Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK DAMAI

KERTAS KERJA
KELAB BOLA TAMPAR

PEMOHON

SETIAUSAHA KELAB BOLA TAMPAR

TARIKH

22 JANUARI 2019
1. PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG

Kelab bola tampar ditubuhkan untuk dijadikan satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti
kelab ini diharapkan agar dapat memberi ruang serta peluang kepada murid untuk
memperkembangkan minat kemahiran dan pengalaman dalam bidang olahraga. Sukan bola
tampar merupakan salah satu sukan yang memainkan peranan yang amat penting dalam
perkembangan individu. Melalui penglibatan murid dalam sukan bola tampar, kita bukan
sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti kepimpinan, sosial mahupun disiplin diri. Penglibatan murid dalam
kelab bola tampar mendapat sokongan yang padu kerana usaha yang padu menggalakkan
penglibatan secara menyeluruh di kalangan murid di sekolah.

2.0 RASIONAL

Seiring dengan dasar satu sukan satu murid dan untuk kecemerlangan murid di sekolah
supaya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan
sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.0 MATLAMAT
Seperti yang kita sedia maklum, tugas seseorang guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas,
tetapi guru juga merupakan individu yang dapat membentuk nilai, sahsiah dan etika murid-
murid di sekolah. Kelab ini secara tidak langsung dapat membantu murid memperbaiki dan
memupuk peribadi yang unggul pada masa ke semasa. Guru juga merupakan manusia biasa
jadi kadangkala guru tidak menyedari bakat muridnya, maka dengan adanya penubuhan
kelab ini merupakan platform bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam
sukan bola tampar. Kelab ini juga dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi
mental dan fizikal melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Hal ini kerana, murid pada
masa kini lebih tertumpu atau tertarik kepada gadjet yang semakin membimbangkan para ibu
bapa mahupun pihak sekolah. Jadi,dengan penubuhan kelab ini dapat mengurangkan murid
daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Kelab ini juga dapat mengeratkan
hubungan dalam kalangan pelbagai kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.0 OBJEKTIF :
a. Membentuk sebuah pasukan bola tampar mewakili sekolah ke peringkat daerah
dan kebangsaan.

b. Meningkatkan kemahiran sosial murid dengan orang sekeliling..

c. Memperkasakan kebolehan fizikal dan mental murid.

d. Membentuk murid yang berdisiplin dan menepati masa.

5.0 VISI

Menjadikan kelab olahraga sebagai platform mencungkil bakat dalam


bidang kesukanan serta menerajui ke arah kecemerlangan
kokurikulum di sekolah.

6.0 MISI

Membentuk sahsiah dan meningkatkan bakat yang dimiliki


oleh setiap murid untuk diketengahkan ke peringkat yang
lebih tinggi.

7.0 JAWATANKUASA
 Pengerusi

 Timbalan Pengerusi

 Setiausaha

 Penolong Setiausaha

 Bendahari

 Penolong Bendahari

 AJK Dokumentasi

 AJK Kebersihan

 AJK Peralatan

2. PERLEMBAGAAN
1.0 MATLAMAT
 Melahirkan bakat atlet profesional dan bertaraf antarabangsa.

2.0 OBJEKTIF
 Menarik minat dan bakat murid untuk diketengahkan dalam sukan olahraga.

3.0 LOGO DAN PENGERTIAN

Warna yang telah saya pilih bagi logo yang dicetuskan ialah mempunyai kriteria-kriterianya
yang tersendiri. Warna ini telah saya ambil berdasarkan logo olimpik. Sukan Olimpik hanya
diadakan setiap 4 tahun sekali dan acara ini adalah sangat ditunggu-tunggu oleh jutaan
individu mahupun atlet diseluruh penjuru bumi. Setiap negara akan menghantar atlet dalam
pelbagai jenis sukan dan salah satunya adalah olahraga. Setiap 4 tahun sekali, sukan ini
akan diadakan di negara yang berbeza-beza. Contohnya pada tahun 2012, Sukan Olimpik
telah diadakan di London dan pada tahun lepas telah berlangsung dengan jayanya di negara
Rio,Brazil. Terdapat 5 jenis warna yang berbeza-beza iaitu biru, kuning, hitam, hijau, dan
merah. Warna ini juga melambangkan bahawasanya terdapat 5 rumah sukan yang terdapat
di Sekolah Kebangsaan Dato’ Abdul Hamid (1). Warna biru adalah kedamaian dan tenang.
Hal ini bermaksud apabila murid atau atlet ingin bertanding ia harus dalam keadaan tenang
agar dapat memberi perhatian yang secukupnya semasa bertanding. Warna kuning adalah
warna di Raja dan kecemerlangan. Hal ini demikian, ia sedikit sebanyak membantu atau psiko
murid tersebut untuk terus bersemangat untuk memenangi sesuatu pertandingan yang
dijalankan. Tambahan pula, warna hitam iaitu kesedihan atau kepiluan. Mungkin warna ini
mempunyai maksud yang mematahkan semangat murid tetapi apabila difikirkan secara positif
ia sebaliknya. Warna ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat murid agar tidak
pernah berputus asa dalam sesuatu benda atau sukan yang diceburi. Seterusnya, warna
hijau adalah segar dan subur. Warna ini bermaksud murid-murid harus dalam keadaan
bersedia apabila hendak bertanding atau melakukan sesuatu perkara, sebagai contoh latihan
rumah sukan atau aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, warna merah adalah berani ,
kemakmuran. Warna ini akan memberikan murid semangat yang berkoba-koba dalam
menjalankan aktiviti yang dijalankan atau pertandingan. Murid tersebut tidak gentar untuk
melakukan aktiviti atau pertandingan yang dijalankan. Warna putih di dalam bulatan
melambangkan perdamaian dan penyatuan dalam kalangan murid mahupun pihak sekolah.
Logo ini juga turut melambangkan semangat ingin bersaing secara sihat dalam kalangan
murid di sekolah. Akhir kalam, dengan adanya penubuhan kelab olahraga ini ia sedikit
sebanyak dapat membawa kedamaian dan dapat menyatupadukan antara murid, ibubapa
dan pihak sekolah.

4.0 BENDERA DAN PENGERTIAN

Ini adalah bendera kelab olahraga sekolah saya. Dimana logo lakuan orang berlari itu adalah
bermaksud berlari dengan pantas. Untuk perkataan ‘MELAHIRKAN ATLET BERTARAF
DUNIA’ adalah bermaksud, sekolah yang dapat melahirakan murid yang berbakat dari sukan
olahraga untuk bertanding di persada dunia pada masa akan datang. Selain itu, untuk lima
bentuk bulat itu adalah dimana dapat mengeratkan hubungan antara atlet-atlet lain semasa
bertanding. Di samping itu, warna yang ada pada bendera itu iaitu kuning, hitam, merah, hijau
dan biru adalah semangat untuk rumah sukan semasa di sekolah. Akhir sekali, tulisan yang
di tulis ‘SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MENEGON’ adalah nama sekolah saya. Hal ini
kerana apabila ada murid yang berjaya di pertandingan besar murid itu dapat menaikkan
nama sekolah tersebut.
5.0 LAGU
Kami wira harapan Malaysia
Penuh semangat menjadi juara
Tekun berusaha sedaya upaya
Demi SK Telok Menegon dan Negara tercinta

Bersama-sama kami juangkan


Pengorbanan demi kecemerlangan
Tanpa gentar hadapi cabaran
Atlet terbilang

Bersama-sama kami juangkan


Pengorbanan demi kecemerlangan
Tanpa gentar hadapi cabaran
Kami juara
Kami tidak berputus asa
Bila hadapi rintangan yang ada
Dengan semangat yang membara
Kami berjuang sehingga berjaya

6.0 KEAHLIAN
 Dibuka kepada murid tahap 2 sahaja.

 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara menghadiri mesyuarat agong.

7.0 PAKAIAN RASMI


 Pakaian sukan yang sesuai dan menutup aurat bagi yang Beragama Islam.

8.0 GURU PENASIHAT


 Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini.

 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana dan


membatalkan

 Setiap aktiviti kelab mesti diketuai oleh Guru Penasihat.

9.0 AHLI JAWATANKUASA


 Ahli dikehendaki menghadiri mesyuarat agung. Ahli dilantik semasa mesyuarat agung.

 Setiap ahli yang hadir ataupun yang tidak hadir layak (dengan alasan yang
munasabah) boleh dicalonkan sebagai AJK.

 Pemilihan AJK adalah melalui undian.

 AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

 AJK kelab hendaklah terdiri daripada :


o Pengerusi

Muhammad Al Hakim B Nur Helmi Chai

o Timbalan Pengerusi

Afiqah Syahira Bt Mohd Zamri

o Setiausaha

Othman B Abdullah

o Penolong Setiausaha

Khairullah Hafiq B Khairul

o Penolong Bendahari

Woq Darwish B Azman

o Penolong Bendahari

Izzati B Daud

o AJK Dokumentasi

Karim B Jamal

o AJK Kebersihan

Fuadzaqm B Khalil

o AJK Peralatan

Faris B Hamdan

 Guru Penasihat boleh menambah AJK jika difikirkan perlu.

 Setiap AJK yang dilantik haruslah bertanggungjawab dan menyelesaikan tugas yang
dibahagikan oleh guru penasihat.

10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


o Pengerusi

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan perjalan mesyuarat.
Meneliti catatan minit mesyuarat dan pastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

Menajalankan tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

o Timbalan Pengerusi

Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

o Setiausaha

Menguruskan surat-menyurat.

Memanggil mesyuarat sekiranya perlu.

Mencatat kehadiran ahli dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan


kelab ini.

Menyediakan carta organisasi projek.

Menyediakan fail setiap AJK.

o Penolong Setiausaha

Menjalankan tugas sekiranya ketiadaan setiausaha.

o Bendahari

Bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan kewangan kelab ini.

Menyediakan penyata kira-kira serta menandatanganinya.

Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli.

Menyediakan laporan kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam


mesyuarat.

o Penolong Bendahari

Menggantikan bendahari semasa ketiadaannya.


o AJK Dokumentasi

Membuat logo kelab bola tampar, bendera dan lagu kelab .

o AJK Kebersihan

Menjaga kebersihan di tempat latihan dan tempat berkumpul.

o AJK Peralatan

Memastikan peralatan selamat digunakan.

Memastikan peralatan cukup.

Menjaga alatan yang digunakan oleh murid.

Menyenaraikan segala peralatan yang dikeluarkan.

Melaporkan kerosakan alatan.

11.0 KEWANGAN
 Segala aktiviti yang berkaitan dengan kewangan adalah tugas bendahari dan
bimbingan guru penasihat.

 Bendahari akan menutup akaun pada penghujung setiap aktiviti yang diadakan.

 Segala perbelanjaan kelab akan dikendali oleh bendahari dan penolongnya dengan
bimbingan guru penasihat.

 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui kutipan yuran keahlian daripada ahli-
ahli kelab dan penajaan daripada alumni sekolah.
 Bendahari bertanggungjawab dalam mengutip yuran keahlian dan menyerahkan hasil
kutipan yuran kepada Guru Penasihat.
 Guru Penasihat bertanggungjawab dalam menjaga wang kelab dan berkuasa
terhadap semua aktiviti kewangan kelab.
 AJK yang menuntut wang untuk tujuan aktiviti kelab atau perkara yang berkaitan
dengan kelab wajib menghantar resit kepada Bendahari.
 Segala perbelanjaan harus mendapatkan persetujuan daripada Guru Penasihat,
Pengerusi dan Bendahari.
 Bendahari wajib menghantar laporan kewangan dan akaun kelab kepada Guru
Penasihat, Pengerusi dan Juruaudit pada setiap akhir bulan untuk disemak.

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk penubuhan kelab


olahraga ini :

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1. Bola tampar 10 biji RM 500

2. Latihan pusat (4 hari 3 malam) 20 orang RM 1000


3. RM 200

Jumlah RM 1700

12.0 KEHADIRAN
 Latihan diadakan setiap hari Isnin dan Rabu kecuali terdapat aktiviti lain dan ujian
sekolah.

 Ahli hanya perlu hadir latihan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu (ikut jadual latihan).

 Setiap ahli dan AJK dikehendaki menghadiri sesi latihan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

 Kehadiran yang disasarkan bagi AJK dan ahli-ahli adalah 100%

 Sesiapa yang tidak hadir semasa latihan dikehendaki menulis surat tunjuk sebab dan
mempunyai alasan yang kukuh.

13.0 PERATURAN-PERATURAN
 Semua AJK wajib untuk menghadiri setiap mesyuarat.

 Peraturan sekolah mesti dipatuhi.

 Bagi mesyuarat yang dijalankan pada hari persekolahan, setiap ahli dan AJK
diwajibkan untuk memakai T-Shirt sekolah.

 Setiap mesyuarat mesti diketuai oleh guru penasihat

 Semua aktiviti perbincangan dan perbicaraan mesti diketuai oleh guru penasihat.

 Semasa menjalankan latihan, semua ahli wajib memakai kasut.


 Yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam mesyuarat agong dan mendapat
persetujuan daripada semua ahli.

 Memastikan stor sukan sentiasa bersih dan kemas.

 Setiap ahli mesti saling menghormati dan membantu dan mengelakkan sebarang
persengketaan.

14.0 TINDAKAN DISIPLIN


 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :

o Amaran lisan

o Amaran bertulis

o Gantung keahlian

o Pecat keahlian

 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akah hilang semua hak keahlian.

 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah
mutakmad.

15.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN


 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, guru penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.

 Satu mesyuarat khas yang dihadiri guru penasihat dan AJK akan membincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab dan
disahkan oleh pengetua.

16.0 PEMBUBARAN
 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

 Segala hutang wajib dijelaskan baki kewangan diputuskan dalam mesyuarat agung
tergembar.

17.0 HAL-HAL LAIN


 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

 Ahli-ahli hendaklah peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

18.0 RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung dan mesyuarat AJK.

 Mengikut jadual yang telah di tetapkan.

 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk
pengetahuan ahli.

19.0 PENUTUP
Penubuhan Kelab Olahraga ini akan memberikan peluang kepada para murid di
Sekolah Kebangsaan Telok Menegon untuk melahirkan atlet profesional dan bertaraf
antarabangsa. Seandainya kelab ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak
Tuan/Puan untuk menyediakan pelbagai jenis alatan sukan bagi membantu atlet untuk
berlatih di sekolah. Diharap Kertas Kerja Kelab Olahraga ini dapat dipertimbangkan dengan
sewajarnya oleh pihak atasan Sekolah Kebangsaan Telok Menegon demi mempertingkat
mutu sukan kearah kecemerlangan sekolah. Oleh itu, kerjasama oleh semua pihak amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Tarikh : 22/07/2018

……………………………..
(MUHAMMAD RIDZUWAN BIN MAT KASAN)
Setiausaha
Kelab Olahraga
Sekolah kebangsaan Telok Menegon,
Batu 3,Klang, Selangor.
Disahkan oleh,

……………………………..
( Puan Norhajah Binti Hamid)
PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN
TELOK MENEGON

Anda mungkin juga menyukai