Anda di halaman 1dari 21

Tarikh Akhir Jumpa Penyelia PM Dr.

Ahmad bin Mohd Sharif pada 26/6/2015

BAB 2.

SOROTAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Bab ini menerangkan secara ringkas tentang Amalan Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan dan Budaya Kerja yang hendak dikaji seterusnya
membincangkan tinjauan penyelidik tentang teori dan konsep yang berkaiatan
dengan fokus kajian iaitu hubungkait Amalan Keselamatan Bengkel dengan
Budaya Kerja. Perbincangan mengenai Amalan Keselamatan Bengkel dengan
Budaya Kerja meliputi elemen-elemen keselamatan, budaya kerja , faktor
produktiviti , definasi, model- model dan teori-teori yang berkaitan. Hasil-hasil
penyelidikan yang berkaitan faktor kualiti dan permasalahan budaya kerja di
tempat kerja merupakkan fokus perbincangan. Turut dikemukakan dalam bab
ini ialah kajian lampau yang pernah dijalankan berkaitan Amalan Keselamatan
dengan Budaya Kerja dalam dan luar negara.

Kemalangan dan kecederaan di tempat kerja adalah isu yang masih menjadi
kebimbangan organisasi. Di Malaysia, umumnya kesedaran mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah menunjukkan peningkatan dari tahun
ke tahun. Bermula dengan penguatkuasaan AKKP 1994 ( Arta Keselamatan dan
kesihatan Pekerjaan ( OSHA 1994 ) , majikan dan pekerja mula menyedari
peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan hazad di tempat
kerja dikenal pasti, ditaksir dan dikawal. Namun keadaan ini masih tidak
menjamin tahap keselamatan pekerjaan berada di tahap memuaskan
memandangkan kadar kemalangan yang berlaku dalam kalangan pekerja masih
agak tinggi pada setiap tahun.
2.2 Amalan Keselamatan

Menurut Chandrakantan Subramaniam & Md Lazim Mohd Zin ( 2013 ) dalam


kajian yang telah dijalankan berjaya menunjukkan kepentingan amalan
pengurusan keselamatan yang berkesan dalam mempengaruhi mereka untuk
menunjukkan tingkah laku dan sikap yang selamat di tempat kerja dan
seterusnya mematuhi peraturan pekerjaan. Walaupun hanya tiga daripada enam
hipotesis yang berjaya dibuktikan, namun dapatan kajian ini telah menyumbang
kepada pengkayaan ilmu pengurusan keselamatan dan berpotensi untuk
dikembangkan kepada lain-lain agensi berkaitan.

Menurut Khairul Azhar (2008), Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan


bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia
memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Menurut Khairul
Azhar (2008), Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan
pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia
ada dalam satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan
memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang
terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan
suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Menurut Khairul Azhar (2008),
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan
hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama
bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda.

Menurut Abu Bakar (1994) dalam Nor Fariza (2002), peraturan keselamatan di
bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Untuk
mengelakkan kemalangan dan kecelakaan, seseorang harus sedar dan
bertanggungjawab.

Kesedaran tentang amalan keselamatan di bengkel perlu ditekankan kepada


pelajar, kerana Menurut Siti Atiqah (2008), Kesedaran tentang amalan
keselamatan di bengkel perlu ditekankan kepada pelajar, kerana pepatah
Melayu ada menyebut ‘ malang tidak berbau ’ ini memang benar kerana tiada
siapa menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Menurut ia lagi,
Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam
melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel ianya hendaklah
dititik beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada
bila-bila masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Oleh yang
sedemikian pelajar-pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan
sebarang kemalangan di dalam bengkel.

Menurut Siti Atiqah (2008), Keselamatan perlu diutamakan oleh guru kerana
sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan sekolah adalah di bawah
tanggungjawab pihak guru yang terlibat ketika kemalangan berlaku. Bukan itu
sahaja, keselamatan bengkel dan alatan juga perlu dititikberatkan agar tidak
dipersalahkan di kemudian hari. Keselamatan juga bermaksud keadaan
terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,
pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan
kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Menurut Siti Atiqah (2008) lagi ,
Semasa melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu
diawasi adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja.

Menurut Wan Siti Azizah (2008), pelajar-pelajar perlu mempunyai pengetahuan


yang cukup mengenai peraturan dan langkah keselamatan semasa menjalankan
kerja-kerja amali di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

Menurut Crow dan Crow (1980), guru sepatutnya boleh mengarah, membimbing
dan menggerakkan pelajar untuk membina sikap yang diingini. Semasa
melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu diawasi
adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja. Peraturan
keselamatan dan undang-undang keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari,
dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar.

Menurut Shotbolt (1997), setiap pengguna perlu sedar tentang risiko yang bakal
dihadapi semasa bekerja di bengkel. Pengguna perlu mematuhi semua peraturan
yang telah ditetapkan bagi menjamin suasana kerja yang selamat . Pelajar-pelajar
perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan langkah
keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel.

Menurut Nelson (2004) pula, kemalangan berlaku biasanya adalah disebabkan


oleh dua punca kecuaian iaitu kecuaian manusia dan punca daripada keadaan
peralatan dan mesin serta keadaan kerja. Walau bagaimanapun, semua
kemalangan boleh dielakkan dengan langkah-langkah penghindaran kemalangan.
Oleh sebab itu, sebelum sesuatu kemalangan yang merugikan berlaku langkah-
langkah pencegahan kemalangan perlu diambil secara drastik.
Mohamad Khan Jamal (2003) daripada kajiannya menyatakan bahawa hampir
91% kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pekerja, manakala 32%
adalah disebabkan oleh mesin, 30% disebabkan oleh keadaan kerja itu sendiri
dan keadaan persekitaran. Antara kecederaan yang paling kerap berlaku adalah
luka – luka kecil, tersepit jari tangan, tercabut kuku jari tangan, putus jari tangan,
dihempap benda jatuh dan patah tangan. Beliau juga telah menyatakan, jika
dibandingkan dengan faktor lain seperti persekitaran kerja, keadaan kerja itu
sendiri dan keadaan peralatan dan mesin, faktor kecuaian pekerja merupakan
punca utama berlakunya kemalangan. Maka perhatian serius perlu diberikan
supaya kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan ketika pelajar sedang
mengendalikan mesin dan penggunaan peralatan tangan.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (1999), menyatakan walaupun kadar


kemalangan industri kita semakin menurun, namun kerajaan masih belum
berpuas hati. Hal ini kerana mengikut laporannya, penurunan tersebut masih
tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain.
Kepentingan menjaga keselamatan penting kerana ia dapat menghalang pengaliran
keluar wang bagi membayar pampasan akibat bencana pekerjaan. Berdasarkan
laporan kemalangan yang dikeluarkan oleh PERKESO, sejak kebelakangan ini
jumlah kemalangan perusahaan semakin meningkat. Pada tahun 1995, jumlah
kemalangan dilaporkan sebanyak 114,134 kes, diikuti 1996 sebanyak 106,505
kes, 86,589 kes pada tahun 1997, manakala bagi tahun 1998 dan 1999 adalah
sebanyak 85,338 dan 92,074 kes. Pada tahun 2001 menunjukkan penurunan
sebanyak 9,777 kes berbanding dengan kes kemalangan yang berlaku pada tahun
sebelumnya iaitu sebanyak 95,006 kes. Penurunan kemalangan perusahaan ini
menandakan wujud kesedaran keselamatan pekerjaan di kalangan individu.

Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa


melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap
keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru atau penganjar
ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi
pendidik di sekolah. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan
kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan pelajar terhadap keselamatan
bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri
penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel
pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang
tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.

Tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan di tapak bina juga merupakan


perkara yang penting dalam menyumbang kepada kemalangan. Kesedaran
bermasuk seseorang itu mempunyai perasaan dan faham terhadap situasi
persekitaran. Ia bermaksud pekerja harus sedar dan sentiasa prihatin terhadap
keadaan persekitarannya dan kesedaran juga membawa kepada pemahaman
secara jelas terhadap perkataan “ BAHAYA ”. Pekerja yang mempunyai kesedaran
yang tinggi adalah lebih peka terhadap keadaan persekitaran dan boleh
mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan.

Terdapat beberapa agensi kerajaan yang menekankan persekitaran kerja yang


selamat untuk semua pekerja iaitu Pentadbiran Kesihatan dan Keselamatan
Pekerja (OSHA) serta Institut Kesihatan dan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).
Namun begitu setiap individu yang bekerja dibengkel perlu peka dan mengikuti
peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang dikawal oleh
kerajaan.

Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bahawa banyak kes kemalangan yang
berlaku berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap peraturan keselamatan
pekerjaan (Cox & Cheyne 2000; Glendon & Litherland 2001; Mearns, Whitaker &
Flin 2003). Pematuhan keselamatan ditakrifkan sebagai sejauh mana pekerja
bertingkah laku bagi mematuhi mana-mana peraturan keselamatan, akta atau
kod amalan keselamatan seperti dalam garis panduan yang ditetapkan
( Vinodkumar & Bhasi 2010 ). Pematuhan keselamatan dicapai apabila pekerja
melaksanakan kerja-kerja berdasarkan peraturan keselamatan berkaitan dan
biasanya bekerja dalam cara yang tidak membahayakan (Kelloway & Francis
2008).

Kemalangan menurut Laney (1982) dalam Mohd Saidin Misnan (2011)


merupakan keadaan atau situasi yang berlaku tanpa kawalan yang
mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri pembinaan,
kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan
binaan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Peyton dan Rubio
(1991) dalam Mohd Saidin Misnan (2011) , menyatakan kebanyakan pakar
mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal
menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. Ia
juga boleh dikatakan sebagai suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan
penurunan kecekapan firma dan operasi perniagaan.

Kemalangan yang berpunca daripada pekerja terjadi apabila berlakunya kecuaian


iaitu tingkah laku pekerja yang berbahaya. Faktor peribadi setiap pekerja seperti
kekurangan pengetahuan, pengalaman, tiada kelayakan dalam bidang kerja yang
dijalankan, daya penglihatan yang terhad, mabuk atau pengambilan dadah turut
menjadi punca berlakuunya kemalangan di tapak pembinaan. Kemalangan tidak
akan berlaku begitu sahaja, tetapi ia disebabkan oleh pelbagai faktor. Kemalangan
boleh berlaku apabila seseorang pekerja itu mempunyai tingkah laku yang
merbahayakan. Menurut Levitt (1987) dalam Mohd Saidin Misnan (2011) ,
sebanyak 87% kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh tingkah laku
pekerja yang tidak selamat.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pekerja tidak menggunakan alat


perlindungan keselamatan yang telah disediakan oleh majikan seperti topi
keselamatan, kasut keselamatan, tali pinggang keselamatan dan sebagainya yang
perlu ada di tapak pembinaan. Mereka menganggap peralatan tersebut sebagai
perkara yang remeh dan menyukarkan pergerakan mereka. Hal ini menunjukkan
bahawa terdapat pekerja yang tidak mematuhi arahan dan peraturan yang telah
ditetapkan. (Mohd Firdaus Mohamad, 2006)

Kekurangan disiplin ketika melakukan kerja merupakan antara faktor utama


yang mengakibatkan berlakunya kemalangan di tapak pembinaan. Sikap pekerja
yang gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak majikan mereka
seperti tidak menggunakan peralatan keselamatan yang telah disediakan
mengundang bahaya. Menurut A. Roy Duff (2001), beliau menerangkan faktor
kelemahan tindakan operasi merupakan antara sebab yang boleh mewujudkan
kemalangan. Antaranya ialah gagal mematuhi arahan samada disebabkan sikap
atau salah faham tentang arahan tersebut, menggunakan peralatan dan mesin
dengan cara yang salah, tidak menggunakan peralatan perlindungan pekerja atau
peralatan tersebut tidak mencukupi selain bekerja di bawah pengaruh dadah dan
alkohol. Ini ditambah pula dengan faktor seperti kekurangan pengawasan oleh
penyelia tapak yang bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mematuhi
peraturan meningkatkan risiko berlaku kemalangan di tapak pembinaan.
Walaupun telah dinyatakan dengan jelas peranan dan tanggungjawab pihak
majikan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), namun
masih ada diantara pihak majikan yang memandang remeh hal menjaga
keselamatan di tapak pembinaan disebabkan kurang kesedaran. Pihak
pengurusan yang tidak menyediakan peralatan keselamatan yang mencukupi
untuk para pekerja menyebabkan ada diantara pekerja yang tidak menggunakan
peralatan perlindungan ketika sedang bekerja. Begitu juga dengan pengawasan
yang lemah oleh pihak pengurusan menyebabkan pekerja tidak menggunakan
peralatan tersebut.

Menurut Griffin dan Neal (2006 ), tingkah laku pematuhan merujuk kepada
tindakan atau aktiviti pekerja dalam mewujudkan atau mengekalkan persekitaran
selamat di tempat kerja seperti melaksanakan kerja mengikut prosedur,
undangundang dan peraturan ditetapkan serta memakai peralatan perlindungan
peribadi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Garavan dan O’Brien (2001) mendapati bahawa tingkahlaku pekerja yang tidak
selamat adalah punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan di tempat kerja.
Misalnya, pekerja akan melakukan kerja secara tidak selamat kerana prosedur
kerja yang tidak lengkap dan mereka tidak diberi latihan keselamatan. Teori
Penyebab Kemalangan Domino yang berdasarkan dokumen tuntutan insurans
oleh Heinrich menyatakan bahawa kesilapan manusia merupakan penyumbang
tertinggi kepada kemalangan pekerjaan iaitu sebanyak 85% hingga 95% (Goetsch
2008).

Ini jelas menunjukkan bahawa pematuhan keselamatan adalah amat penting


dalam mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan ianya turut berkait rapat
dengan amalan pengurusan yang dilaksanakan di dalam organisasi. Amalan
pengurusan keselamatan merupakan dasar, strategi, prosedur dan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi meningkatkan keselamatan
pekerja-pekerja mereka (Fernandez-Muniz 2007).

Labadova (2004) menganggap amalan pengurusan keselamatan sebagai


subsistem dalam keseluruhan pengurusan organisasi dan direka untuk mengawal
bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan pekerja. Menurut
Cooper dan Philips (2004), amalan pengurusan keselamatan pekerjaan yang
cekap dapat memastikan pulangan yang tinggi kepada organisasi dan
meningkatkan produktiviti. Sebaliknya, pengabaian isu keselamatan dan
kesihatan akan menyebabkan majikan terpaksa menanggung kos seperti
pampasan pekerja dan kos perubatan, kos penyiasatan kemalangan, dan kos
perundangan.

Berdasarkan kajian-kajian amalan pengurusan keselamatan yang dijalankan


sebelum ini (Cox & Cheyne 2000; Coyle, Sleeman & Adams 1995; Flin et al. 2000;
Glendon & Litherland 2001; Varonen & Mattila 2000; Vredenburgh 2002;
Williamson et al. 1997), maka pengkaji memilih enam dimensi amalan
pengurusan keselamatan iaitu (1)komitmen pihak pengurusan, (2) latihan
keselamatan, (3) penglibatan pekerja, (4) komunikasi dan maklum balas
keselamatan, (5) peraturan dan prosedur keselamatan, dan (6) dasar promosi
keselamatan sebagai pembolehubah bebas kajian. Keenam-enam amalan
pengurusan keselamatan tersebut seterusnya diuji untuk mengenal pasti
hubungannya dengan tingkah laku pematuhan keselamatan pekerjaan.

Menurut Mohd Asrul (2005), keadaan kerja yang selamat perlu diwujudkan
dalam mengatasi masalah kemalangan di bengkel kenderaan. Pengurangan isu
kemalangan di tempat kerja terutamanya bengkel dapat meningkatkan
produktiviti, daya saing serta imej industry automotif. Sesungguhnya keselamatan
perkerja mempunyai kaitan rapat dengan produktiviti. Oleh itu pengurusan
keselamatan sesebuah bengkel penting dalam mengwujudkan organisasi yang
berkesan.

Persekitaran yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan kemalangan


berlaku (Turner, 1945 dalam Hayati, 2000). Sisa pembuangan kecil di lantai
mungkin akan menyebabkan seseorang pengguna bengkel tergelincir atau
terjatuh. Strong (1975) dalam Hayati (2000) pula menyatakan aspek kebersihan
perlu diutamakan di dalam bengkel. Sisa pembuangan kering seperti serbuk kayu,
kain buruk, plastik yang tidak diurus dengan baik mungkin akan mengakibatkan
berlakunya kebakaran. Oleh itu,persekitaran bengkel perlu dititikberatkan bagi
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Menurut Lascoe (1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan
industri mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di
sekolah, di mana bengkel sekolah seakan-akan seperti sebuah industri kecil yang
mempunyai fungsi operasi yang sama dengan industri sebenar.
Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan menurut
Rahman (2000) dalam Wirdawati (2007). Keselamatan juga bermaksud keadaan
terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,
pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan
kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks
terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan
kesihatan dan ekonomi.

Persekitaran menurut Razami (1999) dalam Amran Khalid (2002) adalah perihal
sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan suasana, keadaan di sekeliling
ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran merujuk kepada keadaan ruang kerja
amali di dalam bengkel sama ada pengudaraan, pencahayaan dan kebersihan
berada dalam keadaan baik dan selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Armstong (1980) dalam Rafiy Saleh (2002) melalui kajiannya mendapati
kesalahan mengendalikan mesin dan pekerja yang kurang mahir adalah antara
punca kemalangan yang dikenalpasti. Menurut Raguwanshi (1970) dalam Hayati
(2000), pelajar menggunakan pelbagai peralatan mesin dan bengkel yang
mempunyai risiko kemalangan yang tinggi. Langkah pertama untuk memastikan
sama ada pelajar berupaya melakukan kerja yang melibatkan penggunaan
peralatan dan mesin dengan selamat adalah memastikan setiap peralatan dan
mesin ditempatkan pada kedudukan tetap dan tersusun. Ruangan khas perlu
disediakan untuk setiap jenis peralatan dan mesin agar ia mudah dicari, disimpan
dan tidak mudah hilang.

R. J. Lindbeck (1986) dalam Azmi Bunawan (2007) menyarankan supaya pelajar-


pelajar diberikan latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi sebelum
mengendalikan mesin dan peralatan di bengkel. Longley (1969) dalam Mohd.
Nuzi (2000) pula menyatakan bahawa pekerja yang kurang latihan terhadap
bidang tugasnya lebih cenderung melakukan kesilapan dan lebih terdedah
terhadap kemalangan.

MA Radzalli (1981) dalam Amran Khalid (2002) menyatakan peralatan tangan dan
mesin-mesin yang terdapat dalam bengkel atau makmal mempunyai jangka hayat
tertentu. Untuk mengekalkan jangka hayat sesuatu peralatan atau mesin dengan
lebih lama, maka pengurusan dan penyelenggaraan kelengkapan makmal perlu
diberi keutamaan terutamanya tentang penggunaan, baik pulih, penyimpanan
dan sebagainya. Ia perlu diurus mengikut sistem dan mematuhi peraturan buku
panduan.
Laporan International Labour Office (1990) dalam Rafiy Saleh (2002) menjelaskan
banyak kemalangan yang melibatkan alat tangan dan peralatan berkuasa elektrik
berpunca dari kelemahan pekerja atau pelajar itu sendiri, cuai semasa membuat
kerja. Kegagalan menggunakan alatan yang betul serta tidak mengambil berat
tentang kesempurnaan alatan boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang
tidak diingini, terutamanya kecederaan terhadap individu itu sendiri. Justeru
penyelenggaraan alatan dan kemudahan di dalam bengkel hendaklah sentiasa
dilakukan bagi menjamin keberkesanan kerja-kerja amali dijalankan.

Sebelum kerja amali dijalankan, penyediaan peralatan yang lengkap dan


sempurna dapat menghasilkan kerja yang baik (Azahari, 1990 dalam Rafiy
Saleh, 2002). Penyediaan kelengkapan sebelum melakukan kerja amali perlu
dilakukan agar kerja yang akan dilakukan kelak akan berjalan dengan lancar dan
sempurna. Kemalangan yang berlaku berpunca daripada keadaan alatan tangan
yang tumpul, mesin yang tidak selamat dan tempat kerja tidak dikemaskan setelah
digunakan.

Menurut Ahmad Fuad (1995) dalam Nor Fariza (2002), kebanyakan kemalangan
yang berlaku di tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan . Seseorang pelajar yang tidak mempunyai sikap
mengutamakan keselamatan tidak boleh disebut sebagai pelajar yang
berkebolehan dan mahir. Malaysia mengalami kerugian lebih kurang RM 4 ribu
juta setahun akibat dari kemalangan industri. Anggaran ini dibuat oleh
Pertubuhan Buruh Antarabangsa ( ILO ) berdasarkan formula pengiraan standard
antarabangsa meliputi kos langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh
syarikat.

Wilber dan Pendered (1973) dalam Hayati (2000) menyatakan salah satu teknik
yang popular dalam menerangkan kepentingan keselamatan semasa
menggunakan peralatan adalah melalui demonstrasi atau tunjuk cara.
Demonstrasi perlu dilakukan oleh guru bengkel sebelum pelajar menggunakan
sebarang alatan atau mesin yang baru. Guru bengkel perlu menerangkan langkah-
langkah keselamatan yang perlu diambil.

Menurut Anton, J. Thomas (1989) dalam Mohd. Nuzi (2000), guru juga mesti
sentiasa mengingatkan pelajar betapa berfaedahnya bekerja dengan selamat.
Sebaliknya, guru tidak seharusnya menunjukkan perbuatan yang tidak selamat
dan bertentangan dengan peraturan keselamatan. Pernyataan ini juga turut
disokong oleh Crow dan Crow (1980 ) dalam Mohd. Nuzi (2000 ), guru sepatutnya
boleh mengarah, membimbing dan menggerakkan pelajar untuk membina sikap
yang diingini.

Semasa melakukan aktiviti atau bekerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu
diawasi adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja. Menurut
Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) dalam Mohd. Nuzi (2000),
kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat
untuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak
sesuai dan bergurau senda.

Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan bengkel wajib


diketahui, dipelajari, dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi
tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam
bengkel, sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera
mahupun kerosakan terhadap alat dan mesin akan dapat dihindari (Ibrahim Che
Muda dan R. Ramudaram, 1990 dalam Mohd. Nuzi,( 2000 ).

Longley (1969) dalam Hayati (2000), dalam kajiannya menyatakan bahawa pekerja
yang kurang ilmu atau kurang mahir terhadap bidang tugasnya lebih
cenderung melakukan keseilapan dan terdedah terhadap kemalangan. Beliau
mencadangkan seharusnya pekerja diberi perhatian yang sistematik terhadap
kemahiran dan pengetahuan teknologi malah latihan membentuk sikap yang dapat
membentuk budaya kerja yang selamat. Latihan sistematik yang dimaksudkan
adalah bagaimana hendak membentuk seseorang itu bekerja dengan mengikut
urutan atau peraturan. Latihan ini boleh diperolehi di sekolah, pusat kemahiran
serta industri. Pekerja atau pelajar akan dilatih bagaimana bekerja denga baik dan
sentiasa menitikberatkan keselamatan.

Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi


kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja (Ibrahim Che
Muda dan R. Ramudaram, 1990 dalam Mohd. Nuzi, 2000). Mereka mencadangkan
beberapa perkara supaya suasana dan persekitaran di bengkel adalah selamat
untuk pengguna. Perkara-perkara yang dititik beratkan ialah :
(i) Tidak membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau di
sekeliling mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut
daripada dilanggar, disepak atau dipijak.
(ii) Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini
sangat licin dan menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.
(iii) Tidak membiarkan tatal atau serpihan logam bersepah di atas lantai dan di
sekeliling mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja
hendaklah dibersihkan.
(iv) Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang
terang, mempunyai peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan
dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan
bahan, supaya alat-alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur.
(v) Salah satu tanggungjawab guru bengkel adalah memastikan persekitaran
bengkel selamat digunakan oleh pelajar. Menurut Finney (1994) dalam
Hayati (2000), sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik
diperlukan dalam sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak
selesa dan buruk tidak berupaya membekalkan persekitaran yang selamat
untuk bekerja. Menurut Khan dan Vickery (1970) dalam Hayati (2000) pula,
ruangan yang disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira
aspek pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

2.3 Budaya Keselamatan.

Menurut Abdul Aziz Hussin (2001), keselamatan pekerja didefinisikan sebagai


keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan
tubuh badannya. Manakala kesihatan pekerjaan bermaksud bebas daripada
penyakit kesihatan mental, fizikal dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan
kerja yang diterapkan. Dalam industri pembinaan, aspek keselamatan dan
kesihatan pekerja amat dititkberatkan terutamanya yang bekerja di lapangan
tapak bina.

Banyak sekali definisi berkaitan dengan budaya keselamatan dari penulisan


akademik, dengan kebanyakan menyatakan budaya keselamatan sebagai perkara
asas atau dasar kepada keupayaan organisasi untuk menguruskan aspek
berkaitan keselamatan di dalam operasi mereka (Glendon and Stanton, 2000). Ciri-
ciri positif budaya keselamatan mempunyai persamaan atau selari dengan banyak
aspek dalam pengurusan kualiti menyeluruh.

Budaya keselamatan dan kesihatan di dalam firma pula ia lebih berkaitan


dengan sikap semua pekerja terhadap amalan keselamatan. Mereka akan
berkongsi risiko firma, kemalangan dan kejadian yang tidak diingini. Menurut
Glendon dan McKenna (1995) dalam Mohd Saidin Misnan (2011) , pengurusan
keselamatan yang efektif merupakan gabungkan antara kedua-dua fungsi
(melibatkan elemen; kawalan pengurusan, penyeliaan, eksekutif dan sub-sistem
komunikasi) dan kemanusiaan (melibatkan elemen; kepimpinan, politik dan sub-
sistem budaya keselamatan yang utama terhadap budaya keselamatan).
Menurutnya lagi, terdapat empat faktor kritikal sebagai petunjuk kepada budaya
keselamatan, iaitu: komunikasi yang efektif, pembelajaran organisasi yang baik,
fokus organisasi terhadap keselamatan dan kesihatan, dan fokus luaran.

Buchan, (1999) dalam Mohd Saidin Misnan (2011) menyatakan dalam usaha
menwujudkan budaya keselamatan di tempat kerja terdapat dua pendekatan
yang boleh dilaksanakan. Pertama kita perlu lakukan apa yang telah kita lakukan
dan menerima akibat atau kesan yang tidak boleh dielakkan akibat kemalangan.
Kedua, kita perlu memahami sebagai suatu industri, kita perlu lakukan sesuatu
yang berbeza jika hendak mewujudkan budaya kemalangan sifat dalam pekerjaan.
Budaya keselamatan boleh diterapkan menerusi tingkahlaku bekerja dan
perubahan organisasi sekiranya ingin mencapai ke arah perubahan langkah yang
tetap dalam budaya keselamatan dan prestasi. Usaha meningkatkan budaya
keselamatan boleh dicapai melalui kerjasama yang erat antara komitmen personel
pekerja, kepimpinan dan tingkahlaku.

Budaya keselamatan sebenarnya merupakan satu budaya yang baik untuk


diterapkan di tempat kerja bagi menggalakkan keperihatinan pekerja terhadap
amalan keselamatan kepada semua pekerja dan orang lain. Budaya keselamatan
merupakan suatu kebiasaan yang menjadi satu set yang spesifik, kepercayaan dan
pegangan, peraturan, sikap dan amalan di dalam organisasi. Antara langkah bagi
memupuk budaya keselamatan termasuklah: penghargaan; pengambilan, peranan
pengurusan dan; polisi (Turner (1991).

Pada peringkat organisasi, ciri-ciri budaya keselamatan yang positif termasuk


kepercayaan kepada perkara keutamaan dalam pengelakan dan pengawalan risiko,
nilai kemanusiaan, pemberian kuasa, penglibatan, kerja berpasukan, pengawasan
dan latihan. Banyak ciri-ciri dalam industri pembinaan di UK dan Caribbean
mengenalpasti bidang ini dan kajian konflik yang lain dengan menggunakan ciri-
ciri penting dalam budaya keselamatan yang positif (Rowlinson, 2004).

Dua pendekatan digunakan bagi menguruskan keselamatan iaitu berdasarkan


tingkah laku dan amalan kerja, fokus kepada pengenalpastian dan modifikasi
terhadap amalan keselamatan yang kritikal, dan menitikberatkan kepada
sejauhmana tingkahlaku mempunyai kaitan terhadap kemalangan dan kecedaraan
di tempat kerja (Dejoy, 2005). Menurut Glendon dan McKenna (1995), pengurusan
keselamatan yang efektif merupakan gabungkan antara kedua-dua fungsi
(melibatkan elemen; kawalan pengurusan, penyeliaan, eksekutif dan sub-sistem
komunikasi) dan kemanusiaan (melibatkan elemen; kepimpinan, politik dan sub-
sistem budaya keselamatan yang utama terhadap budaya keselamatan).

Budaya Penentuan
atau
Pernyataan

Elemen Elemen
Budaya Budaya Budaya
Intrinsik Extrinsik
Kebangsaan Organisasi Vokasional

Nilai
Norma

Kepercayaan
Budaya Kepercayaan
Keselamatan Ritual
Andaian

Lambang

Tingkah Laku

Individu Kumpulan

Rajah 2.2 Konsep pembangunan Budaya Keselamatan


( Hudson, 2001 )

Menurut Jones (1997) dalam Mohd Saidin Misnan (2011), keselamatan merupakan
antara aspek yang perlu diberikan perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan
pengurusan keselamatan telah ditentukan bagi menguatkan budaya keselamatan.
Antara yang boleh digunakan adalah dengan kaedah meningkatkan pengurusan,
peralatan dan kelengkapan, dan penglibatan para pekerja. Turner (1991) dalam
Mohd Saidin Misnan (2011), berpendapat, budaya keselamatan merupakan suatu
kebiasaan yang menjadi satu set yang spesifik, kepercayaan dan pegangan,
peraturan, sikap dan amalan di dalam organisasi. Antara langkah bagi memupuk
budaya keselamatan termasuklah: penghargaan; pengambilan, peranan
pengurusan dan polisi.

Terdapat tiga belas elemen penting dalam pembangunan budaya keselamatan


(Anonymous, 1990; Turner, 1991; Taubitz, 1992; Swartz, 1992; Simpson, 1993;
Shillito, 1995; Glendon dan McKenna, 1995; Purvis, 1997; Jones, 1997; Doke,
1997; Buchan, 1999; Holt, 2001; Lochhead, 2002; Arant, 2004; Root, 2005; Dejoy,
2005; Peterson, 2005) iaitu:

2.3.1 Struktur Organisasi

Menurut Mohd Hizam dan Zahir (2002), struktur organisasi adalah suatu sistem
peraturan dan hubungan kuasa yang mengawal bagaimana manusia di dalam
organisasi bekerjasama dan berinteraksi. la juga berkaitan dengan penggunaan
struktur sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Tujuan utama,
pembentukan organisasi adalah sebagai satu alat kawalan sama ada
mengkoordinasi tindakan manusia dalam pencapaian matlamat organisasi atau
sebagai alat memotivasikan individu didalam organisasi.

2.3.2 Komitmen Pengurusan Atasan

Buchan, (1999) menyatakan dalam usaha menwujudkan budaya keselamatan di


tempat kerja terdapat dua pendekatan yang boleh dilaksanakan. Pertama kita
perlu lakukan apa yang telah kita lakukan dan menerima akibat atau kesan yang
tidak boleh dielakkan akibat kemalangan. Kedua, kita perlu memahami sebagai
suatu industri, kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza jika hendak mewujudkan
budaya kemalangan sifat dalam pekerjaan. Budaya keselamatan boleh diterapkan
menerusi tingkahlaku bekerja dan perubahan organisasi sekiranya ingin mencapai
ke arah perubahan langkah yang tetap dalam budaya keselamatan dan prestasi.
Usaha meningkatkan budaya keselamatan boleh dicapai melalui kerjasama yang
erat antara komitmen personel pekerja, kepimpinan dan tingkahlaku.

Menurut Carrillo (1998), dalam mewujudkan budaya keselamatan bagi


menghadapi ke perubahan ekonomi global, adalah penting bagi pengurus untuk
memeriksa dan menukar idea terhadap terma-terma pekerjaan dan mengambil
posisi kepimpinan untuk menwujudkan satu budaya keselamatan yang baru.
Peranan pihak pengurusan dan penglibatan semua pekerja sama penting sebagai
pelaku dalam budaya keselamatan dan kesihatan dan menjadi penting bagi usaha
menyuburkan kepercayaan yang positif, praktikal, kebiasaan dan sikap yang baik
di dalam firma (Glendon dan McKenna, 1995).

Dalam cadangan model bagi melaksanakan budaya keselamatan positif, hubungan


yang dinamik antara iklim keselamatan, sistem pengurusan keselamatan dan
strategi motivasi bagi menwujudkan tingkahlaku keselamatan. Pendekatan juga
seharusnya mempertimbangkan kemudahan yang disediakan apabila ingin
mempraktikkan budaya tersebut kepada bentuk budaya organisasi yang berbeza
(Copper, et al, 1995). Menurut Jones (1997), keselamatan merupakan antara aspek
yang perlu diberikan perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan pengurusan
keselamatan telah ditentukan bagi menguatkan budaya keselamatan.

2.3.3 Penglibatan dan Komitmen Pekerja

Pendekatan yang positif telah dijalankan bagi mewujudkan perkongsian budaya


kerja selamat dengan meletakkan kepercayaan pada tahap yang tinggi dan
penglibatan semua pekerja. Ini merupakan satu saluran dimana model budaya
dan tingkahlaku diubahsuai dengan bukan saja memfokuskan kepada amalan
kerja yang selamat, malah kesemua amalan pekerjaan, kepercayaan dan nilai kerja
yang tinggi. Terdapat 6 kunci bagi membangunkan displin positif antaranya
(Preston, 1994): mendapatkan penglibatan pekerja agar pekerja menghargai
amalan tersebut; pemerhatian objektif bersama-sama yang memfokuskan kepada
amalan kerja semasa dan berkongsi bersama dengan isu-isu semasa; penilaian
terhadap amalan dan tingkahlaku semasa; mewujudkan pelan tindakan yang
positif yang memerlukan pekerja untuk memahami keperluan amalan kerja yang
selamat; dan pengesahan dan persetujuan semua pekerja untuk mendapatkan
komitmen sepenuhnya terhadap pelan dan tindakan bagi mewujudkan amalan
kerja yang selamat untuk keseluruhan kerja yang akan dilaksanakan dan
persetujuan tersebut tidak boleh dirundingkan dan amalan perlu diubah kepada
amalan kerja yang selamat.

Menurut Jones (1997), keselamatan merupakan antara aspek yang perlu diberikan
perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan pengurusan keselamatan telah
ditentukan bagi menguatkan budaya keselamatan. Antara yang boleh digunakan
adalah dengan kaedah meningkatkan pengurusan, peralatan dan kelengkapan,
dan penglibatan para pekerja.

2.3.4 Perubahan Tingkahlaku

Menurut Dejoy (2005) di Amerika Syarikat secara khususnya, dua pendekatan


yang jelas telah digunakan bagi menguruskan keselamatan di tempat kerja bagi
memberikan saingan terhadap perhatian dan bagi menghasilkan jumlah yang
mencukupi terhadap perdebatan dan kontroversi beberapa dekad sebelumnya.
Pendekatan pertama, adalah keselamatan berdasarkan tingkah laku dan amalan
kerja, fokus kepada pengenalpastian dan modifikasi terhadap amalan keselamatan
yang kritikal, dan menitikberatkan kepada sejauhmana tingkahlaku mempunyai
kaitan terhadap kemalangan dan kecedaraan di tempat kerja. Pendekatan kedua
adalah, berlawanan, menitikberatkan kepada kepentingan asas terhadap budaya
keselamatan organisasi dan bagaimana ia menentukan dan mempengaruhi
tingkahlaku keselamatan dan keberkesanan program keselamatan.

2.3.5 Komunikasi

Budaya keselamatan dan kesihatan di dalam firma lebih berkaitan dengan sikap
semua pekerja terhadap amalan keselamatan. Mereka akan berkongsi risiko firma,
kemalangan dan kejadian yang tidak diingini. Menurut Glendon dan McKenna
(1995), pengurusan keselamatan yang efektif merupakan gabungkan antara
kedua-dua fungsi (melibatkan elemen; kawalan pengurusan, penyeliaan, eksekutif
dan sub-sistem komunikasi) dan kemanusiaan (melibatkan elemen; kepimpinan,
politik dan sub-sistem budaya keselamatan yang utama terhadap budaya
keselamatan). Menurutnya lagi, terdapat empat faktor kritikal sebagai petunjuk
kepada budaya keselamatan, iaitu: komunikasi yang efektif, pembelajaran
organisasi yang baik, fokus organisasi terhadap keselamatan dan kesihatan, dan
fokus luaran.

Budaya keselamatan yang positif adalah antara ciri-ciri pekerja yang mempunyai
sikap yang boleh dipersoalkan, keras dan mempunyai pendekatan yang sangat
berhati-hati dan mempunyai komunikasi yang positif (Meshkati, 1995).
Komunikasi di dalam organisasi adalah dipengaruhi oleh faktor budaya
kebangsaan sebagaimana budaya organisasi yang tertentu. Hofstede (1994) and
Meshkati (1995) menyatakan tahap mana pekerja yang mempunyai sikap yang
boleh dipersoalkan adalah dipengaruhi oleh kuasa yang jauh, halatuju peraturan
dan ketidaktentuan pengelakan terhadap persekitaran sosial, dan keterbukaan
kepada budaya dalam organisasi.

2.3.6 Polisi Keselamatan

Budaya keselamatan sebenarnya merupakan satu budaya yang baik untuk


diterapkan di tempat kerja bagi menggalakkan keperihatinan pekerja terhadap
amalan keselamatan kepada semua pekerja dan orang lain. Budaya keselamatan
merupakan suatu kebiasaan yang menjadi satu set yang spesifik, kepercayaan dan
pegangan, peraturan, sikap dan amalan di dalam organisasi. Antara langkah bagi
memupuk budaya keselamatan termasuklah: penghargaan; pengambilan, peranan
pengurusan dan; polisi (Turner (1991).

2.3.7 Pembangunan Budaya Menerusi Latihan

Program keselamatan adalah program yang dilaksanakan untuk memberi


kesedaran kepada pekerja mengenai kepentingan keselamatan serta memberi
pendedahan terhadap risiko kemalangan di tapak bina. Saiz sesebuah program
yang dilaksanakan bergantung kepada bilangan pekerja, saiz syarikat serta kerja
pembinaan yang dilaksanakan. Bagi syarikat yang besar, program keselamatan
melibatkan lebih ramai penyertaan dan bagi syarikat yang kecil, memadai dengan
memenuhi keperluan asas keselamatan untuk mengatasi risiko kemalangan di
tapak bina (Peyton dan Rubio, 1991).

Kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan


pekerja semua lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran
asas dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau
menambahkan pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai
khusus latihan seperti di kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang
membekalkan pengetahuan berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan
Hudson, 1985).

2.3.8 Jawatankuasa Dan Pengurusan Keselamatan


Doke (1997) menyatakan beberapa faktor yang menyumbang kepada amalam
budaya keselamatan di Afrika Selatan yang dilaksanakan oleh ASB Pieersburg
menekankan kepada jawatankuasa keselamatan dan pengurusan keselamatan.

2.3.9 Penghargaan
Menurut Turner (1991) budaya keselamatan sebenarnya boleh dibangunkan
melalui penghargaan. Budaya keselamatan dipengaruhi beberapa faktor antaranya
penghargaan, tanggungjawab dan peluang untuk mencapai kejayaan (Shamil
Noaoum, 2001)

2.3.10. Motivasi
Menurut Shamil Naoum (2001) faktor motivasi boleh membantu dalam
membangunkan budaya keselamatan menerusi perubahan tingkahlaku dalam
pekerjaan yang diterapkan oleh organisasi. Pearson (1992) menyatakan, empat
faktor yang menpengaruhi budaya keselamatan ialah pemberian kuasa, kerja
berpasukan, keterlibatan dalam kepimpinan dan motivasi. Selain dari itu, faktor
motivasi berupaya mengubah sikap pekerja dan membangunkan budaya
keselamatan bagi melaksanakan kerja dengan lebih selamat (Langford, et al, 1995)

2.3.11 Kerja Berkumpulan


Gillen dan Kelly (1994), mendefinisikan kumpulan kerja sebagai sejumlah kecil
orang yang saling mengisi pengetahuan, sesiapa yang terlibat untuk maksud
pelaksanaan tujuan, yang mana mereka mempertahankan tanggung jawab mereka
antara satu sama lain. Kumpulan banyak merubah motivasi atau keperluan
individu dan boleh mempengaruhi prilaku individu dalam satu organisasi.
Kumpulan adalah satu kurnpulan kecil dimana sejumlah orang saling berinteraksi
satu sama lain dalam satu pertemuan, dimana masing-masing menerima kesan
daripada anggota yang cukup berbeza sehingga ia boleh memberikan reaksi
bersama sebagai seorang peribadi, meskipun hanya untuk menyatakan perbezaan
pihak lain (Gibson et al. 1996).

2.3.12 Persekitaran Kerja


Menurut Smith (2003), keselamatan boleh dikategorikan sebagai keperluan yang
sangat penting dalam perniagaan. Keselamatan merupakan kunci penentu
kejayaan suatu organisasi. Jentera dan peralatan yang selamat merupakan moral
pekerja yang tinggi, produktiviti yang tinggi, dan kecacatan dan kerosakan yang
minimum. Kejayaan suatu perniagaan adalah mustahil tanpa persekitaran kerja
yang selamat dan pekerja yang selamat. Perlaksanaan proses dan sistem untuk
kejayaan keselamatan, dan gabungan faktor-faktor tersebut ke dalam aktiviti
seharian, akan membangunkan budaya keselamatan dan seterusnya menjamin
keselamatan tempat kerja selain keselamatan pekerja. Menurutnya lagi
keselamatan ”adalah pertandingan yang tidak akan tamat”. Persekitaran kerja
yang selamat akan meningkatkan motivasi selain akan memberi kesan kepada
keselamatan kerja.
2.3.13 Pemberian Kuasa

Pemberian kuasa ialah penglibatan pekerja yang benar-benar bererti, tidak hanya
sekadar memiliki kuasa, tetapi juga memperhatikan, mempertimbangkan,
memikirkan samada arahan atau sesuatu perkara tersebut akan ditenima atau
tidak. Pemberian kuasa adalah diandaikan sebagai kuasa penuh kumpulan
mengurus diri sendiri (Kirckman dan Rosen, 1999).

3. Kesimpulan

Kesedaran keselamatan di tempat kerja harus diberi perhatian utama bagi


mengurangkan kes kemalangan di samping menjaga kepentingan pekerja jika
berlaku kemalangan di tempat kerja. Bahkan tindakan wajar diambil ke atas
majikan yang gagal memastikan kebajikan pekerja mereka sentiasa dijaga
(Ahmadon Bakri, 2006).

Di samping itu organisasi perlu menyediakan polisi keselamatan pekerjaan yang


jelas bagi mencegah kemalangan serta mengadakan bengkel keselamatan sebagai
usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran keselamatan pekerjaan
seterusnya dapat memupuk persekitaran budaya kerja selamat di tempat kerja.
Aspek latihan yang penting kepada pekerja iaitu latihan-latihan keselamatan dan
kesihatanpekerjaan.
Tambahan juga pekerja diberikan pendidikan dan latihan mengenai elemen-elemen
keselamatan dan kesihatan bagi memupuk budaya kerja yang selamat dan juga
sihat. Dengan menyediakan pendidikan dan latihan keselamatan yang efektif,
pekerja akan mempelajari bagaimana untuk mengawalnya serta menghindari
kemalangan. Jesteru itu, jaminan keselamatan pekerjaan di tempat kerja perlu
diberi perhatian khusus kerana kemalangan di tempat kerja akan menjejaskan
imej dan reputasi. Budaya kerja selamat perlu diamalkan di tempat kerja bagi
mencapai kehidupan bekerja yang bekualiti dan selamat serta mengurangkan
rosiko kemalangan di tempat kerja Lee Lam Thye, (2003) dalam Mohd Saidin
Misnan (2011).

Anda mungkin juga menyukai