Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 JALAN LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR TARIKH : 17 April 2014

MASA : 2.20 petang- 3.20 petang TEMPAT : Bilik SAL PERBINCANGAN : 1. Penyeliaan Pertama Pada hari ini pensyarah pembimbing iaitu Cik Wan Mardziah binti Wan Hasbullah telah datang untuk penyeliaan pertama bersama beliau. Hasil pengajaran saya telah mencapai objektif dan murid dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya. Namun beberapa kelemahan yang dibincangan oleh pensyarah. Antaranya dari segi penulisan objektif mestilah jelas dan hanya berfokus satu kemahiran sahaja. Selain itu, pensyarah saya juga menasihati saya agar lebih tegas dalam segi kawalan dan perlu diselang-selikan dengan sikap peramah. Banyak cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh beliau, antaranya dari segi pengurusan masa, kawalan kelas dan kesesuaian bahan dalam pengajaran. Hasil perbincanag bersama pensyarah pembimbing, banyak perkara yang boleh saya pertingkatkan. Antaranya perlunya ketegasan dalam pengajaran dan lontaran suara mestilah bersesuaian dengan situasi pengajaran pada hari tesebut. Pengurusan masa juga perlulah mengikut perancangan yang ditetapkan dan tidak membuat penambahan aktiviti lain andai tiada dalam rancangan pengajaran harian.

Anda mungkin juga menyukai