Anda di halaman 1dari 3

KEPADA pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3,

SPM dan STPM pada tahun ini, saya ingin berkongsikan beberapa tip bagi
menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini.
Harap ia dapat memberi manfaat kepada yang berkaitan, Insya-Allah.

1) Pastikan untuk mengulang kaji semenjak awal


Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita
ada batasannya.
Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk
menghabiskan semua mata pelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan
menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya
mengulang kaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara
berterusan daripada mengulang kaji bersungguh-sungguh selama
seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur).
Hindarkanlah diri dari sifat malas.
Bayangkanlah dengan mengulang kaji secara serius selama setahun atau
dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih
selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita
menjadi orang yang sesal dan rugi di kemudian hari.

2) Elok untuk mengulang kaji secara berkumpulan, kerana


dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan
bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan
rakan-rakan yang lain
Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang
yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya
‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-
rakan yang lain.
Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka
ataupun bergosip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan
dengan 90% dari masanya hanya untuk bergosip pasal artis, yang tu
memang salah.
Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa
subjek di kelas tambahan (tuition).

3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’


Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study
cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi
last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita.
Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulang
kaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-
perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda
(mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian.
Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang
lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus
motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing.
Ulang kaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua
subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar,
dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!

4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri


dari timbul perasaan panik.
Walaupun kita sudah mengulang kaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika
perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah
gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi
semasa sesi menjawab soalan nanti.
Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk
kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan
oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik
untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh
(ambil vitamin, suplemen tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.

5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah serta


bonda
Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga
tidak melupakanNya.
Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala
urusan ketika menghadapi detik-detik peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih,
pasti mindanya begitu juga.
Kepada yang mengambil peperiksaan UPSR/PT3/SPM/STPM atau apa-apa
jenis peperiksaan jua, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya.
Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah
semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang.

Ingat, apa jua kejayaan yang kita kecapi, ianya bukan milik mutlak
kita, tetapi milik Allah SWT jua..

Anda mungkin juga menyukai