Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan perjalanan hidup Nabi

Muhammad SAW

1. Kelahiran dan Empat Puluh Tahun Sebelum


Kenabian

Nabi Muhammad SAW lahir di kota Mekah pada hari Isnin, tarikh 12 Rabi'ul
Awal Tahun Gajah (dinamakan tahun Gajah kerana pada saat itu pasukan
bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman Abrahah ingin menghancurkan
Kaabah. Kemudian pasukan itu binasa seperti daun yang dimakan ulat .
Surah Al-Fil), bertepatan dengan 570 M.

Sebahagian besar penduduk Makkah menyemba berhala). Ayah beliau


bernama Abdullah bin Abdul Muthalib, dan ibu beliau bernama Aminah binti
Wahab. Abdullah bin Abdul Muthalib wafat ketika Rasulullah masih berada
dalam kandungan. (Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, masyarakat hidup
pada zaman Jahiliyah iaitu zaman kebodohan. Sebahagian besar penduduk
Makkah menyembah berhala)

Orang pertama yang menyusui beliau setelah ibunya adalah Tsuaibah.


Kemudian beliau disusukan kepada Halimah binti Dzu'aib As-Sa'diyah hingga
berumur 2 tahun, dan beliau diasuh Halimah selama 4 tahun.

Pada usia 6 tahun, nabi Muhammad SAW, dibawa oleh ibunya berziarah ke
makam ayahnya di Yatsrib. Namun ketika sampai di Abwa ', ibunya
meninggal dan dimakamkan di Abwa'. Dalam perjalanan tersebut ikut juga
pengasuh beliau yang bernama Ummu Aiman. Kemudian Rasulullah diasuh
datuknya, selama dua tahun.
Saat beliau berumur 8 tahun, datuknya meninggal dunia dan beliau di asuh
oleh bapa saudaranya Abu Talib. Pada usia 12 tahun, Rasulullah di bawa
berniaga oleh Abu Talib bersama kafilah dagang ke negeri
Syam. Ketika tiba di Basrah, beliau bertemu dengan pendeta Nasrani yang
bernama Bahira (Bukhira) yang mengatakan kepada Abu Talib bahawa
kemanakannya mempunyai tanda-tanda kenabian dan menyarankan agar
Rasulullah dibawa kembali pulang agar tidak dicelakai orang Rom dan
Yahudi.

Pada tahun ke-14 dari kelahirannya, Rasulullah ikut dalam perang Fijar yang
terjadi pada suatu tempat di antara Nakhlah dan Thaif, antara kabilah
Quraisy dan sekutunya Bani Kinanah melawan Kabilah Qais 'Ailan. Dalam hal
ini Rasulullah ikut membantu bapa saudara-bapa saudaranya menyediakan
anak panah.

Pada Usia 25 tahun Rasulullah dipercaya membawa barang perniagaan milik


Khadijah binti Khuwailid untuk diperdagangkan ke negeri Syam. Kemudian
Rasulullah berkahwin dengan Khadijah.

Putra-putri beliau dari perkahwinan dengan Khadijah adalah: Al-Qasim,


Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, dan Abdullah. Semua putra
beliau meninggal ketika masih kanak-kanak, sedangkan putri beliau semua
hidup pada masa Islam, namum meninggal semasa beliau masih hidup,
kecuali Fatimah yang meninggal dunia enam bulan selepas beliau wafat.

Ketika Rasulullah berusia 35 tahun, kabilah Quraisy membina semula Kaabah


yang rosak akibat banjir. Tatkala pengerjaan sampai kepada peletakan Hajar
Aswad, berlaku perselisihan tentang siapa yang paling berhak meletakkan
kembali Hajar Aswad ke tempat semula.Untunglah ada seorang yang
bijaksana iaitu Ummayah bin Mughirah dari bani Makzum. Atas usul
Ummayah, mereka sepakat siapa yang paling pertama masuk melalui pintu
Safa, ialah yang menjadi pemutus perkara tersebut.

Atas Kehendak Allah SWT, Rasulullah yang pertama memasuki pintu


tersebut, dengan gembira mereka menyeru Al Amin (orang yang boleh
dipercayai). Rasulullah membentangkan sehelai kain dan meletakkan Hajar
Aswad di tengahnya, lalu meminta agar semua kepala kabilah memegang
hujung selendang t dan mengangkatnya sampai ke tempat.

2. Dibawah Naungan Kenabian

Ketika usia Rasulullah mendekati 40 tahun beliau sering beruzlah


(mengasingkan diri untuk memohon petunjuk kepada Allah SWT) di Gua Hira
yang terletak di Jabal Nur.

Tatkala usia beliau genap 40 tahun diangkat menjadi rasul dengan


turunnya wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang disampaikan oleh
malaikat Jibril. Rasulullah gementar dan pulang menemui isterinya Khadijah
dan berkata "Selimuti aku, selimuti aku". Kemudian Khadijah membawa
Rasulullah kepada bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal dan
Waraqah menyatakan yang datang kepada Rasulullah adalah malaikat Jibril.

a. Dakwah secara sembunyi-sembunyi (dakwah Sirriyyah)

Dakwah secara sembunyi-sembunyi berlangsung selama 3 tahun. Pada


dakwah permulaan itu empat orang yang dekat dengan Rasulullah
menyatakan keislamanya, mereka disebut sebagai as-saabiquun al-
awwalluun (orang yang pertama masuk Islam). Mereka terdiri dari: Khadijah
(isteri beliau), Abu Bakar As-Siddiq (sahabat beliau), Ali bin Abi Talib (anak
saudara beliau), dan Zaid bin Harithah (bekas budak beliau).
b. Dakwah secara terang-terangan (dakwah jahriyyah)

Dakwah secara terbuka dilakukan Rasulullah setelah mendapat perintah


Allah SWT (Surah Al-Hijr ayat 94). Dakwah pertama secara terang-terangan
dilakukan di bukit Safa berhampiran Kaabah dan mendapat cemuhan dari
sebahagian besar kaum Quraisy terutama bapa saudaranya sendiri Abu
Lahab (Surah Al-Lahab).

c. Reaksi kaum Quraisy atas dakwah Rasulullah

Pelbagai penindasan dilakukan kepada kaum muslimin, antara lain:


- Uthman bin Affan digulung oleh bapa saudaranya dalam tikar kurma dan
diasapi dari bawah.

- Bilal, budak milik Umayyah bin Khalaf al-Jumahiy, lehernya dililit tali dan
diseret, ditindih dengan batu besar dan diletakkan di terik matahari lalu
dibebaskan oleh Abu Bakar.

Pada Tahun kelima kenabian, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin


berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) untuk mengelakkan penyeksaan kaum
musyrikin. Raja Habsyah pada waktu itu adalah Ashhimah an-Najasyiy.

Kekejaman kafir Quraisy semakin menjadi-jadi. Pada tahun ke tujuh


kenabian, kaum muslimin dan seluruh Bani Hasyim dan Bani Muthalib di
asingkan di lembah dibuang daerah.

Kaum kafir Quraisy memboikot segala hubungan antara umat Islam dengan
pihak lain, sehingga kaum muslimin menderita kelaparan. Pada tahun itu
juga Rasulullah memerintahkan untuk hijrah ke Habasyah yang kedua
kalinya

Anda mungkin juga menyukai