Anda di halaman 1dari 5

PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |1

Buah kuini di tebing sana,

Ambil sebiji diberi tamu;

Esei diberi tugasan terlaksana,

Untuk berkongsi segala ilmu.

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat dan kurnia
dariNya yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Encik Suhasni bin Dollah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya dorongan dan semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan
tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang menjadi kesilapan saya. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka dengan memberikan
penerangan yang jelas.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terimalah serangkap pantun dari
saya,

Pohon kedada daunnya lebar,

Duduk bersila di bawah bayangnya;

Setelah tugasan sudah dihantar,

Harapan agar sempurna semuanya.


PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |2

TEKS UCAPAN INTEGRITI

Tepian biara pohon pulasan,


Kelopak dahlia di atas papan;
Aspirasi negara mencapai wawasan,
Di tangan belia terletak harapan.

Terima kasih kepada saudara pengacara majlis,

Yang Berbahagia, Dr. Mohd Isa bin Azis,


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Yang Berusaha, En Shamsul Bahri B. Ismail


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Ketua-ketua jabatan, para pensyarah dan staf serta warga guru pelatih yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Baharu dan


Salam Integriti.

Terlebih dahulu sukacita saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah izin dan inayah-Nya, maka kita dapat bersama-sama berkumpul di dalam dewan
Aminuddin Baki pada pagi ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Bagaikan bulan jatuh ke riba,
saya tidak menyangka bahawa akan mendapat satu peluang yang besar untuk berucap pada
hari ini. Oleh itu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Suruhanjaya
Pencegah Rasuah IPG Kampus Bahasa Melayu kerana mengadakan program Hari Integriti ini.

Sidang hadirin sekalian,

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita atau khabar angin yang mengatakan bahawa
soalan peperiksaan PT3 telah bocor dan mungkin para pelajar tingkatan tiga tahun ini perlu
mengambil semula peperiksaan tersebut. Perkara ini bukanlah satu perkara yang boleh
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |3

dipandang enteng malahan kita perlu mengambil iktibar jika perkara tersebut benar-benar
terjadi. Saya ingin bertanya kepada anda semua, adakah isu soalan bocor peperiksaan besar
seperti ini jarang-jarang didengari atau kerap kali kita pedengarkan?

Saya cukup pasti bahawa masalah-masalah tersebut sudah biasa kita dengari saban tahun dan
seolah-olah tiada penghujungnya. Usah kita ambil yang jauh, kita lihat sendiri dalam kampus
kita pada hari ini semasa musim peperiksaan terdapat ramai pelajar yang menerima soalan
ramalan daripada rakan IPG lain yang amat sama dengan soalan sebenar semasa hari
peperiksaan. Maka sekali lagi saya ingin bertanya kepada anda semua, siapakah yang
bertanggungjawab dan menjadi penyebab kepada budaya soalan bocor ini di Malaysia? Tepuk
dada, tanyalah hati. Saya yakini anda semua mempunyai pelbagai jawapan dan pandangan
tersendiri. Namun bagi saya, terdapat satu jawapan mudah untuk merungkaikan soalan
tersebut. Jawapannya adalah, bila tiadanya nilai integriti di dalam hati maka ketelusan semasa
menjalankan amanah dan tanggungjawab diberi akan tergadai.

Sidang dewan yang intelektual,

Pada hari ini, sempena sambutan Hari Integriti peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, saya
ingin menyeru kepada semua guru pelatih untuk menanamkan nilai integriti ini di dalam hati. Hal
ini kerana, tanggungjawab anda sungguh berat dalam mengajar dan mendidik anak-anak sejak
bangku sekolah lagi mengenai integtiti. Pupuk dan semailah nilai tersebut di dalam jiwa anak-
anak yang masih kecil, bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Namun begitu,
saya menyeru kepada anda semua untuk sama-sama membayangkan satu situasi bersama
saya, kita andaikan bahawa seorang guru penggubal soalan SPM itu tidak mempunyai nilai
integriti dan membocorkan soalan kepada murid-muridnya. Apakah yang akan terjadi? Pertama,
perkara itu telah mencemarkan imej dan kredibiliti seorang guru yang sering dipandang mulia
kerana mereka sendiri tidak mencerminkan nilai integriti di dalam diri. Kedua, tindakan tersebut
akan menindas murid-murid yang berusaha siang dan malam menyiapkan diri bagi menghadapi
peperiksaan tersebut kerana murid yang langsung tidak berusaha dan hanya mengharapkan
soalan bocor tersebut akan dapat menjawab peperiksaan tersebut dengan lebih baik lagi.
Kesan yang ketiga adalah implikasi yang amat teruk adalah guru tersebut telah menyemai nilai
negatif kepada murid-muridnya iaitu tidak jujur dan tiadanya nilai integriti di dalam diri mereka.
Perkara ini akan terus melarat sehingga anak-anak itu dewasa dan mereka akan mengajarkan
perkara yang sama kepada anak-anak mereka yang akan menyebarluaskan satu perkara yang
amat terkutuk dalam diri seorang insan. Oleh itu, saya minta anda semua sebagai warga
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |4

pendidik sama-sama renungkan perkara yang akan terjadi sekiranya tiadanya nilai integriti yang
tersemat dalam diri.

Apakah yang akan berlaku sekiranya Perdana Menteri tiadanya nilai integriti?
Apakah yang akan berlaku sekiranya pemimpin kita tiadanya nilai integriti?
Apakah yang akan berlaku sekiranya semua rakyat Malaysia tiadanya nilai integriti?
Apakah yang akan berlaku kepada negara kita jika tiadanya nilai integriti?
Hadirin yang dihormati,

Saya menyeru kepada anda semua untuk sentiasa mengamalkan sikap berintegriti meskipun
dicemuh dan dibenci oleh golongan yang tidak berintegriti ini. Saya suka mengambil kata-kata
daripada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang disunting daripada Berita
Awani pada tarikh 20 Oktober 2019, beliau mengatakan bahawa

“Amat penting imej pasukan penguatkuasa itu disegani dan dipercayai. Merekalah yang
diamanahkan untuk melaksanakan undang-undang. Usah takut dicemuh, laksanakan tugas
anda sejujurnya. InsyaAllah khidmat bakti tersebut akan dikenang oleh-Nya kelak”.

Oleh itu, kita tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang penguatkuasa untuk melaksanakan
undang-undang dan mengamalkan nilai integriti. Tidak kira siapapun anda seorang pendidik,
seorang pelajar, seorang rakan dan sebagainya. Anda perlu menanamkan nilai integriti di dalam
diri bagi menjamin kesejahteraan negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya yakin dengan adanya program sebegini ianya akan dapat menyemarakkan semangat
warga IPGKBM agar lebih berintegriti dan mengamalkan ciri-ciri keperibadian yang tinggi. Ini
adalah sangat penting kerana dengan adanya integriti, keutuhan peribadi dan kesejahteraan
emosi, ianya boleh menjamin keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan selari dengan
slogan tema Hari Malaysia baru-baru ini, iaitu Malaysia Bersih.

Mengambil kira perubahan persekitaran kerja yang kompleks pada masa kini, dan bagi
mengharungi cabaran yang mendatang maka sudah tentulah kita amat memerlukan warga
pendidik yang komited dalam menjalankan tugas seharian dan kreatif untuk melakukan
perubahan ke arah mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

Dengan itu, penganjuran program Hari Integriti ini, diharap dapat menerapkan lagi nilai integriti,
etika kerja yang unggul serta mewujudkan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga kampus
PENGUCAPAN AWAM (PAWK 3083) |5

dan sekaligus meningkatkan imej kita semua sebagai seorang bakal guru yang berketerampilan
suatu masa yang akan datang.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Kelab
Suruhanjaya Pencegah Rasuah IPGKBM selaku penganjur majlis ini dan semua pihak yang
turut serta menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat
meningkatkan lagi integriti dalam kalangan kita semua. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai