Anda di halaman 1dari 6

AL-QURAN PENCETUS INOVASI

Cahaya matahari menyilau mata,

Rasa pedih berusaha menahan,

Lafaz bismillah pembuka kata,

Gelanggang syarahan saya mulakan.

Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih tuan pengacara,para hakim

yang cendekia,penjaga masa yang setia, seterusnya hadirin umat

Muhammad semua. Berdirinya pokok kerana akarnya,berdirinya rumah

kerana tiangnya, berdirinya saya di sini kerana hadirin sekalian yang

duduk sedia menantikan syarahan saya yang bertajuk "Al-quran Pencetus

Inovasi". Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut dan terperinci lagi,

izinkan saya untuk mendefinisikan frasa demi frasa tajuk syarahan saya.

Al-quran bermaksud kalamullah yang diturunkan oleh Allah

kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi panduan hidup manusia.

Membacanya merupakan satu ibadah dan mendapat pahala.


Seperti sabda Rasulullah s.a.w : "Barang siapa yang membaca satu

huruf daripada al-quran,maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan

menyamai sepuluh pahala"(HR Ad-Tarmizi).

Pencetus pula bererti mewujudkan atau menghasilkan sesuatu.

Manakala di dalam Kamus Dewan, Inovasi bermaksud pembaharuan

sesuatu samada perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Tuntasnya, cogan kata 'Al-quran Pencetus Inovasi' bermaksud al-quran

mampu menghasilkan perubahan terhadap pelbagai aspek dan juga bidang.

Hal ini kerana al-Quran merupakan sebuah kitab yang syumul dan

lengkap.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Meniti hujah saya yang pertama,

Al-Quran mengubah kegelapan kepada cahaya. Jika kembali kepada

sejarah, dapat kita lihat bagaimana dengan keindahan ayat al-quran mampu

menarik minat ramai orang kepada cahaya Islam. Hal ini kerana, bahasa

al-Quran merupakan bahasa yang sangat indah dan mampu menarik hati

manusia. Lihat sahaja bagaimana Umar Al-khatab seorang yang bengis

dan benci kepada Islam mampu berubah kepada seorang yang sangat alim
selepas mendengar ayat suci al-Quran. Oleh itu, al-Quran mampu

mengubah diri manusia daripada yang jahat kepada baik.

Hadirin minda kelas pertama,

Meniti hujah saya yang kedua,

Al-quran sebagai pegangan umat manusia.Sabda Rasulullah s.a.w : "Ku

tinggalkan kepadamu dua pusaka abadi,apabila kamu berpegang

kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat,iaitu Kitab Allah dan

sunnahku".Maka dengan ini,jelaslah yang al-quran ini merupakan panduan

yang hakiki. Jika masyarakat hari ini mengamalkan kandungan

al-quran,maka akhlak masyarakat akan mengikut akhlak Rasulullah s.a.w

kerana Saidatina Aisyah pernah berkata :"Akhlak Rasulullah itulah akhlak

al-quran".Jadi, dengan hidupnya akhlak al-quran dalam kalangan

masyarakat nescaya masalah-masalah gejala sosial seperti

berzina,membuang bayi dan berjudi yang meruncing ini dapat dilenyapkan.

Oleh itu,kita mesti melangkah dengan seribu kekuatan untuk kembali

kepada fitrah dengan menjadikan al-quran sebagai pegangan hidup.

Hadirin dan hadirat sekalian ,

Meniti hujah saya yang ketiga,


Al-quran adalah pembeza antara yang benar dan salah.Firman Allah

s.w.t yang bermaksud : "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan

al-quran yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi

keterangan-keterangan yang menjelaskanpetunjuk dan perbezaan antara

benar dengan yang salah". Kadangkala, terdetik di dalam hati kita tentang

mana yang benar dan mana yang salah. Jawapannya mudah sahaja.

Al-quranlah jawapannya. Al-quran telah diturunkan untuk membezakan

antara yang benar dan salah.Jadi mengapa kita perlu bersusah payah untuk

memilih antara yang benar dan salah?Semuanya telah terukir di dalam

al-quran. Ramai yang telah tersalah memilih jalan kehidupan kerana

mereka meninggalkan al-quran.Oleh itu,kita perlu menjadikan al-quran

sebagai teman hidup supaya kita tidak tersilap memilih yang benar dan

yang salah.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Meniti hujah saya yang keempat, Al-quran adalah cahaya yang

menerangi. Al-quran adalah petunjuk yang menerangi ke arah jalan yang

lurus dan selamat. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maidah ayat 15 dan

16 yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya

kebenaran dari Allah dan sebuah kitab (al-quran) yang jelas nyata

keterangannya.Dengan (al-quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan


keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut

keredhaan-Nya, dan (dengan al-quran,Allah) keluarkan mereka dari gelap

gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya,dan (dengan

al-quran,Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".Kegelapan

adalah suasana kehidupan yang tidak menentu,tidak terarah dan tidak

terurus.Ia umpama orang yang berjalan tidak menentu di dalam bilik yang

gelap tanpa mengetahui hala tujuannya,dan meraba-raba itu dan ini tanpa

mengetahui sama ada ia bermanfaat atau tidak untuk dirinya.Al-quran

adalah cahaya yang menerangi sehinnga orang yang menggunakan

"suluhan" al-quran sebagai petunjuk akan memiliki kehidupan yang

bermatlamat, terarah lagi terurus.

Hadirin pasca kemerdekaan,

Melalui hujah yang telah saya bentangkan, jelaslah kepada kita

seluruh umat manusia bahawa kehadiran al-quran dalam hidup amat

bermakna.Dengan mengamalkan inti pati al-quran,kita mampu berubah

menjadi insan yang lebih baik. Pepatah melayu ada menyebut,"hendak

seribu daya,tak hendak seribu dalih".Walaupun kehadiran al-quran

memberi sinar dalam kegelapan hidup kita, jika isi kandungannya tidak

diamalkan,sinar itu akan hilang sekelip mata.Firman Allah

s.w.t,mafhumnya : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum


itu,melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri". Akhir kalam,saya

sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun.

Al-quran pembimbing sepanjang zaman,

DiturunkanNya kepada Rasulullah,

Diwasiatkan untuk diamalkan,

Mampu menjana transformasi ummah.

Sekian,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai