Anda di halaman 1dari 20

KESUSASTERAAN MELAYU

SAJAK
SEMUDAH ITU MEREKA DI LUPAKAN
-FARIDAH HAMID
• VIDEO “HARGAILAH IBU BAPA”
GAYA
BAHASA
ASPEK
KAJIAN MAKSUD ALIRAN
SAJAK SAJAK

AKTIVITI CORAK TEMA

PERUTUSAN
SEMUDAH ITU MEREKA DILUPAKAN

Dunia semakin angkuh dan sombong


Pada unggas di taman terbiar
Bila seorang ibu tabah
Ku lihat mengendong anak
Berjaja di pasar serpihan
Seorang datuk
Teguh pendirian

Mengais timbunan sisa makanan


Di tepi longkang hanyir
Disana,dunia berpesta
Muda-mudi memakai fesyen terbaru
Dengan wangian dari Paris
Kulihat mereka
Mencebik bibir dan melontar simpati tanpa
Menyapa ibu datuk sendiri

Begitu mudah
Mereka berangkat dan
Melupakan
MAKSUD SAJAK
RANGKAP 1
• Kehidupan sekarang banyak yang
mementingkan diri sendiri dan mengabaikan
orang lain.Hanya orang-orang yang tabah yang
sanggup menghadapi kehidupan ini.Selain itu
orang yang mahu berjuang dan tidak malu
menerokai berbagai perniagaan dan mata
pencarian sahaja yang boleh berjuang demi
menyara kehidupan ini.
MAKSUD SAJAK
• RANGKAP 2
• Dalam kehidupan ini perjuangan hidup orang
tua-tua seakan-akan dilupakan oleh golongan
muda.Mereka terlalu mengejar kebendaan dan
berseronok dengan berbagai-bagai keindahan
pakaian dan wangian yang mahal harganya.Di
samping itu tingkahlaku mereka terhadap
orang tua sehingga ibu,bapa,datuk dan nenek
mereka pun tidak mereka hiraukan
MAKSUD SAJAK
• Rangkap 3
• Golongan muda mudah sahaja meninggalkan
dan melupakan nasihat orang tua serta adat
resam budaya mereka.
AKTIVITI
• Bentuk dua kumpulan.
• Setiap kumpulan duduk berhadapan atau
berhampiran dengan kumpulan masing-
masing
ATURAN PERMAINAN
• Setiap kumpulan di berikan giliran untuk
mencabut kertas soalan.
• Setiap ahli kumpulan hendaklah bekerjasama
dalam menyelesaikan soalan yang di berikan
• Markah bagi setiap soalan yang betul adalah
lima markah dan markah akan di tolak
seandainya jawapan salah.
• Setiap kumpulan hanya diberikan 2 minit
untuk menyelesaikan soalan tersebut.
GAYA BAHASA

ASONANSI EPIFORA

ALITERASI SINGKATAN

ANAFORA PERSONAFIKASI
ASONANSI

• Pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u)


• Contoh
– Pada unggas di taman terbiar (vokal a)
– Mencebik bibir dan…(Vokal i)
ALITERASI
• Contoh
– Mengais timbunan sisa makanan (Pengulangan
konsonan s dan m)
ANAFORA
• Pengulangan kata atau frasa pada awal
beberapa baris puisi
• Contoh
– Ku lihat (2 kali)
– Di (2 Kali)
EPIFORA
• Pengulangan kata atau frasa pada akhir
beberapa baris puisi
• Contoh
– Dan
SINGKATAN
• Kata yang di singkatkan dari asalnya
• Sebagai contoh -Ku-aku
PERSONAFIKASI
• Pemberian sifat manusia kepada objek atau
konsep tertentu
• Contoh
– Dunia semakin angkuh dan sombong
TEMA
• Keruntuhan akhlak muda-mudi.Muda mudi
zaman sekarang terlalu mementingkan
kebendaan sahaja sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap orang tua.
(Rangkap 2)
ALIRAN
• Realisme- Satu hakikat bahawa remaja
sekarang kurang menghormatiorang tua dan
semakin melupakan adat resam budaya
kehidupan mereka
• Didaktisme-Mengajar anak-anak supaya
menghormati orang yang lebih tua daripada
mereka.
CORAK
• Epigram-Mengajar anak-anak supaya jangan
melupakan jasa orang tua dan jangan terlalu
mementingkan diri sendiri dengan mengejar
kebendaan duniawi.
PERUTUSAN
• Dalam kehidupan ini kita hendaklah tabah
menghadapi berbagai cabaran dan dugaan
• Muda-mudi sekarang jangan terlalu
mementingkan diri sendiri dan mengejar
keseronokkan sahaja
• Orang tua hendaklah dihormati dan jasa
mereka janganlah dilupakan.

Anda mungkin juga menyukai