Anda di halaman 1dari 21

APA ADA PADA BULAN ZULHIJJAH

Sejarah telah merakamkan berbagai peristiwa yang berlaku


di bulan Zulhijjah. Zulhijjah merupakan bulan terakhir
dalam kalendar Islam. Antara peristiwa penting yang
berlaku ialah:A. Pengorbanan Nabi Ismail a.s. - Nabi Ibrahim a.s.
yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi
membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT
untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s.
Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan
menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada
unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah.
B. Bai'tul Aqabah - Pada tahun ketiga belas selepas
perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah
peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia Aqabah )yang
disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan
terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan
ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib
( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka
kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah.
C. Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) - Rasulullah
s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali
sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah,
Nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan
Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda
s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul
Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan
dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
D. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina
Uthman r.a sebagai pengganti - Umar adalah khalifah
yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah
sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat
tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk
( pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar
bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah

al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin Affan sebagai khalifah


ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang
telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum
kematiannya.
E. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman
r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina
Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35
Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak
yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.
Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya
simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui
ibadah Haji dan Wukuf di padang Arafah. Bayangkan
berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit,
bahasa,dan
kedudukan
bersama-sama
mengerjakan
ketaatan kepada-Nya. Selain itu,kita disunnatkan berpuasa
pada 9 hari pertama termasuk pada hari Arafah ( kecuali
bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji ).Imam Muslim
Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa
Rasulullah
s.a.w.
bersabda
: "Puasa
pada
hari
Arafah,saya
mengharap
agar
Allah
akan
menghapuskan ( dosa ) setahun yang lalu dan
setahun yang mendatang" ( Muslim ).
Kita juga disunnatkan bertakbir ( Allahu Akbar ) dan
berzikir
padanya,
Firman
Allah
Ta'ala
yang
bermaksud
:"Dan
supaya
mereka
menyebut
nama Allah
pada
beberapa
hari
yang
termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari tersebut dijelaskan
sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu
para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir
pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu
Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Rahimahullah,di
antaranya
:"
Oleh
kerana
itu
perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illah
Allah ),takbir ( Allahu Akbar ) dan Tahmid

( Alhamdulillah )".
Perkara Sunnat lain adalah :
1.
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan
dosa.Semoga dengan amalan baik ini dapat mencapai
keampunan dan rahmat Allah.
2.
Memperbanyakkan amalan soleh ( baik ) terutama
amalan-amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah,
membaca Al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah
kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan
digandakan pada hari-hari tersebut.
3.
Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang
mulia itu sama ada pada waktu siang atau malam terutama
selepas menunaikan solat fardhu lima waktu yang
dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak
menunaikan ibadah haji', takbir bermula dari waktu Subuh
hari
Arafah
(
9
Zulhijjah
)
dan
bagi
yang
menunaikannya,takbir bermula pada waktu Zohor Hari
Raya Haji ( 10 Zulhijjah ), kesemuanya berakhir sehingga
waktu Asar pada hari ketiga belas (13)Zulhijjah.
4.
Disyariatkan melakukan korban ( menyembelih
haiwan ternakan ) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (
11,12 dan 13 Zulhijjah ). Ia merupakan sunnah (amalan)
Nabi Allah Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya
dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s yang
kemudian ditebus atau digantikan dengan seekor kibas
untuk disembelih.
5.
Menunaikan
berjamaah,mendengar
daripadanya.

solat
hari
raya
secara
khutbah
serta
pengajaran

6.
29 Zulhijjah : membaca doa akhir tahun setelah
selesai solat Asar hingga sebelum masuk waktu maghrib..
Berkata

sebahagian

ulama'

"Sesiapa

yang

memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah,


nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam
kemuliaan iaitu :
1.

Berkat pada umurnya

2.

Bertambah hartanya

3.

Kehidupan rumahtangganya akan terjamin

4.
Membersihkan dirinya daripada dosa dan kesalahan
yang telah lalu.
5.

Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda

6.

Allah akan memudahkan di saat kematiannya

7.
Allah akan menerangi kuburnya selama berada di
alam barzakh
8.
Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya
semasa di padang mahsyar
9.

Selamat daripada jatuh kedudukan di dunia

10. Martabatnya akan dinaikkan di sisi Allah


Maka selaku umat Islam hendaklah kita memperbetulkan
kefahaman kita bahawa bulan Zulhijjah bukanlah sekadar
bulan haji sahaja yang di sambut ala kadar sebagaimana
biasa bahkan bulan Zulhijjah sebenarnya adalah bulan yang
penuh keberkatan.

Disediakan oleh:
Bahagian Dakwah, JAIS
Sumber: Majalah Sinar Rohani, JAKIM

SEJARAH HAJI SECARA RINGKAS


Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa
oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai
membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim
A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada
tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu
dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat
haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang
mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa
yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan
sesuatu pun daripada sekelian makhluk.
Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih
kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk
menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya
kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah
mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian
Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di
mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ),
Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000
orang umat Islam.

Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat


dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam
mengerjakan haji.
Rasulullah S.A.W Menunaikan Haji
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji
sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan Hijjatul
Wada/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam
Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama
kemudian baginda pun wafat.
Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada
hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri
dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat
Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah,
sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada
Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah
setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda
berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah
yang jatuhnya pada hari Jumaat.
Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan
wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah,
Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah AlMukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.
Peristiwa Semasa Hijjatul Wada'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang
boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah
berlaku, di antara ialah seperti berikut :
1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat
oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak

sunat berpuasa pada hari wukuf.


2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu
mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu
dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan
kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya.
Sabda Baginda pada ketika itu bahawa Sahabat itu akan
dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram
dan bertalbiah.

3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi


yang bertanyakan Apakah itu Haji ?. Sabdanya yang
bermaksud Haji itu berhenti di Arafah. Siapa tiba di
Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah
melaksanakan haji.
4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah
yang bermaksud : Pada hari ini aku telah sempurnakan
bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku
ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama
untuk kami
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita
teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji
dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat
yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah AlMukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita
menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci
kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan
apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci
kelak.

Qurban
Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (AlAnam) pada hari raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13
Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah
qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi
yang bernazar. Ibadah qurban bermula selepas naik matahari
sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah
dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi
Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana
melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa
tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua. Mereka
telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sangup
menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan
perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan
kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain
walupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak.
Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing
(Qibasy).
Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri

kepada Allah SWT.


Syarat-syarat sah Ibadat Qurban.
1. Berniat qurban ketika menyembelih.
2. Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar
sepagalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
3. Penyembelih orang Islam.
4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang
boleh mengurangkan dagingnya.
5. Binatang ternakan yang halal dimakan.
6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang
yang sudah cukup umur untuk dijadikan qurban adalah seperti
berikut;
Binatang
a. Biri-biri
b. Lembu / kerbau
c. Unta

Umur
1 tahun atau lebih
2 tahun atau lebih
5 tahun atau lebih

Pembahagian daging qurban


a. 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
b. 1/3 dimasak untuk jamuan ramai
c. 1/3 orang yang berqurban
Lebih afdal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit
daripada daging qurbannya. Haram diberikan daging qurban
kepada orang kafir samada dalam keadaan mentah ataupun masak.
Harus disedekahkan kepada orang kaya. Qurban nazar haram
dimakan dagingnya oleh orang yang bernazar.

Perkara sunat ketika ibadah qurban


1. Membaca basmallah atau takbir
2. Selawat kepada Nabi
3. Menyembelih pada waktu siang
4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat
5. Binatang hendaklah dibaringkan di atas rusuk kiri dan mengadap
kiblat
6. Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
7. Menggunakan alat sembelihan yang tajam
Hikmah-hikmah qurban
1. Melatih diri sanggup berkorban pada perkara kebaikan
2. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
3. Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh
memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6. Menggembirakan fakir miskin dengan menikmati juadah daging
qurban
7. Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam
Hadith Aqiqah
Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya
pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.
(Riwayat Abu Daud)
Aqiqah adalah sembelihan binatang anam (binatang ternakan
seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana

menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran


kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad.
Waktu aqiqah
1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak
mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah
dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan.
2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi
berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.
Syarat-syarat melakukan aqiqah
1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama
seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih
dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak
bunting.
2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu
dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
3. Sekiranya kurang berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki
memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu
dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila
ada kemampuan.
4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.
5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan
sebaliknya dipotong pada sendinya.
Hikmah melakukan aqiqah
1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas
pengurniaan cahayamata.
2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada
Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.
3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang

dikurniakan oleh Allah SWT.


4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat
dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.
5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang
menepati sunnah Rasulullah SAW.

Pinterest
Zulhijjah & IdilAdha :
Beberapa Isu & Hukum
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan
peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan
gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat alBazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari
pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir
Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya
memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat AlBukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal
Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah,
Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh
Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya
mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah

kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada


hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti hari-hari tertentu' adalah sepuluh
hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga
sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari
Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih
dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari
Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun
kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca
Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam
umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah
SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat
bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat
biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram
di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa
hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya
semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW
menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas
solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga
Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah
dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala

ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)


Sebuah hadis menyebut :

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah
SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih
binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun
terdapat rawi yang dipertikaikan )
POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi
orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian
pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu
Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lainlain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi
mereka yang berkemampuan.[1]
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat
awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong
rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang
sohih, iaitu :
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan
telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong
apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban
dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian
Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana
Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah
(menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk
dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW
mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk
menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis
tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh


mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.
TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar
harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari
pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap
sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di
hari raya Aidiladha.
Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya
sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu
Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]
Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana
Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi
Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lainlain niat.
Firman Allah :


Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak
dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah
yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah
menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah
terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira
kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)
KONGSI LEMBU
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor
lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing
berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika
berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.
Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW
kepada Fatimah yang ingin berqurban :

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan


bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"
BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian
biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta,
lembu, kerbau.
Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka
lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan
SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan
saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang
susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang
memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn
Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS
(DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini
SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU
KEBANYAKKANNYA. [4]
Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang
lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan
ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari
kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai
sebagai hadiah.
TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual

dagingnya.
Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan
tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak
membenarkan. [5]
DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun
melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Muslim.
MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab
mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan
Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia
bukannya sedeqah wajib. [6]
Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama
dalam hal ini.
BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban
sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam
berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan
keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah
kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji
bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.
Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang
pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya
masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya
melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari
individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.
Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini
pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya
tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah
kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.
Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja
menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam
tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan


pemberi hutang pula TERKORBAN', hubungan persaudaraan
terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan
penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban
juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding
berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.
KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?
Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini.
Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk
membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?
Jawab ringkas saya:
"tidak boleh !"
Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu
atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan
manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia
MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau
kakitangannya.
Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu
yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat.
Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu
tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan
secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban,
pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak
organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya
mendapat pahala kerana menghadiahkan' lembu atau bahagiannya
kepada kakitangan sahaja.
Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia
mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para
lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama
syarikat tetapi individu.
APAKAH HAJI AKBAR ?
Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai
Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim
dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji
Akbar, beliau menjawab:
"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat atTirmidzi)
Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat AtTaubah.
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka
mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama
pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang
menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang
jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali
pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini
bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah
akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh
Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak
hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".
Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar
itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w
pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan
setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf
di Mina ( hari Tasriq).
Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Idil
adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi
menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar
sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan
yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan
yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan
hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam
Sekian
Doha, Qatar
27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)
Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7
Zulhijjah 1428 H - Saudi)
KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )

Anda mungkin juga menyukai