Anda di halaman 1dari 9

KUPASAN DAN INTERPRESTASI SINERGI 3M (MAN, MACHINE AND

METHOD) DAN 5 TERAS PERINTAH ULUNG PTD KE-30 – PELAN TINDAKAN


31 BRIGED DAN CADANGAN RESOLUSI

Oleh : Kumpulan 1
a. Mejar Mohamad Fariz bin Mohd Ali Mustawi
b. Kapten Nor Amirah binti Mohd Shabri
c. Kapten Mohamad Hafiz bin Awang Hamat

“Aspirasi Tentera Darat yang kredibel akan dilaksanakan secara terangkum dan
bersistematik berteraskan tiga objektif utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan
Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan yang diperkukuhkan melalui gandingan
tertumpu, terancang serta menyeluruh melalui konsep Sinergi 3M.”

Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat


31 Oktober 2023/16 Rabiul Akhir 1445H

PENDAHULUAN

Sejak penubuhan, Tentera Darat Malaysia terus berkembang seiring


dengan arus permodenan disamping menerajui pelbagai inisiatif bagi
merealisasikan peranannya iaitu mempertahankan kedaulatan tanah air dari
sebarang ancaman. Selain itu, Tentera Darat juga tidak terlepas dalam
mengembleng tenaga dalam membantu pihak berkuasa awam dalam mencapai
keamanan dan kemakmuran negara. Oleh itu, setiap warga tentera darat perlulah
memikul tanggungjawab dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Panglima Tentera Darat Ke-30 telah menyampaikan Perintah Ulung pada 31
Oktober 2023.
Tentera Darat memberikan penumpuan secara khusus, konsisten dan
tertumpu dalam membangun serta memperkuhkuhkan modal insan elemen
kemanusiaan. Usaha pemerkasaan sumber manusia dapat dicapai dengan
mempertingkatkan paras kecekapan, keberkesanan dan kesiapsiagaan yang
sejajar dengan fungsi, peranan serta tanggungjawab yang telah ditetapkan.
Seseungguhnya, Ilmu Membina Keyakinan”. Ungkapan Jeneral Tan Sri Datuk
Seri Mohammad bin Ab Rahman. We equip the man not the machine” perlu
dijadikan panduan. Peningkatan Kualiti Hidup warga yang merangkumi aspek
kebajikan dan program-program seperti pendidikan, kesihatan dan pengukuhan
jati diri serta aspek kerohanian akan terus menjadi keutamaan. Kita seharusnya
menginsafi, bahawa tentera adalah satu kerjaya yang mulia dalam agama.
Jadikan ia sebagai jambatan yang dapat membawa kita ke syurga Allah
Subhanahu Wata’Ala. PTD berharap, semua warga tentera darat akan menjadi
ejen pemangkin ke arah pembangunan tentera darat, seterusnya menyumbang
kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Keupayaan ketenteraan akan dapat dicapai melalui perkakasan dan


peralatan yang menepati konsep operasi serta fungsi doktrinal tentera darat.
Penumpuan kedua ini memberikan perhatian khusus kepada pengukuhan
keupayaan dan daya tempur tentera darat yang bersedia untuk bertindakbalas
dalam persekitaran operasi pelbagai domain serta spektrum ancaman yang luas.
Pengukuhan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh, berkaedah dan berfokus
dengan mengambilkira matlamat keupayaan (capability goals) pelan
pembangunan keupayaan strategik army 4NEXTG yang terdiri daripada
keupayaan detection, survive and strike, sustainment, protraction and nation
building. Tentera Darat juga perlu mendukung strategi senggaraan menyeluruh
agar ia berupaya untuk mengeksploitasi keseluruhan elemen keupayaan serta
memiliki daya tempur yang mampan,tangkas dan tuntas.Dengan ini, tentera darat
akan dilihat lebih bersifat fit for purpose, able to fight and win.
Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengambil alih
tugas dan tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30
berkuatkuasa pada tanggal 6 September 2023. Pada tanggal 31 Oktober 2023,
bersamaan 56 hari pemerintahannya, PTD Ke-30 telah menyampaikan Perutusan
Perintah Ulungnya dalam satu perbarisan yang penuh bersejarah bertempat di
Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi serta turut disaksikan oleh seluruh
warga TD melalui live streaming applikasi facebook. Perutusan yang telah
disampaikan menekankan tiga objektif utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan
Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan yang ingin dicapai melalui Sinergi 3M (Man,
Machine and Method). PTD Ke-30 juga telah menggariskan lima teras utama iaitu
Sumber Manusia, Inovasi Peperangan Bersama, Agenda Pengukuhan
Keupayaan, Gagasan Tentera dan Rakyat serta Anjakan Diplomasi Pertahanan.

KUPASAN DAN INTERPRETASI PENUMPUAN SINERGI 3M (MANUSIA,


MESIN DAN METODE)

Definisi Man atau manusia dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
membawa maksud insan, orang, makhluk yang mempunyai budi pekerti. Dalam
konteks perintah ulung PTD Ke-30, penumpuan pertama adalah pembangunan
modal insan yang tertumpu kepada pembangunan serta pengukuhan modal
insan. Elemen ini dapat dengan peningkatan paras kecekapan, keberkesanan
dan kesiapsiagaan yang sejajar dengan fungsi. Machine atau mesin pula
bermaksud alat atau perkakas yang digunakan oleh seseorang untuk
memudahkan sesuatu pekerjaan atau perbuatan. Dalam perintah ulung PTD Ke-
30 menekankan pengukuhan keupayaan dan dan daya tempur yang akan dapat
dicapai melalui perkakasan dan peralatan yang menepati konsep operasi serta
fungsi doktrinal. Manakala, method atau prosedur adalah cara ataupun kaedah
untuk melakukan sesuatu urusan atau pekerjaan. Kedua-dua elemen "man and
machine" akan disatukan dalam ekosistem angkatan masa hadapan yang
memiliki keseimbangan dari aspek kebersamaan dan kebolehoperasian. Tentera
Darat hendaklah menggarap dan mengolah konsep operasi serta memacu
pembangunan doktrin yang berlandaskan konsep kebersamaan dan
kebolehoperasian.
Man, machine, dan method adalah tiga aspek penting dalam angkatan
tentera Malaysia. Kehadiran manusia (man) memberikan kebijaksanaan,
kecekapan, dan pemahaman konteks tempatan, sementara mesin (machine)
menyediakan keupayaan teknologi dan keterampilan yang diperlukan. Kaedah
(method) merangkumi strategi, latihan, dan taktik yang menggabungkan baik
manusia dan mesin untuk mencapai keberkesanan optimum. Kesepaduan ketiga-
tiga elemen ini adalah kunci kepada kekuatan dan keberhasilan angkatan tentera
Malaysia dalam menjalankan tugas pertahanan dan keamanan.

KUPASAN DAN INTERPRETASI TERAS PERTAMA – SUMBER MANUSIA

Teras pertama iaitu “Sumber Manusia” dapat ditakrifkan menurut Kamus


Dewan adalah "orang atau tenaga kerja yang dapat memberikan sumbangan
terhadap kelancaran sesuatu kegiatan, tugas, atau organisasi." Dalam konteks
penggunaan sehari-hari, istilah "sumber manusia" juga dapat merujuk kepada
bidang atau fungsi pengurusan yang bertanggung jawab atas kebijakan dan
proses terkait dengan pengelolaan tenaga kerja di suatu organisasi atau
Perusahaan. Dalam konteks perintah ulung PTD, teras pertama tertumpu kepada
pembangunan latihan dan kemahiran sumber manusia adalah faktor penentu
kepada keutuhan modal insan. Penilaian menyeluruh hendaklah dilaksanakan
bagi menilai keberkesanan latihan dan keterampilan kemahiran semua peringkat
anggota tentera darat. Pembangunan program latihan mestilah bersifat realistik
dan berfokus secara berterusan yang dilaksanakan secara intensif dan progresif
kepada keseluruhan warga tentera darat. Pelaksanaan strategi latihan akan
mengambilkira keperluan fizikal, mental dan rohani. Untuk mempertingkatkan
prestasi dan daya tahan (resilience). Pemerkasaan sumber manusia juga perlu
disokong melalui usaha meningkatkan kesejahteraan warga, pengukuhan rohani
dan mengubah pola pemikiran (mindset) bagi melahirkan warga tentera darat
yang profesional dan memiliki jati diri yang unggul berlandaskan nilai-nilai murni.
KUPASAN DAN INTERPRETASI TERAS KEDUA – INOVASI PEPERANGAN
BERSAMA

Teras Kedua iaitu “Inovasi Peperangan” merujuk kepada pengembangan


dan penerapan idea, teknologi, strategi, dan taktik baru dalam konteks konflik
bersenjata. Beberapa contoh inovasi peperangan melibatkan perubahan dalam
teknologi ketenteraan, strategi pertempuran, atau pendekatan logistik,
pembangunan strategi domain daratan (land force strategy) yang akan menjadi
penanda aras kepada tentera darat untuk beroperasi dalam lingkungan konteks
krisis dan konflik masa hadapan. Inovasi peperangan bersama bertujuan untuk
meningkatkan efisiensi, ketangkasan, dan kecekapan operasi tentera yang
melibatkan kerjasama antara tentera laut, udara, darat, siber, dan lain-lain unsur
yang relevan. Tentera Darat perlu menggarap falsafah peperangan bersama
dalam persekitaran operasi pelbagai domain melalui kesefahaman, kesamaan
dan integrasi antara perkhidmatan.Tentera Darat perlu bersedia untuk
mendukung strategi pertahanan negara yang berlandaskan kepada pertahanan
komprehensif.

KUPASAN DAN INTERPRETASI TERAS KETIGA – AGENDA PENGUKUHAN


KEUPAYAAN

Teras Ketiga, “Agenda Pengukuhan Keupayaan” merujuk pada rancangan


atau program yang dirancang untuk memperkuat dan meningkatkan kemampuan
atau keupayaan suatu organisasi, entiti, atau individu. Dalam konteks ketenteraan
atau pertahanan, agenda ini dapat memperincikan langkah-langkah yang diambil
untuk meningkatkan daya tahan, efektif, atau kemampuan beroperasi dari suatu
angkatan bersenjata. Dalam usaha mengukuhkan keupayaan ketenteraan,
pengurusan peruntukan pertahanan perlu dioptimakan. Perancangan perolehan
yang melibatkan peruntukan pembangunan dan belanja mengurus hendaklah
dilaksanakan secara rapi, tertumpu dan bersasar agar keberhasilan berimpak
tinggi diperoleh. Ia juga bagi membolehkan pelan ini kekal relevan degan
persekitaran pertahanan dan keselamatan semasa serta perkembangan teknologi
yang dinamik.
KUPASAN DAN INTERPRETASI TERAS KEEMPAT – GAGASAN TENTERA
DAN RAKYAT

Teras Keempat, “Gagasan Tentera dan Rakyat” merujuk kepada


kerjasama antara tentera dengan rakyat atau orang awam. Konsep ini
menekankan pentingnya hubungan positif antara tentera dan rakyat, serta
hubungan yang erat agar keamanan negara akan dapat dipertahankan.
Tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara bukan lagi terletak semata-
mata di atas bahu pasukan keselamatan, tetapi ianya merupakan tanggungjawab
segenap lapisan masyarakat. Sehubungan itu, strategi ketenteraan negara telah
menggariskan pendekatan whole of government and whole of society (WOGOS)
bagi memantapkan daya ketahanan negara secara komprehensif. Justeru
kerjasama dan hubungan erat yang sedia terjalin di antara tentera darat dan
agensi kerajaan serta swasta hendaklah diperkukuhkan melalui interaksi serta
hubungan baik dengan pemegang taruh.Di samping itu, penglibatan askar
wataniah sebagai angkatan yang berperanan membantu ganti (augment)
angkatan tetap hendaklah diperkasakan.

KUPASAN DAN INTERPRETASI TERAS KELIMA – ANJAKAN DIPLOMASI


PERTAHANAN

Teras Kelima, “Anjakan Diplomasi Pertahanan” merujuk kepada kerjasama


pertahanan antara negara. Tentera Darat perlu mengambil langkah proaktif untuk
memperkukuhkan hubungan diplomasi pertahanannya.Ancaman pelbagai domain
masa kini memerlukan kerjasama bersepadu dari komuniti global supaya
keupayaan dan kepakaran dapat dikongsi serta dimanfaatkan dengan maksimum.
Justeru, tentera darat hendaklah mempertingkatkan usaha dalam aspek latihan,
operasi dan kerjasama pertahanan bersama-sama negara sahabat. Penyertaan
yang lebih aktif dalam eksesais, kursus luar negara dan pertukaran jurulatih perlu
dijadikan keutamaan. Peningkatan dalam pelaksanaan operasi bersama negara
luar juga perlu diberi perhatian, terutamanya dalam perkhidmatan di bawah panji-
panji PBB. Manakala kerjasama pertahanan yang merangkumi perkongsian dan
pemindahan teknologi perlu diperkukuhkan sebagai pemangkin kepada usaha
merealisasikan inisiatif ini.

PELAN TINDAKAN KEPADA 31 BRIGED BAGI MENDUKUNG TERAS SIAGA


YANG DIGARISKAN DALAM PERINTAH ULUNG PTD

Dalam mendukung teras siaga yang telah digariskan dalam perintah ulung
PTD Ke-30 beberapa pelan tindakan yang boleh diambil berdasarkan teras
pertama adalah pengukuhan sumber manusia dan perjawatan dalam FED (M).
Secara keseluruhannnya, MK 31 Bgd dan pasukan naungan masih tidak
mempunyai FED (M) yang selari dengan penugasan. Pengukuhan FED (M) perlu
dilaksanakan melalui kajian semula perjawatan yang diperlukan bagi melicinkan
tadbir urus briged dan pasukan. Kekosongan serta pengisian perjawatan perlu
dilaksanakan bagi memperkemas tadbir urus briged ini dari semasa ke semasa.
Pada masa ini, kekuatan pegangan bagi MK 31 Bgd dan pasukan naungan
adalah dianggarkan diparas 80%, namun jika diteliti permasalahan utama adalah
perjawatan sandaran adalah melebihi 50%. Sehubungan dengan itu, kajian serta
permeriksaan hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan
kelancaran tadbir urus dapat dicapai. Formasi dan pasukan juga perlu
melaksanakan program atau aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti hidup dan
kelestarian anggota serta peningkatan aspek kerohanian. Antara aktiviti yang
boleh dibuat bagi mendukung perkara ini adalah mengadakan pemeriksaan
bangunan dan tempat tinggal anggota, mengadakan mesyuarat kebajikan,
mengadakan sesi dialog khas bersama anggota dan aktiviti-aktiviti lain yang
berupaya meningkatkan kualiti hidup serta kelestarian warga.

Seterusnya bagi teras Inovasi Peperangan Bersama pula, pelan tindakan


yang boleh dibuat adalah memberi pendedahan awal kepada setiap peg dan
anggota naungan 31 Bgd yang akan terlibat dalam latihan atau eksersais yang
akan dilaksanakan. Perkara ini adalah penting bagi setiap anggota yang terlibat
supaya dapat memahami serta mahir dalam latihan yang bakal dilaksanakan.
Formasi dan pasukan juga hendaklah mengambil peluang serta melibatkan
anggota dalam latihan mengikut keperluan semasa. Sebagai contoh latihan
OBUA secara simulasi atau dikenali sebagai Virtual Simulation (VIRTSIM).
Pendedahan serta latihan yang berterusan akan meningkatkan pengetahuan
serta kemahiran setiap warga 31 Bgd. Formasi dan pasukan juga boleh
melaksanakan latihan-latihan kepakaran bagi meningkatkan pengetahuan
anggota berkaitan integrasi terhadap aset-aset yang dimiliki. Antara latihan yang
boleh dilaksanakan adalah latihan kolektif seperti Eksesais Pasak Bumi (EPB) ,
Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) serta latihan-latihan amali dan teori
yang boleh meningkatkan kemahiran serta pengetahuan anggota yang terlibat.

Bagi teras Pengukuhan Keupayaan pula, formasi hendaklah membuat


semakan serta mendapatkan permohanan peruntukan Pembangunan mengikut
keutamaan. Selain itu, formasi juga hendaklah memastikan kerja-kerja
penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan setiap pegangan aset dapat
berfungsi sekaligus dapat membantu dalam kebolehoperasian formasi ini. Rutin
pemeriksaan seperti Semak stok dan Pemeriksaan Aset juga hendaklah dibuat
mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Tentera Darat bagi
mengekalkan serta meningkat kesiapsiagaan formasi dan pasukan. Permohonan
peralatan yang belum diperolehi juga hendaklah dibuat bagi melengkapkan
keperluan seiring dengan penugasan semasa.

Hubungan baik antara tentera dengan rakyat atau masyarakat juga perlu
dipertingkat serta dipupuk dalam kalangan setiap warga 31 Bgd. Antara aktivti
serta program yang boleh dilaksanakan adalah melalui program jiwa murni dan
program Pelan Strategik MINDEF. Selain itu, formasi dan pasukan juga
digalakkan untuk melibatkan Masyarakat setempat dalam aktiviti yang
dilaksanakan sebagai contoh Hari Ulang Tahun Formasi atau Pasukan serta
Program Derma Darah peringkat Formasi atau pasukan. Secara tidak langsung,
aktiviti tersebut dapat mengukuhkan lagi ikatan serta hubungan erat antara
tentera dengan masayarakat setempat.

Teras kelima iaitu Diplomasi Pertahanan juga memainkan peranan yang


penting dalam hubungan baik antara negara-negara sahabat atau serantau.
Formasi dan pasukan hendaklah mengambil peluang sekiranya terlibat dalam
operasi atau latihan yang memerlukan kerjasama antara negara. Penglibatan
seperti ini dapat menerpakan nilai-nilai murni atau profesionalisme yang
dititikberatkan oleh warga TD. Sebagai contoh penglibatan dalam operasi seperti
di pos GABMA, Eks KEKAR MALINDO dan Eks HARINGGAROO. Kerjasama
seperti ini hendaklah dimulakan dengan persediaan atau persediaan agar imej TD
berada dalam kelasnya yang tersendiri dan membanggakan. Selain itu,
peningkatan ilmu pengetahuan serta kemahiran juga dapat dicapai melalui
pertukaran serta pendedahan yang diperolehi dari penglibatan tersebut.

KESIMPULAN

Setiap warga TD haruslah memahami Sinergi 3M dan 5 Teras yang telah


digariskan oleh PTD Ke-30 serta mampu mengolah seiring dengan penugasan
mengikut peringkat masing-masing. Seluruh warga TD hendaklah menjadikan
perintah ulung PTD Ke-30 sebagai garis panduan dalam memastikan pertahanan,
keamanan serta kemakmuran negara ini terus dipelihara. Semua peringkat
hendaklah berganding bahu dan menjalinkan kerjasama yang erat bagi mencapai
matlamat yang telah digariskan.

Jumlah Perkataan : 2200

Anda mungkin juga menyukai