Anda di halaman 1dari 4

ISRAK DAN MIKRAJ

TEKS

CATATAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Terima kasih peneraju acara, para hakim penegak keadilan, seterusnya
hadirin dan hadirat sekelian.
Hayatilah cerita saya
Israk Mikraj satu peristiwa,
Penuh teladan jadi pedoman,
Di dalam Al Quran Allah Berfirman

Lagu : Solatullah

Kawan-kawan,
Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam dari
Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Manakala Mikraj pula
perjalanan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini
berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 kerasulan.

ISI

DALIL

Maha Suci Allah yang telah menjalankan HambaNya (Muhammad) pada


waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa , yang Kami berkati
sekelilingnya. (Al Israk :1)
Ya kawan-kawan,
Peristiwa ini merupakan kuasa Yang Esa, wajib kita percaya. Kejadian
puting beliung yang berlaku di Pendang, Kedah pada November yang lalu
adalah bukti kekuasaanNya.

PENGAJARAN
ISU

PANTUN
Sebelum baginda mulakan perjalanan
Buraq diutus sebagai kenderaan
Bersama Jibril sebagai teman,
Nabi diperlihatkan pelbagai gambaran
ISI
Apa yang dilihat Nabi ? Antaranya ada yang bercucuk tanam dan segera
mendapat hasilnya, ada pula yang memecahkan kepala sendiri,
menggunting lidah berulang kali dan golongan wanita yang digantung
,sehingga otaknya menggelegak.
MasyaAllah.itulah balasan orang yang mengingkari perintah Ilahi.

DALIL

`Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar


ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api
neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.
(An-Nisa :14)
Ya kawan-kawan,

PENGAJARAN
ISU

Buatlah kebaikan cegahlah kemungkaran. Ambillah pengajaran dari tragedi


kematian beberapa individu dalam konsert besar-besaran di Bukit Jalil.

Mikraj Nabi
penuh bererti
Pertemuan para Anbiya
Hingga ke langit tertinggi
Sidratul Muntaha.. menjadi saksi
Perintah solat..5 waktu
Amanah diberi

SAJAK
ISI

DALIL
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah
kamu dalam mengerjakannya. ( Taha : 132).
Ya kawan-kawan,

PENGAJARAN
ISU

Solat itu tiang agama. Program kem bestari solat adalah usaha murni
mendidik generasi ke arah penghayatan solat 5 waktu sehari semalam. Bak
kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Sekembali Nabi KeMakkah, baginda menceritakan peristiwa kepada


penduduk Makkah. Apa yang berlaku kawan-kawan?
Tersentak kaum Quraisy, dengar berita..
Curiga kaum derhaka, ada yang percaya.
Saidina Abu Bakar adalah sahabat setia yang percaya berita yang
dibawa..Sehingga Assidiq gelarannya. Abu Jahal pula penentang utama
Namun dakwah baginda tetap diteruskan , demi menegakkan ajaran Ar
Rahman.

ISI
(Lagu : Assalamu
alaika)

DALIL

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[ dan pelajaran


yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (AnNahl : 125)

PENGAJARAN
ISU

Hadirin sekelian,
Menyampaikan dakwah tanggungjawab bersama. Ternyata Program mimbar
Pencetus Ummah mampu melahirkan daie yang berkualiti.

Israk Mikraj mukjizat Nabi,


Wajib percaya Keajaiban Yang Esa,
Ambillah iktibar kisah ini
Buat pedoman kita bersama
Sekian,
Wabillahitaufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

PANTUN

Anda mungkin juga menyukai