalam melakukan kerja-kerja amali
ketika berada di bengkel, ianya hendaklah dititikberatkan bukan sahaja ketika
melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar berada di
bengkel (Sharudin, S.A. 2008).

2.3.2 Amalan Keselamatan

Amalan bermaksud menggunakan ilmu pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.


Manakala amalan keselamatan pula adalah mengenai pengetahuan tentang keselamatan
yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah keselamatan. Amalan keselamatan
akan terbentuk apabila semua peraturan keselamatan dalam bengkel dipatuhi. Semasa
berada di dalam bengkel setiap pengguna yang menggunakan bengkel tersebut harus
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapakan. Hal ini kerana kepatuahan atau amalan
keselamatan yang perlu pengguna patuhi ini adalah untuk menggelakkan kemalangan,
kecederaan atau kerosakan berlaku semasa proses amali dijalankan (Bahari, I. 2006).
Setiap pelajar perlu mematuhi beberapa peraturan am yang telah ditetapakn semasa kerja
di dalam bengkel dan makmal berjalan. Keselamatan dalam bengkel dan makmal
bergantung kepada beberapa amalan yang diperlukan kadangkala melibatkan alat dan
kelengkapan yang khusus (Frank, 1979). Terdapat tiga bahagian utama amalan
keselamatan yang perlu dititikberatkan apabila berada atau sedang melakukan kerja dalam
bengkel iaitu keselamatan diri, keselamatan peralatan dan keselamatan tempat kerja.
Ketiga-tiga bahagian ini dapat mengundang kepada kemalangan dan masalah jika tidak
diamalkan oleh setiap pengguna (Wan Yusof, W.S.A. 2008).

2.4 Keselamatan dalam Perlaksanaan Kerja Amali di Bengkel

Perlaksanaan kerja amali di bengkel adalah bertujuan untuk menentukan keupayaan


pelajar untuk mengaplikasi teori kepada amalan, selain daripada menentukan kemahiran-
kemahiran yang bersesuaian dengan perlaksanaan kerja amali tersebut. Kemahiran tangan
(hands-on) adalah kerja-kerja amali yang dijalankan di bengkel dari proses awal iaitu
kenal alatan sehinggalah kepada prosedur kerja yang dijalankan. Menurut Aziz (2016),
kerja yang melibatkan kemahiran dan amali di bengkel akan menggunakan peralatan dan
mesin bagi memudahkan proses kerja. Penggunaan peralatan pada sesuatau kerja akan
melibatkan lebih dari satu peralatan yang akan digunakan. Ini adalah kerana setiap fungsi
penggunaan peralatan adalah berbeza mengikut kerja amali yang dijalankan.
Semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel, keselamatan adalah sangat
perlu diberi perhatian yang khusus. Ia adalah aspek yang perlu dititikberatkan oleh
seseorang individu yang menjalankan kerja di dalam bengkel. Selain itu, keselamatan di
bengkel juga meliputi peralatan, mesin, perkakasan, pengurusan dan keselamatan individu
lain yang berada disekeliling tempat kerja. Bagi memastikan keselamatan di bengkel,
pengurusan yang sistematik perlu dirancang bagi memastikan persekitaran tempat kerja
dalam keadaan yang selamat. Kebiasaannya perkataan ‘Safety First’ kelihatan di bengkel-
bengkel sekolah yang mana mengingatkan supaya lebih mengutamakan keselamatan
semasa berada di bengkel. Oleh yang demikian, keselamatan adalah perkara yang penting
yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

2.4.1 Keselamatan Diri

Pemakaian merupakan perkara paling utama yang perlu ditekankan untuk menjaga
keselamatan diri semasa berada di bengkel. Cara pemakaian yang bersesuaian
semasa berada dibengkel dapat mengelak daripada bahaya semasa melakukan
kerja. Pakaian yang sesuai juga memberikan keselesaan kepada pengguna semasa
melakukan kerja dan secara tidak langsung ia menjadikan sesuatu kerja yang
dilakukan lebih mudah (Saipudin, S. 2000). Selain itu, kaki, tangan dan mata juga
perlu diberi perhatian agak kemalangan atau perkara tidak diingini berlaku. Untuk
mengelakkan kecederaan yang serius penggunaan kasut yang bersesuaian perlu
dipraktikkan. Kasut yang paling sesuai digunakan ialah kasut keselamatan juga
dikenali sebagai kasut perusahaan ini kerana ia kukuh dan tahan lasak (Kok, 1989).
Untuk menjauhkan diri daripada mendapat kecederaan anggota, perlindungan-
perlindungan berikut perlu diberi perhatian iaitu perlindungan tangan dengan
menggunakan sarung tangan. Manakala perlindungan lengan dengan
menggunakan perlindungan lengan. Kaki pula dilindungi dengan menggunakan
kasut yang tahan lasak. Bagi kerja-kerja kimpalan, perlindungan daripada kulit
sangat diutamakan (Saleh, R. 2002). Selain itu, pakaian hendaklah kemas dan
sesuai sewaktu kerja dijalankan. Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan
tentang kerja, pemusatan atau penumpuan pada kerja dan kesihatan diri penting
bagi keselamatan diri. Memakai perlindungan mata semasa bekerja dapat
mengelak daripada kecederaan teruk berlaku pada diri. Seterusnya pekerja perlu
mengamalkan tabiat kerja yang cermat iaitu menjaga tempat kerja supaya sentiasa
kemas dan bersih serta menjaga dan menyusun alat dengan kemas selepas bekerja.
Akhir sekali iaitu kerja yang dijalankan hendaklah mengikut langkah-langkah atau
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Selain itu, jauhkan tangan atau anggota
lain ketika bekerja pada mesin yang sedang beroperasi. Ia juga menyarankan
supaya memakai pakaian yang sesuai semasa bekerja di bengkel. Seterusnya
rambut mestilah pendek dan kemas atau memakai topi keselamatan ketika bekerja
dengan mesin. Gunakan gogal atau penghadang mata ketika mencanai,
menggerudi, meracik, mengimpal atau menjalankan kerja di bawah kenderaan
untuk mengelakkan mata dari termasuk serpihan logam atau kotoran lain. Jangan
membawa atau menyimpan alat tajam dalam saku kerana ia boleh membahayakan
diri sendiri. Ketika bekerja, gunakan teknik yang betul dan mengikut tatacara kerja
yang dicadangkan. Jangan memakai perhiasan ketika bekerja di bengkel, ini adalah
untuk mencegah anggota daripada mengalami kecederaan. Gunakan kasut
keselamatan bagi mengelakkan kaki tercedera apabila tersepak objek keras atau
terpijak objek tajam.

2.4.2 Keselamatan Peralatan

Keselamatan peralatan yang berada di bengkel perlu diberi perhatian


khusus oleh pengguna dan pengurusan sesebuah bengkel. Peralatan-peralatan yang
ada dibengkel perlu diselenggara dengan baik dan berkala. Cara ini dapat
mengelakkan kerosakan berlaku pada peralatan-peralatan yang digunakan dan
dapat mengesan peralatan yang telah rosak. Selain itu, aturan penggunaan
peralatan atau mesin dengan betul perlu disertakan bersama-sama peralatan atau
mesin tersebut iaitu lebih dikenali sebagai “Standart Operating Procedure” (SOP).
Dengan adanya SOP ini, pengguna sentiasa diberi peringatan tentang langkah-
langkah dan cara penggunaan sesuatu mesin tersebut. Salah guna atau penggunaan
peralatan yang kurang mahir boleh menyebabkan kemalangan berlaku (Kok,
1989). Manakala menurut pendapat Mustapha, H. (1989), keselamatan mesin
adalah seperti berikut iaitu sebelum menggunakan mesin, pelajar haruslah
mengetahui dan memahami cara mengguna, mengendali dan memberhentikan
mesin dengan cara yang betul. Mengetahui tempat yang merbahaya di atas mesin.
Tahu bila waktunya menggunakan dan mengenakan pelindung mata dan bila
masanya perlu memegang sesuatu alatan elektrik. Perkakasan kuasa perlu dijaga
supaya bersih dan kering. Kekotoran atau longgokan gris yang terkumpul boleh
menyebabkan berlaku litar pintas. Akhir sekali, pastikan bahagian yang beroperasi
pada mesin mempunyai pelindung atau pengadang keselamatan.

2.5 Permasalahan di bengkel

Aspek utama yang menjadi punca jika berlaku permasalahan di bengkel adalah tidak
menjaga keselamatan ketika melakukan kerja amali di bengkel. Justeru itu, keselamatan
adalah aspek yang penting dan perlu diberi perhatian khususnya semasa menjalani kerja-
kerja amali. Kekerapan kemalangan yang berlaku di bengkel dapat dikurangkan jika
pekerja sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah diberikan (Abd.
Hamid, A.L. 2012). Selain keselamatan nyawa, keselamatan peralatan dan mesin yang
digunakan perlulah sentiasa dijaga atau diselenggara. Kebiasaanya, kemalangan yang
berlaku ketika kerja amali dijalankan adalah berpunca daripada kecuaian pekerja itu
sendiri, kurang akan pengetahuan tentang sesuatu kerja yang dilakukan dan kerosakan
atau kegagalan peralatan atau mesin yang digunakan (Mustapha. H, 2000). Oleh yang
demikian, pengetahuan berkaitan Pengetahuan tentang amalan keselamatan amat
membantu dalam mencegah dari berlakunya kemalangan di bengkel. Setiap pengguna
bengkel perlu mengetahui tentang garis panduan amalan keselamatan di bengkel sebelum
mereka dibenarkan menggunakan bengkel tersebut.

2.5 Kepentingan Simpanan Peralatan Di Tempat Kerja

Tempat penyimpanan peralatan di bengkel bertujuan untuk menjaga aspek


kebersihan. Antara aspek kebersihan ialah peralatan dibengkel disimpan mengikut
jenisnya. Selain itu, peralatan yang berfungsi untuk dijadikanbahan uji kaji disimpan
ditempat yang khusus bagi mengelakkan kekotoran jika bercampur dengan yang lain. Di
samping itu, penyelenggaraan peralatan perlulah dilakukan untuk menjaga keselematan
peralatan itu dari mencederakan orang yang menggunakannya. Manakala untuk peralatan
seperti plastic, logam dan seangkatan dengannya harus disimpan ditempat yang mendatar
agar peralatan tersebut tidak melengkung. Tambahan pula, alatan-alatan perlu dilabelkan
semasa penyimpanan peralatan berlaku agar memudahkan pengguna untuk
menggunakannya dan menyimpan peralatan tersebut semula. Ia juga dapat
menghindarkan dari kehilangan peralatan dibengkel berlaku. Tempat penyimpanan
peralatan haruslah sesuai dengan jenis peralatan tersebut sebagai contoh jika peralatan
tersebut kaca atau kayu harus disimpan ditempat yang tertutup agar kerosakkan tidak
berlaku dan dapat mengelakkan kemalangan dibengkel berlaku. Di bengkel seharusnya
mempunyai tempat menyimpan peralatan agar mudah buat pengguna untuk menyimpan
barang dan mengelak dari kehilangan berlaku.

2.6 Definisi Produk Inovasi


Inovasi adalah proses pembaharuan dengan menciptakan benda baru yang
berbeza dengan sebelumnya. Inovasi juga bermaksud penemuan baru dalam
teknologi atau kemampuan untuk memperkenalkan produk terbaru yang berbeza
dari produk yang telah sedia ada sebelum ini.
Menurut Everet M. Rogers’s inovasi ialah idea atau rancangan yang
diterima dan dilaksanakan sebagai produk yang baru yang dicipta oleh seseorang
individe. Inovasi mempunya beberapa ciri antaranya ialah mempunyai elemen
pembaharuan sesuatu produk itu, mempunyai tujuan produk itu diinovasikan.
Manakala menurut Stephen Robbins pula inovasi ini bermaksud sesuatu
idea yang baru yang digunakan untuk meningkatkan mutu produk tersebut untuk
digunakan dengan lebih efektif untuk pengguna yang lain. Inovasi juga
mempunyai beberapa syarat antaranya ialah produk yang baru yang berbeza dari
sebelumnya dan produk yang dapat memberi impak yang positif kepada diri
sendiri dan orang lain.

2.7 Konsep Inovasi

Konsep inovasi merangkumi inovasi teknikal dan inovasi sosial. Ini melibatkan
segala aktiviti rekaciptaan, pembangunan produk, proses pembangunan produk,
pembaharuan sosial dalam pengurusan rangkaian institusi dan organisasi. Tidak
kesemua jenis inovasi boleh dan diperlukan diinstitusikan. Ada sebahagian dari
jeni inovasi tidak perlu diinstitusikan. Sebagai contoh inovasi sosial yang juga
merupakan komponen penting sebagai penggerak kepada pembaharuan dalam
pengurusan insititusi dan organisasi tidak boleh diubah. Inovasi sosial merupakan
komponen penting dalam pembangunan teknologi negara yang akan membantu
proses penyebaran dan proses penyerapan teknologi asing ke dalam sistem inovasi
negara. Oleh yang demikian konsep inovasi ini adalah lebih luas dari konsep
teknologi.

2.8 Pembangunan Produk Inovasi

Pembangunan produk inovasi bermaksud membangunkan konsep produk kepada


produk fizikal bagi memastikan idea produk baru boleh ditukar kepada produk
yang lebih Berjaya. Langkah ini dapat meningkatkan pelaburan besar dalam
industri sekarang. Pembangunan produk inovasi mempunyai strategi yang boleh
didapati untuk digunakan. Sebagai contoh yang pertama ialah menguasai dengan
membeli seluruh produk yang lama atau mempunyai lessen mengeluar daripada
pemegang produk yang asal. Kedua pula melalui pembanguna produk baru iaitu
produk asli dengan menambahbaikan produk, memodifikasikan produk dengan
jenama yang baru. Terdapat tiga langkah untuk pembangunan produk inovasi iaitu
dengan menkaji idea baru untuk memilih produk untuk diinovasikan. Selain itu,
pembangunan dan pengujian konsep sesuatu produk juga merupakan langkah-
langkah dalam pembangunan produk inovasi. Pembangunan strategi pemasaran
dan analisis peniagaan merupakan langkah pembangunan produk inovasi iaitu
untuk melihat sejauh mana keberkesanan produk inovasi ini di pasaran.

2.9 Reka bentuk Produk


Reka bentuk adalah satu proses berterusan yang merangkumi aktiviti kreatif dan
penggunaan teknologi untuk menyelesaikan masalah tertentu. Contohnya reka
bentuk sebuah set computer adalah berbeza mengikut zaman dan kehendak
peredaran perkembangan teknologi. Terdapat beberapa elemen-elemen terhadap
reka bentuk produk yang terdiri daripada proses reka bentuk, penggunaan
teknologi, binaan, ekonomi, pemilihan bahan dan kesesuaian kepada pengguna.
Manakala proses reka bentuk pula terdiri daripada menganalisis masalah,
menyiasat masalah yang ada, idea awalan produk, menganalisis idea, membuat
keputusan dan melaksanakan produk inovasi ini.
Dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk produk beberapa perkara perlu
diambilkira. Antara perkara-perkara yang perlu diambilkira ialah penggunaan
teknologi, binaan reka bentuk, ekonomi reka bentuk, pemilihan bahan dan
kesesuaian reka bentuk.Nilai estetik adalah satu nilai yang berkaitan dengan ciri-
ciri atau konsep kecantikan, keindahan dan kesenian. Konsep-konsep yang biasa
dikaitkan dengan nilai estetik dalam bidang reka bentuk produk adalah seperti
fungsi, bentuk, keharmonian dan stail. Selain itu terdapat juga nilai ergonomic
yang mana adalah nilai mengenai perhubungan manusia (pengguna) dan
persekitaran (produk reka bentuk). Dari sefi ergonomic pereka bentuk perlu
menghasilkan produk atau reka bentuk yang dapat diguna pakai dengan mudah,
berkesan, senang dipelajari dan tidak memerlukan kekuatan fizikan dan mental
yang keterlaluan.
Akhir sekali ialah pembentangan hasil reka bentuk adalah proses
menyampaikan maklumat reka bentuk yang dicadangkan kepada satu kumpulan
sasaran supaya ia boleh difahami serta dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Biasanya pembentangan ini terbahagi kepada tiga perkara utama iaitu laporan
bertulis yang mana mempunyai pengenalan, penerangan mengenai penyelesasian,
kos reka bentu dan lakaran serta lukisan kerja. Kedua pula ialah model dan
prototaip manakala yang terakhir ialah persembahan atau lisan untuk
menereangkan produk yang telah direka (inovasi).

2.10 Rumusan

Kajian literatur adalah penting untuk mengenalpasti reka bentuk yang sesuai bagi
menggantikan skop sedia ada yang mudah hilang dan mudah rosak serta boleh
mengakibatkan kecederaan kepada pengguna.Kebolehgunaan produk penting bagi
memastikan produk boleh digunakan dengan baik. Bab seterusnya akan
menerangkan proses-proses yang berkaitan dalam penghasilan produk inovasi ini.

RUJUKAN
Nabila Kodrat, (2017). Persepsi pelajar terhadap amalan 5S dalam pelaksanaan kerja
amali di bengkel. Batu Pahat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nurshahira abd aziz (2016). Penghasilan Skop ergonomikbagi kegunaan pelajar dalam
amali bengkel binaan bata. Batu Pahat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Mentodoli kajian dilaksanakan di dalam kajian ini adalah untuk mencapai objektif yang
dinyatakan didalam Bab 1. Metodologi adalah satu prosedur yang sistematik bagi
menggabungkan pendekatan kajian serta analisis kajian bagi memastikan objektif kajian
dapat dicapat (Othman, 2001). Selain itu, metodologi kajian, reka bentuk produk yang
ingin dihasilkan iaitu skop toolbag (T-Bag) dapat dibangunkan. Huraian tantang reka
bentuk kajian, sampek, populasi, instrument kajian, lokasi, kesahan, kebolehpercayaan,
tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data dijelaskan di dalam Bab ini.

3.2 Pembangunan Produk


Pembangunan produk adalah oenting untuk memastikan langkah penghasilan produk
berjalan lancer, Produk yang dihasilkan hendaklah menepati ciri yang telah ditetapkan
iaitu mempunyai reka bentuk yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan boleh
berfungsi dengan baik.
Reka bentuk kajian adalah satu pelan tindakan yang menjelaskan secara terpetinci
bagaiman suatu kajian dijalankan. Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif
berbentuk deskriptif (Sabitha, 2006). Kajian kuantitatif adalah di mana pengkaji
memutuskan apa yang hendak di kaji dengan mengutarakan soalan yang khusus,
mengecilkan skop soalan, kemudian mengumpulkan data daripada responden seterusnya
menganalisa nombor tersebut menggunakan statistic (Cresswell, 2008).

Anda mungkin juga menyukai