Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENGAJARAN BERPASANGAN

TARIKH: 22 Februari 2016


MASA : 11.45 hingga 1.15 petang.
MATA PELAJARAN: Pendidikan Islam(tajwid)
KELAS: 4 Arif
NAMA PASANGAN: Syed Muhammad Zahid B. Syed Abu Talib

Pengajaran telah dilaksanakan 90 minit dengan baik. Bermula dengan set


induksi melalui bacaan ayat al-quran yang tidak baik dengan ayat bacaan dari
imam. Set induksi yang sesuai dengan tajuk dan boleh meningkatkan kemahiran
berfikir murid sekaligus mengaitkan dengan tajuk pengajaran. Penggunaan audio
lebih menarik minat murid yang bersekolah di luar Bandar.
Pada langkah satu, guru memberikan penerangan dengan baik. Kolaborasi
antara guru dan murid sangat baik dengan memasukkan unsur kecindan. Jadi murid
lebih bersemangat untuk belajar dan fokus terhadap penerangan guru. Namun,
guru perlu memberikan kenyataan yang Nampak lebih besar dan jelas untuk
ditunjukkan kepada murid agar semua murid dapat membaca atau melihat
kenyataan guru di papan putih.
Pada langkah kedua, guru meminta murid berbincang dan membentangkan
dapatan dihadapan kelas. Kadah yang baik untuk menilai kefahaman murid. Tapi,
penggunaan bahan perlu lebih baik seperti menggunakan kertas manila atau kertas
mahjung yang lebih besar.
Pada langkah akhir, aktiviti kuiz sangat sesuai dijalankan dan mampu
membuat murid memahami seluruh pengajaran. Dengan pelbagai aktiviti, murid
lebih seronok dan suka akan pengajaran yang dijalankan.
Jadi, pengaran ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan dengan penggunaan
bahan yang lebih sesuai.

LAPORAN PENGAJARAN BERPASANGAN


TARIKH: 5 OGOS 2015
MASA : 8.40- 9.10 pagi
MATA PELAJARAN: Bahasa Arab
KELAS: 3 Dahlia
NAMA PASANGAN: Nurulliyana Syafiqah Bt Seman

Alhamdulillah pengajaran dapat dilaksanakan dalam masa 30 minit dengan baik.


Pengajaran saya telah diperhati oleh rakan praktikum dari major Bahasa Arab
terhadap pengajaran saya dalam bahasa arab. Dia mencadangkan supaya
membuat power teaching untuk mengawal keadaan kelas yang tidak terkawal. Ini
penting kerana murid kurang memahami bahasa dan digantikan dengan power
teaching agar kawalan kelas menjadi lebih baik.
Selain itu, saya telah dinasihatkan supaya bersedia untuk memberi latihan dalam
setiap aktiviti. Ini perlu bagi memudahkan murid memahami setiap arahan dalam
setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Murid yang kurang memahami bahasa dan
kurang kosa kata perlu diterjemahkan melalui bahasa badan. Sedikit sebanyak
murid dapat memahami arahan guru.
Namun, aktiviti yang dibina mendapat pujian kerana murid seronok dan bersamasama melakukan aktiviti yang telah saya sediakan. Cuma pada peringkat awal,
murid kurang memahami cara aktiviti tersebut. Jadi saya perlu meningkatkan lagi
bahasa dan cara pengajaran agar murid dapat memahami segala arahan yang
diberi

Anda mungkin juga menyukai