Anda di halaman 1dari 7

SJK (C) YANG KAO,

08800 GUAR CHEMPEDAK,

KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB BADMINTON

SJK (C) YANG KAO


1.0 Pengenalan
Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal tahun 1809. Badminton
diminati ramai tidak mengira peringkat umur. Sukan ini menjadi kegemaran ramai
kerana mudah untuk dipelajari dan seronok di samping dapat mengekalkan gaya
hidup sihat.
Baru-baru ini, terdapat seorang murid Tahun 4 telah memenangi
pertandingan badminton yang dianjurkan oleh badan NGO. Hal ini membuktikan
bahawa murid SJK (C) Yang Kao mempunyai bakat untuk bermain badminton.
Justeru, untuk mengisi masa lapang murid dan mencungkil bakat murid, satu
cadangan untuk menubuhkan Kelab Badminton diusulkan bersama. Menerusi
penubuhan kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan
dengan perkembangan mental murid-murid. Diharapkan bahawa dengan
penubuhan kelab badminton dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

2.0 Identiti Kelab


2.1 Logo

Dengan Badminton,
Otak Cerdas, Badan Cergas

a. Bayang orang dan bulu tangkis : Lambang Kelab Badminton


b. Warna merah : Melambangkan tenaga dan kekuatan
c. Warna kuning : Melambangkan harapan dan semangat

d. Warna biru : Melambangkan kerjasama dan


Keyakinan
e. Empat garisan : Melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina, India dan lain-lain
2.2 Moto
“Dengan Badminton, Otak Cerdas, Badan Cergas.”
2.3 Visi
Melahirkan insan cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah melalui sukan badminton dengan penuh disiplin dan komitmen yang
tinggi.

2.4 Misi
Berusaha melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab
terhadap diri dan sekolah.

2.5 Lagu
Badminton, badminton, badminton,
Marilah kita semua,
Bermain badminton bersama,
Di Kelab Badminton.

Badminton, badminton, badminton,


Gaya hidup yang sihat,
Otak cerdas,
Badan cergas.

Kita semua,
Insan yang cemerlang,
Seimbang dalam JERIS.

3.0 Objektif
3.1 Melatih dan melahirkan murid yang sihat dan seimbang dari segi fizikal dan
mental.
3.2 Mencungkil dan mengasah bakat murid dalam sukan badminton.
3.3 Menyediakan peralatan yang mencukupi untuk memastikan murid dapat
mengenalpasti, memasang dan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul.
3.4 Mendisiplinkan dan mengelakkan murid terlibat dalam gejala-gejala negatif.
3.5 Melatih kemahiran sosial dan kemahiran kepimpinan murid.
3.6 Menyemai nilai-nilai murni, seperti hormat-menghormati dan patriotik dalam jiwa
murid.

4.0 Rasional
4.1 SJK (C) Yang Kao belum mempunyai kelab badminton yang dapat memberi
latihan kepada murid yang berminat dalam sukan badminton.
4.2 SJK (C) Yang Kao mempunyai guru yang mahir dan berkursus untuk
Kepegawaian Badminton Peringkat Kebangsaan Tahap 1.
4.3 SJK (C) Yang Kao mempunyai murid yang berbakat dalam sukan badminton dan
berpotensi untuk mewakili sekolah ke pertandingan yang lebih tinggi.
4.4 SJK (C) Yang Kao mempunyai kemudahan gelanggang badminton yang sesuai
untuk menjalani latihan sukan badminton.

5.0 Pembentukan Jawatankuasa


5.1 Jawatankuasa Induk
Penaung : Encik Yin Shee Cheng
(Guru Besar SJK (C) Yang Kao)
Penasihat : Encik Mok Zi Xin
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum SJK (C) Yang Kao)
Pengerusi : Cik Chiah Jun Yee
Naib Pengerusi : Puan Christina Lee Min Ting
Setiausaha : Cik Ng Sin Ju
Bendahari : Puan Nur Hidayah Binti Mohammad Hussain
Guru Penasihat : Puan Goh Xee Xi
Jurulatih 1 : Encik Amirul Asraf Bin Khairul
Jurulatih 2 : Cik Chiang Hui Ying

5.2 Jawatankuasa Kerja


Segala jawatankuasa di bawah akan dipilih dan ditetapkan dalam Mesyuarat
Agung Kali Pertama. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
Kerja.
Ahli Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut:-

Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa : (5 orang murid Tahun Empat)

6.0 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa


Rujuk Lampiran 1

7.0 Perlembangaan dan Peraturan


Rujuk Lampiran 2

8.0 Perancangan Aktiviti dan Takwim


Rujuk Lampiran 3

9.0 Carta Alir


Rujuk Lampiran 4

10.0 Surat Penubuhan


Rujuk Lampiran 5

11.0 Penutup
Penubuhan Kelab Badminton bukan sekadar dapat mencungkil dan
mengasah bakat murid dalam sukan badminton, tetapi juga dapat membantu murid
untuk mendisiplinkan diri sendiri.
Sekiranya Kelab Badminton ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada
pihak Tuan untuk menyumbangkan segala harapan supaya kelab ini dapat
ditubuhkan dengan jayanya.
Diharap Kertas Kerja Penubuhan Kelab Badminton ini dapat dipertimbangkan
dengan sewajarnya oleh pihak atasan SJK (C) Yang Kao supaya dapat
meningkatkan lagi kualiti dan prestasi dalam kalangan murid secara seimbang dari
pelbagai segi.
Disediakan oleh:

………………………

(Cik Ng Sin Ju)


Setiausaha,
Kelab Badminton,
SJK (C) Yang Kao.

Disemak oleh:

………………………

(Puan Goh Xee Xi)


Guru Penasihat,
Kelab Badminton,
SJK (C) Yang Kao.

Disokong oleh:

……………………...

(Encik Mok Zi Xin)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SJK (C) Yang Kao.

Diluluskan/ Tidak diluluskan oleh:

……………………...

(Encik Yin Shee Cheng)


Guru Besar,
SJK (C) Yang Kao.

Anda mungkin juga menyukai