Anda di halaman 1dari 4

ISRAK DAN MIKRAJ

TEKS CATATAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…

Terima kasih peneraju acara, para hakim penegak keadilan, seterusnya


hadirin dan hadirat sekelian.

Hayatilah cerita saya


Israk Mikraj satu peristiwa, Lagu :
Penuh teladan jadi pedoman, Solatullah
Di dalam Al Quran Allah Berfirman

Kawan-kawan,

Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam dari
Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Manakala Mikraj pula
perjalanan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini ISI
berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 kerasulan.

DALIL

Maha Suci Allah yang telah menjalankan HambaNya (Muhammad) pada


waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , yang Kami berkati
sekelilingnya. (Surah Al Israk :1)

Ya kawan-kawan,

Peristiwa ini merupakan kuasa Yang Esa, wajib kita percaya. Kejadian PENGAJARAN
puting beliung yang berlaku di Pendang, Kedah pada November yang lalu ISU
adalah bukti kekuasaanNya.

PANTUN
Sebelum baginda mulakan perjalanan
Buraq diutus sebagai kenderaan
Bersama Jibril sebagai teman,
Nabi diperlihatkan pelbagai gambaran
ISI
Apa yang dilihat Nabi ? Antaranya ada yang bercucuk tanam dan segera
mendapat hasilnya, ada pula yang memecahkan kepala sendiri,
menggunting lidah berulang kali dan golongan wanita yang digantung
,sehingga otaknya menggelegak.

MasyaAllah….itulah balasan orang yang mengingkari perintah Ilahi.


DALIL

`Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar


ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api
neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.
(Surah An-Nisa :14)

Ya kawan-kawan, PENGAJARAN
ISU
Buatlah kebaikan cegahlah kemungkaran. Ambillah pengajaran dari tragedi
kematian beberapa individu dalam konsert besar-besaran di Bukit Jalil.

Mikraj Nabi SAJAK


penuh bererti ISI
Pertemuan para Anbiya
Hingga ke langit tertinggi
Sidratul Muntaha….. menjadi saksi
Perintah solat..5 waktu
Amanah diberi

DALIL

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah


kamu dalam mengerjakannya. ( Surah Taha : 132).

Ya kawan-kawan, PENGAJARAN
ISU
Solat itu tiang agama. Program kem bestari solat adalah usaha murni
mendidik generasi ke arah penghayatan solat 5 waktu sehari semalam. Bak
kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Sekembali Nabi Ke Makkah, baginda menceritakan peristiwa kepada ISI


penduduk Makkah. Apa yang berlaku kawan-kawan?
(Lagu :
Tersentak kaum Quraisy, dengar berita.. Assalamu alaika)
Curiga kaum derhaka, ada yang percaya…….

Saidina Abu Bakar adalah sahabat setia yang percaya berita yang
dibawa..Sehingga Assidiq gelarannya. Abu Jahal pula penentang utama…
Namun… dakwah baginda tetap diteruskan , demi menegakkan ajaran Ar
Rahman.
DALIL

PENGAJARAN
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[ dan pelajaran ISU
yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (AnNahl : 125)

Hadirin sekelian,

Menyampaikan dakwah tanggungjawab bersama. Ternyata Program


mimbar Pencetus Ummah mampu melahirkan da’ie yang berkualiti.

Israk Mikraj mukjizat Nabi, PANTUN


Wajib percaya Keajaiban Yang Esa,
Ambillah iktibar kisah ini
Buat pedoman kita bersama

Sekian,
Wabillahitaufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…

Anda mungkin juga menyukai