Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHAMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ZABIDIN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK RAMPANGI, KUCHING

NAMA AKTIVITI :PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA


SEMPENA PROGRAM JELAJAH KPM 2015

TARIKH PELAKSANAAN : 9 OKTOBER 2015

OBJEKTIF:

1. Memberi pengalaman kepada murid-murid dengan pengalaman membuat


persembahan di luar sekolah.
2. Memberi peluang kepada murid – murid untuk menunjukkan bakat dan
kemahiran dalam bicara berirama.
3. Memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia
Bicara berirama.
4. Meningkatkan keyakinan para pelajar.
STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan Guru Besar SK Rampangi.


 Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan
cadangan dan idea untuk aktiviti yang memerlukan kerjasama guru
pelatih. Beliau memberi pendapat mengenai sebuah aktiviti yang akan
dilakukan oleh murid-murid dari SK. Rampangi iaitu Persembahan
Bicara Berirama Sempena Program Jelajah KPM 2015.
2. Perbincangan dengan guru pengiring.
 Berjumpa dan berbincang dengan guru pengiring mengenai
persembahan yang akan dilakukan oleh murid-murid. Mereka
menyatakan tugas sebagai seorang guru pengiring.
3. Membuat perancangan dan persediaan.
 Saya dan rakan guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan membuat
kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru
pembimbing dan Guru Besar SK Rampangi.
4. Mengiring murid-murid melakukan persediaan dan persembahan.
 Saya bersama guru pengiring melakukan persediaan terhadap murid-
murid dengan melakukan latihan selama seminggu supaya murid lebih
bersedia semasa melakukan persembahan yang sebenar.
 Saya bersama guru-guru yang terlibat mengiring murid-murid pada hari
berkenaan menggunakan bas yang disediakan oleh pihak KPM ke
Boulevard Shopping Mall, Kuching.
 Saya bersama guru-guru yang terlibat mengiring murid-murid balik
setelah habis persembahan.

REFLEKSI

1) KEKUATAN AKTIVITI:

 Oleh kerana para murid telah menyertai pertandingan bicara berirama


peringkat Kuching sebelum ini, mereka lebih bersedia untuk membuat
persembahan ini dengan lancarnya. Malah, para murid yang dipilih adalah
terdiri daripada pelajar yang cemerlang
 Semasa latihan dilakukan, para murid mengikut arahan dengan baik semasa
latihan. Hal ini kerana, murid telah dimaklum terlebih dahulu mengenai disiplin
yang perlu dipatuhi untuk melakukan sesebuah persembahan.
 Semasa hari tersebut, persembahan yang dilakukan oleh murid di atas pentas
adalah sangat lancar seperti yang dirancang. Murid-murid melakukan
persembahan dengan penuh keyakinan dan bersemangat walaupun di
hadapan khalayak ramai.
 Melakukan aktiviti seperti ini memberi pengalaman yang beharga terhadap
saya sebagai guru pelatih. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak didedahkan
terhadap aktiviti seperti ini iaitu sebagai seorang guru pengiring. Selain itu,
saya juga didedahkan dengan ilmu bicara berirama yang dinyatakan oleh
guru pengiring yang lain.

2) KELEMAHAN AKTIVITI:

 Semasa hari tersebut, pengakutan yang disediakan oleh pihak KPM iaitu bas
tiba lewat ke sekolah membuatkan perjalanan tertangguh. Hal ini
menyebabkan pengurusan masa yang dirancang terjejas. Murid-murid lelaki
terpaksa terpaksa tiba akhir ke Masjid BDC untuk sembahyang Jumaat.
Namun, persediaan murid tetap berjalan lancar kerana tiba awal di tempat
persembahan dilakukan.
 Oleh kerana para murid terlalu teruja untuk melakukan persembahan di
depan khalayak ramai, kawalan murid yang kurang di Boulevard Shopping
Mall yang menjadikan keadaan kucar kacir beberapa minit sebelum
persembahan bermula.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

 Berkenaan pengurusan masa yang agak terjejas kerana pengakutan yang


tiba lewat ke sekolah, kami harus membuat perancangan masa membuat
aktiviti ini lebih sistematik supaya aktiviti ini dapat dijalankan dengan lebih
lancar. Masa yang ditetapkan adalah pukul 11 pagi, mungkin pihak
pengurusan pengakutan KPM sebolehnya menghantar bas seawal yang
boleh supaya persediaan terhadap murid dapat dilakukan dengan baik.
 Oleh kerana kawalan pelajar yang kurang semasa di tempat persembahan,
seharusnya murid dimaklumkan dahulu mengenai situasi sebelum melakukan
persembahan supaya persembahan yang dilakukan berjalan dengan lancar
dan murid lebih bersedia terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dapat
menjejaskan nama baik sekolah.
 Saya mencadangkan agar murid-murid yang terlibat dengan persembahan ini
diberi pengiktirafan kerana keberanian dan keyakinan yang ditunjukkan oleh
mereka semasa persembahan dilakukan dengan memberi sijil. Selain itu,
saya bercadang agar pihak sekolah memberi peluang kepada murid-murid ini
melakukan persembahan bicara berirama ini di masa yang lain supaya ilmu
yang diperoleh tidak terpadam begitu sahaja selepas berlangsungnya aktiviti
ini.

KESIMPULAN:

Melalui aktiviti mengiring murid-murid melakukan persembahan bicara


berirama ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman
dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara mengiring para murid
semasa melakukan sesebuah aktiviti, cara mengurus dan melakukan persediaan
terhadap murid-murid dan melakukan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti ini.
Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-
menolong dan bekerjasama dengan guru pengiring yang lain untuk melakukan
sesuatu aktiviti ini. Dengan selesainya aktiviti ini, saya lebih bersedia terhadap tugas
yang diberi oleh pihak sekolah yang melibatkan penglibatan guru untuk membimbing
dan mengiring murid semasa melakukan sesebuah aktiviti. Para murid juga telah
belajar mengenai melakukan aktiviti yang melibatkan orang ramai dan mereka lebih
berdisiplin sehingga persembahan ini dilakukan dengan jayanya.

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini
bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan murid semasa latihan dan persembahan yang sebenar. Saya juga
telah belajar cara untuk berinteraksi dengan guru pengiring yang lain. Saya berharap
agar dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu aktiviti
kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa semasa
saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya
menyiapkan aktiviti ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Rampangi dan murid-murid. Dengan
itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan
yang dipelajari pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

………………………………………

MOHAMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ZABIDIN

(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK)

Disemak Oleh,

………………………………………

TN HJ MOHD SHARKAWI BIN SOMBIN

(GURU BESAR SK RAMPANGI)

Cop sekolah/Guru Besar/ GPK

Anda mungkin juga menyukai