Anda di halaman 1dari 17

Maulidur Rasul

2023 / 1445 H

Perpaduan Teras Malaysia Madani


Pengenalan

Sambutan Maulidur Rasul atau sebutan biasa dengan


Maulid Nabi merujuk kepada sambutan yang
dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia pada
tarikh 12 Rabi’ul Awal setiap tahun untuk
memperingati, mensyukuri dan mengenang kembali
kepada umat ‫ ﷺ‬sirah dan pengorbanan Nabi
daripada kelahiran sehingga kewafatan Baginda
Tujuan Sambutan Maulidur Rasul

Menghayati sunnah
Memantapkan
Nabi Muhammad
keyakinan terhadap
SAW dalam pelbagai
Rasulullah SAW. aspek kehidupan.

Baginda adalah
Meningkatkan
contoh ikutan dalam
kecintaan kepada
semua aspek
Rasulullah SAW. kehidupan.
Keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran
Nabi Muhammad SAW

Semasa Rasulullah SAW berada di dalam kandungan bondanya


Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-
ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran
malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur.
Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang
Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran
Nabi Muhammad SAW

Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah


memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus
dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di
persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-
pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan
di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran
Nabi Muhammad SAW

Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al Fil,


datang menyerang kota Mekah. la diketuai ole tentera bergajah dengan
menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir
sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan
izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
mengnancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran.
Peristiwa in amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Peristiwa sewaktu kelahiran Nabi Muhammad SAW

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur


atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya
tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia
dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi
sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Peristiwa sewaktu kelahiran Nabi Muhammad SAW

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang


terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib (datuk Nabi Muhammad SAW),
"Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari
tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding
Kaaba berkata, telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir
dan. mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan
penyembahan kepada Yang Maha Mengetahui”.
Peristiwa sewaktu kelahiran Nabi Muhammad SAW

Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama


seribu tahun telah padam dengan sendirinya sewaktu Rasullullah
SAW dilahirkan. Api tersebut merupakan api sembahan orang-
orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat
mengejutan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam
kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke
dalam tanah.
Sebuah hadith yang sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim RA telah diceritakan oleh Anas bin
Malik RA, beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang
bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda
SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW
dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah
bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam
sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril
AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-
budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan
mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang
dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat
kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW.”
Sejarah Ringkas Hidup Rasulullah

Usia 4 tahun Usia 6 tahun Usia 8 tahun


Ibunya Aminah binti Wahab
Datuknya, 'Abdul
Dada Nabi ditimpa sakit dan meninggal
Muttalib pula meninggal
dunia di Abwa (sebuah
Muhammad SAW kampung yang terletak di dunia.
dibelah oleh antara Mekah dan Madinah) Baginda dipelihara pula
Baginda kemudiannya oleh bapa saudaranya,
Malaikat Jibril. dipelihara oleh datuknya Abu Talib.
'Abdul Muttalib.
Sejarah Ringkas Hidup Rasulullah

Usia 12 tahun Usia 20 tahun Usia 25 tahun


Bersama bapa saudaranya, Abu
Baginda SAW bersama-sama
Talib bermusafir ke Syam atas Menyaksikan Hilful Fudhul
urusan perniagaan.
Abu Talib dan beberapa orang
iaitu perjanjian membela bapa saudaranya yang lain pergi
Di kota Busra, negeri Syam,
seorang pendita Nasrani bernama orang yang teraniaya berjumpa Amru bin Asad (bapa
Buhaira Ar-Rahib menasihati Abu dalam perniagaan. saudara Khadijah) untuk
Talib agar membawa pulang Nabi meminang
Membela kambing bersama
Muhammad SAW ke Mekah kerana Khadijah yang berusia 40 tahun
bimbang dibunuh orang Yahudi. saudara susuan.
ketika itu.
Sejarah Ringkas Hidup Rasulullah

Usia 35 tahun Usia 40 tahun Usia 51 tahun


Banjir besar melanda Mekah dan
meruntuhkan dinding Ka'abah.
Pembinaan semula Ka'abah dilakukan Menerima wahyu di gua Rasulullah dibawa
oleh pembesar-pembesar dan
Hira' sebagai
penduduk Mekah. mengembara melalui
Rasulullah SAW diberi kemuliaan
perlantikan menjadi Nabi
untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke peristiwa Israk dan
tempat asal dan sekaligus meredakan dan Rasul akhir zaman
pertelingkahan berhubung perletakan Mikraj.
batu tersebut.
Sejarah Ringkas Hidup Rasulullah

Usia 63 tahun

Kewafatan Rasulullah SAW


di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H.
Iktibar dari Maulidur Rasul
Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti
kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat,
Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir". Sambutan Maulidur Rasul disambut bukan setakat berarak sambil
berselawat malah ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam
menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dan,
semua umat manusia dalam segala aspek kehidupan. Oleh sebab itu, saban tahun hari kelahiran Rasulullah SAW
diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan oleh
Baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman. Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik yang bersifat universal.
Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. la merangkumi segala aspek daripada
kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara. Dalam hal ini, Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik
untuk (menjadi ikutan) kamu". (Surah al-Ahzab ayat 21)
Disediakan oleh :
Guru Pelatih
Pendidikan Islam
SMK Jalan tiga

Anda mungkin juga menyukai