Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN SAJAK KAU DAN AKU

HURAIAN MAKSUD:

Rangkap 1:
Seorang bapa yang ingin menjadi pemurah dan pengasih terhadap anak-anaknya. Dia menginginkan anak-
anaknya berkelakuan baik namun sebaliknya anak tersebut menjadi nakal dan tidak menurut kata. Sungguhpun
kelakuan anaknya sedemikian rupa, bapa tersebut tetap berlembut, mengalah dan menurut sahaja akan
kemahuan anak-anaknya.

Rangkap 2:
Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan tidak mahu mendengar segala nasihat
dan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu memandang kelakuan anak-anaknya tanpa
membuat apa-apa. Jiran yang memerhati memuji akan sikap bapa yang baik hati itu. Walaupun bapa itu senang
menerima pujian tersebut, akan tetapi di benak hatinya dia merasa sunyi dan berduka kerana dia tidak dapat
melakukan apa-apa lagi untuk mendidik anak-anaknya itu supaya berkelakuan baik.

Rangkap 3:
Anak-anak itu semakin liar dan dan berani mengikuti ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Bapa
tersedar bahawa dia tidak berkemampuan untuk memperbetulkan keadaan yang semakin teruk. Sementara itu,
anak perempuan pula telah melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah dengan bangsa asing sehingga
melahirkan anak luar nikah. Jirannya masih mengatakan bapa itu baik hati walaupun pada hakikatnya bapa itu
merasa semakin kecewa dan malu atas perilaku buruk anak-anaknya.

Rangkap 4:
Keadaan yang berlaku pada bapa dan anak-anaknya menyebabkan hubungan menjadi rengang dan terpisah. Si
Bapa tidak lagi dipedulikan oleh anak-anaknya. Kini, si bapa semakin tua dan uzur. Akhirnya, dia pun
menyisihkan dirinya dari anak-anaknya yang tidak bermoral itu.

MEMPROSA:

Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah dan jua kau adalah bapa yang ingin menjadi pengasih. Kini, jadilah
anakmu seorang anak perkasa yang gagah dan memiliki mata bolanya api yang merah. Dan kau pun menjadi
lilin yang melembutkan.

Di dalam rumahmu, anak-anakmu lebih bersuara lantang namun matamu hanya mampu berkelip-kelip cuma.
Walaubagaimanapun, jiran masih mengatakan bahawa kau sangat baik hati dan senang hatimu menerima pujian
tersebut. Kini, kau pun semakin terasa sunyi.

Anak-anakmu menjadi semakin berani dan mulai berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba. Dan baru kau
sedar kini bahawa langkahmu semakin terbelenggu. Sementara itu, anakmu si manis pula pulang bersama
dengan cucumu yang berambut warna perang. Sunggguhpun begitu, jiran masih mengatakan kau memang baik
hati sedangkan hatimu semakin dilanda pilu.

Beginilah lumrahnya alam, kau pun telah tersisih dari anak-anakmu. Di perlabuhan waktu, kau berada di sisiku
di sepanjang hujung perjalananmu dan aku pun terpisah.

BENTUK:

Sajak ini mempunyai empat rangkap. Rangkap satu mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap dua mempunyai
enam baris (sekstet). Rangkap tiga mempunyai sembilan baris. Rangkap empat mempunyai lima baris (quint).
Jumlah sukukata yang paling pendek ialah empat suku kata. Contohnya, Di/rum/ah/mu/ (R2, B1). Jumlah
sukukata yang paling panjang ialah lima belas suku kata. Contohnya,
kau/a/da/lah/ba/pa/ya/ng/ing/in/ja/di/pe/mu/rah (R1, B1).

Rima akhir bagi rangkap satu ialah a/a/b/c/c/d. Rangkap dua ialah a/b/c/d/d/d. Rangkap ketiga ialah
a/b/c/a/d/e/e/a/d dan rangkap keempat ialah a/b/b/b/c.

Kesimpulannya, sajak ini bebas dan tidak terpengaruh dari puisi lama sama ada dari segi jumlah baris dalam
serangkap, jumlah sukukata dan rima akhirnya.

PERSOALAN-PERSOALAN:

1. Kasih sayang ayah terhadap anak-anaknya


-Seorang bapa yang sangat mengasihi anaknya sehingga sanggup mengalah dan menuruti kemahuan
anak-anaknya yang nakal.

2. Kekesalan seorang bapa terhadap anaknya


-seorang bapa merasa kecewa terhadap anak-anaknya yang berkelakuan tidak bermoral dan tidak
berakhlak.

3. Anak yang tidak menurut kata dan menyisihkan orang tuanya


-anak-anak yang telah mulai melampaui batasan sehingga berani meninggikan suara dan tidak mahu
mendengar nasihat dari orang tuanya.

TEMA:
Kegagalan seorang bapa dalam mendidik anak-anak yang tidak berakhlak

Penjelasannya:
Seorang bapa merasa kesal atas kelakuan anak-anaknya yang semakin terpesong dan tidak bermoral. Demi
kasihnya terhadap anak-anaknya, dia sanggup mengalah dan menuruti apa saja keinginan anak-anaknya. Dia
hanya mampu berdiam diri melihat kerenah anak-anaknya yang semakin liar itu. Anak lelaki telah mengikuti
ajaran yang bertentangan dengan agama Islam dan anak perempuan pula telah melahirkan anak luar nikah.
Tatkala keadaan menjadi semakin teruk, dia tersedar bahawa tingkahlaku anak-anaknya tidak lagi dapat
diperbetulkan. Hati si bapa menjadi pilu dan mulai membawa dirinya jauh dari anak-anaknya. Dia gagal
mendidik anak-anaknya supaya berkelakuan baik.

PERUTUSAN, MESEJ ATAU PENGAJARAN:

1. Sebagai ketua keluarga, seorang bapa harus bersikap tegas dalam menangani soal anak-anaknya.
Apabila anak melakukan sesuatu kelakuan yang tidak baik, bapa mesti menegur anak tersebut dan bukan
mendiamkan diri sahaja.

2. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan baik dan mengasuh mereka dengan nilai-nilai
dan akhlak yang mulia.

3. Seorang anak hendaklah menuruti perintah dan kata, menerima teguran dengan baik dan tidak sekali-kali
menderhaka kepada orang tuanya. Mereka hendaklah menghormati orang tuanya dan berkelakuan baik
kepada mereka.

CORAK:
Elegi - kesedihan dan kekecewaan bapa terhadap kelakuan anak-anak yang melampaui batasan dan tidak
menghormati bapanya lagi. Contohnya: Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan
tidak mahu mendengar segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu
memandang kelakuan anak-anaknya tanpa membuat apa-apa.

NADA:

Kecewa dan hampa- memperlihatkan perasaan kecewa dan hilang harapan seorang bapa terhadap anak-
anaknya. Contohnya: Si bapa merasa pilu kerana anak-anaknya semakin liar dan anak perempuannya telah
melakukan perbuatan yang dikutuk sehingga melahirkan anak luar nikah. Dia tidak lagi berkemampuan untuk
memperbetulkan keadaan yang semakin teruk lalu dia meninggalkan anak-anaknya.

ALIRAN:

Realisme iaitu nyata memang terdapat sesetengah anak-anak yang tidak lagi menghormati kepada orang tuanya.
Di samping itu, memang terdapat juga sesetengah orang tua yang gagal dalam mendidik anak-anak mereka.

Didaktisisme iaitu mendidik masyarakat supaya memberi perhatian kepada anak dalam soal menberi kasih
sayang. Ibu bapa perlu tegas terhadap anak-anak mereka sekiranya mereka melakukan sesuatu perbuatan yang
tidak baik.

GAYA BAHASA:

A. Asonasi- pengulangan huruf vokal dalam satu baris


Contohnya:
kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih (vokal a)
kau di sisiku di hujung perjalananmu (vocal u)

B. Aliterasi- pengulangan huruf konsonan dalam satu baris


Contohnya:
Matamu mampu berkelip-kelip cuma (konsonan m)

C. Repitasi- pengulangan kata di mana-mana


Contohnya:
Kau, mu, anak-anakmu

D. Simbolik- kata perlambangan


Contohnya:
Api( R1 B5): marah, bahaya dan kejahatan
Merah (R1 B5): bahaya dan garang
Gagak-gagak (R3 B3): kejahatan

E. Gandaan- kata yang berganda


Contohnya:
Anak-anak (R2 B2)
Berkelip-kelip (R2 B3)
Gagak-gagak (R3 B3)

Anda mungkin juga menyukai