Anda di halaman 1dari 24

PENDAHULUAN KAJIAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.


Kajian Riwayat Hidup Rasulullah ini mengandungi serba sedikit sirah Rasulullah s.a.w,
iaitu dari saat kelahiran baginda sehingga baginda menjadi rasul.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ) adalah pesuruh Allah
yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan
satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang
lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah,
yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia,
mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya
kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi
Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.
Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin ( )yang
bermaksud 'yang terpuji'.
Berikut adalah sejarah ringkas Rasulullah s.a.w. :BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama

: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir

: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M


(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera
1

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)


3. Tempat lahir

: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa

: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu

: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.


Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua

: Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah (lebih


dikenali Halimah As-Sadiah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di AlAbwa (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira)
telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah , jilid 1,
halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14
2

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari


dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
* Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat
asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir
zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W


1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zamah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu Orang Miskin)

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

BIODATA DIRI

NAMA PENUH

NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD


RAZIF

ALAMAT RUMAH :

NO: 294, JALAN PUNCAK SAUJANA 3/1 A,


TAMAN PUNCAK SAUJANA,
SEKSYEN 3, 43000 KAJANG, SELANGOR.

SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL


AZIZ SHAH, KAJANG.

TARIK LAHIR

23 SEPTEMBER 2002

HOBI

MEMBACA, MENDENGAR MUZIK,


MENONTON TELEVISYEN, BERENANG DSB.

BILANGAN ADIK

ANAK KE-

EMPAT (4) ORANG.


:

CITA CITA

PERTAMA / SULUNG

GEOSAINTIS

SUSUR GALUR KETURUNAN RASULULLAH


KETURUNAN
5

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib (Syaibatul Hamd) bin Hashim (Amru) bin
Abdul Manaf (Al-Muhgirah) bin Qusai (Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Kaab binLuai bin Ghalib
bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Aamir) bin
Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan.
Sebenarnya nasab Baginda sampai kepada Nabi Ibrahim a.s. malalui Nabi Ismail a.s.
(Bapa Arab) namun yang di ittifak (di persetujui) para ulama sehingga Adnan, manakala
selepas Adnan menjadi khilaf (perselisihan) pada perawinya. Namun menjadi kesepakatan
ulama bahawa diketahui Adnan itu adalah dari Nabi Ismail a.s. sebagaimana yang
disebutkan di dalam kitab Zadul Maad.

CARTA SUSUR GALUR RASULLAH

KEHIDUPAN NABI SEBELUM MENJADI RASUL :


Bermula sirah harum baginda dengan perkahwinan antara Abdullah bin Abdul Mutalib
dengan seorang wanita terhormat dari kalangan Quraisy, Aminah binti Wahab bin Abdul
Manaf. Namun takdir telah mendahului segalanya, Abdullah bin Abdul Mutalib telah kembali
ke Rahmatullah sebelum sempat menimbang cahaya mata yang sedang dikandung oleh
isteri tercinta.

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Akhirnya Aminah melahirkan Muhammad tanpa seorang yang bernama suami di


sisinya. Kelahiran Muhammad saw disambut oleh bidan yang bernama Asy-Syifa Binti Abdul
Rahman bin Auf, di rumah bapa saudara sebelah bapanya iaitu Abu Thalib, dilingkungan Bani
Hasyim dekat Shafa di Mekah Al Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan
tahun 571 M yang dikenali dengan tahun gajah, di mana ketika itu Abrahah Al Habsyi telah
menyerang Mekah dari arah Yaman untuk menghancurkan Kaabah.
Abdul Muthalib, datuk Baginda menerima berita kelahiran cucunya dengan penuh rasa
gembira. Boleh jadi beliau melihat kedatangan cucunya itu sebagai ganti kepada anaknya
yang meninggal ketika masih muda. Datuk baginda telah membawanya ke Kaabah dan
memberi nama Muhammad kepada cucundanya. Nama tersebut cukup asing di kalangan
masyarakat Mekah pada waktu itu.
Rasulullah saw telah dilahirkan dari satu kabilah paling terhormat antara kabilahkabilah Arab lainnya. Baginda pernah bersabda mengenai dirinya :
Allah telah memilih kinanah sebagai keturunan Ismail, lalu dari Kinanah Dia
memilih Quraisy, kemudian dari Quraisy dia memilih bani Hasyim , dan dari bani
Hasyim Dia memilihku. (HR Muslim)

a)

SEMASA KELAHIRAN
Kelahiran Baginda menjadi seribu satu tanda bahawa Baginda akan menjadi utusan

terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah
Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks
sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Terdapat peristiwa-peristiwa menakjubkan dan menarik yang berlaku sebelum, semasa
dan selepas kelahiran baginda. Antaranya :1) Semasa Rasulullah saw berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak
merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari
melalui perkabaran malaikat yang dating kepadanya ketika beliau sedang tidur.
Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan

seorang nabi dan

penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu tanda kehamilannya ialah dengan
haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
2) Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Fil,
datang

menyerang

Kota

Makkah.

Ia
7

diketuai

oleh

tentera

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

bergajah

dengan

menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud. Apabila mereka hamper sampai
ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah sbt.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan
mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan
dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

3) Pada Subuh hari kelahirannya, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika itu berada
di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi,
keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak
pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.

Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad saw lahir, dindingdinding istan Qisra retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil penyembahan Parsi padam.
Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari
tubuh Muhammad saw memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang
dilaluinya.
Ketika lahir, nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika
lahir ke dunia, beliau berkata, AllahuAkbar, Alhamdulillah, Dialah Allah yang harus disembah
siang dan malam.
Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan.
Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah sbt, khususnya yang
berkenaan dengan kelahiran Muhammad saw baik dalam kitab Taurat mahupun Injil.
KHATAN (SUNAT) RASULULLAH SAW
-

Berlakun khilaf di kalangan ulama pada khatan (sunat) Baginda saw, terdapat tiga
pendapat.
(a) Baginda saw dilahirkan dalam keadaan berkhatan sebagaimana pendapat Abu
Abdullah Muhammad bin Uthman Al-Khalili.
(b)Baginda saw dikhatankan pada hari pembedahan dada oleh Malaikat Jibrail as
semasa di bawah penjagaan Halimatussadiah.
(c) Baginda saw dikhatankan oleh datuknya Abdul Mutalib pada hari ketujuh kelahiranya
sebagaimana pendapat Ibnu Abbas.

b) PENGASUH-PENGASUH DAN IBU SUSUAN


RASULULLAH SAW
8

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

PENGASUH-PENGASUH RASULULLAH
Ibunya Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
Thuwaibah ( hamba Abu Lahab yang dimerdekakan sewaktu membawa berita
gembira kepada tuannya Abu Lahab akan kelahiran Nabu Muhammad saw ).
Halimah Binti Abu Dzuaib Al-Sadiah.
Syaima anak kepada halimah yang merupakan saudara susuan Nabi saw.
Ummu Aiman hamba yang diwariskan oleh bapanya.
IBU SUSUAN RASULULLAH SAW
Halimah Binti Abu Dzuaib Al-Sadiah
Thuwaibah ( hamba Abu Lahab ). Rasulullah saw menyusu dengan beliau hanya
untuk beberapa hari.
Setelah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lahir baginda disusui oleh
ibunya dan Thuaibatul Aslamiyyah sebelum diserahkan kepada Halimatul
Saadiah daripada kabilah Sadi.
Baginda menerimapendidika ibu susunya tersebut.
Ketika berusia empat tahun baginda membantu keluarga angkatnya
mengembala kambing.
Pekerjaan tersebut telah melatih baginda sabar dan tabah menghadapi ujian
hidup.

c) SEMASA BERSAMA IBU KANDUNG


Salasilah keturunan ibunda Baginda saw, beliau adalah Aminah binti Wahhab bin Abdul
Manaf bin zahrah bin Kilab bin Murrah. Nasabnya bertemu dengan ayahnya pada Kilab bin
Murrah ( nenda kelima dari ayahnya dan keempat dari pihak ibunya ).

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Tradisi bangsawan Arab pada ketika itu menghantar anak ke pedalaman demi mencari
udara dan suasana yang lebih baik bagi anak-anak mereka. Lantaran itu Rasulullah saw
telah dihantar kepada Halimatus Sadiyah untuk disusukan. Ketika berusia 4 tahun Nabi
saw telah dikembalikan semula kepangkuan ibundanya.
Semasa bersama ibundanya, baginda pernah dibawa menziarahi kubur bapanya di
Madinah bersama Ummu Aiman. Seterusnya pada usia 6 tahun Aminah, ibunda baginda
meninggal dunia, lalu baginda diasuh oleh Datuk baginda,

Abdul Muthalib. Jenazah

ibundanya dikebumikan di Abwak, berhampiran Madinah.

d) SEMASA BERSAMA DATUK


Abdul Mutalib ialah pemimpin Makkah pada masa itu. Baginda sangat disayangi oleh
datuknya dan dibawa ke mana-mana sahaja. Abdul Mutalib dikurniakan usia yang panjang,
sehingga dikatakan bahawa beliau meninggal dunia ketika berusia 120 tahun.

Beliau

meninggal dunia ketika Muhammad saw hampir berusia lapan tahun. Dalam keadaan yatim
piatu, baru sempat 2 tahun bermanja dengan datuknya, Abdul Muthalib juga dipanggil
menemui

Illahi.

Sebelum

kematiannya,

beliau

telah

menyerahkan

tanggungjawab

memelihara cucundanya, Muhammad saw kepada bapa saudara baginda sebelah bapa,
iaitu Abu Thalib.

e) SEMASA BERSAMA BAPA SAUDARA


Bapa saudara nabi, Abu Talib seorang yang miskin dan mempunyai 10 orang anak.
Keadaan ini mendorong baginda mengembala kambing untuk membantu meringankan
beban bapa saudaranya. Pekerjaan ini telah melatih baginda dengan perasaan rendah diri
10

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

dan kasih sayang sesama makhluk. Ketika berusia 12 tahun, Abu Talib membawa baginda
berniaga ke Syam. Di Syam, Abu Talib bertemu dengan Buhaira, seorang pendeta Nasrani
Arab. Buhaira mendapati ada tanda-tanda kenabian dan sifat-sifat kerasulan pada diri Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, seperti yang diceritakan dalam Taurat dan Zabur,
dan berpesan supaya membawa baginda balik ke Makkah dan menjaganya dengan baik
kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang Yahudi.
Abu Thalib menunaikan tanggungjawab memelihara anak saudaranya, Muhammad
saw dengan sebaik-baiknya. Baginda tinggal dan bergaul dengan anak-anak Abu Thalib.
Baginda membesar di dalam rumah Abu Talib sehingga Baginda meningkat dewasa ,
matang dan memahami keadaan sekeliling.

f) ZAMAN REMAJA

Baginda telah berniaga bersama seorang pemuda Quraisy bernama Assaibu bin Abi
Assaib. Hasil keuntungan dibahagi sama rata antara mereka.
Ketika berusia 25 tahun, baginda menerima tawaran Khadijah binti Khuwailid untuk
memperdagangkan barang dagangan ke Syam. Dan dibantu oleh Maisarah.

g)PERKAHWINAN BERSAMA SAIDATINA KHADIJAH


Kemuliaan peribadi, kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ketika menguruskan barang dagangan
menyebabkan Khadijah mengutus wakilnya untuk meminang baginda sebagai suami.
Ketika itu umur baginda 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

ANTARA BAJU DAN BARANGAN RASULULLAH S.A.W.


11

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

h)ANAK-ANAK RASULULLAH
Baginda dikurniakan enam (6) orang cahaya mata iaitu : 1. Al Qasim, beliau adalah anak yang namanya dijadikan kun-yah oleh Nabi, sehingga
Nabi juga dipanggil dengan nama Abul Qasim Shallallahualaihi Wasallam. Ibunya
adalah Khadijah binti Khuwailid Al Qurasyiah Radhiallahuanha.
2. Abdullah, beliau dijuluki juga dengan Ath Thahir dan Ath Thayyib. Ibunya juga
Khadijah Radhiallahuanha.
3. Ibrahim, beliau adalah anak bungsu Nabi Shallallahualaihi Wasallam. Ibunya adalah
Mariyah Al Qibthiyyah Radhiallahuanha. Ketiga anak-anak lelaki beliau ini
semuanya wafat ketika masih kecil, semoga Allah meridhai mereka semua.
4. Zainab Radhiallahuanha
5. Ruqayyah Radhiallahuanha
6. Ummu Kultsum Radhiallahuanha
7. Fathimah Radhiallahuanha, beliau adalah anak yang paling dicintai
Nabi Shallallahualaihi Wasallam. Semua anak-anak perempuan beliau ini lahir dari
rahim Khadijah Radhiallahuanha

RASULLULAH DILANTIK MENJADI RASUL


Setelah baginda berumur 40 tahun, baginda sering mengasingkan diri di Gua Hira di
jabal Nur untuk beribadat dan menenangkan fikiran, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

12

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Pada suatu malam, ketika baginda berada di Gua Hira, tiba-tiba kelihatan Malaikat
Jibrail datang menemui baginda dan berkata bacalah baginda menjawab Saya tidak tahu
membaca.
Kemudian Malaikat Jibrail memeluk baginda sehingga lemas, setelah dilepaskan
Malaikat Jibrail menyambung bacalah. Baginda tetap menjawab Saya tidak tahu
membaca. Baginda didakap lagi. Setelah dilepaskan pada kali ketiga, Malaikat Jibrail
melafazkan firman Allah Subhanahu Wa Taala seperti dalam surah al-Alaq ayat 1 5.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terkejut dan cemas dengan peristiwa
tersebut lalu pulang memberitahu isterinya, Saidatina Khadijah.
Baginda dibawa oleh Saidatina Khadijah menemui Waraqah bin Naufal dan
memberitahu bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah ditetapkan menjadi
rasul. Tidak lama selepas itu Waraqah meninggal dunia.
Selepas 40 hari, Malaikat Jibrail datang kali kedua. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam balik dan menyuruh Saidatina Khadijah menyelimutkannya lalu Malaikat Jibrail
menyampaikan wahyu seperti dalam surah al-Muddathir ayat 1 hingga 6.

RASULULLAH CONTOH TERUNGGUL


Sebelum dilantuk menjadi Rasul, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sangat
dihormati oleh masyarakat. Kemudian akhlaknya sangat berbeza dengan pemuda-pemuda
Quraisy yang lain.
Baginda terkenal dengan sifat amanah, bercita-cita besar, sabar, bertanggungjawab
dan berwawasan. Beliau mendapat gelaran al-Amin daripada masyarakat Quraisy.
Kemuliaan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah dijelaskan oleh
Allah Subhanahu Wa Taala dalam surah al-Qalam ayat ke 4.

13

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

SIFAT-SIFAT PERIBADI RASULULLAH


1. Tawadhuk
-Dari Umar bin Khattab r.a. berkata: Rasulullah berpesan: Janganlah kamu semua
melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang nasrani melampaui batas
memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah
hamba Allah dan Rasul-Nya. (HR Bukhari dan Tirmizi)
-Dari Amarah berkata: Seseorang bertanya kepada Aisyah: Apakah yang Rasulullah lakukan
di rumah? Aisyah menjawab: Beliau sama seperti orang lain. Beliau menjahit pakaian,
memerah susu kambing dan menyiapkan keperluan diri beliau sendiri. (HR Bukhari dan
Tirmizi).
2. Lemah lembut
-Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w mencium salah satu isterinya ketika beliau sedang
berpuasa , kemudian dia (isterinya) tertawa". (HR. Muslim)
-Ibn Asaakir meriwayatkan dari Aisyah ra. Bahwasanya Rasulullah sa..w berkata kepadanya: "
Apakah engkau rela menjadi isteriku dunia akhirat? Beliau menjawab: ya aku rela. Lalu
14

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Rasulullah s.a.w. berkata: "engkau adalah isteri saya dunia dan akhirat." (Berkata Albany
di silsilatus sahih: HR. Hakim).
3. Penyayang
-Aisyah r.a. berkata; Pada suatu hari, Nabi s.a.w menemui dan bertanya, Apakah kamu
mempunyai makanan? kami menjawab, Tidak. Beliau bersabda: Kalau begitu, saya akan
berpuasa. Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, Wahai
Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kura, samin
dan keju). Maka beliau pun bersabda: Bawalah kemari, sungguhnya dari pagi tadi aku
berpuasa, maka beliau makan. (HR. Muslim).
4. Pemaaf
-Dari Aisyah r.a berkta: Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak pernah
bersikap keji. Beliau bukan seorang yang suka berteriak di pasar. Beliau tidak membalas
kejahatan dengan kejahatan, akam tetapi suka memaafkan. (HR. Tirmizi).
5. Jujur
-Rasulullah bersabda: Sesungguhnya jujur itu membawa kebaikan dan kebaikan itu
membawa ke surga, sesungguhnya orang yang berkata benar maka orang tersebut
dicatat sebagai orang yang paling jujur. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada
kejahatan dan kejahatan itu mengantarkan ke neraka dan orang yang dusta maka akan
ditulis di sisi Allah sebagai orang yang paling dusta. (HR. Bukhari).
6. Sabar
-Rasulullah SAW bersabda: Sangat mengagumkan bagi seorang mukmin, sebab segala
urusannya sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin:
jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila
menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya. (HR Muslim).

7. Percakapan Nabi s.a.w.


-Asiyah r.a berkata: Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua.
Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar
dapat menhafal apa yang mereka dengar. (HR. Tirmizi dan Abu Daud).
-Dari Anas bin Malik bercerita: Rasulullah mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali
supaya difahami (oleh mereka yang mendengar) (HR. Tirmizi dan Bukhari).

15

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

8. Bacaan Nabi s.a.w.


-Yala bin Mamlak melaporkan, dia bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara
Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran
dengan jelas, perkataan demi perkataan. (HR. Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)
9. Tangisan Nabi s.a.w.
-Dari Abdullah asy-Shikhkhair berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa beliau sedang
solat. Pada masa itu, terdenganr tangisan beliau yang berbunyi seperti air sedang
menggelegak. (HR. Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Khuzaimah).
-Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah mencium Utsman bin Mazhun yang sudah meninggal
dengan air mata yang berlinangan. (HR. Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah).

10.
-

Nabi s.a.w sukakan wangi-wangian

Dari Aisyah r.a berkata: Aku berikan kepada Nabi saw. wangi-wangian yang paling beliau
sukai sehingga saya lihat minyak wangi mengkilap di kepala dan janggut beliau. (HR
Bukhari)

16

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

SAJAK RASULULLAH
Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan fathonah,
Bahkan yang paling Fathonah dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
17

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup


Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
18

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,


Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran Ulul Azmi
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua Ulul Azmi, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhunya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
19

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Hingga bengkak-bengkak kakinya,


Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
20

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,


Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
21

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis jawa miul kalim
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
22

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa


hamba
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
23

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Dia melupakan diri,


Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.

24

- NUR AILYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -

Anda mungkin juga menyukai