Anda di halaman 1dari 2

JURNAL 11

MASALAH KAWALAN KELAS

Masalah

Sepanjang minggu ke sebelas, saya mendapati bahawa saya menghadapi masalah


dalam pengawalan kelas. Walaubagaimanapun, setelah diteliti saya dapati situasi ini
berlaku pada kelas-kelas tahap 1 sahaja. Kawalan kelas yang kurang cekap adalah
disebabkan penyampaian arahan yang kurang jelas dan murid tidak memahami dengan
baik arahan yang diberi oleh guru.

Analisis

Berdasarkan penyataan diatas, masalah yang timbul kerana kurang penegasan arahan
yang dibuat. Hal ini demikian kerana, murid-murid tahap 1 perlu diberi arahan yang jelas
dan pastikan mereka memahami arahan tersebut dengan baik. Kemudian, barulah
tindakan yang diambil akan memenuhi kehendak guru. Jadi, berdasarkan kelas
Pendidikan Seni Visual yang saya masuk pada minggu ke sebelas, pengajaran ini saya
ambil untuk proses PdP akan datang.

Kajian Lampau yang Berkaitan Isu Masalah

Model Disiplin Marlene dan Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan
dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah pendekatan yang positif
yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Model ini menyatakan bahawa
pelan yang berkesan hendaklah disediakan dahulu sebelum dimaklumkan kepada
murid-murid.

Dalam hal ini, guru-guru yang yang tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah
laku keterlaluan akan menyebabkan murid tersebut menganggap bahawa guru telah
takut akan mereka. Guru-guru yang sentiasa marah-marah kepada murid-murid mereka
juga akan menjadi salah satu faktor penyebab kerana murid akan berasa guru ini
langsung tidak mengambil berat dan menghormati hak mereka. Adalah diharapkan guru
tidak perlu hingga marah kepada murid tetapi pastikan arahan itu jelas terlebih dahulu.
Contohnya, pastikan setiap arahan mudah difahami oleh murid.

Cadangan Penambahbaikan

a) Saya perlu lebih mendalami ilmu pengawalan kelas dengan membuat rujukan
daripada internet dan melalui buku-buku rujukan yang berkenaan bagi
memastikan tahap penguasaan kawalan kelas saya menjadi lebih baik.
b) Arahan yang saya berikan mesti lebih jelas, tersusun dan murid mudah
memahaminya agar tindakan yang mereka ambil selari dengan kehendak guru.
c) Merancang aktiviti yang memberi daya fokus dan pergerakan fizikal murid.
d) Pendapat dan nasihat daripada pensyarah, guru dan rakan juga akan diambil
berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang pengajaran.

Tempoh Masa

Masalah yang dihadapi ini boleh diatasi secepat mungkin kerana walaupun masalah
kawalan kelas merupakan antara masalah yang dihadapi dalam kebanyakan guru
pelatih tetapi ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk memperbaiki kelemahan
yang ada. Malah amat penting untuk sentiasa mengingati arahan yang jelas amat
penting dalam pengajaran. Justeru, setiap standard pembelajaran dapat dicapai oleh
murid-murid dengan penilaian yang baik.

Penilaian Kejayaan

Penilaian keberhasilan untuk masalah ini dapat dinilai oleh saya sendiri apabila guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing membuat penilaian. Saya juga dapat
melaksanakan setiap aktiviti dengan lancar.

Tindakan Susulan

Nasihat daripada guru-guru di sekolah dan pandangan pensyarah amat berguna buat
saya jadikan ia sebagai panduan. Saya juga akan memastikan aktiviti yang dirancang
juga amat mudah untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Maka, kawalan kelas saya akan
menjadi lebih berkesan. Kawalan kelas ini amat berkesan semasa saya mengajar kelas
selama 60 minit.

Kesimpulan

Kesimpulannya, aktiviti dan pergerakan aktif murid-murid dalam kelas adalah penting.
Namun, masalah-masalah yang ditimbulkan yang tiada kaitan dengan pembelajaran
haruslan diatasi. Justeru, masalah kawalan kelas dapat dielakkan ketika setiap kali
proses PdP samada selama 30 minit mahupun 60 minit.

Anda mungkin juga menyukai