Anda di halaman 1dari 3

Panitia Pendidikan Islam 2022 SMKPA

ISRAK MIKRAJ
1. Peristiwa Israk Mikraj berlaku setiap 27 Rejab setiap tahun.

2. Peristiwa itu berlaku pada tahun 721, selepas berlakunya dua peristiwa besar
dalam kehidupan Rasulullah SAW.

3. Rasulullah SAW kematian pakciknya iaitu Abu Talib yang dianggap sebagai ayah
oleh Rasulullah SAW.

4. Peristiwa kedua pula adalah kematian isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah dalam
tahun yang sama yang membuatkan Rasulullah berada dalam keadaan duka.
Kehilangan dua individu itu yang senantiasa menyokongnya membuatkan Rasullulah
benar-benar ditimpa kesedihan.

5. Kerana murung, pergerakan dakwah Rasulullah menjadi perlahan sehingga


akhirnya orang kafir Quraisy menganggu baginda membuatkan baginda beredar ke
Taif. Di Taif pun baginda mengalami nasib serupa. Akhirnya baginda pulang ke
Mekah.

6. Dilanda kemurungan yang berpanjangan, Allah SWT memerintahkan Malaikat


Jibrail untuk membawa Rasulullah SAW melalui Israk atau maksudnya “dibawa
berjalan” dan Mikraj ataupun “diangkat ke atas.”

7. Sebelum memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail terlah terlebih dahulu membedah


dada Rasulullah SAW dengan membersihkan hatinya, membuang ketul hitam dan
dicuci dengan air zam-zam. Kemudian hatinya diisi dengan segala kebaikan iman
dan hikmah, kemudian dadanya dicantumkan semula.

8. Selesai pembedahan, didatangkan sejenis binatang bernama Buraq untuk


ditunggang Rasulullah SAW. Menurut pendapat, Buraq adalah binatang yang
dihasilkan daripada cahaya dan berkebolehan bergerak sekelip mata.

9. Dengan menaiki Buraq, Rasulullah SAW melalui beberapa tempat sambil diiringi
Malaikat Jibrail. Setiap lokasi tersebut iaitu negeri Thaibah atau Madinah yang akan
menjadi tempat penghijrahan, Bukit Tursina tempat Nabi Musa AS mendapat
wahyunya dan Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa AS Pada setiap
persinggahan, Rasulullah SAW akan bersolat dua rakaat.

10. Dalam perjalaan Israk, terdapat pelbagai gangguan dan petunjuk yang muncul.
Kebanyakannya adalah petunjuk kepada amalan yang perlu dilakukan atau perlu
ditinggalkan umat Islam. Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah telah ditahan oleh
seorang perempuan tua yang terbongkok-bongkok serta uzur yang ingin
bertanyakan sesuatu.
Panitia Pendidikan Islam 2022 SMKPA

11. Selesai proses Israk, Rasulullah SAW diangkat ke langit melepasi tujuh lapis
langit menaiki tangga yang datangnya dari syurga. Ini adalah permulaan proses
Mikraj.

12. Sepanjang perjalanan menaiki tangga merentasi langit, Rasulullah SAW bertemu
dengan Nabi Adam AS, Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Yusof, Nabi Idris, Nabi Harun,
Nabi Musa dan Nabi Ibrahim.

13. Sampai di tingkat teratas, Rasulullah SAW telah sampai ke tempat yang
dinamakan Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab yang membolehkan
Rasulullah SAW melihat sendiri Allah SWT dengan matanya.

14. Allah swt memerintahkan Rasulullah SAW mengangkat kepalanya dari sujud lalu
memohonlah apa saja yang pasti Allah SWT perkenankan.

15. Lalu Rasulullah SAW berkata,

“Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil (sahabat baik) dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan
memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan
‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang
sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada
syaitan.”

“Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita


gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan
kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak
aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah
al-Baqarah (ayat Kursi) sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan
habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi
munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd (panji penghulu segala umat)
maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan
atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”

17. Selepas mendengar pesanan Allah SWT itu, Rasulullah SAW bermunajat lalu
bertemu kembali dengan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS. Nabi Musa AS
bertanya kepada Rasulullah SAW apa yang diperintahkan oleh Allah SWT
kepadanya. Rasulullah pun berkata yang Allah swt memerintahkan umatnya bersolat
fardu 50 kali sehari.

18. “Kembalilah pada Tuhanmu kerana para pengikutmu tidak akan sanggup
mengerjakan perintah itu,” kata Nabi Musa AS.
Panitia Pendidikan Islam 2022 SMKPA

19. Rasulullah SAW pun kembali mengadap Allah SWT lalu memohon dikurangkan
fardhu solat daripada 50 kepada 5 waktu. Melihat rayuan Rasulullah itu selepas
sembilan kali Rasulullah SAW merayu, Allah SWT mengurangkan keperluan
kewajipan solat 50 waktu menjadi 5 waktu dengan ganjaran yang sama dengan solat
50 waktu.

Pada zaman itu, kewajipan bersolat 5 waktu belum ada dan hanya wajib solat 2
rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang/malam.

20. Rasulullah SAW juga ketika di langit dibawa melihat syurga dan neraka,
kemudian beliau turun semula ke bumi kembali di Masjid al-Aqsa untuk kembali
semula ke Mekah menaiki Buraq yang ditambat di Masjid al-Aqsa.

21. Rasulullah SAW melakukan perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis, diangkat
ke langit bertemu para Rasul dan Allah SWT, turun semula ke Baitul Muqaddis dan
pulang ke Mekah dalam masa 1 malam sahaja.

Jika kita ukur jarak dari Masjid al-Aqsa ke Mekah menggunakan Google Maps, jarak
yang kita akan perolehi adalah 1470.3 km.

Semoga bermanfaat!

Anda mungkin juga menyukai