Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 1 TAHUN 3)

PENGUCAPAN AWAM
(PAWK 3013)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NAJUAN NABIL BIN ABDUL GHANI

NOMBOR KAD
980502-07-5149
PENGENALAN:

INDEK: 2017192340007

PISMP C1 AMBILAN JUN 2017


KELAS:
BAHASA MELAYU (SK)

NAMA
ENCIK SUHASNI B. DOLLAH
PENSYARAH:

TAJUK: ANALISIS UCAPAN

TARIKH
2019
SERAHAN:
TARIKH TERIMA
MAKLUM BALAS:
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Analsis Ucapan 1-3

2.1 Ciri-Ciri Pengucapan Awam 1-2

2.2 Bahasa Dalam Pengucapan Awam 2-3

2.3 Keberkesan Persembahan Pengucapan Awam 3-4

2.4 Hujah Yang Disampaikan 4

Kesimpulan 5

Rujukan 5
PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Titipan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah maha penguasa seluruh


alam kerana sudi melimpahkan rahmat-Nya kepada insan kerdil ini. Berserah
kepada-Nya atas segala takdir yang dikhehendaki-Nya ke seluruh alam. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para
tabiin.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya, Encik Suhasni B. Dollah. Dengan izin Allah, beliau telah
memberikan tunjuk ajar serta bimbingan waima mengganggu masa rehat beliau.
Hasil bantuan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
penulisan analisis ucapan ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, jutaan terima kasih saya ingin ucapkan
kepada kedua ibu bapa saya iaitu, En Abdul Ghani B. Abdullah dan Puan Rozita Bt.
Hamid serta keluarga kerana telah memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya utarakan
kepada mereka.

Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau secara tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, Terima kasih.

I
Pengenalan

Pengucapan awam merupakan kemahiran berucap yang wajar dikuasai oleh setiap
individu kerana mereka akan mampu berucap di khalayak ramai tanpa segan silu serta
dapat menyampaikan idea pemikiran yang bernas kepada semua. Bukan itu sahaja,
kemahiran berucap juga membantu seseorang individu untuk mempengaruhi, memberi
inspirasi serta menghiburkan audiensnya (Arshad Ghaus,2007). Hal ini amat menepati
definisi ucapan itu sendiri yang merupakan saluran komunikasi dan medium menyalurkan
maklumat kepada masyarakat melalui tutur kata (Khairuddin Mohamad et.al,2012). Bukan
itu sahaja, ucapan turut diterjemahkan sebagai komunikasi satu hala yang disertai proses
melahirkan idea kepada individu atau khalayak untuk mencapai sesuatu matlamat (Abdul
Mua'ti & Zamri Ahmad,2010). Tuntasnya pengucapan awam adalah proses menyampaikan
idea pemikiran, maklumat, pandangan serta fahaman daripada pengirim kepada audiens.

Oleh yang demikian, tugasan ini memerlukan seorang tokoh pemimpin dinilai dari
segi pengucapan awamnya yang akan dianalisis dari aspek ciri-ciri pengucapan awam,
bahasa dalam pengucapan awam, keberkesanan persembahan serta hujah yang
dikemukakan. Justeru itu analisis ucapan tokoh pemimpin yang dipilih ialah Tan Sri Dato'
Seri Utama Dr. Rais bin Yatim. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan,
mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta pernah menyandang jawatan
Menteri Luar Negeri. Antara faktor pemilihannya adalah beliau masih sangat aktif dalam
bidang politik serta mempunyai teknik pengucapan yang sangat baik.

2.0 Analisis Ucapan

Analisis dilakukan semasa Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim berucap pada
Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi 2019.

2.1 Ciri-ciri Pengucapan Awam

Terdapat 5 ciri utama yang terdapat di dalam pengucapan awam iaitu pengucap, pendengar,
mesej, maklum balas dan gangguan(Supyan Hussin & Azhar Jaludin, 2003). Bagi aspek
pengucap, perkara yang jelas didapati bahawa Dr. Rais Yatim dapat menyampaikan buah
fikirannya secara jelas dan dapat diterima dengan baik oleh audiensnya. Hal ini dapat dilihat
melalui penggunaan bahasanya yang mudah difahami dan penyampaian isinya secara terus
tanpa kata-kata yang berputar belit. Malahan intonasi beliau semasa berucap juga tidak
terlalu laju maka audiens yang hadir mudah memahami dan menerima isi yang
disampaikan. Selain itu, aspek kedua adalah pendengar yang hadir semasa beliau berucap
juga memberikan respon yang baik semasa mendengar ucapan tersebut.

1
Hal ini membuktikan bahawa mereka dapat menganalisis dan mentafsir mesej yang
disampaikan dengan baik kerana setiap kali isi penting atau idea utama dilontarkan,
kelihatan semua penonton memberikan reaksi dengan bertepuk tangan serta sorakan yang
amat kuat. Seterusnya, mesej yang disampaikan secara lisan kepada audiens turut
menepati dengan tema dan tajuk majlis yang dihadiri iaitu ‘Dua Dekad Merakyatkan
Reformasi’. Antara mesej yang disampaikan adalah menuntut untuk kerajaan hari ini
menunaikan perkara yang dijanjikan, perangi rasuah dan sebagainya. Sementara itu,
maklum balas daripada pendengar juga amat baik kerana mereka memberi respon secara
lisan dengan bersorak dan memuji beliau serta secara bukan lisan dengan bertepuk tangan
hingga bergemuruh dewan tersebut. Hal ini dapat dilihat secara nyata di dalam video yang
menyaksikan setiap tutur kata beliau akan menerima sorakan dan sokongan audiens.

Bukan itu sahaja, gangguan juga adalah salah satu ciri dalam pengucapan awam dan boleh
berlaku semasa seseorang itu sedang berucap atau berkomunikasi dan perkara tersebut
boleh hadir secara fizikal, teknikal, fisiologi dan sebagainya (Eddy Rosyadie,2007). Perkara
yang paling penting adalah cara menangani gangguan tersebut tanpa menganggu proses
perkongsian maklumat bersama penonton seperti semasa Dr. Rais Yatim sedang berucap
kelihatan beberapa tetamu kehormat yang baru sampai berjalan-jalan di hadapannya sambil
bersalam-salaman bersama tetamu yang berada di barisan hadapan. Meskipun perkara
tersebut sedikit menganggu beliau kerana dapat dilihat terdapat individu yang tidak fokus
dan tidak mendengar ucapannya, beliau tetap meneruskan ucapannya seperti tiada apa
yang berlaku dan seakan tidak nampak kejadian tersebut.

2.2 Bahasa Dalam Pengucapan Awam

Menurut Abdul Mua'ti dan Zamri Ahmad (2010), antara panduan menjadi seorang pengucap
yang baik adalah penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh penonton.
Melihat kepada latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh Dr, Rais Yatim yang merupakan
alumni Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu maka tidak hairanlah ketika beliau
berbicara terdapat banyak kata-kata puitis yang dituturkan. Misalnya ucapannya pada hari
tersebut dibuka dengan pantunnya sendiri iaitu “Dari mana hendak ke mana, dari sana
hendak ke mari, saudara malam ini bagaimana, tentu ceria dalam hati”. Selain itu, beliau
turut menggunakan bahasa rasmi semasa menyampaikan ucapan tersebut kerana setiap
baik kata-katanya adalah Bahasa Melayu baku malahan tiada sebarang perkataan dalam
kategori bahasa pasar yang digunakan. Seterunsya, aspek gaya bahasa yang digunakkan
juga amat menarik dengan pelbagai variasi bahasa yang serta metafora yang puitis turut
dijelmakan semasa beliau berucap. Gaya bahasa yang dipamerkan ketika melontarkan kata-
kata amat bertenaga, retorik serta imaginatif kerana semua audiens yang mendengar

2
ucapan tersebut amat bersemangat serta banyak tepukan dan sorakan yang diterima
semasa beliau menuturkan kata-kata. Tambahan pula, beliau mengamalkan penghormatan
protokol semasa berucap dengan menyebut kedatangan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana
Menteri dan beberapa kehadiran tetamu jemputan. Hal ini turut diperkatakan oleh
Shaharuddin dan Mohd Helmi (2012) iaitu semasa memberi ucapan, salah satu kemahiran
yang perlu dikuasai terlebih dahulu adalah menghormati protokol. Hal ini dapat memastikan
seseorang pengucap tersebut akan dihormati dan mengelakkan daripada melanggar etiket
protol yang ditetapkan.

Seterusnya bagi seseorang pengucapan awamnya cemerlang dan amat baik, penggunaan
laras bahasa perlu sesuai dengan latar belakang audiens seperti taraf pendidikan,
perbezaan kaum dan agama (Supyan Hussin & Azhar Jaludin, 2003). Hal ini dapat dirujuk
kepada Dr. Rais Yatim turut telah mengkaji audiens terlebih dahulu kerana sepanjang
ucapannya, penggunaan laras bahasa beliau menepati dan sesuai dengan penonton yang
terdiri daripada berbilang kaum dan khalayaknya juga mempunyai latar pendidikannya
pelbagai. Beliau juga dapat memastikan setiap perkara yang disampaikan dapat diterima
dengan baik oleh penonton dan dapat dibuktikan dengan semua isi penting yang dituturkan
akan menerima reaksi postif daripada audiens. Lantaran itu, penggunaan wacana di dalam
ucapan beliau juga dapat dikenalpasti dengan cukup mudah kerana semasa meneliti video
ucapannya, mudah untuk ditafsirkan bahagian ayat isi, contoh dan sebagainya. Khalayak
yang hadir mendengar ucapan tersebut juga mudah memahami perkara yang disampaikan
kerana penggunaan wacananya yang amat baik. Akhir sekali, bahasa badan yang
ditonjolkan semasa berucap juga tidak keterlaluan kerana dapat dilihat bahawa beliau hanya
menggunakan isyarat tangan sahaja ketika berucap pada bahagian dan masa yang tepat.
Bahasa badan yang dipamerkan juga melambangkan kredibiliti beliau sebagai seorang
tokoh pemimpin yang disegani dan beliau sering menghadap ke semua penonton yang hadir
dengan menghadap ke bahagian kiri kanan serta hadapan untuk tempoh seketika.

2.3 Keberkesanan Persembahan Pengucapan Awam

Persembahan yang dipamerkan semasa Dr. Rais Yatim memberi ucapan boleh dikatakan
berada di kelasnya yang tersendiri dengan pembawaan imej sebagai seorang pengucap
yang sentiasa berpuitis ketika berkata-kata dan sebagai seorang ahli politik yang
mempunyai caranya tersendiri untuk mempengaruhi khalayak yang hadir. Hal ini dapat
dibuktikan dengan penantian penonton yang sentiasa menanti untuk bertepuk tangan
apabila mendengar bahasa puitis daripada beliau dengan permulaan ucapan adanya
pantun, metafora durian king turut digunakan untuk menjadikan persembahan ucapan beliau
menarik untuk didengari.

3
Namun begitu, format ucapan beliau tidak seperti kebiasaan dengan memperkenalkan topik
terlebih dahulu kerana beliau memberikan gambaran situasi semasa dan melibatkan
keadaan di dalam dewan serta banyak memberikan contoh-contoh terlebih dahulu sebelum
menelusuri ke topik utama yang hendak dibicarakan. Perkara tersebut tidak menjadi
kesalahan kerana menurut Mohd Sofian, Mariani dan Rosli Jamil (2007) terdapat pelbagai
cara yang boleh digunakan secara psikologi untuk menarik minat penonton dan cara yang
beliau gunakan semasa berucap adalah teknik membuatkan penonton tertanya-tanya akan
topik yang akan dibawa melalui pembayang yang digunakan iaitu contoh-contoh situasi
semasa. Selain itu bagi aspek pembentangan kandungan pula, agak sedikit lambat kerana
hadir pada hujung ucapan beliau. Hal ini kerana pada bahagian permulaan ucapan terdapat
banyak contoh situasi yang berlaku yang meyebabkan kandungan yang disampaikan agak
lewat iaitu beliau menekankan isu menepati janji menurunkan harga barang, menghapuskan
tol dan sebagainya.

Seterusnya beliau turut melakukan kesimpulan pada akhir ucapannya dengan


menggunakan metafora yang amat unik iaitu “Melayu Cina India ibarat berladang di tepi
kedai, mari kita bersama-sama berlayar supaya kita tidak bercerai” serta diakhiri dengan
ucapan salam. Beliau turut menyimpulkan harapan yang beliau ingin dikecapi dan memberi
penekanan di bahagian tersebut sebagai simbol untuk berusaha ke arah itu. Akhir sekali,
penyertaan audiens pada tahap yang sederhana kerana mereka hanya bertepuk tangan dan
bersorak pada bahagian-bahagian tertentu tetapi tiada penglibatan secara aktif daripada
khalayak yang hadir ketika itu. Perkara yang disimpulkan melalui ucapan tersebut adalah
hanya komunikasi satu hala sahaja.

2.4 Hujah yang Dikemukakan

Terdapat beberapa hujah yang disampaikan oleh Dr. Rais Yatim di dalam ucapan beliau
misalnya menyeru kepada semua rakyat bersatu untuk mencetuskan transformasi dan
reformasi yang telah diperjuangkan sekian lama oleh rakan-rakan beliau kerana mereka
telah menempuh pelbagai dugaan dan keperitan semasa dahulu. Selain itu, beliau turut
mengesa pihak kerajaan menunaikan janji yang diberikan semasa pilihan raya antaranya
memansuhkan tol, menurunkan harga barang dan sebagainya supaya mereka terus
mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Bukan itu sahaja, perkara lain yang
dibangkitkan semasa ucapan disampaikan adalah menuntut rakyat Malaysia berbilang kaum
seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun, dan sebagainya bersatu membentuk
kesepaduan yang utuh supaya mampu mencetuskan transformasi dan reformasi. Akhir

4
sekali, beliau turut mengingatkan barisan kerajaan yang baru terus mengangkat martabat
keadilan dan memerangi rasuah tak kira apa jua yang berlaku.

Rumusan

Secara konklusinya, terdapat banyak pengetahuan baharu yang diperolehi semasa


melakukan analisis pengucapan awam seorang tokoh pemimpin negara yang
berpengalaman luas dalam bidang tersebut. Disamping melakukan analisis, saya dapat
meneliti cara pengucapan yang menarik dan mempelajari teknik yang dipraktikkan oleh Dr.
Rais Yatim semasa memberi ucapan. Kini saya telah sedar bahawa untuk menjadi seorang
pengucap yang baik, terdapat banyak elemen dan aspek yang perlu dikuasai dan dipelajari
supaya dapat menyediakan diri secukupnya untuk berbicara di khalayak yang ramai.
Tuntasya, cara terbaik mempelajari dan menguasai kemahiran pengucapan awam adalah
dengan melihat cara orang yang berpengalaman dan mahir dalam bidang tersebut serta
mengambil ilmu daripada gaya persembahan mereka memberi ucapan.

Rujukan

Abdul Mua'ti & Zamri Ahmad. (2010). Panduan pengucapan awam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Supyan Hussin & Azhar Jaludin. (2003). Kecemerlangan dalam pengucapan awam . Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ghaus, A. M. (2003). Teknik pengucapan berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Pub. &
Distributors Sdn. Bhd.

Jumali Hj. Selamat, Khaidzir Hj. Ismail, Shaharuddin Ahmad, Mohd. Helmi Abd. Rahman.
(2012). Pengucapan Awam: Strategi dan Kemahiran. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mohd Sofian, Mariani, Rosli Jamil . (2007). Psikologi Dalam Pengucapan . Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohamad Khairuddin. (2012). Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor : Multimedia.

Rosyadie, E. (2007). Juara pentas!: Panduan Praktikal Pengucapan Awam . Kuala Lumpur:
PTS Litera Utama.

5
[mediarakyat]. (2019, April 5). Rais Yatim: Ucapan Sambutan Dua Dekad Merakyatkan
Reformasi [Fail Video]. Diakses daripada https://www.youtube.com/watch?v=5SSfhrBvkeM

Anda mungkin juga menyukai