Anda di halaman 1dari 10

SYAIR SITI KHADIJAH Siti Khadijah bangsawan terbilang Kaya raya gemar berdagang Tertarik hati pekerti cemerlang

Menawan baginda untuk berdagang Ke negeri Syam baginda berniaga Bersama Maisarah membantu baginda Jujur ikhlas Khadijah berbangga Rajin dan gigih pandai berniaga Khadijah memilih bersuamikan baginda Kasih dan sayang sehati sejiwa Berkorban apa, sahaja yang ada Menjadi tauladan kepada kita

MENEPATI MASA Menepati masa setiap setika Hidup bahagia sepanjang masa Jadikan pedoman sepanjang zaman Untuk berjaya dalam kehidupan Marilah kawan jadikan pedoman Menepati masa jadikan amalan Agar berjaya ke arah wawasan Kepada diri rakan sekalian.

NASIHAT IBU Wahai adik-adik sekalian, Dengar sini kakak ceritakan, Hidup ini penuh cabaran, Kita mesti tabahkan iman. Kita mesti sentiasa bersyukur, Janganlah jadi orang yang kufur, Budi baik hendaklah ditabur, Janganlah sombong janganlah takbur. Adik-adik yang disayangi, Jangan biarkan orang membenci, Kelak kawan larikan diri, Pasti hidup akan bersendiri. Ingatlah semua adik-adikku, Janganlah engkar nasihat ibu, Biarlah dada dipenuhi ilmu, Bahagia sejahtera senang hidup.

PENTINGNYA ILMU Dengarlah teman sahabat taulan, Sedikit panduan satu pesanan, Tuntutlah ilmu sepanjang zaman, Kelak dirimu tidak ketinggalan. Jika membaca dijadikan amalan, Pelbagai ilmu dapat ditemukan, Biar apapun jenis pekerjaan, Pasti diri menempuh kejayaan. Marilah teman marilah rakan, Mencari ilmu buat bekalan, Jika ilmu kita abaikan, Alamat diri dalam kerugian. Hidup ini suatu perjuangan, Tabahkan hati menghadapi cabaran, Bersusah dahulu bersenang kemudian, Baru tercapai segala impian.

ARNAB YANG PENAKUT Assalamualaikum Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Tampil ke hadapan membawa cerita, Cerita rakyat hamba persembahkan; Arnab Yang Penakut tajuk cerita, Sebagai hiburan rakan sekalian. Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan, tinggal dua ekor arnab iaitu Si Putih dan Si Kelabu yang bersahabat baik. Hubungan mereka sangat rapat umpama isi dengan kuku. Jika hendak membuat sesuatu pekerjaan mereka akan melakukan bersama-sama. Si Putih dan Si Kelabu mempunyai satu perangai yang buruk. Mereka ini takut kepada semua perkara termasuk bayangbayang mereka sendiri. Apa saja yang dilakukan serba tidak kena. Setiap hari, mereka berasa takut dan tidak mahu hidup lagi. Keadaan kedua-dua ekor arnab ini semakin hari semakin menjadijadi, sehingga mereka mengambil keputusan untuk bunuh diri. Pada suatu hari, Si Kelabu berkata kepada sahabatnya, Wahai sahabatku, aku rasa kita tidak mampu meneruskan

kehidupan ini lagi. Aku lebih rela mati daripada hidup dalam ketakutan. Lantas Si Putih menjawab, Ya lah, aku rasa itulah keputusan yang bijak. Mereka pun bersetuju untuk mati bersama. Si Putih dan Si Kelabu mula memikir cara terbaik untuk bunuh diri. Tiba-tiba terlintas diingatan Si Putih, tidak jauh dari tempat tinggalnya ada sebuah kolam lama. Apa lagi Si Putih pun mengajak Si Kelabu menuju ke kolam tersebut. Tanpa melengahkan masa, mereka pergi ke kolam itu. Di situ, tinggal sekumpulan katak. Katak-katak itu sedang berehat, berhibur dan menyanyi :Lompat Si Katak lompat Lompatlah tinggi tinggi Cepatlah adik cepat Cepat cepat bangun pagi Katak- katak itu menyanyi dengan gembira sambil bermain-main. Tiba-tiba, katak-katak ini terperanjat terus bertempiaran menyelamatkan diri seperti nampak hantu. Apabila kedua-dua ekor arnab itu muncul dan terus terjun ke dalam kolam untuk bunuh diri. Salah seekor katak itu pun melatah, Oh emak kau, kecil-kecil tak nak mampus dah besar susahkan aku . Semasa arnab-arnab ini terjun ke dalam kolam, Si Putih terpandang katak-katak itu bertempiran menyelamatkan diri.

Maka Si Putih pun berkata , Rupa-rupanya ada haiwan lain yang lebih takut dari aku. Jawab Si Kelabu, Betullah Putih, bukan kita sahaja yang ada masalah semua haiwan ada masalah. Aku rasa. keputusan yang kita buat salah, Putih. Dengan rasa menyesal si arnab Putih menjawab, Marilah kita sama-sama meneruskan kehidupan seperti rakan-rakan yang lain. Akhirnya kedua-dua arnab ini tidak jadi bunuh diri. Mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira serta berjanji akan menguatkan semangat untuk terus hidup. Sambil pulang mereka menyanyi Datuk Panglima pergi membajak, Ke tanah rata senja pulangnya; Kalau sahabat orang yang bijak, Cerita hamba apa pengajarannya? Wahai rakan-rakan antara pengajaran yang terdapat dalam cerita hamba ini : Pertama Janganlah kita terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir dahulu. Kedua Hidup mestilah tabah menghadapi dugaan. BATU BELAH BATU BERTANGKUP Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Tersebut kisah, satu cerita, Kisah Mak Tanjung dan anak-anaknya Telur ikan tembakul menjadi idaman Habis dimakan anak-anaknya. Pak Dolah dan Mak Tanjung tinggal di kaki Bukit Berapit. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Melur dan Pekan. Kehidupan mereka amat daif, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Walaupun daif tetapi mereka hidup bahagia sekeluarga. Pada suatu hari, ditakdirkan Pak Dolah jatuh sakit. Selang beberapa hari, beliau pun meninggal dunia. Tinggallah Mak Tanjung bersama anak-anaknya. Mak Tanjung terpaksa mencari rezeki. Manakala Melur ditugaskan menjaga adiknya iaitu Pekan. Ketika menungkah ikan di sungai, Mak Tanjung teringin hendak makan telur ikan tembakul. Setelah menangguk beberapa kali, dia berjaya menangkap seekor ikan tembakul. Mak Tanjung pun membawa pulang hasil tangkapannya itu. Setiba di rumah Mak Tanjung pun berkata kepada anaknya, Melur, siangkan ikan ini dan gorengkan telurnya. Makanlah telur itu bersama Pekan.

Simpankan sedikit untuk mak. Selepas itu, Mak Tanjung terus pergi mandi untuk bersihkan diri. Melur menurut suruhan emaknya. Setelah selesai menggoreng telur ikan tembakul, Melur pun menyimpan sedikit untuk emaknya. Melur dan Pekan makan telur ikan tembakul yang sebahagiannya. Tetapi Pekan yang masih tidak puas meminta lagi. Melur pun berkata kepada adiknya, Tidak boleh, dik, telur ini untuk mak. Emak belum makan lagi. Pekan terus meminta lagi sambil menangis dan meronta-ronta, kakak nak lagi, kakak nak lagi. Melur tidak sampai hati melihat adiknya yang terus menangis, lalu diberikan lagi telur ikan tembakul sehingga habis. Mak Tanjung yang baru selesai mandi, menuju ke dapur untuk menjamah telur ikan tembakul. Alangkah terperanjatnya Mak Tanjung , Melur, oh Melur ! mana telur ikan yang emak suruh simpan tadi ? Suara Mak Tanjung memanggil Melur. Melur yang dalam ketakutan pun berkata, PePekan telah makan semua mak. Apa ?, Jerit Makt Tanjung. Mak Tanjung yang kempunan terus membawa diri ke sebuah batu yang besar. Di hadapan batu yang besar itu Mak Tanjung menangis sambil berkata, Batu belah Batu bertangkup, telanlah aku aku

kempunan makan telur ikan tembakul. Batu itu pun membuka mulut dan terus menelan Mak Tanjung. Emm sedapnya. Semenjak hari itu, Mak Tanjung tidak kelihatan lagi. Kini Melur dan Pekan menjadi anak yatim piatu . Wahai rakan-rakan antara pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah Pertama Janganlah mengamalkan sikap tamak dalam kehidupan. Kedua Janganlah menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai