IBADAH HAJI sebagai Rukun Islam yang kelima mulai diwajibkan Allah SWT
pada tahun 4 Hijri (625 M). Allah menetapkan bahwa syari`at haji dari Nabi Ibrahim
a.s. wajib dilaksanakan umat Islam dengan turunnya ayat Al-Qur’an: “Dan kewajiban
kepada Allah atas manusia untuk berhaji ke Baitullah, bagi mereka yang mampu
melakukan perjalanan ke sana. Barangsiapa yang ingkar akan kewajiban haji, maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh alam” (Ali Imran 97).
Ayat ini menegaskan bahwa ibadah haji diwajibkan “bagi mereka yang
mampu melakukan perjalanan ke sana” (manistatha`a ilayhi sabila), yaitu mampu
dalam hal fisik (sihat), kewangan (mempunyai kos), dan keselamatan (selamat tiada
gangguan). Ketika perintah haji itu diwahyukan Allah, Makkah sedang dikuasai oleh
kaum musyrikin yang memusuhi kaum Muslimin di Madinah. Keadaan itu sudah
tentu tidak memungkinkan bagi Nabi Muhammad s.a.w. beserta para sahabat untuk
segera menunaikan ibadah haji.
Akan tetapi Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat yang mampu, terutama
kaum Ansar (peribumi Madinah) yang tidak dikenali oleh orang-orang Makkah, untuk
menunaikan ibadah haji yang sesuai dengan manasik Nabi Ibrahim a.s. dan tidak
mengerjakan hal-hal yang berhubungan dengan penyembahan berhala. Ketika
kembali dari berhaji, orang-orang Ansar ini melapor kepada Rasulullah s.a.w. bahwa
mereka mengerjakan sa`i dengan keraguan, sebab di tengah mas`a (jalur sa`i)
antara Safa dan Marwah terdapat dua berhala besar iaitu Asaf dan Na’ilah. Maka
turunlah wahyu Allah, iaitu Al-Baqarah 158: “Sesungguhnya Safa dan Marwah
sebahagian dari tugu peringatan Allah. Maka barangsiapa berhaji ke Baitullah atau
berumrah, tidak salah baginya untuk berulang-alik pada keduanya. Dan barangsiapa
menambah kebaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha
Mengetahui”. Ayat ini kelak sering dibaca oleh para jemaah haji ketika melakukan
sa`i.
Pada bulan Dzulqaidah 6 Hijrah (628 April), Nabi Muhammad s.a.w. bermimpi
menunaikan umrah ke Makkah, lalu mengajak para sahabat untuk melaksanakan
mimpi tersebut. Maka Rasulullah s.a.w. beserta 1500 sahabat berangkat menuju
Makkah, mengenakan pakaian ihram dan membawa haiwan-haiwan qurban. Kaum
musyrikin Quraisy menghimpunkan pasukan untuk mengadang, sehingga
rombongan dari Madinah tertahan di Hudaibiyah, 20 km di sebelah barat laut
Makkah. Kaum Quraisy menghantar Suhail ibn Amr untuk berunding dengan
Rasulullah s.a.w. Suhail mengusulkan kesepakatan genjatan senjata antara Makkah
dan Madinah, serta kaum Muslimin harus menghentikan umrah (kembali ke
Madinah) tetapi tahun depan diberikan kebebasan melakukan umrah dan tinggal
selama tiga hari di Makkah. Di luar dugaan para sahabat, ternyata Rasulullah s.a.w.
menyetujui usul Suhail itu! sementara isi perjanjian nampak merugikan kaum
Muslimin, tetapi secara politik sangat menguntungkan. “Perjanjian Hudaibiyah”
merupakan salah satu tonggak penting dalam sejarah Islam,kerana pertama kalinya
kaum Quraisy di Makkah mengakui kedaulatan kaum Muslimin di Madinah.
Sesudah mencium Hajar Aswad, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat memulai
tawaf dengan berlari-lari mengelilingi Ka`bah, sehingga para pengejek akhirnya
bubar. Pada putaran keempat, setelah orang-orang usil di atas bukit Qubais pergi,
Rasulullah s.a.w. mengajak para sahabat berhenti berlari dan berjalan seperti biasa.
Inilah latar belakang beberapa sunnah tawaf di kemudian hari: bahu kanan yang
terbuka (idhthiba’) serta berlari-lari kecil pada tiga putaran pertama khusus pada
tawaf yang pertama. Selesai tujuh putaran, Rasulullah s.a.w. solat dua rakaat di
Maqam Ibrahim, kemudian meminum air Zamzam. Sesudah itu Rasulullah
melakukan sa`i antara Safa dan Marwah, dan akhirnya melakukan tahallul
(menghalalkan kembali larangan-larangan ihram) dengan mencukur kepala beliau.
Ketika masuk waktu zuhur, Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal bin Rabah naik
ke atap Ka`bah untuk mengumandangkan azan. Suara azan Bilal menggema ke
segenap penjuru, sehingga orang-orang Makkah berkumpul ke arah 'suara aneh'
yang baru pertama kali mereka dengar. Kaum musyrikin menyaksikan betapa
rapinya saf-saf kaum Muslimin yang sedang solat berjemaah. Pada hari itu, 17
Dzulqaidah 7 Hijrah, untuk pertama kalinya azan berkumandang di Makkah dan Nabi
Muhammad s.a.w. menjadi imam solat di depan Ka`bah!
Kesucian hati Rasulullah s.a.w. yang tanpa rasa dendam ini menyebabkan
seluruh orang Quraisy masuk Islam. Turunlah Surat An-Nasr: “Tatkala datang
pertolongan Allah dan kemenangan, engkau melihat manusia masuk agama Allah
beramai-ramai. Sucikan dan pujilah Tuhanmu serta memohon ampunlah pada-Nya.
Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.” Setelah menerima ayat ini, Rasulullah
s.a.w. pada ruku` dan sujud dalam solat mengucapkan Subhanakallahumma
rabbana wa bihamdika, allahummaghfirli (“Maha Suci Engkau, Ya Allah Tuhan kami,
dan pujian bagi-Mu. Ya Allah, ampunilah daku”).
Pada awal setiap putaran tawaf, jemaah haji disunnahkan untuk memberikan
penghormatan (istilam) kepada Hajar Aswad di penjuru tenggara Ka`bah. Rasulullah
s.a.w. memberikan empat cara istilam tersebut. Ketika umrah pertama kali tahun 7
Hijrah, beliau mengucup Hajar Aswad. Ketika penaklukan Makkah tahun 8 Hijrah,
beliau menyentuhkan hujung tongkat ke Hajar Aswad dari atas unta. Ketika umrah
pulang dari Hunain, Hajar Aswad beliau usap dengan tangan kanan. Ketika beliau
haji tahun 10 Hijrah, beliau hanya melambaikan tangan dari jauh ke arah Hajar
Aswad. Cara terakhir ini sangat praktikal dan paling afdal. Tetapi banyak jemaah haji
sekarang yang bersikut-sikutan untuk mengecup Hajar Aswad. Hanya kerana
penasaran, dia rela melakukan yang haram (menyakiti sesama jemaah) untuk
mengejar yang sunnah!
Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf tujuh putaran. Ummu Salamah, salah satu
isteri beliau, bertawaf dengan ditandu sebab sedang sakit. Setiap melewati Rukun
Yamani Rasulullah s.a.w. cuma mengusapnya dengan tangan. Antara Rukun
Yamani dan Hajar Aswad beliau mengucapkan doa paling popular: Rabbana atina fi
d-dunya hasanah wa fi l-akhirati hasanah wa qina `adzaba n-nar (“Ya Tuhan kami,
berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat serta peliharalah kami
dari azab neraka”). Setelah selesai tujuh putaran, beliau solat dua rakaat di belakang
Maqam Ibrahim, kemudian pergi ke telaga Zamzam. Beliau minum air Zamzam dan
membasahi kepala beliau.
Sesudah itu Rasulullah s.a.w. menuju bukit Safa untuk memulai sa`i. Beliau
naik ke bukit, lalu menghadap Ka`bah, bertakbir tiga kali dan berdoa. Kemudian
beliau turun ke lembah menuju Marwah, dengan berlari-lari kecil antara Masil dan
Bait Aqil. (Kini Masil dan Bait Aqil ditandai dengan lampu hijau. Sebagai catatan,
jarak dari Safa ke Masil 100 meter, dari Masil ke Bait Aqil 80 meter, dan dari Bait
Aqil ke Marwah 240 meter.) Sesampai di Marwah Rasulullah s.a.w. melakukan apa
yang beliau kerjakan di Safa. Demikianlah mengulang-alik sebanyak tujuh kali.
Sejak hari itu, 4 Dzulhijjah 10 Hijrah, mulailah diperkenalkan tiga cara ibadah
haji. Pertama, Haji Tamattu` atau ‘bersenang-senang’ (umrah dulu, baru haji) bagi
mereka yang tidak membawa hadyu. Kedua, Haji Ifrad atau ‘mandiri’ (haji dulu, baru
umrah) bagi penduduk Makkah yang membawa hadyu. Ketiga, Haji Qiran atau
‘gabungan’ (haji dan umrah langsung digabungkan) bagi bukan penduduk Makkah
yang membawa hadyu. Cara terakhir inilah, yaitu Haji Qiran, yang dikerjakan
Rasulullah s.a.w. Sesudah mengerjakan haji, Rasulullah s.a.w. tidak lagi melakukan
umrah secara terpisah dan langsung kembali ke Madinah tanggal 14 Dzulhijjah.
Pada keesokan hari 4 Dzulhijjah, Ali ibn Abi Thalib r.a., saudara sepupu dan
menantu Nabi s.a.w. yang sejak bulan Ramadhan beliau perintahkan memimpin
pasukan ke Yaman, tiba di Makkah beserta rombongannya dengan berpakaian
ihram. Jika rombongan Rasul mulai berihram di Dzulhulaifah, maka rombongan Ali
mula berihram di Yalamlam. Setibanya di Makkah, Ali langsung menemui Fatimah.
Ali yang belum mengetahui adanya ‘sistem baru’ jelas terkejut melihat isterinya
berpakaian bebas dengan rambut terurai. “Siapakah yang menyuruhmu bertahallul,
Fatimah?” tegur Ali. “Ayahanda sendiri,” jawab Fatimah, “isteri-isteri beliau pun
semuanya diperintahkan melakukan tahallul.” Ali segera menemui Rasulullah s.a.w.
untuk meminta penjelasan. Setelah Rasulullah s.a.w. menerangkan syari`at
Tamattu`, Ali memohon agar diperkenankan tidak bertahallul seperti Rasulullah.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kalau begitu kehendakmu, janganlah engkau
mengakhiri ihrammu.” Rasulullah lalu memberikan sebahagian haiwan hadyu beliau
kepada Ali ibn Abi Thalib.
Pada tanggal 8 Dzulhijjah pagi, Rasulullah s.a.w. beserta jemaah haji pergi menuju
Mina (6 km dari Makkah) untuk mempersiapkan air, sebab mulai tanggal 10
Dzulhijjah sesudah pulang dari Arafah mereka akan tinggal di Mina selama
beberapa hari. Itulah sebabnya tanggal 8 Dzulhijjah disebut Hari Tarwiyah (tarwiyah
ertinya ‘mempersiapkan air’). Di zaman moden sekarang, meskipun air di Mina
berlimpah sehingga para jemaah tidak perlu tarwiyah (mempersiapkan air), sebagian
besar ulama tetap berpendapat bahawa pergi ke Mina tanggal 8 Dzulhijjah
merupakan sunnah haji yang sangat digalakkan. Paling tidak, hal itu perlu kita
lakukan untuk perjalanan Rasulullah s.a.w. ketika beliau menunaikan haji.
Pada hari Jumaat 9 Dzulhijjah sesudah matahari terbit, Rasulullah s.a.w. dan
seluruh jemaah haji berangkat menuju Arafah, 19 km dari Mina ke arah timur. Ketika
melewati Muzdalifah, kaum Quraisy berharap agar Rasulullah s.a.w. berhenti, sebab
selama ini kaum Quraisy selalu berwuquf di Muzdalifah sedangkan yang berwuquf di
Arafah adalah mereka yang bukan suku Quraisy. Maka Rasulullah s.a.w.
memerintahkan agar seluruh jemaah haji tanpa kecuali kembali kepada syariat asli
Nabi Ibrahim a.s. untuk berwuquf di Arafah, sesuai dengan firman Allah dalam surah
Al-Baqarah 199: Afidhu min haitsu afadha n-nas(bertolaklah kamu dari tempat yang
banyak orang bertolak(arafah)).
Sebelum masuk Arafah Rasulullah s.a.w. singgah di Namirah, dan ketika masuk
waktu zuhur (matahari tergelincir ke barat) beliau pergi ke tengah Padang Arafah.
Rasulullah s.a.w. menghentikan unta beliau, Al-Qashwa’, di suatu tempat yang
ketinggian. Di samping beliau berdiri Rabi`ah ibn Umayyah yang mempunyai suara
keras dan lantang, dan ditugasi untuk menyambung suara Nabi agar jelas terdengar
oleh puluhan ribu jemaah yang hadir.
Ketika Rasulullah s.a.w. menyampaikan wahyu yang baru beliau terima kepada para
sahabat, Abu Bakar Shiddiq menangis tersedu-sedu. Umar ibn Khattab bertanya,
“Apakah yang kau tangisi, wahai Abu Bakar? Bukankah kita seharusnya bergembira
bahwa agama kita telah sempurna?” Abu Bakar menjawab, “Tidak terpikir olehmu,
wahai anak Khattab, wahyu itu merupakan isyarat bahawa Rasulullah s.a.w.
mungkin cuma sebentar lagi bersama-sama dengan kita.”
Setelah matahari terbenam, Rasulullah s.a.w. mengajak para jemaah haji untuk
berangkat menuju Muzdalifah (Masy`ar al-Haram), sesuai dengan firman Allah
dalam Al-Baqarah 198: Fa idza afadhtum min `arafatin fa dzkuru l-Laha `inda l-
masy`ari l-haram (“Maka ketika kamu membanjir dari Arafah, berzikirlah kepada
Allah di Masy`ar al-Haram”). Rasulullah s.a.w. mengajak Usamah ibn Zaid untuk
duduk di punggung unta Al-Qashwa’. Di zaman jahiliyah sudah menjadi kebiasaan
untuk secepat mungkin meninggalkan Arafah dengan setengah berlari. Maka
Rasulullah s.a.w. melarang cara yang tergopoh-gopoh ini. “Tenang, jangan
bergegas. Hendaklah yang kuat di antaramu membantu dan mengawasi yang
lemah,” demikian sabda beliau.
Pada hari Sabtu 10 Dzulhijjah pagi hari Rasulullah s.a.w. dan rombongan sampai di
Mina. Beliau tidak hampir di Jumrah Ula dan Jumrah Wustha, melainkan langsung
menuju Jumrah Aqabah.sebelas tahun sebelumnya, pada musim haji tahun 621
(setahun sebelum Hijrah) di bukit Aqabah, persis di atas jumrah, Rasulullah s.a.w.
menerima ikrar sumpah setia dari para wakil masyarakat Ansar (suku Aws dan
Khazraj) yang mengundang beliau untuk berhijrah ke kota mereka, Yathrib atau
Madinah.
Berbeza dengan Jumrah Ula dan Jumrah Wustha yang berada di lapangan terbuka,
Jumrah Aqabah terletak di kaki bukit. Itulah sebabnya penampung batu lontaran di
Jumrah Ula dan Jumrah Wustha berbentuk lingkaran, sedangkan di Jumrah Aqabah
cuma setengah lingkaran karena terhalang cadas bukit. Di kemudian hari, meskipun
bukit Aqabah sudah dirata dengan tanah, Jumrah Aqabah selama berabad-abad
dibiarkan tetap dikelilingi setengah lingkaran. Baru pada tahun 2004, pemerintah
Arab Saudi mengubah penampung batu lontaran di Jumrah Aqabah menjadi
lingkaran penuh seperti dua jumrah yang lain.
Pada tanggal 10 Dzulhijjah itu Rasulullah s.a.w. melontar Jumrah Aqabah dengan
batu kerikil sebanyak tujuh kali, dan bertakbir pada setiap lontaran. Inilah
perlambang usaha penolakan terhadap syaitan, meniru tindakan Nabi Ibrahim a.s.
yang digoda syaitan tatkala akan menyembelih puteranya, Nabi Isma`il a.s. Sesudah
melontar Rasulullah s.a.w. berdoa: Allahuma j`alhu hajjan mabruran wa sa`yan
masykuran wa dzanban maghfuran (“Ya Allah, jadikanlah hal ini sebagai haji yang
bermutu, usaha yang diterima, dan dosa yang terampuni”). Kemudian Rasulullah
s.a.w. menyembelih hadyu sebanyak 63 ekor unta dengan tangan beliau sendiri, lalu
sisanya yang 37 ekor disembelih oleh Ali ibn Abi Thalib. Sesudah itu Rasulullah
s.a.w. melakukan tahallul dengan menyuruh Khirasy mencukur kepala beliau. Khalid
bin Walid dan Suhail bin Amr memunguti rambut-rambut beliau yang jatuh, lalu
mengusapkan rambut-rambut itu ke muka mereka sambil menangis, karena
menyesali perbuatan mereka sebelum masuk Islam.Selanjutnya Rasulullah s.a.w.
pergi ke Makkah untuk melakukan tawaf mengelilingi Ka`bah. Setelah solat zuhur
beliau kembali ke Mina. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. mengambil cara Haji Qiran
(haji dan umrah digabungkan), tanggal 10 Dzulhijjah itu beliau tidak melakukan sa`i
di antara Safa dan Marwah. Sa`i beliau cukup satu kali pada saat masuk Makkah
yang sudah merangkumi sa`i haji dan umrah. Tetapi sebahagian besar para sahabat
melakukan sa`i tanggal 10 Dzulhijjah atau sesudahnya, kerana mereka mengambil
cara Haji Tamattu` sesuai perintah Rasulullah s.a.w. Inilah sa`i haji bagi para
sahabat yang Tamattu`, sebab sa`i mereka pada hari pertama masuk Makkah
adalah sa`i umrah saja dan belum sa`i haji.
Apapun urutan manasik yang dipilih oleh para jemaah haji, Rasulullah s.a.w.
mengarahkan para jemaah haji untuk menginap di Mina pada malam-malam Hari
Tasyriq, kecuali mereka yang kerana kesibukannya tidak dapat menginap.
Rasulullah s.a.w. mengizinkan bapa saudara beliau, Abbas ibn Abdil-Muttalib,
bermalam di Makkah untuk mengelola siqayah (air Zamzam untuk jemaah haji).
Demikian pula para gembala yang harus menjaga ternak mereka di malam hari
diberi izin oleh Nabi s.a.w. untuk tidak menginap di Mina.
Pada tanggal 11 dan 12 Dzulhijjah, sesudah masuk waktu zuhur, Rasulullah s.a.w.
dan para jemaah haji melontar secara berturut-turut Jumrah Ula, Jumrah Wustha,
dan akhirnya Jumrah Aqabah, masing-masing tujuh lontaran. Beliau berdoa sesudah
melontar Jumrah Ula dan Jumrah Wustha, tetapi segera pergi setelah melontar
Jumrah Aqabah. Rasulullah s.a.w. memberikan kelonggaran bagi yang tidak sempat
melontar pada siang hari untuk melakukannya di malam hari. Juga bagi orang yang
sakit, lanjut usia, lemah, anak kecil atau wanita hamil, pelontaran boleh diwakilkan
kepada orang lain.
Di masa jahiliyah kaum musyrikin Quraisy menggunakan waktu luang di Mina untuk
saling membanggakan salasilah keturunan dan kehebatan nenek moyang masing-
masing. Rasulullah s.a.w. melarang kebiasaan takabur ini dan menggantinya
dengan zikir kepada Allah semata, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-
Baqarah 200: Fa idza qadhaitum manasikakum fa dzkuru l-Laha ka dzikrikum
aba’akum aw asyadda dzikra (“Maka ketika kamu telah menunaikan manasikmu,
berzikirlah kepada Allah seperti menzikiri bapamu, bahkan harus lebih hebat
zikirnya”).
Rasulullah s.a.w. juga menerapkan kebolehan dari Allah bagi jemaah haji untuk
memilih dua hari atau tiga hari dalam melontar tiga jumrah, sesuai dengan firman
Allah dalam surah Al-Baqarah 203: Fa man ta`ajjala fi yaumaini fa la itsma `alayhi
wa man ta’akhkhara fa la itsma `alayhi, li mani ttaqa (“Barangsiapa yang bergegas
dalam dua hari maka tiada dosa baginya dan barangsiapa yang kemudian juga tiada
dosa baginya, yang penting mereka taqwa”).Jadi pada tanggal 12 Dzulhijjah,jemaah
haji boleh melakukan nafar awwal (‘pulang duluan’) meninggalkan Mina pulang ke
Makkah. Mereka yang ingin nafar awwal harus sudah berada di luar Mina sebelum
maghrib. Jika saat maghrib masih di Mina, mereka harus mengambil nafar tsani
(‘pulang rombongan kedua’), iaitu harus bermalam lagi di Mina dan melontar lagi tiga
jumrah tanggal 13 Dzulhijjah, baru pulang ke Makkah. Sebagian sahabat memilih
nafar awwal dan sebagian lagi memilih nafar tsani. Adapun Rasulullah s.a.w.
melakukan nafar tsani, pulang ke Makkah tanggal 13 Dzulhijjah.
Pada malam 14 Dzulhijjah, Rasulullah s.a.w. menyuruh istri beliau, Aisyah, yang
selesai masa haidnya untuk menunaikan umrah. “Inilah pengganti umrahmu yang
gagal,” sabda beliau. Aisyah kembali berihram dari Tan`im dengan ditemani adiknya,
Abdurrahman ibn Abi Bakar, lalu mereka berdua melakukan tawaf dan sa`i sehingga
bertahallul di Marwah. Pengalaman Aisyah yang melakukan Haji Ifrad (haji dulu,
baru umrah) dijadikan dasar oleh sebagian ulama di kemudian hari untuk
membolehkan Haji Ifrad bagi yang bukan penduduk Makkah dan tidak membawa
hadyu. Juga pengalaman Abdurrahman ibn Abi Bakar yang berumrah lagi dijadikan
dasar untuk membolehkan umrah sunat di musim haji dengan berihram dari Tan`im.
Tetapi sebagian lagi ulama berpendapat bahwa jemaah yang tidak membawa hadyu
harus melakukan Haji Tamattu` sesuai perintah Rasul (Aisyah melakukan Ifrad
lantaran haid) serta umrah sunnat di musim haji tidak dicontohkan Rasul dan para
sahabat (umrahnya Abdurrahman lantaran menemani kakaknya). Wallahu a`lam.
Sesudah solat subuh hari Rabu 14 zulhijjah , Rasulullah s.a.w. dengan istri-istri
beliau, kecuali Safiyah yang mengalami haid dua hari sebelumnya, melakukan tawaf
wada’ (tawaf perpisahan), lalu mereka kembali ke Madinah. Rasulullah s.a.w. tidak
dapat berada lama di Makkah, sebab pekerjaan beliau selaku Kepala Negara harus
segera beliau rampungkan. Tiga bulan sesudah itu, pada hari isnin tanggal 12
Rabiulawal 11 Hijrah. Rasulullah s.a.w. pulang ke Rahmatullah.
MANASIK HAJI
Menunaikan ibadah haji adalah sesuatu yang amat dirindukan oleh setiap umat
Islam, bahkan oleh yang telah menunaikannya berkali-kali sekalipun. Kerana itu,
bagi yang dimudahkan Allah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini agar
menggunakan kesempatan emas itu dengan sebaiknya. Sebab, belum tentu
kesempatan menunaikan ibadah haji itu datang kembali.
Agar dapat beribadah haji dengan sebaiknya, sekhusyu'nya dan menjadi haji
mabrur, di samping harus ikhlas kita harus memiliki ilmu yang cukup mengenai
bagaimana menjalankan ibadah haji sesuai dengan tuntunan Nabi s.a.w.
1.Islam
2.Berakal
3.Baliqh
4.Merdeka
5.Mampu
6.Dan bagi perempuan ditambah dengan satu syarat yaitu adanya mahram yang
pergi bersamanya. Sebab haram hukumnya jika ia pergi haji atau safar (bepergian)
lainnya tanpa mahram
Jika seorang wanita pergi haji tanpa mahram maka ia berdosa tetapi hajinya tetap
sah.
Rukun Haji.
Yang dimaksud rukun haji adalah kegiatan yang harus dilakukan dalam ibadah haji
yang jika tidak dikerjakan hajinya tidak syah. Adapun rukun haji adalah sebagai
berikut :
1.Ihram, iaitu mengenakan pakaian ihram dengan niat untuk haji atau umrah di Miqat
Makani.
2.Wukuf di Arafah, iaitu berdiam diri, zikir dan berdo'a di Arafah pada tanggal 9
Zulhijah.
4.Sa'i, iaitu berjalan atau berlari-lari kecil antara Shafa dan Marwah sebanyak 7 Kali,
dilakukan sesudah Tawaf Ifadah.
6.Tertib, iaitu mengerjakannya sesuai dengan urutannya serta tidak ada yang
tertinggal.
Wajib Haji.
Adalah kegiatan yang harus dilakukan dalam ibadah haji sebagai pelengkap Rukun
Haji, yang jika tidak dikerjakan harus membayar dam (denda). Yang termasuk wajib
haji adalah ;
1.Niat Ihram, untuk haji atau umrah dari Miqat Makani, dilakukan setelah berpakaian
ihram
5.Melontar Jumrah Ula, Wustha dan Aqabah pada hari Tasyrik (tanggal 11, 12 dan
13 Zulhijah).
1.Ihram, Yaitu mengenakan pakaian ihram dengan niat untuk umrah di Miqat
Makani.
4.Sa'i, yaitu berjalan atau berlari-lari kecil antara Shafa dan Marwah sebanyak 7 Kali.
6.Tertib, yaitu mengerjakannya sesuai dengan urutannya serta tidak ada yang
tertinggal.
Wajib Umrah
1.Niat Ihram, untuk haji atau umrah dari Miqat Makani, dilakukan setelah berpakaian
ihram
PELAKSANAAN HAJI
Bila anda ingin melaksanakan haji maka anda harus berniat dengan salah satu di
antara tiga jenis haji, pada bulan-bulan haji (Syawal, Dzulhijah dan Dzulqaidah):
1.Haji Tamattu’: Jenis ini yang paling afdal, yaitu ketika di miqot mengucapkan niat.
Jadi anda harus berumrah dulu lalu tahallul dengan melepaskan pakaian ihram dan
halal melakukan hal-hal yang dilarang pada waktu ihram. Kemudian pada hari ke-8
anda berniat haji dan melakukan petunjuk yang ada dalam risalah singkat ini, tetapi
anda harus ingat bahwa anda harus membayar atau menyembelih hadyu.
2.Haji Ifrad: iaitu berniat untuk haji saja dengan mengucapkan niat ketika di miqot.
Bila anda tawaf qudum maka itulah yang terbaik dan disunnahkan, dan anda tetap
berihram hingga hari penyembelihan, kemudian pada tanggal 8 dan seterusnya
anda dapat melakukan petunjuk-petunjuk yang ada dalam risalah ini, tetapi anda
tidak perlu membayar atau menyembelih hadyi.
3.Haji Qiran: Yaitu berihram dari miqot untuk haji dan umrah bersama-sama dengan
mengucapkan niatnya. Bila telah sampai ke Baitullah, anda thawaf 7 putaran (tawaf
qudum) lalu bersa’i 7 putaran dengan niat sa’i untuk haji dan umrah. Tetapi anda
boleh menunda sa’i ini hingga selesai tawaf ifadhah. Dan yang lebih baik adalah bila
melakukannya setelah thawaf qudum. Anda tetap dalam keadaan ihram hingga hari
penyembelihan, kemudian pada tanggal 8 dan seterusnya anda dapat melakukan
petunjuk yang ada dalam risalah ini, tetapi anda tidak wajib membayar atau
menyembelih hadyi.
I. CARA UMRAH
1.Jika seorang muslim hendak berihram untuk umrah maka ia harus melepaskan
seluruh pakaiannya, mandi sebagaimana ia mandi junub lalu memakai minyak wangi
dan semacamnya, lalu dioleskan di kepala dan janggut.
2.Setelah mandi, memakai pakaian ihram, kemudian solat jika telah masuk waktu
solat fardhu, bila tidak, maka ia langsung ihram (niat) untuk umrah tanpa solat, dan
mengucapkan lalu bertalbiyah:
3.Bila orang yang ingin ihram itu khawatir adanya gangguan yang menghalangi
kesempurnaan umrahnya, maka sebaiknya mengucapkan syarat ketika membaca
niat ihram yang berbunyi:
“Jika aku tertahan oleh suatu rintangan maka tempat dan waktu tahallulku adalah di
mana saya tertahan.”
“Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar, Ya Allah! Dengan beriman kepada-Mu,
membenarkan Kitab-Mu (Al-Qur’an), setia kepada janji-Mu dan dengan mengikuti
Sunnah Nabi-Mu (aku berthawaf di sekeliling Ka’bah ini).”
5.Kemudian memutar ke sisi kanan dan menjadikan Ka’bah di sebelah kirinya. Bila
telah sampai pada Rukun Yamani, ia mengusapnya tanpa mencium, tetapi bila sulit
maka tidak perlu berdesak-desakan.
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka.” (Q.S. Al-Baqorah: 201)
Dan setiap melewati Hajar Aswad, memberi isyarat dengan tangan dan
bertakbir. Selebihnya ia membaca zikir, doa atau baca Al-Qur’an. Perintah tawaf di
Baitullah, sa’i antara Safa dan Marwah dan melempar jumrah adalah untuk
menegakkan zikrullah.
6.Dalam tawaf qudum ini (tawaf yang pertama kali dilakukan ketika tiba)
disunnahkan bagi laki-laki untuk mengerjakan dua perkara berikut ini:
Pertama: Al-Idhthiba’ sejak mulai tawaf hingga selesai. Adapun bentuknya adalah
meletakkan bahagian tengah selendang ihram di bawah ketiak kanan, dan kedua
ujungnya disampirkan di atas bahu kiri. Setelah selesai tawaf, selendang itu
diletakkan kembali seperti semula, sebelum melakukan sa’i. Kerana Al-Idhthiba’
hanya pada waktu tawaf saja.
Kedua: Lari-lari kecil pada 3 putaran pertama, adapun 4 putaran terakhir hanya
berjalan biasa saja.
8.Kemudian menuju tempat sa’i, setelah dekat ke bukit Safa, lalu membaca ayat:
“Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah sebahagian dari syi’ar Allah. Maka
barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa
baginya mengerjakan sa’i antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan
suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri
kebaikan lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Baqorah: 158)
Lalu membaca:
Kemudian naik ke bukit Safa hingga melihat Ka’bah, lalu menghadap kepadanya
sambil mengangkat tangan, memuji Allah dan memohon doa kepada-Nya dengan
doa yang disenangi.
“Tiada tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, Pemilik kerajaan dan pujian
dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan selain Allah semata, Dia
melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan bala tentara
musuh sendirian.”
Doa ini dibaca sebanyak tiga kali kemudian berdoa di sela-selanya dengan doa
yang disenangi.
Kemudian turun dari bukit Safa menuju Marwah, bila sampai ke tanda hijau, berlari
secepatnya sesuai dengan kemampuan tanpa mengganggu orang lain. Bila sampai
pada tanda hijau kedua ia kembali berjalan sebagaimana biasa hingga sampai ke
bukit Marwah dan menaikinya, lalu menghadap kiblat, mengangkat tangan dan
berdoa dengan doa yang disenangi. Kemudian turun dari Marwah kembali menuju
Safa, berjalan kaki di tempat berjalan kaki dan berlari di tempat berlari. Ketika
sampai ke bukit Safa, ia melakukan apa yang ia lakukan di awal mula dengan
membaca doa dan zikir. Demikian pula ketika sampai ke bukit Marwah, hingga
sempurna 7 putaran. Dari Safa ke Marwah dihitung satu kali putaran dan kembali
dari Marwah ke Safa dihitung satu kali putaran. Ketika sa’i membaca apa saja yang
disenangi seperti zikir, doa dan bacaan Al-Qur’an.
Bila ia telah melengkapi sa’inya 7 kali putaran, bagi laki-laki mencukur habis atau
memendekkan rambut dan bagi perempuan memotong setiap ujung tocang
rambutnya sepanjang satu segmen jari-jari.
1. Ihram
2. Wukuf di Arafah
3. Thawaf Ifadhah
2.Wuquf di Arafah hingga matahari terbenam, bagi yang wuquf di siang hari.
3.Mabit di Muzdalifah sampai masuk waktu fajar hingga langit menguning, kecuali
orang-orang yang lemah dan kaum wanita, boleh keluar pada waktu tengah malam.
7.Thawaf Wada’.
#Barangsiapa yang meninggalkan salah satu wajib haji maka ia harus memotong
dam (tebusan) untuk dibagikan kepada orang-orang fakir miskin.
(Hari Tarwiyah)
· Pada waktu dhuha hari ini jama’ah haji berihram dari tempat ia singgah, lalu
berniat melaksanakan manasik haji.
· Setelah itu disunnahkan bagi seluruh jama’ah haji menutupi kedua bahunya
dengan pakaian ihram.
· Kemudian membaca doa dan ini yang dikenal dengan awal haji atau niat haji.
“Jika aku tertahan oleh suatu rintangan maka tempat dan waktu tahallulku adalah di
mana saya tertahan.”
Tetapi bila ia tidak khawatir adanya halangan, maka tidak perlu membaca
syarat tersebut.
¨Setelah selesai melaksanakan solat Subuh, ketika matahari terbit, bertolak menuju
Arafah sambil bertalbiyah dan bertakbir.
¨Dimakruhkan berpuasa pada hari ini, Rasulullah SAW melaksanakan wuquf dalam
kondisi tidak berpuasa, dimana beliau dikirimi secangkir susu lalu meminumnya.
¨Mengkhususkan diri untuk zikir dengan penuh ketundukan kepada Allah, berdoa
dengan hati yang khusyu’, menghadirkan hati, mengangkat kedua tangan dan
menghadap kiblat hingga terbenamnya matahari.
¨Memperbanyak bacaan:
“Tiada tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Pemilik kerajaan dan
pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
¨Kemudian tidur (istirehat) hingga masuk waktu subuh, adapun orang-orang yang
lemah dan wanita, boleh menuju Mina setelah lewat tengah malam.
HARI KE-10
! Setelah solat Subuh menghadap kiblat kemudian memuji Allah, takbir, tahlil
dan berdoa kepada Allah hingga langit menguning.
! Bertolak ke Mina sebelum matahari terbit dengan tenang dan dalam keadaan
bertalbiyah.
! Bila anda melewati Wadi Muhassir, hendaklah anda mempercepat jalan bila
memungkinkan.
1.Melempar Jumrah Aqobah dengan 7 buah batu kecil secara berurutan sambil
bertakbir pada setiap lemparan.
4.Setelah itu berangkat ke Mekah untuk tawaf ifadhah, tanpa berlari-lari kecil, lalu
solat dua raka’at setelah thawaf.
5.Lalu melakukan sa’i bagi haji tamattu’, demikian pula bagi haji qiran dan ifrad jika
belum sempat melaksanakan sa’i setelah tawaf qudum. Bila hal itu semua telah
dilaksanakan maka sempurnalah tahallul tsani.
6.Tidak ada masalah bagi jema’ah haji bila mendahulukan perkara tersebut di atas
sebelum yang lainnya.
7.Disunnahkan minum air zam-zam dan solat zuhur di Mekah bila memungkinkan.
HARI KE-11
Ketika mabit di Mina anda harus senantiasa melaksanakan sholat wajib secara
berjama’ah.
“Hari-hari tasyriq adalah untuk makan, minum dan dzikir kepada Allah”
[H.R. Muslim]
Dan disunnahkan untuk memperbanyak takbir setelah sholat, dan inilah yang
disebut dengan takbir muqoyyad (terikat), adapun takbir muthlak (bebas) adalah
bertakbir di segala waktu dan keadaan, di pasar, di jalan atau di mana saja.
Melempar jumrah shugra dengan menjadikan Ka’bah di sebelah kiri dan Mina atau
“Mesjid Al-Khif” di sebelah kanan, lalu berjalan ke arah kanan dalam keadaan
menghadap kiblat, kemudian berdiri untuk berdoa yang panjang sebagaimana yang
pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kemudian setelah melempar jumrah aqobah, pergi dan tidak berdiri untuk berdoa.
Diperbolehkan melempar jumrah pada malam hari bila perlu, tetapi melempar di
siang hari lebih baik.
HARI KE-12
Ketika mabit di Mina, anda harus menggunakan waktu anda dengan sesuatu yang
berguna (kebaikan) dan zikir kepada Allah, Rasulullah SAW bersabda:
“Hari-hari tasyrik adalah hari-hari untuk makan, minum dan zikir kepada Allah.”
Setelah Dhuhur melempar 3 jumrah dan melakukan hal yang sama anda lakukan
pada hari ke-11 dengan melempar jumrah sugra, wustha kemudian kubra.
Setelah selesai melempar jumrah, bila ingin bergegas pergi anda boleh
meninggalkan Mina sebelum matahari terbenam lalu tawaf wada’.
Tetapi bila ingin menangguhkan keberangkatan dari Mina, maka itulah yang lebih
baik, karena itulah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW.
Bila sanggup melaksanakan solat ketika di Mina pada hari-hari tasyrik di Masjid Al-
Khif maka itulah yang terbaik.
HARI KE-13
¨Melempar 3 jumrah setelah sholat zuhur, dan melakukan hal-hal yang sama anda
lakukan pada dua hari sebelumnya.
¨Bila anda berniat kembali ke negeri anda, hendaklah anda tawaf wada’, kecuali
wanita haid atau nifas.
Ada beberapa kesalahan dan pelanggaran yang sering dilakukan oleh sebagian
jama’ah haji ketika menunaikan ibadah haji atau umrah. Kami akan menyebutkannya
secara ringkas dengan harapan bisa dihindari dan dijauhi:
2.Tidak mengangkat suara ketika talbiyah, atau tidak bertalbiyah sama sekali setelah
menggunakan pakaian ihram, di Arafah atau di Muzdalifah.
4.Mengarang doa-doa khusus ketika masuk Masjid Haram atau ketika melihat
Ka’bah.
5.Membaca doa-doa tertentu yang dikhususkan pada setiap putaran ketika sa’i atau
ketika tawaf, sementara yang dianjurkan adalah membaca doa, zikir dan membaca
Al-Qur’an secara mutlak, tanpa pengkhususan.
6.Mengangkat suara dengan keras ketika tawaf atau sa’i atau berdoa ramai-ramai
yang mengganggu orang lain.
8.Wanita yang berlari cepat di antara dua tanda hijau ketika sa’i, padahal itu hanya
dikhususkan untuk laki-laki.
9.Sebagian orang menyangka bahwa sa’i dari Safa hingga kembali ke Safa dihitung
satu kali putaran, yang benar adalah sa’i dari Safa ke Marwah dihitung satu kali
putaran lalu kembali dari Marwah ke Safa dihitung sebagai putaran kedua.
10.Memotong sebagian rambut dan meninggalkan yang lain ketika bertahallul atau
mengambil beberapa helai rambut saja tanpa diratakan ketika pangkas rambut.
13.Menyia-nyiakan waktu di Arafah, Mina dan pada hari-hari tasyrik dengan sesuatu
yang tidak berguna.
14.Menyangka bahawa batu-batu kecil untuk jumrah harus diambil dari Muzdalifah
serta menyakini bahwa lebih baik mencucinya terlebih dahulu sebelum
melemparkannya.
16.Memotong hadyi yang belum genap umur yang disyariatkan atau menyembelih
haiwan hadyi yang memiliki cacat atau melemparkannya setelah disembelih.
17.Banyak di antara jamaah haji pada akhir waktu Asar pada hari Arafah sibuk
berkemas-kemas untuk segera meninggalkan Arafah, padahal sebagaimana yang
kita ketahui bahwa itu adalah waktu yang paling afdal untuk berdoa dan waktu di
mana Allah membanggakan hamba-hamba-Nya di hadapan para malaikat.
18.Banyak jamaah haji tergesa-gesa melakukan solat Maghrib, Isya’ dan Subuh di
Muzdalifah tanpa meneliti arah kiblat yang tepat, padahal yang wajib adalah
menentukan arah kiblat dengan benar atau bertanya kepada orang yang mungkin
mengetahuinya.
19.Bubarnya kebanyakan jama’ah haji dari Muzdalifah sebelum tengah malam dan
meninggalkan mabit di Muzdalifah padahal itu termasuk salah satu wajib haji.
20.Mewakilkan kepada orang yang kuat untuk melempar padahal hal itu hanya untuk
orang-orang yang lemah.
24.Sebagian jamaah haji meyakini bahwa hajar aswad itu memberikan manfaat, oleh
karena itu setelah mereka mengusapnya mereka kemudian mengusapkan
tangannya ke seluruh tubuhnya. Ini termasuk kebodohan kerana yang memberikan
manfaat itu adalah Allah semata.
“Sesungguhnya saya tahu bahwa kamu hanyalah batu yang tidak bermanfaat dan
tidak berbahaya, kalau saya tidak melihat Rasulullah SAW menciummu saya tidak
akan menciummu.”
25.Sebagian jamaah haji mengusap seluruh penjuru Ka’bah atau bahkan menyentuh
dan mengusap-usah dinding-dindingnya. Ini adalah suatu kebodohan, kerana
mengusap Ka’bah adalah ibadah dan pengagungan kepada Allah SWT, jadi harus
sesuai dengan apa yang diperintahkan dan disyariatkan.
26.Mencium rukun yamani, ini juga suatu kesalahan, kerana rukun yamani hanya
disentuh dengan tangan tanpa dicium.
Inilah beberapa kesalahan yang harus dihindari dan dijauhi. Dan sebaik-baik
petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW yang bersabda:
"mengambil upah bagi melakukan haji adalah berbeza dengan ganti haji (Niabah) @
(badal haji). Niabah @ badal haji ini ialah si pelaku (pengganti haji) mengambil
nafqah perlaksanaan haji mengikut kadar yang diperlukan sahaja tidak lebih dari itu.
Sekiranya terdapat lebihan wang, maka dia hendaklah memulangkan wang tersebut
kepada waris yang memberi amanah tersebut. Justeru semua wang yang diberikan
kepada pengganti haji adalah merangkumi semua perjalanan dan keperluan haji.
Jika si pengganti haji itu mati, sakit, dipenjara @ sesat, maka si pengganti tidak
wajib menggantikan wang itu.
Adapun mengambil upah haji, maka ianya terikat dengan syarat-syarat al-Ijarah
(penyewaan @ upah). Seperti harga upah dan akad mengambil upah tersebut.
Justeru segala yang diambil daripada jumlah wang adalah menjadi milik orang yang
diupah melakukan haji. Dia boleh menggunakan wang tersebut seperti yang
dihendaki dengan bebas dan lebihan daripada wang itu adalah menjadi miliknya.
Adapun jika dalam perjalanan menunaikan haji itu dia terkurung, sesat jalan atau
kehilangan wang tersebut, maka wajib keatas orang yang di upah menjadi penjamin
(mengembalikan wang)".
Pendapat kedua; Tidak boleh, merupakan pandangan dalam mazhab Abu Hanifah,
Ishak dan satu riwayat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad bin Hambal.
1- Hadis Nabi yang bermaksud; "sesungguhnya yang lebih berhak daripada apa-apa
yang kamu ambil upah ialah kitab Allah" hadis riwayat Imam Bukhari.
2- Sahabat-sahabat Nabi mengambil (Ju'ul) upah daripada bacaan ruqyah (jampi)
daripada ayat-ayat al-Quran. Mereka mengkhabarkan kepada Nabi dan baginda
membenarkan perbuatan mereka.
3- Sesungguhnya setiap perkara yang harus dalam hukum hakam niabah @ badal
haji, maka ianya harus juga dalam masalah mengambil upah haji.
1- Hadis daripada Ubadah bin as-Shomit Radiyallahu anhu berkata, aku telah
berkata; "Ya Rasulullah, seseorang telah menghadiahkan kepada aku alat pemanah
daripada individu yang telah aku ajarkan kepadanya al-quran, dan ianya bukanlah
harta, maka aku gunakan alat pemanah itu fi sabilillah?" lalu Nabi bersabda; "Jika
kamu suka dikalungkan dengan kalungan api neraka maka terimalah". Hadis riwayat
Abu Daud dan Ibnu Majah.
2- Nabi berkata kepada Usman bin Al-A's Radiyallahu anhu; " Dan ambillah tukang
azan dan dia jangan ambil upahpun daripada azannya itu". Hadis riwayat Abu Daud,
An-Nasaie, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah. Imam Tirmizi berkata; ini
adalah hadis hasan soheh
Kita sering melihat iklan yang dipaparkan di Malaysia, nilaian upah haji yang
ditawarkan oleh beberapa syarikat haji dan umrah sekitar RM 2500. Lebih hebat lagi
dan sangat menghairankan saya ialah; RM 1350 sahaja! Ditambah dengan umrah,
tahlil, air zam-zam 10 liter, sijil, dan beberapa hadiah lain. Lebih menghairankan
saya ialah hadiah-hadiah itu diberikan kepada waris sebelum selesai kerja haji pada
10 Zulhijjah. Yang menyedihkan ialah; nama pelajar-pelajar Malaysia di Madinah
dan Mekah diperdagangkan untuk memancing minat orang. Kemudian daripada
jumlah 1350 Rm itu, diambil pula RM300 sebagai caj perkhidmatan samada dengan
pengetahuan orang yang menerima upah itu ataupun tidak. Maka si miskin ini hanya
mengambil 1050 untuk menunaikan amanah haji itu.
Tahukah anda? Segala kos pada musim haji meningkat sekali ganda @ lebih?
Harga makanan melonjak. Pisang naik kepada SR10 sekilo berbanding SR4
sebelum haji. Harga hotel, pengangkutan dan lain-lain. Mahu ke Mina daripada
Mekah yang hanya sejauh 5 Km, anda perlu membayar SR50 seorang. Pada hari 12
Zulhijjah lebih dahsyat, samada anda memilih berjalan kaki untuk berjimat atau anda
membayar SR100 seorang untuk menuju ke Baitil Haram dari Mina. Saya ingin
nyatakan bahawa kos standart bagi menunaikan haji dari Madinah ialah sekitar
SR1500 tanpa tasrih (keizinan rasmi). Adapun jika anda pergi bersama-sama
hamlah @ travel arab anda perlu membayar Sr3500 untuk hanya 6hari sahaja
bermula 8-13 Zulhijjah.
Sebab itu kebanyakan pelajar Madinah dan Mekah hanya mengambil upah sekitar
RM3000 dan keatas. Setahu saya juga para pelajar tidak mengambil daripada upah-
upah haji yang diiklankan daripada syarikat-syarikat haji dan umrah. Upah haji
RM1050 itu biasanya hanya diambil oleh pekerja-pekerja Indonesia dan Pakistan di
Mekah. Itu tidak mengapa jika ditunaikan haji itu rukun dan wajib-wajibnya. Yang
sedihnya kedapatan mereka yang mengambil sehingga 5 nama untuk satu haji.
Bermakna dia akan memperoleh RM5250! Sahkah hajinya? Lepaskah
tanggungjawab anda memberikan wang RM1350 itu untuk si arwah? Sebab itu,
janganlah terlalu berkira hingga mencari yang termurah jika anda sudah tahu
bahawa kos seseorang jemaah haji Malaysia menunaikan ibadah ini ialah
RM13.000,00. Tidak salah anda membayar RM10.000,00 kepada orang yang diupah
khususnya jika mereka adalah orang yang benar-benar amanah dan berilmu dalam
menunaikan ibadah.
JEMAAH-JEMAAH haji di negara ini akan diberi bimbingan dan latihan lengkap
terlebih dahulu sebelum berangkat ke tanah suci.
Bagi setiap musim haji, perancangan yang rapi bermula daripada sesi percambahan
fikiran dan sesi penilaian operasi haji tahun sebelumnya. Perancangan operasi haji
adalah meliputi aspek bimbingan jemaah haji, penyediaan petugas haji, penyediaan
prasarana dan logistik tanah air dan Tanah Suci dan mesyuarat penyelarasan
dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan.
Pendaftaran Haji
Bimbingan
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, bakal haji perlu menyiapkan diri dari segi mental
dan fizikal serta pengisian rohani yang mantap agar pelaksanaan ibadah haji dapat
dihayati. Setiap rukun dan wajib haji yang dikerjakan haruslah difahami tujuannya
yang mana ia mengandungi makna yang tersirat.
Atas kesedaran itu, TH mengambil inisiatif memberi panduan dan tunjuk ajar yang
berkesan kepada setiap bakal haji yang telah terpilih untuk menunaikan fardu haji
bagi tahun semasa.
Bimbingan haji ini telah diatur dengan terperinci sejak dari awal tahun lagi yang
merangkumi program kursus haji, penerbitan haji, bimbingan melalui media massa
dan pembangunan pembimbing ibadat haji dan guru agama.
Bagi program kursus haji, ia terbahagi pula kepada empat jenis iaitu; Kursus Haji
Bersiri, Kursus Haji Intensif, Kursus Haji Khas dan Kursus Haji Perdana.
Kursus ini adalah merupakan pengenalan dan pendedahan awal kepada ibadat haji
dan umrah. Ia juga dikenali sebagai Kursus Haji Mingguan kerana diadakan pada
setiap
Ahad selama empat bulan satu minggu iaitu 17 siri berturut-turut bermula dari bulan
Rabiulawal hingga Jamadilakhir.
Kursus haji ini terbuka kepada semua umat Islam yang berminat. Ia juga tidak
dihadkan kepada umur dan jantina. Kursus haji ini biasanya diadakan di masjid
terpilih di peringkat daerah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam dan juga Majlis
Agama Islam.
Kursus ini adalah kursus lanjutan daripada Kursus Haji Bersiri. Ia dilaksanakan
selama dua hari untuk setiap kumpulan jemaah haji yang tidak melebihi 100 - 150
orang.
Penekanan dalam kursus haji ini tertumpu kepada pelaksanaan ibadah haji secara
teori dan praktikal. Kursus diadakan pada bulan Rejab dan Syaaban yang terdiri
daripada mereka yang terpilih dan standby untuk menunaikan fardu haji pada tahun
semasa.
Ia adalah kursus lanjutan dari- pada Kursus Haji Intensif. Peserta kursus terdiri
daripada mereka yang tidak tahu membaca dan menulis serta gagal dalam ujian
Kursus Haji Intensif.
Pemilihan kelayakan
Sistem komputer akan memilih 27,000 orang terawal mendaftar untuk menunaikan
fardu haji sebagai jemaah haji terpilih. Bakinya akan ditawarkan sebagai bakal haji
standby.
Pemilihan dari kalangan bakal haji standby menjadi terpilih bergantung kepada
kekosongan kuota berikutan pembatalan/penarikan diri bakal haji terpilih atau
sekiranya Malaysia mendapat tambahan kuota yang mencukupi.
l Pasport haji
l Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan bagi musim haji 1430H sedang berjalan mulai bulan Mei
hingga Ogos 2009 (sebelum Ramadan). Bakal haji warga emas dan yang
bermasalah kesihatan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan lebih awal dan
berulang kali bagi tujuan pengesanan awal dan seterusnya diberikan rawatan yang
sempurna sebelum jemaah haji tersebut disahkan layak ke Tanah Suci.
l Pesakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang
menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah
haji.
l Pesakit kronik adalah wajib melaksa- nakan badal haji sekiranya berkemam- puan
daripada sudut kewangan.
l Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan
ibadah haji jika berkemampuan.
Pemerosesan visa