Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPASANGAN

GURU PELATIH

AIMI NADIRAH BT AB MALEK ADIBAH DAHIYAH BT ISMAIL

TARIKH KELAS

: :

5 OGOS 2012 5 BAHAGIA PENDIDIKAN ISLAM SURAH AL-BALAD AYAT 1-10 9.15 10.15 PAGI

MATA PELAJARAN : TAJUK MASA : :

Pengajaran berpasangan pada kali pertama ini diadakan pada tarikh ini kerana kami berdua mempunyai masa yang terluang pada waktu ini. Setelah menyusun dan menyediakan rancangan pengajaran harian, kami berdua membahagikan langkah pengajaran. Selepas berbincang, kami bersepakat bahawa pada langkah pendahuluan, set induksi dan langkah 1 akan diambil oleh Aimi Nadirah manakala langkah 2 hingga penutup diambil alih oleh Adibah Dahiyah. Pada langkah set induksi, Aimi Nadirah berjaya menarik perhatian murid dan bersoal murid dengan baik menggunakan set induksi yang disediakan. Set induksi pada pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah bendera negeri. Aimi Nadirah berjaya mengaitkan negeri dengan maksud al-Balad. Setelah itu, pengajaran diteruskan kepada langkah pertama iaitu pengenalan kepada kalimah-kalimah pendek yang terdapat dalam surah tersebut. Dengan kaedah talaqqi dan musyafahah serta pengulangan telah membantu murid menyebut kalimah yang diajar dengan fasih. Seterusnya langkah kedua, ketiga dan penutup telah diambil alih oleh Adibah Dahiyah. Langkah kedua dimulakan dengan pengenalan potongan ayat pendek. Kaedah yang digunakan ialah kaedah talaqqi dan musyafahah serta pengulangan. Pada langkah ini juga, guru telah bersoal jawab dengan murid tentang hukum tajwid yang terdapat dalam potongan ayat tersebut. Kebanyakan murid dapat menyebut hukum tajwid dengan betul

dan membaca potongan ayat tersebut dengan betul dan makhraj huruf yang fasih. Apa yang ditekankan oleh guru pada langkah ini adalah sebutan makhraj huruf bagi memastikan murid tidak terus terikut dengan loghat negeri mereka dan menyebut huruf mengikut lahjah Arab. Pada langkah ketiga pula, guru memberikan pendedahan kepada ayat yang lebih panjang dari ayat 1 hingga 10. Guru memulakan langkah dengan menunjukkan bacaan contoh kepada murid dan seterusnya meminta murid membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa bacaan berkumpulan, guru memastikan setiap kumpulan murid peka dengan ayat seterusnya agar tumpuan pelajar dapat difokuskan kepada pengajaran. Akhir sekali, pengajaran dan pembelajaran diakhiri dengan penutup kognitif dan sosial. Semua murid diminta menyebut kembali isi pelajaran pada hari ini dan dinasihatkan menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadah seharian dan menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa. Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN GURU PELATIH : AIMI NADIRAH BT AB MALEK ADIBAH DAHIYAH BT ISMAIL TARIKH KELAS : : 5 OGOS 2012 5 BAHAGIA PENDIDIKAN ISLAM SURAH AL-BALAD AYAT 1-10 9.15 10.15 PAGI

MATA PELAJARAN : TAJUK MASA : :

KEKUATAN: 1. Aktiviti pengajaran menarik dengan pelbagai kaedah dan teknik 2. Pembahagian pengajaran dan tugasan berjalan dengan sistematik. 3. Aktiviti banyak melibatkan penglibatan murid secara keseluruhan. 4. Permainan kotak beracun dapat meningkatkan semangat murid untuk belajar. 5. Murid dapat dibahagikan tugasan membaca al-Quran dengan baik seperti mengikut kumpulan, lelaki dan perempuan dan sebagainya. 6. Bacaan ayat al-Quran dari guru jelas dengan sebutan yang fasih dan makhraj yang betul untuk dicontohi oleh murid-murid. 7. Setiap murid diuji untuk membaca ayat al-Quran secara individu. Dengan ini, guru dapat melihat perkembangan dan penguasaan murid serta menegur secara langsung sebarang kesalahan bacaan dan lain-lain. 8. Bahan bantu mengajar yang digunakan sememangnya membantu guru memudahkan penyampaian. Bahan yang dihasilkan berkualiti, bermanfaat dan jelas. Bahan tersebut juga boleh digunakan untuk aktiviti murid.

KELEMAHAN: 1. Bacaan ayat al-Quran dari guru kadangkala tidak teratur mengakibatkan murid tercari-cari bacaan ayat al-Quran berada pada ayat yang mana. 2. Bahan audio yang digunakan tidak begitu jelas kedengaran kerana masalah teknikal. 3. Sewaktu permainan kotak beracun, kawalan kelas menjadi lemah sedikit kerana murid berebut-rebut dan sekadar membaling kotak tersebut tanpa tatatertib yang sopan. Hal ini boleh menimbulkan ketegangan dan mencerminkan akhlak murid. 3. Waktu pelaksanaan p&p terganggu apabila murid mengambil masa yang lama untuk mengambil wudhuk bagi membaca al-Quran.

PENAMBAHBAIKAN : 1. Guru perlu mencari inisiatif lain untuk mengelakkan murid jemu apabila selalu mengulang menyebut perkara yang sama apatah lagi pada tahap murid Tahun 5. 2. Laksanakan aktiviti sampingan dan berkaitan dengan pengajaran al-Quran untuk mengelakkan murid bosan, mengantuk dan jemu membaca al-Quran. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah nasyid, bercerita, zikir dan lain-lain lagi. 3. Mengambil tindakan awal untuk menyuruh murid bersedia mengambil wudhuk sebelum p&p dimulakan untuk mengelakkan pembaziran masa. 4. Memastikan kemudahan al-Quran tersedia dengan bilangan yang mencukupi untuk mengelakkan pembaziran masa apabila murid terpaksa mencari al-Quran sewaktu p&p Asuhan Tilawah al-Quran.

KOMENTAR TERHADAP AIMI:

Kawalan kelas yang sangat baik. Kemahiran penerangan isi pengajaran yang jelas dan mudah difahami. Contoh yang diberikan pada setiap penerangan sesuai dan lebih dekat dengan pengetahuan pelajar. Keprihatinan kepada setiap pelajar supaya menumpukan kepada kelas sering dilakukan oleh guru dengan melibatkan semua murid di dalam kelas. Namun, arahan yang diberikan kurang jelas. Murid kurang memahami apa yang disuruh oleh guru. Walau bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang diharapkan.

KOMENTAR TERHADAP ADIBAH : Semangat dan keyakinan yang tinggi dapat dilihat pada setiap penyampaian isi pengajaran. Guru juga prihatin terhadap penglibatan murid dalam setiap aktiviti pembelajaran. Namun, guru perlu pelbagaikan lagi aktiviti dan mendalami isi pengajaran. Guru tidak peka terhadap murid yang lemah. Kawalan kelas yang kurang baik. Arahan yang diberikan juga kurang jelas.

Anda mungkin juga menyukai