Anda di halaman 1dari 37

BINA INSAN GURU (MPU 3112) |1

DAFTAR KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………..…..….4

2.0 LAPORAN REFLEKTIF SEBELUM DAN SEMASA PELAKSANAAN PROGRAM BINA

INSAN GURU……………………………………………………………………………………5

2.1 SEBELUM PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU…………...……..6-7

2.2 SEMASA PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU………………………7

2.2.1 HARI PERTAMA (ISNIN, 30 SEPTEMBER 2019)……………………...8-10

2.2.2 HARI KEDUA (SELASA, 1 OKTOBER 2019)………………………….11-14

2.2.3 HARI KETIGA (RABU, 2 OKTOBER 2019)……………………………15-18

2.2.4 HARI KEEMPAT (KHAMIS, 3 OKTOBER 2019)………………………18-21

2.2.5 HARI KELIMA (JUMAAT, 4 OKTOBER 2019)…………………………21-22

3.0 LAPORAN REFLEKTIF SELEPAS PELAKSANAAN BINA INSAN GURU..………….....22

3.1 ANALISIS SWOT…………………………………………………………………..23-26

4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN……………………………………………………………...26

5.0 RUJUKAN………………………………………………………………………….…………....27

6.0 LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI…………………………………………………………..27-41


BINA INSAN GURU (MPU 3112) |2

Buah kuini di tebing sana,

Ambil sebiji diberi tamu;

Kertas kerja diberi tugasan terlaksana,

Untuk berkongsi segala ilmu.

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat dan kurnia
dariNya yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


merangkap mentor tercinta kami, Puan Zairihan binti Che Haron dan Encik Razman bin
Kamaruddin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka, kami mampu
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-
penysarah daripada Unit Kokurikulum dan pensyarah-pensyarah yang telah menjadi fasilitator
kami sepanjang kami menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG) baru-baru ini, yang telah
membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami secara langsung terhadap pelbagai
perkara semasa kami berada di dalam program tersebut. Mereka telah memberikan kami
bantuan dan tunjuk ajar yang sempurna sehingga kami berjaya melaksanakan Program Bina
Insan Guru seterusnya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang menjadi kesilapan kami sebelum, sepanjang malahan
selepas kami menjalankan aktiviti di dalam program tersebut. Mereka membantu kami dengan
memberikan sepenuh kerjasama terhadap tugasan-tugasan yang diberikan di dalam Program
Bina Insan Guru ini.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pelaksanaan Program Bina Insan Guru seterusnya dalam
proses pembikinan kerja kursus ini. Terimalah serangkap pantun dari kami,
BINA INSAN GURU (MPU 3112) |3

Pohon kedada daunnya lebar,

Duduk bersila di bawah bayangnya;

Setelah tugasan sudah dihantar,

Harapan agar sempurna semuanya.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN
BINA INSAN GURU (MPU 3112) |4

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu usaha untuk membentuk keperibadian
seorang pendidik dalam diri guru pelatih. Program BIG merupakan satu program yang wajib
disertai oleh setiap bakal guru. Abd. Hair, Rahmah & Zafir (2009) mengatakan bahawa modal
insan merupakan sesuatu yang dimiliki manusia yang menjadikannya lebih berkualiti. Pelaburan
jangka panjang secara makro dalam usaha untuk meningkatkan modal insan yang berkualiti
memerlukan program seperti pendidikan, latihan, penghijrahan dan kesihatan. Ia merupakan
strategi yang dilakukan untuk mencapai matlamat perancangan tenaga manusia yang telah
ditetapkan. Penguasaan kemahiran insaniah akan menjamin seseorang modal insan itu terus
relevan dan mampu bersaing dalam dalam era globalisasi yang penuh cabaran masa kini
(Mohd Zamri bin Ibrahim, 2012). Oleh itu, pihak IPG yang berhasrat tinggi dalam usaha
melahirkan para guru yang mempunyai modal insan yang berkualiti telah mewujudkan sebuah
kursus iaitu Bina Insan Guru (BIG).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai yang perlu pada seorang
guru. Melalui program ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang
memerlukan kekuatan fizikal, mental, rohani, sosial dan emosi yang tinggi semasa
melaksanakan aktiviti yang telah dijadualkan sepanjang Program Bina Insan Guru itu
berlangsung. Program Bina Insan Guru Siri 2 melibatkan semua guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2017 yang mengambil mata pelajaran elektif terbuka iaitu
Pengucapan Awam, Seni 3 Dimensi, Gaya Hidup Sihat, Lestari Alam Sekitar, dan
Keusahawanan. Program ini telah diadakan pada 09 September hingga 13 September 2019
yang bertempat di Pusat Rekreasi Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka. Seramai 97 orang guru
pelatih yang terdiri daripada 45 orang lelaki dan 52 orang perempuan telah mengikuti program
ini.

Program BIG ini dilihat sebagai satu elemen penting yang berupaya membimbing guru
pelatih menerapkan jiwa keguruan dalam diri. Amalan kerjasama, toleransi, tolak ansur dan
bertanggungjawab merupakan antara nilai utama yang perlu dimiliki oleh setiap bakal pendidik.
Oleh itu, pengalaman yang diperoleh daripada penglibatan kami dalam setiap aktiviti yang
dirancang sememangnya akan menjadi sesuatu yang berharga untuk kami mentafsir dalam
bentuk amali sekiranya terdapat aktiviti sebegini yang perlu dilaksanakan di sekolah pada masa
hadapan.

2.0 LAPORAN REFLEKTIF SEBELUM DAN SEMASA PELAKSANAAN PROGRAM BINA


BINA INSAN GURU (MPU 3112) |5

INSAN GURU

Laporan reflektif amat penting dalam usaha untuk menilai serta mengenal pasti pengalaman
yang telah dilalui supaya seseorang itu dapat meningkatkan kualiti diri mereka. Hal ini dapat
dibuktikan melalui Dewey (1933) dalam Nor Hasniza Ibrahim et. al. (2013) yang mengatakan
bahawa individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan
masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan
masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima
pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Oleh itu, saya akan memperincikan laporan reflektif saya sepanjang pelaksanaan
program Bina Insan Guru melalui 3 bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas. Untuk
bahagian ini, saya akan menjelaskan mengenai laporan reflektif sebelum dan semasa
pelaksanaan program Bina Insan Guru saya berdasarkan rajah yang berikut;
Semasa
dan Semasa
Guru
Insan Guru
Bina Insan
Sebelum dan

2.2.1 Hari pertama


(Isnin, 30 September
Reflektif Sebelum

2019)
Program Bina

2.1 Sebelum
Pelaksanaan Program 2.2.2 Hari Kedua
Bina Insan Guru
Pelaksanaan Program

(Selasa, 1 Oktober
2019)
Laporan Reflektif

2.2 Semasa
2.2.3 Hari Ketiga (Rabu,
Pelaksanaan Program 2 Oktober 2019)
Pelaksanaan

Bina Insan Guru


2.0 Laporan

2.2.4 Hari Keempat


(Khamis, 3 Oktober
2019)
2.0

2.2.5 Hari Kelima


(Jumaat, 4 Oktober
2019)

Rajah 1 : Carta Alir Laporan Reflektif Sebelum dan Semasa Pelaksanaan Program Bina Insan
Guru
2.1 SEBELUM PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU
BINA INSAN GURU (MPU 3112) |6

Pada 19 Julai 2019 bersamaan hari Jumaat, mesyuarat pertama Bina Insan Guru (BIG)
Ambilan Jun 2017 yang dikendalikan oleh Tuan Haji Mustafa Kamal bin Zahid (Penyelaras
Program Bina Insan Guru 2019) telah diadakan di Dewan Zaaba IPG Kampus Bahasa Melayu
untuk membincangkan aktiviti pengisian BIG dan bidang tugas secara umum bagi setiap ahli
jawatankuasa. Program BIG ini dijangka akan berlangsung pada 30 September 2019 (Isnin)
hingga 4 Oktober 2019 (Jumaat) bertempat di Pusat Rekreasi Air REDTMA Ayer Keroh,
Melaka.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang 5 hari 4
malam ini. Antaranya telah saya paparkan melalui rajah infografik berikut;

Rajah 2 : Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang Program Bina Insan
Guru berlangsung

Mesyuarat kedua pula telah diadakan pada 22 Julai 2019 (Isnin) bertempat di bilik
peperiksaan Aras 4, Menara IPG Kampus Bahasa Melayu. Mesyuarat ini diketuai oleh
pengerusi Bina Insan Guru Siri 2 iaitu saudara Muhammad Farouk Aznan bin Zulkarnain.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menentukan jumlah kutipan duit untuk kegunaan
BIG. Selepas mendapat persetujuan semua peserta, mesyuarat memutuskan kutipan duit
sebanyak RM 60 seorang. Selain itu, ketua serta ahli-ahli bagi semua jawatankuasa juga telah
ditentukan dalam mesyuarat tersebut untuk memudahkan pengerusi terus merujuk ketua bagi
jawatankuasa tertentu dalam melaksanakan keperluan sesuatu bidang tugas. (Rujuk Lampiran
1)
BINA INSAN GURU (MPU 3112) |7

Mesyuarat ketiga pula diadakan pada 23 Julai 2019 (Selasa) bertempat di kelas C1,
KKDRI. Mesyuarat ini diketuai oleh pengerusi Bina Insan Guru saudara Muhammad Farouk
Aznan bin Zulkarnain dan dihadiri oleh penyelaras program, serta semua ketua bagi setiap
jawatankuasa program ini. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan semua
ketua dan ahli jawatankuasa mengetahui bidang tugas masing-masing dan dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan proaktif. Beliau turut menerangkan perkara-
perkara yang akan dinilai sepanjang program ini berlangsung supaya peserta dapat membuat
persediaan. Pada penghujung mesyuarat, saudara Aiman Haziq bin Hamzah selaku Ketua AJK
Publisiti telah mengambil peluang untuk mendapatkan kata sepakat peserta berkaitan corak
dan warna baju BIG yang akan dipakai sewaktu program ini dilaksanakan.

Mesyuarat seterusnya telah diadakan pada 19 September 2019 (Khamis) bertempat di


kelas C1, Kolej Kediaman Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu. Mesyuarat ini juga
dipengerusikan oleh saudara Muhammad Farouk Aznan bin Zulkarnain. Mesyuarat ini
dilaksanakan untuk mengemaskini serta mengikuti perkembangan gerak kerja setiap
jawatankuasa bagi program Bina Insan Guru ini. Di dalam mesyuarat ini, ketua bagi setiap
jawatankuasa telah melaporkan perkembangan gerak kerja masing-masing berdasarkan bidang
tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Mesyuarat juga turut membincangkan kekangan
serta masalah yang dihadapi sepanjang persediaan untuk program tersebut, seperti
pengangkutan yang memerlukan sewaan bas luar, serta masalah dalam pembelian bahan
mentah untuk aktiviti masakan di sana. Perbincangan secara mendalam telah dilaksanakan,
seterusnya mesyuarat tersebut telah mewujudkan satu kata sepakat dan alternatif penyelesaian
masalah bagi setiap masalah yang diutarakan.

Mesyuarat kelima dan terakhir sebelum mengikuti BIG Siri 2 diadakan pada 26
September 2019 (Khamis). Mesyuarat ini diketuai oleh pengerusi Bina Insan Guru saudara
Muhammad Farouk Aznan bin Zulkarnain. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta serta memantau
perkembangan dan persiapan terakhir setiap jawatankuasa sebelum program bermula. Dalam
mesyuarat ini juga telah dibincangkan mengenai aktiviti sampingan yang akan dijalankan
seperti aktiviti BBQ pada malam terakhir di sana, dan keperluan bagi program tersebut.

2.2 SEMASA PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU


BINA INSAN GURU (MPU 3112) |8

Sepanjang kami melaksanakan program Bina Insan Guru Siri 2 pada 30 September 2019
hingga 4 Oktober 2019 yang bertempat di Pusat Rekreasi Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka ini,
kami telah mengikuti jadual yang telah disediakan oleh pihak penganjur program tersebut iaitu
Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu (rujuk Lampiran 2). Namun begitu, terdapat
beberapa slot atau jadual yang diberikan ditukar dan diubahsuai mengikut situasi semasa,
contohnya pertukaran slot Pendidikan Konservasi dan slot Etiket dan Protokol berlaku atas
masalah kekangan masa penceramah pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, hampir
keseluruhan aktiviti dan program yang kami jalankan adalah berdasarkan jadual yang telah
dibekalkan. Berikut merupakan laporan reflektif sepanjang kami melaksanakan program Bina
Insan Guru di Pusat Rekreasi Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka.

2.2.1 HARI PERTAMA (ISNIN, 30 SEPTEMBER 2019)

Pada hari pertama iaitu 30 September 2019 bersamaan hari Isnin, semua peserta
Program Bina Insan Guru Siri 2 telah diarahkan untuk berkumpul di hadapan Surau At-Taqwa
IPG Kampus Bahasa Melayu seawal jam 7.30 pagi bagi memudahkan pergerakan ke Pusat
Rekreasi Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka. Perjalanan ke tapak program akan mengambil
masa selama 2 jam 30 minit jika tiada kesesakan lalu lintas pada hari tersebut. Sebelum
bergerak ke tapak perkhemahan satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Penyelaras Program
Bina Insan Guru Siri 2 iaitu Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Zahid. Beliau menerangkan prosedur
yang harus diikuti sewaktu berada di tapak perkhemahan dan menasihatkan semua guru pelatih
menjaga displin diri sepanjang masa kerana ia mencerminkan diri kita sebagai seorang guru.
Seterusnya En Aizuddin selaku pensyarah dari Unit Kokurikulum juga telah memberikan
beberapa nasihat dan peraturan yang wajib dipatuhi guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu.
Sebelum bergerak, Tuan Haji Mustafa Kamal telah mengarahkan saudara Adi Zulhilmi bin
Assmadey selaku Ketua AJK Kerohanian untuk mengetuai bacaan doa. Kesemua guru pelatih
telah diagihkan mengikut bas IB (bas IPG), bas luar dan ‘coaster’ dengan sama rata. (Rujuk
Lampiran 3) Tepat jam 9 pagi tayar kenderaan masing-masing mula bergerak menuju ke Pusat
Rekreasi Air REDTMA Melaka.

Semasa dalam perjalanan ke Pusat Rekreasi Air REDTMA,Melaka, kami singgah


sebentar di R&R Seremban untuk mengambil sarapan pagi selama 30 minit. Kesemua guru
pelatih diarahkan untuk makan makanan berat seperti nasi lemak atau bihun kerana makanan
tengah hari akan disediakan agak lambat atau tidak disediakan terus pada hari tersebut.
BINA INSAN GURU (MPU 3112) |9

Setelah tamat menjamu selera, perjalanan kami diteruskan ke Pusat Rekreasi Air REDTMA
Melaka. Tepat jam 11.40 pagi kami tiba di Pusat Rekreasi Air REDTMA Melaka dengan
jayanya. Kami mengangkat beg dan peralatan yang dibawa berjalan menuju ke tapak
perkhemahan yang terletak kurang dari 1 km dari tempat kami turun dari pengangkutan masing-
masing sama ada bas atau ‘coaster’.

Setibanya di tapak perkhemahan kami terpegun melihat kawasan sekitar tapak


perkhemahan tersebut yang dikelilingi hutan dan tasik. Keindahan suasana alam semulajadi di
sekitar kami telah menambahkan lagi rasa teruja dalam diri kami untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti selama 5 hari 4 malam di sana. Setelah selesai mengangkat dan meletakkan peralatan
yang dibawa ke tempat-tempat yang sepatutnya, kami memulakan aktiviti pemasangan khemah
secara berkumpulan mengikut khemah masing-masing. Kami berkhemah di bawah sebuah
rumah yang memiliki gaya binaan “Rumah Indonesia”. Rumah itu pula dijadikan sebagai tempat
berkumpul dan surau bagi guru pelatih beragama Islam. Ketua AJK Peralatan iaitu Nagulan a/l
Ganesan telah memberikan arahan kepada guru pelatih dan mengagihkan kumpulan khemah
masing-masing. Sebelum mendirikan khemah, AJK Kebersihan bekerjasama dengan semua
guru pelatih untuk terlebih dahulu membersihkan tapak perkhemahan yang kotor dengan daun
kering dan ranting pokok. Aktiviti mendirikan khemah memakan masa lebih kurang 1 jam dan
berakhir pada jam 2 petang. AJK Makanan yang diketuai oleh saudari Puteri Yasmin binti
Khotib pula telah menjalankan tugas mereka pada waktu tersebut dengan menyediakan
makanan bagi minum petang dan makan malam pada hari tersebut. Kesemua guru pelatih
memberikan kerjasama yang padu dan utuh dalam melakukan segala aktiviti pada hari tersebut.

Tepat jam 4.30 semua guru pelatih diarahkan berkumpul di Rumah Indonesia bagi sesi
‘Ice Breaking’ yang diketuai oleh Encik Zulkifli bin Husin dan beberapa pensyarah pembimbing
yang lain sebagai fasilitator. Dalam sesi ‘Ice Breaking’ ini, beliau melakukan pelbagai permainan
untuk mendekatkan lagi guru pelatih dalam kalangan kami sendiri. Antara aktiviti yang
dilaksanakan ialah suai kenal secara mendalam antara kumpulan, permainan mengikut negeri,
dan suai kenal secara rawak mengikut pakaian yang dipakai pada hari tersebut. Aktiviti yang
dijalankan ternyata sangat seronok dan menghiburkan kami semua. Aktiviti ‘Ice Breaking’ ini
tamat lebih kurang pada jam 5.40 petang. Semua guru pelatih kemudiannya dibenarkan untuk
mandi dan bersiap sedia untuk sembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah bagi pelajar
Islam dan sesi moral bagi pelajar bukan Islam. Solat Maghrib dan Isyak dilaksanakan secara
berjemaah menggunakan rukhsah jama’ taqdim, dan diimamkan oleh guru pelatih yang
bertugas pada masa tersebut seperti yang telah dijadualkan oleh AJK Kerohanian. (Rujuk
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 10

Lampiran 4) Kuliah Maghrib pada malam tersebut telah disampaikan oleh guru pelatih yang
telah dijadualkan untuk bertugas pada hari tersebut iaitu saudara Muhammad Farouk Aznan bin
Zulkarnain. Pada sesi moral semua pelajar bukan Islam telah melakukan aktiviti bertajuk ‘
Kenali Diri Sendiri’. Makan malam kemudiannya disediakan kepada guru pelatih tepat jam 8.30
malam dan semua guru pelatih menikmati makanan tersebut menggunakan pinggan dan cawan
yang dibawa sendiri.

Setelah selesai sesi makan malam bersama, slot pendidikan konservasi dijalankan di
Rumah Indonesia pada jam 9.15 malam. Slot ini diketuai oleh Tuan Haji Mustafa Kamal bin
Zahid selaku penyelaras program Bina Insan Guru pada kali ini. Beliau telah memberikan
penerangan yang terperinci berkaitan pendidikan konservasi yang perlu dipelajari oleh kami
semua sebelum melaksanakan aktiviti-aktiviti pada keesokkan harinya, terutamanya aktiviti
kembara hutan/ikhtiar hidup. Antara perkara penting yang saya peroleh melalui aktiviti ini ialah
kita seharusnya menjaga dan memelihara alam sekitar, hutan dan flora serta fauna yang
terdapat di negara ini, supaya generasi akan datang akan turut merasai nikmatnya mempunyai
alam sekitar yang indah seperti sekarang. Keindahan alam sekitar yang kita nikmati hari ini,
merupakan hasil titik peluh nenek moyang kita serta generasi terdahulu yang berusaha
menjaga, memelihara dan memulihara hutan. Oleh itu, kita hendaklah mewarisi usaha tersebut
untuk kesenangan generasi yang akan datang. Aktiviti ini berlanjutan sehingga jam 10.30
malam.

Sebelum semua guru pelatih dibenarkan untuk berehat dan tidur, sebuah perjumpaan
telah dibuat di tempat berkumpul iaitu di hadapan rumah Indonesia. Tempat itu dinamakan
kollisium. Perjumpaan tersebut diadakan bagi memberi ruang kepada Tuan Haji Mustafa Kamal
serta pengerusi kami iaitu saudara Muhammad Farouk Aznan bin Zulkarnain untuk memberi
sedikit taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada keesokkan harinya iaitu
aktiviti tali (abseiling) dan aktiviti kembara hutan/ikhitiar hidup. Aktiviti refleksi diakhiri dengan
pemilihan kata kunci (password) pada hari tersebut. Hal ini penting bagi mengelakkan orang
luar daripada memasuki kawasan perkhemahan kita. Tidak ketinggalan juga kawalan sentri
yang telah dilaksanakan mengikut jadual yang disediakan oleh saudara Hilman Hakim bin
Harun selaku AJK Disiplin dan Keselamatan (rujuk Lampiran 4) bagi menjaga keselamatan guru
pelatih terutamanya guru pelatih perempuan. Saya dan rakan-rakan khemah iaitu khemah 4
bertugas untuk menjaga sentri pada jam 4.00 pagi hingga jam 6.00 pagi.

2.2.2 HARI KEDUA (SELASA, 1 OKTOBER 2019)


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 11

Pada hari kedua iaitu 1 Oktober 2019 kami telah dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk
mandi dan menyiapkan diri untuk menjalankan aktiviti pada hari kedua iaitu aktiviti ‘abseiling’
dan ikhtiar hidup/kembara hutan. Saya dan rakan-rakan khemah bertugas untuk mengejutkan
semua guru pelatih kerana kami bertugas mengawal sentri pada jam 4.00 hingga 6.00 pagi.
Sementara kami menjalankan sentri, kami juga telah bertugas untuk memasak makanan bagi
makan tengah hari pada hari tersebut iaitu nasi putih, ayam masak sambal dan air sirap. Kami
bertugas mengikut jadual yang telah disediakan oleh AJK Makanan. (rujuk Lampiran 5) Kami
harus menyediakan makanan pada awal pagi kerana aktiviti pada hari tersebut dijalankan di
luar kawasan perkhemahan kami, oleh itu, makan tengah hari akan disediakan di tempat kami
menjalankan aktiviti iaitu di Pusat Rekreasi Air REDTMA Melaka.

Pelajar Islam menunaikan solat Subuh secara berjemaah di surau manakala pelajar
bukan Islam menghadirkan diri ke sesi moral. Kuliah Subuh pada hari tersebut telah
disampaikan dalam kalangan guru pelatih Tepat jam 7 pagi, semua guru pelatih berkumpul
untuk melakukan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh AJK Riadah yang diketuai oleh
saudara Zakaria bin Mat Isa. Selain itu perhimpunan pagi juga turut dilaksanakan dengan
nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Lagu Institut Bahasa’. Kemudiannya, semua guru pelatih
mengambil sarapan pagi mereka dan berkumpul di kolussium untuk mendengar taklimat
mengenai pergerakan berkumpulan untuk aktiviti ‘abseilling’ dan ikhtiar hidup/kembara hutan.
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu Kumpulan A yang akan melakukan aktiviti
ikhtiar hidup/kembara hutan terlebih dahulu, manakala Kumpulan B pula akan melakukan
aktiviti ‘abseilling’ terlebih dahulu. Saya merupakan ahli Kumpulan B yang akan bergerak untuk
melaksanakan aktiviti ‘abseiling’ terlebih dahulu. Kami bergerak ke tempat ‘abseiling’ dengan
menaiki bas.

Setibanya kami di sana, kami telah diberikan taklimat ringkas oleh En.Masywawi bin
Mohd Noor selaku fasilitator kami, serta taklimat keselamatan oleh pengurus pusat rekreasi
tersebut, berkaitan cara pemakaian peralatan ‘abseiling’ dengan betul dan cara melakukan
‘abseiling’ yang teratur. Pada mulanya saya berasa sedikit gementar untuk melakukan aktiviti
‘abseiling’ ini kerana saya seorang yang mempunyai ketakutan terhadap ketinggian. Namun,
oleh kerana saya pernah menjalankan aktiviti ‘abseiling’ ini, dan kerana terlalu teruja melihat
rakan-rakan melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya, saya mampu untuk melawan
ketakutan yang ada dalam diri saya, seterusnya berjaya menjalankan aktiviti tersebut dengan
berani. Ternyata kebanyakan rakan-rakan saya juga berjaya mengharungi cabaran tersebut
seterusnya berjaya mengatasi ketakutan masing-masing terhadap ketinggian. Aktiviti ini pada
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 12

saya sangat menyeronokkan dan memberi impak yang besar di dalam diri saya. Sebagai
seorang bakal guru, kita hendaklah berani menghadapi pelbagai cabaran serta perlu
mendepani halangan atau ketakutan diri supaya kita dapat mempersiapkan diri kita ke arah
yang lebih baik pada masa akan datang. Guru perlu mendepani pelbagai cabaran dan masalah
yang datang tidak diduga, jadi aktiviti ini pada saya telah mendidik kami untuk tetap
menjalankan sesuatu perkara walaupun ianya sukar, kerana kelak perkara tersebut dapat kita
atasi dengan tenang setelah kita berjaya mengharunginya.

Setelah selesai melaksanakan aktiviti ‘abseiling’, kami berkumpul di hadapan pusat


rekreasi tersebut untuk bersedia bagi sesi makan tengah hari. Sementara menunggu ketibaan
Kumpulan A yang sedang dalam perjalanan menuju ke pusat rekreasi tersebut dari hutan
simpan, kami bertungkus-lumus menyediakan makan tengah hari dengan menghidangkannya
kepada guru pelatih serta fasilitator kami di sana. Setelah Kumpulan A tiba di pusat rekreasi
tersebut, Kumpulan A dan Kumpulan B menjamu selera bersama-sama untuk menguatkan
hubungan silaturahim antara kami. Setelah selesai menjamu selera, Kumpulan A meneruskan
aktiviti ‘abseiling’ di pusat rekreasi tersebut, manakala kami Kumpulan B bersiap-sedia untuk
bergerak menaiki lori ke Hutan Simpan Melaka, bagi menjalankan aktiviti kembara hutan/ikhtiar
hidup. Kami tiba di sana lalu diarahkan untuk bersedia bagi aktiviti ikhtiar hidup/kembara hutan
yang dibimbing oleh Pak Hassan dan Sir Din, iaitu pegawai-pegawai di hutan simpan tersebut.
Kami kemudiannya diarahkan untuk beratur memanjang dalam satu barisan sebelum diberikan
taklimat keselamatan oleh mereka. Pak Hasan memberitahu kami aktiviti ikhtiar hidup/kembara
hutan ini akan memakan masa selama 1 jam dan menasihatkan kami agar sentiasa peka
dengan arahan beliau sepanjang kami melaksanakan aktiviti tersebut. Beliau juga menasihati
kami agar segera memaklumkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat seandainya kami
mempunyai masalah kesihatan. Ini merupakan SOP untuk mereka sebelum mereka
membenarkan kami masuk ke dalam hutan. Sebagai guru pelatih, kami belajar di sini bahawa
semasa kami menjadi seorang guru kelak, kami juga perlu sentiasa memastikan keselamatan
murid-murid walau di mana sahaja kami menjalankan program. Setiap SOP yang diwujudkan
perlu kami patuhi agar tiada kemalangan atau masalah timbul yang melibatkan murid-murid.

Kami kemudiannya meneruskan aktiviti kembara hutan/ikhtiar hidup setelah Pak Hassan
dan Sir Din selesai memberikan taklimat ringkas. Sepanjang perjalanan kami meredah hutan,
Pak Hassan telah memberikan begitu banyak tunjuk ajar berkaitan keunikan, kelebihan dan
keistimewaan pokok-pokok yang terdapat hutan tersebut. Terdapat pelbagai kegunaan pokok
yang kita tidak ketahui sebelum ini, telah kami pelajari pada hari tersebut. Misalnya, pokok
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 13

tongkat ali sebagai ubat kuat lelaki dan akar yang menjalar sebagai sumber air sekiranya kita
sesat dalam hutan. Selain itu, Pak Hassan juga menunjukan cara penggunaan akar banir
sebagai alat pertolongan jika sesat dalam hutan. Setelah meredah hutan hampir 1 jam, kami
tiba di sebuah kawasan lapang yang dikatakan sesuai untuk menjalankan aktiviti ikhtiar hidup.
Setiap kumpulan diberikan 2 paket mi segera, sedikit mentega, sedikit tepung gandum dan
‘saucer pan’ untuk dijadikan sebuah menu santapan di hutan. Setiap kumpulan turut diagihkan
3 batang mancis untuk menghidupkan api. Berbekalkan semangat kerjasama antara semua
kumpulan, kami telah mencapai kata sepakat untuk berkongsi setiap mancis yang kami peroleh
untuk menghidupkan api.

Setelah api dihidupkan bersama-sama, setiap kumpulan akan mengambil api dari
sumber yang sama. Kumpulan saya telah membuat masakan bertemakan kari memandangkan
mi segera yang kami peroleh berperisa kari. Saya telah mengetuai masakan tersebut untuk
kumpulan saya. Dengan kerjasama daripada semua pihak, kami berjaya menghasilkan Maggi
Goreng Kari Mentega dan Donut Kari. Masakan yang telah kami masak amat memuaskan hati
kami semua. Pengajaran yang telah saya peroleh daripada aktiviti ini ialah kita seharusnya
pandai berdikari, serta cepat dalam membuat keputusan dalam usaha untuk meneruskan hidup
sekiranya sesat di dalam hutan. Dalam konteks sebagai seorang guru pelatih dan sebagai
seorang bakal guru, kita hendaklah sentiasa bersedia, tangkas berfikir dan bertindak mengikut
situasi yang dihadapi. Kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang
bakal berlaku. Kita juga hendaklah berusaha memupuk sikap cintakan alam sekitar dalam diri
murid-murid supaya alam sekitar kita sentiasa terpelihara.

.Tepat jam 5.30 petang, kami telah berjaya menghabiskan aktiviti ikhtiar hidup/kembara
hutan. Kami kemudiannya pulang ke tapak perkhemahan dengan menaiki lori dan bas.
Setibanya kami di tapak perkhemahan, seperti biasa kesemua guru pelatih diberikan masa
untuk mandi dan pengurusan diri. AJK Makanan yang bertugas untuk menyediakan makan
malam terus melaksanakan tugas mereka seperti yang dijadualkan, manakala pelajar lain
meneruskan persiapan diri untuk menunaikan solat berjemaah serta meneruskan sesi moral.
Pelajar Islam kemudiannya berkumpul untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, dan
pelajar bukan Islam pula mengadakan sesi moral, sebelum kesemua guru pelatih berkumpul di
kollisium untuk menikmati makan malam yang disediakan. Setelah selesai menjamu selera,
aktiviti pada malam tersebut diteruskan dengan slot Kewarganegaraan/Perpaduan oleh Encik
Khalid bin Jonit, selaku Kem Komanden Bina Insan Guru Siri 2. Pada malam tersebut, kami
telah diperkenalkan secara lebih mendalam tentang fasilitator-fasilitator yang akan menilai kami
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 14

sepanjang kami berada di dalam program tersebut. Encik Khalid kemudiannya telah
mengagihkan sehelai kain putih serta beberapa batang ‘marker pen’ kepada setiap kumpulan.
Tugasan yang diterima pada slot tersebut ialah kami perlu menghasilkan logo kumpulan, coga
kata kumpulan, serta tepuk sorak kumpulan sebelum dipersembahkan pada hari yang
berikutnya. Kumpulan saya pada ketika itu, sebahagiannya bertugas di dapur untuk
menyediakan minum malam. Oleh itu, kami sekumpulan telah mengambil keputusan untuk
membuat perbincangan di dapur memandangkan kebebasan diberikan oleh Encik Khalid untuk
kami berada di mana sahaja semasa sesi perbincangan berlangsung. Kumpulan kami telah
bekerjasama untuk menyiapkan tugasan sambil menyediakan minum malam untuk semua guru
pelatih pada masa tersebut.

Pada jam 10.00 malam, slot perbincangan tamat. Kami kemudiannya membantu
menghidangkan minum malam kepada semua guru pelatih sebelum sebuah perjumpaan dan
refleksi ringkas diadakan pada jam 10.30 malam. Perjumpaan tersebut melibatkan semua guru
pelatih dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mustafa Kamal bin Zahid yang bertempat di
kollisium. Antara perkara yang dibincangkan pada perjumpaan tersebut ialah refleksi ringkas
untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dan rancangan pergerakan untuk aktiviti
pada keesokkan harinya iaitu aktiviti keyakinan air di Pantai Puteri, serta aktiviti berkayak di
Pusat Rekreasi Air REDTMA, Ayer Keroh. Kami juga turut berbincang dan menetapkan kata
kunci (password) pada hari tersebut, seterusnya makluman daripada ketua AJK Kebersihan
mengenai jadual kebersihan (rujuk Lampiran 6), serta makluman mengenai jadual sentri oleh
AJK Keselamatan dan Disiplin. Setelah perjumpaan tersebut bersurai, kami sekumpulan telah
menuju ke dapur untuk bertugas membersihkan dapur mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Setelah selesai semua tugasan, kami tidur merehatkan diri serta membuat persiapan kecil
untuk menghadapi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada keesokkan harinya. Guru pelatih
yang bertugas untuk kawalan sentri pula bergilir-gilir menjalankan tugas mereka untuk
mengawal kawasan tapak perkhemahan dalam usaha untuk menjaga keselamatan semua guru
pelatih, terutamanya guru pelatih perempuan. Selain menjalankan kawalan sentri, terdapat juga
guru pelatih yang berjaga dalam menjalankan tugas menyiapkan makanan untuk makan tengah
hari pada keesokkan harinya.

2.2.3 HARI KETIGA (RABU, 2 OKTOBER 2019)


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 15

Pada hari ketiga iaitu 2 Oktober 2019, kami telah dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk
mandi dan menyiapkan diri untuk menjalankan aktiviti pada hari ketiga iaitu aktiviti keyakinan di
air dan juga aktiviti berkayak. Pada jam 6.00 pagi, pelajar Islam telah menunaikan solat Subuh
di surau manakala pelajar bukan Islam telah menghadirkan diri ke sesi moral. Tepat jam 7 pagi
semua guru pelatih berkumpul untuk melakukan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh AJK
Riadah yang diketuai oleh saudara Zakaria bin Mat Isa. Selain itu perhimpunan pagi juga turut
dilaksanakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Lagu Institut Bahasa’. Kemudiannya
semua guru pelatih mengambil sarapan pagi yang telah disediakan oleh petugas-petugas AJK
Makanan, dan berkumpul di kolussium untuk mendengar taklimat ringkas untuk aktiviti
keyakinan di air dan berkayak. Kami sekali lagi dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu
Kumpulan A dan Kumpulan B, sama seperti hari sebelumnya. Kumpulan A akan bergerak untuk
menjalankan aktiviti berkayak terlebih dahulu manakala Kumpulan B akan melaksanakan aktiviti
keyakinan di air. Saya dan ahli Kumpulan B telah bertolak ke Pantai Puteri, Melaka untuk
melakukan aktiviti ini. Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas. Kumpulan A pula bertolak ke
Pusat Rekreasi Air REDTMA, Ayer Keroh dengan menaiki lori.

Setelah tiba di Pantai Puteri, kami diberikan taklimat mengenai cara pelaksanaan aktiviti
keyakinan di air, serta keselamatan yang perlu dipatuhi oleh kami semua. Taklimat tersebut
diberikan oleh Sir Din dan pembantunya, Abang Wan. Kami kemudiannya diberikan ‘bouyancy
aid’ untuk dipakai. Saya mendengar taklimat yang diberikan dengan tekun kerana saya
sememangnya seorang yang tidak pandai berenang. Walaupun saya tidak mempunyai
ketakutan terhadap air, namun kekurangan saya iaitu tidak pandai berenang, telah menjadikan
keyakinan saya untuk melaksanakan aktiviti ini agak kurang. Namun begitu, semangat yang
diberikan oleh ahli kumpulan, serta tunjuk ajar yang mudah difahami yang diberikan oleh Sir Din
dan Abang Wan sepanjang saya dan rakan-rakan melaksanakan aktiviti keyakinan di air ini di
tengah-tengah Pantai Puteri. Akhirnya, saya berjaya membuat semua teknik-teknik yang diajar
dengan penuh keyakinan dan kejayaan, tanpa bantuan dari sesiapapun. Ini secara tidak
langsung telah meningkatkan keyakinan saya untuk berada di dalam air walaupun saya tidak
mahir berenang. Apa yang saya pelajari semasa menjalankan aktiviti keyakinan air ini ialah, kita
bukan sahaja perlu memberi keyakinan terhadap ‘buoyancy aid’ yang dipakai malah perlu yakin
pada diri sendiri agar perlu sentiasa bertenang semasa berenang di dalam air yang dalam.
Apabila beralih ke alam realiti, kita seharusnya sentiasa bertenang dan berfikir secara rasional
semasa membuat satu keputusan atau semasa menangani masalah.
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 16

Setelah tamat aktiviti keyakinan di air di Pantai Puteri, kami bergerak menaiki bas
menuju ke Pusat Rekreasi Air REDTMA untuk makan tengah hari bersama Kumpulan A,
sebelum kami beralih ke aktiviti membina rakit dan berkayak. Kami diberikan beberapa tiub
getah yang besar, beberapa batang paip PVC serta gulungan tali untuk membina rakit. Dalam
aktiviti ini kami diajar cara membina rakit dengan menggunakan ikatan-ikatan yang betul seperti
ikatan simpul manuk,simpul balak dan simpul bunga geti yang telah kami pelajari semasa kami
mengambil kursus Unit Beruniform pada Semester 3. Kami sekumpulan berjaya membina rakit
dengan betul dan mengapungkannya di dalam tasik. Untuk menguji ketahanan rakit yang kami
bina, kami telah menaiki rakit tersebut dan mengawalnya secara beramai-ramai. Aktiviti yang
dijalankan ini sangat menyeronokkan. Apa yang saya pelajari di dalam aktiviti ini ialah
semangat kerjasama, saling tolong-menolong dan saling melengkapi kekurangan ahli kumpulan
yang lain. Sebagai contoh, di dalam setiap kumpulan pasti ada yang kurang bertenaga, kurang
mahir dan kurang cekap dalam mengendalikan rakit. Oleh itu, ketua kumpulan memainkan
peranan yang penting dalam mengawal dan memberikan arahan yang jelas kepada ahli
kumpulan yang lain, supaya rakit yang dipandu terus bergerak, dan terapung dengan stabil di
dalam tasik tersebut. Kami telah menaiki rakit yang dibina dengan membuat satu pusingan kecil
di tasik tersebut sebelum kembali ke pelabuhan tempat kami memulakan aktiviti tersebut.

Tepat jam 3.30 petang, kami telah diberikan satu taklimat ringkas berkaitan aktiviti
berkayak ini sebelum kami diarahkan untuk mengangkat kayak kami masing-masing ke dalam
tasik. Aktiviti berkayak merupakan suatu aktiviti yang amat menguji semangat berpasukan dan
kerjasama antara dua orang untuk mengerakkan kayak ke arah yang dituju. Pada awal aktiviti
ini, saya telah menaiki kayak bersama saudara Muhammad Asyraf bin Md. Yunus. Saudara
Asyraf merupakan seorang yang mahir dan cekap dalam mengendalikan kayak yang kami naiki,
oleh itu, saya kurang menghadapi masalah untuk sampai ke destinasi yang dituju iaitu di hujung
tasik, tempat berkumpul kami. Setelah kami semua tiba di hujung tasik tersebut, Cik Noryatimah
selaku fasilitator yang bertugas untuk aktiviti kayak telah mengarahkan kami untuk melakukan
beberapa aktiviti. Antaranya ialah berdiri di atas kayak, serta menukar kayak dengan orang lain.
Saya merupakan antara insan terpilih yang telah dipilih untuk menukar kayak dengan saudara
Muhammad Faris Asyraf. Oleh itu, pasangan baru saya untuk berkayak pulang ke pelabuhan
ialah saudara Lye Chuan Loon. Saudara Loon ternyata merupakan seorang yang kurang mahir
dalam mengendalikan kayak. Saya menghadapi kesukaran yang sangat mencabar apabila
hanya saya seorang yang bertungkus-lumus berkayak menstabilkan kayak kami untuk terus
bergerak ke hadapan dan tidak terbalik. Sememangnya, pengalaman saya berkayak bersama
saudara Loon merupakan pengalaman yang berharga dan memberi kesan yang mendalam
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 17

dalam diri saya. Apa yang saya pelajari melalui aktiviti ini ialah nilai saling percaya antara satu
sama lain dapat diterapkan dalam setiap orang peserta. Saya juga dapat melatih kesabaran
saya, serta melatih mental saya untuk tersu kuat menghadapi cabaran dalam usaha untuk
sampai ke penghujung tasik. Dalam konteks sebagai seorang guru pelatih dan sebagai seorang
bakal guru, saya belajar bahawa rakan sekerja kita tidak semestinya mahir dalam kerja mereka.
Oleh itu, kita sebagai seorang rakan kerja yang baik, hendaklah memberikan dorongan yang
positif kepadanya untuk melaksanakan sesuatu perkara, bukannya menggunakan emosi untuk
memarahinya kerana tidak mahir melakukan sesuatu. Pengajaran itu merupakan pengajaran
bermakna yang saya peroleh daripada aktiviti berkayak ini.

Selepas selesai aktiviti berkayak, kumpulan kami iaitu Kumpulan B telah berkumpul
untuk menaiki lori yang disediakan sebelum kembali ke tapak perkhemahan kami. Seperti biasa
kesemua guru pelatih diberikan masa untuk mandi dan pengurusan diri. AJK Makanan yang
ditugaskan untuk menyediakan makan malam kepada kami semua telah bertugas secara
bergilir-gilir di dapur pada waktu tersebut sementara pelajar lain meneruskan aktiviti persiapan
diri. Pelajar Islam kemudiannya berkumpul untuk solat Maghrib dan Isyak sebelum menjamu
selera untuk makan malam. Pelajar bukan Islam pula menghadirkan diri ke sesi moral. Setelah
selesai menjamu selera, aktiviti diteruskan dengan slot yang dikendalikan oleh Cik Asiah binti
Mohammad Hashim, iaitu slot Etiket dan Protokol. Di dalam slot tersebut, beliau telah
menunjukkan cara yang betul dalam penyusunan bendera negeri-negeri di Malaysia dengan
betul. Protokol itu amat berguna kepada kesemua guru pelatih kerana kami sebelum ini tidak
mengetahui susunan bendera negeri-negeri di Malaysia. Kami juga diterangkan mengenai etiket
dan protokol ketika berada di majlis secara umum oleh beliau.

Pada jam 10.00 malam, slot tersebut telah sampai ke penghujungnya. Kami
kemudiannya menikmati minum malam yang disediakan sebelum sebuah perjumpaan dan
refleksi ringkas diadakan pada jam 10.30 malam. Perjumpaan tersebut melibatkan semua guru
pelatih dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mustafa Kamal bin Zahid yang bertempat di
kollisium. Antara perkara yang dibincangkan pada perjumpaan tersebut ialah refleksi ringkas
untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dan rancangan pergerakan untuk aktiviti
pada keesokkan harinya iaitu khidmat masyarakat, yang melibatkan aktiviti interaksi profesional
dan aktiviti gotong-royong di dua buah sekolah di sekitara Melaka, iaitu Sekolah Kebangsaan
Gangsa dan Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal. Kami juga turut berbincang dan
menetapkan kata kunci (password) pada hari tersebut, seterusnya mendengar makluman
daripada ketua AJK Kebersihan mengenai jadual kebersihan pada malam tersebut, serta
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 18

makluman mengenai jadual sentri oleh AJK Keselamatan dan Disiplin. Setelah perjumpaan
tersebut bersurai, saya bersama saudara Zakaria bin Mat Isa dan saudara Muhammad Hazim
bin Mohammed Yusoff telah melakukan latihan akhir untuk senamrobik yang akan kami
kendalikan di Sekolah Kebangsaan Gangsa semasa sesi khidmat masyarakat pada keesokkan
harinya. Setelah selesai semua tugasan, kami tidur merehatkan diri serta membuat persiapan
kecil untuk menghadapi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada keesokkan harinya. Guru
pelatih yang bertugas untuk kawalan sentri pula bergilir-gilir menjalankan tugas mereka untuk
mengawal kawasan tapak perkhemahan dalam usaha untuk menjaga keselamatan semua guru
pelatih, terutamanya guru pelatih perempuan. Selain menjalankan kawalan sentri, terdapat juga
guru pelatih yang berjaga dalam menjalankan tugas menyiapkan makanan untuk makan tengah
hari pada keesokkan harinya.

2.2.4 HARI KEEMPAT (KHAMIS, 3 OKTOBER 2019)

Pada hari keempat iaitu 3 Oktober 2019 seperti biasa kami dikejutkan seawal jam 5.00
pagi untuk mandi dan menyiapkan diri untuk menjalankan aktiviti interaksi profesional dan
khidmat masyarakat di sekolah yang dipilih. Sekolah yang dipilih untuk aktiviti khidmat
masyarakat ini ialah Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal manakala Sekolah Kebangsaan
Gangsa dipilih untuk aktiviti interaksi profesional dan juga aktiviti khidmat masyarakat . Setelah
menunaikan ibadat solat Subuh secara berjemaah, kesemua guru pelatih berkumpul di kollisium
untuk sedikit taklimat ringkas sebelum bergerak ke sekolah yang dijadualkan masing-masing.
(rujuk Lampiran 7) Perhimpunan pagi dan aktiviti senamrobik yang dijadualkan tidak
dilaksanakan untuk memberi laluan kepada aktiviti khidmat masyarakat dan interaksi
profesional ini dijalankan. Sarapan kami telah disediakan dan dibungkus oleh guru pelatih yang
bertugas untuk dibawa ke sekolah masing-masing. Tepat jam 7.00 pagi, kesemua guru pelatih
bergerak ke sekolah yang telah ditetapkan. Kumpulan A bergerak ke Sekolah Kebangsaan
Durian Tunggal dan Kumpulan B serta 20 orang peserta interaksi profesional bergerak ke
Sekolah Kebangsaan Gangsa. Saya merupakan antara 20 orang guru pelatih yang ditugaskan
untuk melaksanakan aktiviti interaksi profesional di Sekolah Kebangsaan Gangsa. Sementara
yang lain memakai baju korporat bagi aktiviti tersebut, saya, saudara Zakaria dan saudara
Hazim dikehendaki untuk memakai baju sukan terlebih dahulu kerana kami bertiga merupakan
guru pelatih yang bertugas mengendalikan senamrobik pagi yang akan diadakan di Sekolah
Kebangsaan Gangsa sebelum aktiviti lain bermula.
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 19

Perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Gangsa telah memakan masa hampir 20 minit dari
tapak perkhemahan. Setelah tiba di Sekolah Kebangsaan Gangsa, kami disambut oleh Guru
Penolong Kanan 1 sekolah tersebut, serta guru-guru mereka yang lain. Kami diarahkan untuk
berkumpul di dataran perhimpunan sekolah tersebut bersama murid-murid yang baru sahaja
selesai perhimpunan pagi. Saya bersama saudara Zakaria dan saudara Hazim pula memulakan
pengendalian senamrobik kami terhadap satu sekolah. Kesemua warga sekolah termasuk
murid-murid, guru-guru serta staf sokongan menyertai aktiviti senamrobik kami pada pagi
tersebut. Pada pendapat saya, aktiviti tersebut berjalan dengan sangat lancar. Kerjasama
penuh diberikan oleh murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut. Guru pelatih lain iaitu ahli
kumpulan kami juga membantu kami dalam mengendalikan aktiviti senamrobik pada hari
tersebut.

Setelah selesai aktiviti senamrobik, murid-murid iaitu pengawas Tahun 3 sehingga


Tahun 6 telah diarahkan untuk berkumpul di dewan terbuka mereka di aras 2 bangunan sekolah
tersebut. Sementara saudara Danial selaku ketua kami bagi aktiviti interaksi profesional
mengendalikan taklimat dan penerangan mengenai aktiviti ekplorasi kepemimpinan kepada
murid-murid yang terlibat, kami bergerak mengikut stesen masing-masing lalu mempersiapkan
stesen-stesen kami dengan alatan yang diperlukan. Saya bersama saudari Fatin, saudari
Hudaina dan saudari Fatimah merupakan fasilitator yang bertugas di stesen Donut. Stesen ini
memerlukan peralatan seperti meja, bekalan air yang mencukupi, tepung gandum, gelas, dan
straw serta jam randik. Untuk stesen kami, murid-murid hendaklah bekerjasama mengambil
tepung dan air menggunakan straw lalu bersama-sama membuat doh donut menggunakan
bahan-bahan tersebut dalam masa 8 minit. Pemenang akan dikira berdasarkan bilangan donut
yang dihasilkan. Stesen ini menguji kepemimpinan, strategi, kerjasama dan kawalan mereka
terhadap sesuatu perkara yang mereka lakukan. Saya bertugas untuk memberikan refleksi
ringkas kepada mereka setelah mereka selesai melaksanakan aktiviti membuat donut tersebut.
Apa yang saya pelajari di sini ialah, dalam masa saya memberikan dan menerangkan refleksi
ataupun pengajaran daripada aktiviti yang dijalankan, saya sendiri yang menyaksikan aktiviti itu
berlangsung juga mendapat pengajaran yang besar mengenai kepemimpinan. Dalam konteks
bakal guru, apa yang saya dapat ialah walaupun kita berilmu, kita hendaklah sentiasa belajar,
dan refleks diri kita dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Kita haruslah belajar dalam
mengajar, dengan sentiasa mendapatkan pengajaran ataupun ilmu baru dalam masa yang
sama, mengajar murid-murid mengenai ilmu yang baru tersebut.
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 20

Sekitar jam 12.30 tengah hari, aktiviti eksplorasi kepemimpinan telah selesai
dilaksanakan. Guru pelatih lain yang bertugas untuk aktiviti khidmat masyarakat juga telah
menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan kepada mereka, antaranya termasuklah mengecat
dinding, mengemas makmal-makmal serta membersihkan kawasan sekolah. Kami
kemudiannya diarahkan berkumpul di dalam dewan terbuka bersama murid-murid yang menjadi
peserta Program Kepemimpinan SK Gangsa. Saudara Danial yang merupakan ketua bagi
aktiviti interaksi profesional ini telah bertindak sebagai penceramah yang telah memberikan
sedikit ceramah kepemimpinan kepada peserta-peserta program kepemimpinan tersebut.
Setelah selesai slot ceramah, satu majlis penutup program telah diadakan untuk menunjukan
rasa berterima kasih pihak sekolah kepada pihak IPG KBM. Ucapan diberikan Puan
Punithavathi a/p Sinapoo selaku ketua Unit Kokurikulum. Kesemua guru pelatih yang terlibat
diberikan sijil dan makan tengah hari sebagai penghargaan. Kami kemudiannya bergerak ke
tapak perkhemahan pada jam 1.30 petang.

Setelah tibanya di tapak perhimpunan kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu
sesi refleksi bersama mentor masing-masing. Sebelum itu, petugas-petugas serta AJK
Makanan telah menyediakan kami makan tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, kami
meneruskan aktiviti refleksi bersama mentor. Kumpulan saya iaitu kelas Pengucapan Awam
telah mendapat Dr. Azman bin Rahmat sebagai penilai kami pada hari tersebut. Semasa sesi
refleksi berlangsung, kami telah mengambil giliran dan bercakap mengenai refleksi kami
sepanjang kami menjalankan aktiviti di dalam program Bina Insan Guru ini. Setiap orang
diberikan masa selama 5 minit, dan sesi refleksi ini akan menyumbang sebanyak 5 markah
dalam penilaian kami untuk Bina Insan Guru ini. Sesi refleksi yang dijalankan bersama Dr
Azman sangat santai, dan berilmiah. Masing-masing berkongsi pengalaman serta refleksi
terhadap apa yang dihadapi sepanjang menjalani aktiviti-aktiviti menarik semasa Bina Insan
Guru ini. Setelah selesai aktiviti refleksi bersama mentor masing-masing, kami semua bersiap
sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu majlis penutupan Bina Insan Guru Siri 2 yang akan
dijalankan pada jam 5.30 petang.

Sebagai AJK Majlis Penutupan, saya telah bertugas dalam memastikan bilangan
kehadiran fasilitator untuk majlis tersebut untuk persiapan tempat. Saya juga telah bertugas
sebagai pembawa dulang hadiah semasa majlis itu berlangsung. Majlis penutupan kali ini
dihadiri oleh wakil pengarah IPG KBM iaitu Encik Johari yang merupakan Ketua Unit Praktikum.
Ucapan penutupan diketuai oleh saudara Muhammad Farouk Aznan bin Zulkarnain selaku
Pengerusi Program Bina Insan Guru Siri 2 dan diikuti oleh ucapan Ketua Unit Kokurikulum,
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 21

ucapan Ketua Kem Komanden dan ucapan wakil pengarah. Sebuah montaj video perjalanan
kami selama 4 hari telah ditayangkan untuk mengimbas kembali pengalaman yang kami lalui
selama 4 hari 3 malam. Setelah tamat majlis penutupan, kami mempersiapkan diri untuk aktiviti
pada waktu malam iaitu aktiviti malam kebudayaan dan BBQ. Setelah selesai menunaikan solat
Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami bekerjasama menyediakan tempat persembahan
dan menyediakan ayam BBQ dengan memerapkannya untuk BBQ pada malam tersebut. Majlis
Malam Kebudayaan ini dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam.

Tepat jam 8.30 malam, majlis Malam Kebudayaan dimulakan. Majlis dimulakan dengan
bacaan doa. Persembahan demi persembahan disajikan oleh setiap kumpulan kepada
penonton. Setiap persembahan yang dilakukan sangat unik dan menarik perhatian penonton.
Guru pelatih juga boleh menjamu selera sambil menonton persembahan kumpulan guru pelatih
lain. Juadah seperti BBQ ayam, sosej ayam, kentang goreng dan air sirap menambahkan lagi
seri majlis pada malam tersebut. Pemenang bagi persembahan terbaik ditentukan oleh juri
dalam kalangan fasilitator, serta melalui undian atas talian oleh semua penonton pada malam
tersebut. Terdapat juga nyanyian solo yang disampaikan oleh guru pelatih yang ternyata
memeriahkan lagi majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga, terdapat persembahan nyanyian oleh
para fasilitator iaitu Encik Khalid serta Tuan Haji Mustafa Kamal bagi memeriahkan malam
kebudayaan. Selepas tamat malam kebudayaan, semua peserta bekerjasama mengemaskan
tapak persembahan dan tapak BBQ. AJK Peralatan dan AJK Peralatan Masakan mula
mengemas dan mengira kuantiti peralatan serta memastikan dalam keadaan baik. Aktiviti
malam kebudayaan diakhiri dengan taklimat ringkas pergerakan pulang pada keesokkan
harinya, serta pemilihan kata kunci (password) pada hari tersebut. Hal ini penting bagi
mengelakkan orang luar daripada memasuki kawasan perkhemahan kita. Tidak ketinggalan
juga kawalan sentri dilaksanakan bagi menjaga keselamatan guru pelatih terutamanya guru
pelatih perempuan.

2.2.5 HARI KELIMA (JUMAAT, 4 OKTOBER 2019)

Pada hari kelima, semua peserta mengemaskan tapak perkhemahan dan bagasi
mereka. Kami juga turut mengemas bahagian dapur, tandas serta Rumah Indonesia yang kami
jadikan surau sepanjang kami berada di sana. Setelah selesai aktiviti mengemas, kami
diarahkan untuk berkumpul, dan satu ucapan terima kasih disampaikan oleh Tuan Haji Mustafa
Kamal atas kejayaan kami melaksanakan program Bina Insan Guru Siri 2 dengan jayanya.
Setelah selesai kami berbaris untuk bersalaman dengan semua fasilitator yang banyak
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 22

menghulurkan bantuan sepanjang pelaksanaan program. Kami juga bersalaman sesama kami
untuk berterima kasih dan memohon maaf atas segala perkara sepanjang 5 hari 4 malam kami
bersama. Kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama semua peserta dan
fasilitator, serta bergambar bersama ahli kumpulan sebagai kenang-kenangan. Akhir sekali
semua peserta bekerjasama memuatkan semua peralatan khemah dan peralatan masakan ke
dalam perut bas. Kami sampai IPG Kampus Bahasa Melayu pada jam 2.00 petang. Kami
berasa amat penat namun pengalaman yang ditimba amat berharga dan tidak mampu kami
gantikan dengan apa-apa harta. Kami amat berterima kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Program Bina Insan Guru ini dengan jayanya.

3.0 LAPORAN REFLEKTIF SELEPAS PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU

SWOT merupakan singkatan daripada Strength (Kekuatan), Weakness (Kelemahan),


Opportunities (Peluang) dan Threats (Ancaman). Analisis SWOT merupakan suatu teknik
perencanaan strategi yang bermanfaat untuk mengenalpasti elemen-elemen SWOT itu sendiri
dalam sesebuah aktiviti yang dilaksanakan. SWOT juga mampu untuk mengenalpasti
kelemahan dan memperbaikinya pada masa yang akan datang.

Berikut merupakan analisis SWOT yang telah saya perincikan berdasarkan program
Bina Insan Guru Siri 2 yang telah saya jalani selama 5 hari 4 malam baru-baru ini.

3.1 ANALISIS SWOT


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 23

Rajah 3 : Ringkasan Analisis SWOT sepanjang Program Bina Insan Guru Siri 2

Strength (Kekuatan)

Dari aspek kekuatan, nilai kerjasama yang erat antara semua peserta dalam
melaksanakan tugas dapat diterapkan sepanjang pelaksanaan Program Bina Insan Guru.
Kerjasama antara semua peserta dapat menjadikan pelaksanaan tugas berjalan dengan lancar
dan lebih efisien sehingga dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah dan dalam masa
yang pendek. Sebagai contoh, kami bekerjasama memindahkan semua peralatan untuk
dimuatkan dalam bas. Sekiranya Jawatankuasa Peralatan tidak mendapat kerjasama semua
peserta maka masa yang diperlukan untuk memuatkan semua peralatan mungkin mengambil
masa yang lebih lama dan sukar. Contoh lain dapat dilihat melalui kelancaran setiap aktiviti
yang dijalankan. Tanpa kerjasama yang padu daripada semua peserta, pelaksanaan aktiviti
akan menjadi kucar-kacir dan tidak teratur.

Selain itu, kekuatan juga dapat dilihat melalui pemupukan tanggungjawab masing-
masing dalam diri individu. Setiap orang sudah meletakkan tanggungjawab masing-masing
sebagai suatu keutamaan dalam diri mereka sepanjang program berlangsung. Apabila setiap
orang mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh hati,
maka setiap perkara dan pelaksanaan akan berjalan dengan lancar dan mudah. Contohnya,
pembahagian tugasan untuk memasak, membersihkan kawasan dapur dan peralatan masakan,
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 24

serta pembahagian tugas untuk mengawal sentri amat dipatuhi oleh semua guru pelatih.
Dengan cara ini, rata-rata pelaksanaan gerak kerja dapat dilakukan dengan lancar. Seandainya
mereka yang bertugas untuk bahagian masakan tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya,
sudah tentu AJK Makanan akan berpenat lelah sesama mereka sahaja untuk menyediakan
makanan dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, oleh kerana wujudnya rasa
tanggungjawab dalam diri setiap guru pelatih, maka setiap perkara dan tugasan yang
dilaksanakan tidak membebankan mana-mana pihak, malahan mudah untuk disiapkan.

Weakness (Kelemahan)

Dari aspek kelemahan pula, saya melihat kelemahan yang agak ketara di sini ialah
kemudahan infrastruktur yang kurang kondusif kepada guru pelatih. Infrastruktur seperti tandas
terutamanya, sangat tidak kondusif kepada guru pelatih terutamanya kepada guru pelatih lelaki.
Tandas perempuan mempunyai lampu yang tidak berfungsi, menyebabkan penggunaan tandas
tersebut pada waktu malam sangat terhad, manakala tandas lelaki yang hanya berfungsi satu
sahaja, ditambah pula dengan jarak yang agak jauh dari tapak perkhemahan, sangat
menyukarkan mereka untuk mendapatkan tandas yang selesa. Ini menjadikan persekitaran
hidup guru pelatih selama 5 hari 4 malam di sini kurang kondusif.

Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat melalui keadaan air tasik yang agak kotor di
Pusat Rekreasi Air REDTMA, Ayer Keroh. Untuk Program Bina Insan Guru Siri 1, mereka
menggunakan tasik ini bukan sahaja untuk aktiviti berakit dan berkayak, malahan aktiviti
keyakinan di air juga dilaksanakan di tasik tersebut. Kami dimaklumkan bahawa
penambahbaikan telah dibuat untuk Program Bina Insan Guru Siri 2 yang mana keyakinan air
kami dilaksanakan di Pantai Puteri. Namun begitu, semasa aktiviti berkayak, terdapat juga
beberapa orang yang perlu memasuki air tersebut bagi tujuan penukaran kayak. Kelemahan ini
saya timbulkan kerana tidak semua orang yang mempunyai antibodi yang kuat untuk memasuki
air yang kotor itu. Ada dalam kalangan rakan-rakan kami yang mempunyai masalah kulit,
sensitif terhadap air yang kotor dan sebagainya yang menyebabkan kesihatan guru pelatih agak
terganggu. Namun begitu, pujian perlu saya berikan kepada pihak pengurusan program Bina
Insan Guru kerana telah mengambil alternatif untuk menukar lokasi aktiviti keyakinan air kami
ke Pantai Puteri yang jauh lebih kondusif dan selesa untuk kami beraktiviti. Hal ini sedikit
sebanyak telah meningkatkan semangat dan motivasi kami untuk melaksanakan aktiviti dengan
sebaik mungkin.
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 25

Opportunities (Peluang)

Dari aspek peluang yang diperoleh, saya dapati bahawa penglibatan semua guru pelatih
dalam setiap aktiviti yang dianjurkan telah memberi peluang kepada kami semua untuk
mencabar diri kami mengatasi ketakutan sedia ada dalam diri masing-masing. Sebagai contoh,
mereka yang mempunyai ketakutan pada ketinggian telah berjaya mencabar diri masing-
masing untuk mengharungi aktiviti ‘abseiling’ dengan jayanya, manakala mereka yang
mempunyai ketakutan pada air juga telah berjaya menempuh aktiviti keyakinan di air, berkayak
dan juga berakit. Semua yang dapat dilalui dengan jayanya disebabkan oleh kami mendapat
dorongan daripada rakan-rakan sekeliling, serta para fasilitator dan pegawai bertugas yang
telah meyakinkan kami untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Kami juga mampu
mencabar diri mengatasi ketakutan lain seperti gugup di hadapan audiens yang ramai,
mengawal kuantiti murid yang ramai semasa sesi interaksi profesional di sekolah, serta berucap
di hadapan khalayak ramai.

Selain itu, peluang yang diperoleh juga dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan telah membuka peluang semua guru pelatih untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Selain daripada aktiviti ‘abseiling’, aktiviti keyakinan air, berkayak, berakit dan kembara hutan
yang sememangnya menjadi peluang kali pertama buat rata-rata guru pelatih, aktiviti-aktiviti
sampingan seperti memasak beramai-ramai, tidur di dalam khemah dan melaksanakan kerja-
kerja pembersihan secara beramai-ramai juga menjadi sesuatu yang pertama kali dilakukan
oleh guru pelatih yang tidak biasa melakukan perkara-perkara itu sebelum ini. Bagi saya sendiri,
memasak untuk kuantiti yang banyak bukanlah satu kebiasaan untuk saya, namun setelah
mengikuti program Bina Insan Guru ini, saya telah mempelajari cara-cara untuk memasak nasi
dan lauk dalam kuantiti yang banyak. Sememangnya program ini telah membuka peluang
kepada kami untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup kami.

Threats (Ancaman)

Ancaman pula boleh dilihat dari aspek keselamatan barangan di khemah. Hal ini
disebabkan oleh gangguan monyet yang menyelongkar masuk khemah peserta untuk
mengambil makanan yang disimpan. Terdapat sebilangan monyet yang berada di sekitar tapak
perkhemahan tempat kami melaksanakan aktiviti perkhemahan tersebut. Pada hari keempat,
khemah kami telah diselongkar oleh monyet-monyet tersebut semasa kami melaksanakan
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 26

aktiviti khidmat masyarakat di sekolah. Barang-barang masakan dan khemah segelintirnya telah
rosak akibat serangan tersebut. Pihak pengurusan tapak perkhemahan serta pihak pengurusan
program perlu lebih cakna dalam memastikan tapak perkhemahan selamat untuk kami diami.

4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Sesungguhnya banyak manfaat dan input yang saya terima dari kem ini. Pengalaman yang
diterima amat berharga dan tidak mungkin dapat diperolehi di tempat dan masa yang lain.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Zahid selaku Penyelaras
program Bina Insan Guru pada kali ini yang banyak memberi kata-kata semangat dan motivasi
kepada semua guru pelatih Program Bina Insan Guru Siri 2 untuk melalui lima hari yang penuh
mencabar tetapi cukup bermakna buat saya. Sejujurnya perkhemahan ini merupakan
perkhemahan yang terbaik pernah saya alami sepanjang saya hidup selama 21 tahun hidup di
dunia ini kerana aktiviti yang dilakukan merangkumi keseluruhan aktiviti darat dan air,
berkumpulan dan bermasyarakat yang sudah semestinya mencabar mental dan fizikal saya
sebagai seorang insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan. Pada sesi perkhemahan
pada kali ini, saya merasakan pencapaian paling besar yang telah saya lakukan selama saya
hidup ialah dapat mengatasi rasa takut ketika berada dalam air serta mengatasi rasa takut pada
ketinggian dan keyakinan yang saya perolehi ini perlu dikekalkan dalam diri bagi menghadapi
situasi sebenar pada masa yang akan datang.
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 27

5.0 RUJUKAN

Abd. Hair, A, Rahmah, I. & Zafir, M. M. (2009). Pembangunan dan Pengurusan: Modal Insan
Negara. Kuala Lumpur: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mohd Zamri bin Ibrahim. (2012). Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah dalam kalangan
Pelajar Tahun Akhir di Kolej Antarabangsa IKIP. Johor: Fakulti Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn.

Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. (2013). Kepentingan Pemikiran
dan Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains di Kawasan luar Bandar. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

6.0 LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI

Gambar 1 : Encik Aizuddin sedang memberikan


taklimat sebelum bertolak ke Melaka

Gambar 2 : Pergerakan guru pelatih memasukkan barangan ke dalam perut bas


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 28

Gambar 3 : Slot Kewarganegaraan/Perpaduan

Gambar 4 : Slot Pendidikan Konservasi


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 29

Gambar 5 : Aktiviti memasak

Gambar 6 : Sebelum bertolak ke Pusat Rekreasi Air REDTMA


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 30

Gambar 7 : Taklimat sebelum aktiviti ‘abseiling’ bermula

Gambar 8 : Aktiviti ‘abseiling’ dijalankan

Gambar 9 : Aktiviti kembara hutan/ikhtiar hidup


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 31

Gambar 10 : Aktiviti ikhtiar hidup

Gambar 11 : Aktiviti senamrobik pagi

Gambar 12 : Aktiviti senamrobik pagi


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 32

Gambar 13 : Slot Etiket Protokol

Gambar 14 : Aktiviti berkayak

Gambar 15 : Saya bersama saudara Loon untuk aktiviti berkayak


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 33

Gambar 16 : Aktiviti berakit

Gambar 17 : Persediaan membina rakit

Gambar 18 : Aktiviti keyakinan di air


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 34

Gambar 19 : Aktiviti keyakinan di air

Gambar 20 : Sesi taklimat sebelum melaksanakan aktiviti keyakinan di air

Gambar 21 : Aktiviti keyakinan di air


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 35

Gambar 22 : Gambar selepas melaksanakan aktiviti keyakinan di air

Gambar 23 : Gambar ketika mengendalikan senamrobik di sekolah

Gambar 24 : Aktiviti senamrobik di sekolah


B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 36

Gambar 25 : Saya sedang memberikan sesi refleksi semasa berada di stesen Donut

Gambar 26 : Aktiviti khidmat masyarakat

Gambar 27 : Majlis penutup program Bina Insan Guru. Saya sebagai AJK Hadiah pada waktu
itu
B I N A I N S A N G U R U ( M P U 3 1 1 2 ) | 37

Gambar 28 : Malam Kebudayaan

Gambar 29 : Sebelum bertolak balik ke IPGKBM

Gambar 30 : Sebelum bertolak balik ke IPGKBM

Anda mungkin juga menyukai