Anda di halaman 1dari 3

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

4. SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRA`

(i) (ii)

Maksud Az Zahra` : puteh berseri Riwayat hidup : Nama : Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW Keturunan Quraisy Puteri bongsu Nabi SAW Lahir di Kota Mekah pada 20 jamadil akhir bersamaan 605 Masihi Berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib Dikurniakan tiga cahayamata iaitu Saidina Hasan, Saidina Husin dan Siti Zainab Wafat pada 4 jamadil awal tahun 11 hijrah ( enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW) dalam usia 28 tahun Dimakamkan di perkuburan Baqi` , Madinah al Munawwarah Sifat-sifat mulia yang perlu di contohi oleh wanita Islam: Sabar menghadapi musibah kematian ahli keluarganya Sentiasa taat kepada ayahandanya seperti menjaga ayahandanya selepas kewafatan bondanya Saidatina Khadijah bt Khuwailid Redha menghadapi kesusahan hidup Sentiasa taat kepada suami Saidina Ali bin Abi Talib Berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang soleh Tidak berbangga walaupun anak Rasulullah SAW Bertanggungjawab semasa ayahandanya gering. Bukti-bukti bahawa Saidatina Fatimah az Zahra` adalah seorang: a) Sangat sabar menghadapi musibah kematian keluarga: Sangat sabar ketika kewafatan keempat-empat orang yang dikasihinya iaitu bondanya Saidatina Khadijah, dan kakak-kakaknya iaitu Ruqayyah,Zainab dan Umi Kalsum Sangat sabar juga ketika kewafatan ayahanda tersayang iaitu Nabi Muhammad SAW Mengambil tempat bondanya menjaga Rasulullah SAW setelah kewafatan bondanya. b) c) Sangat mentaati ayahandanya: Menjaga Nabi SAW selepas kewafatan bondanya Menjaga makan minum dan pakaian ayahandanya Tidak berkahwin sehingga ayahandanya berkahwin dengan Saidatina `Aisyah Mentaati keputusan ayahandanya berkahwin walaupun dengan mas kahwin yang tidak mahal. Sangat taat kepada suami: Sangat taat kepada suami walaupun mas kahwinnya rendah dan tidak pernah ingkar Tidak pernah keluar rumah tanpa izin suami Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum. Sentiasa menyokong perjuangan suami melakukan dakwah

(iii )

(iv)

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

d)

Berjaya mendidik anak-anak: Anak-anaknya tidak pernah membantah / menderhaka kepada mereka Saidina Hasan dan Husin dipilih oleh Allah menjadi ketua pemuda ahli syurga Anaknya Zainab merupakan sasterawan Islam pada zamannya. Ramai keturunanya menjadi ulama` dan tokoh ilmuan Islam

e) Tidak berbangga walaupun anak seorang rasul: Tidak menggunakan harta negara untuk kepentingan diri Tidak mengambil kesempatan mendesak Nabi memberinya khadam walaupun hidupnya susah Sanggup menerima tetamu dan memberi mereka makan walaupun mereka dari kalangan anak yatim, orang miskin atau tawanan perang dan mereka sendiri sedang sangat lapar. f) (v) Bertanggungjawab semasa ayahandanya sedang sakit: Sentiasa di samping ayahandanya ketika baginda sakit Sangat mengambil berat dengan merawat dan menjaga makan minum ayahandanya Ketika berusia 10 tahun, beliau membersihkan kepala dan belakang nabi yang berlumuran darah kerana dilakukan oleh orang kafir quraisy

Saidatina Fatimah az Zahra` dijanjikan dengan gelaran ketua wanita dunia dan akhirat

kerana: menghadapi masalah / ujian yang menimpa dengan penuh sabar dan cekal tanpa berkeluh kesah dan kecewa.
(vi) (vii ) (viii ) Panggilan timangan Nabi SAW kepada Saidatina Fatimah az Zahra` ialah : Ummu abiha dan maksudnya : ibu kepada ayahnya Saidatina Fatimah az Zahra` dipanggil demikian kerana menjaga makan minum dan pakaian ayahandanya seperti ibunya. Faedah yang diperolehi hasil mencontohi sifat-sifat mulia tersebut: Mendapat keredhaan Allah SWT Mendapat restu dari ibu bapa Rumah tangga aman dan bahagia Kehidupan diberkati Allah SWT Melahirkan anak-anak yang soleh yang menjadi pemimpin masyarakat dan negara Dapat memberi kasih sayang yang sempurna kepada anak-anak. Sumbangan Saidatina Fatimah az Zahra`: Menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah SAW menjalankan dakwah Membantu suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah Bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud Menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam perang Khandak.

(ix)

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

Usaha pasti jaya

Anda mungkin juga menyukai