Anda di halaman 1dari 5

Kisah Nabi Muhammad di Gua Thur

Bil Teks Catatan

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركته‬


Salam dan salutasi
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana. Seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian .

Dakwah Nabi tidak diterima


Dibumi Makkah tempat lahirnya
Nasyid Selawat Badar
Dakwah dibuat ke Madinah pula
Perintah hijrah diikuti baginda.

Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Kisah Nabi Muhammad SAW di Gua
Tsur .

1 Ya Kawan-kawan .

Penentangan kaum Quraisy terhadap perkembangan dakwah semakin Isi


memuncak. Dikatakan bahawa kaum Quraisy telah melancarkan gerakan
besar-besaran untuk membunuh Nabi Muhammad SAW bagi mereka Pengenalan
memerangi perkembangan agama Islam. Sehebat-hebat perancangan manusia
perancangaAllah lebih hebat ; Allah Taala menurunkan wahyu dan
memerintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah :-

Surah An-Nisa ayat 100 :

         


  Dalil

Ertinya : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membeladan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati dimuka bumi ini tempat berhijrah
yang banyak dan rezeki yang luas….

Saidina Ali , sepupu dan sahabat baginda adalah insan yang sangat berani
kerana sanggup mengantikan tempat tidur baginda semasa pengepungan
dibuat oleh pihak kafir Quraisy.

Kawan-kawan, ingatlah !

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah berani menegakkan kebenaran


walaupun sepahit manapun. Isu Semasa

Renungkan sejenak di ambang Palestin, Pengajaran


Berpelurukan batu
Menghalau pada rejim zionis
Mereka tidak takut pada sesiapa
Asalkan tanah tumpah tidak dirampas Sajak

Bil Teks Catatan

2 Ya Kawan-kawan………… Isi

Kasih sayang ataupun mahabbah adalah sangat penting dalam kehidupan


seharian kita sebagai seorang murid islam. Pengajaran

1
Kisah Nabi Muhammad di Gua Thur

Tahukah kawan-kawan macamana kesetian dan kasih sayang yang telah


ditunjukan oleh sahabat baginda iaitu Abu Bakar dalam peristiwa di gua
Tsur ?

Jika kawan-kawan dah tahu Alhamdulillah . Tapi bagi yang belum


mengetahui dengarlah sambungan cerita saya ya .

Semasa nabi dan Abu Bakar bersembunyi di gua Tsur pelbagai peristiwa
yang berlaku boleh kita ambil jadikan teladan.

Ketahuilah bagaimana kebijaksanaan Abu bakar menutup lubang-lubang gua


dengan kain perca bagi mengelakkan mereka dikesan oleh puak-puak kafir
Quraisy.

Semasa berada dalam gua Tsur Nabi Muhammad SAW telah tertidur di atas
riba Abu bakar . Inilah contoh kasih sayang diantara dua sahabat dunia
akhirat.

Berada Nabi di dalam gua


Tiada berlampu tiada berpelita
Takdir ilahi siapa yang tahu Syair
Abu Bakar digigit….. binatang berbisa
Sifat mahabbah…..harus diteladani
Nabi mengubati bisa yang dihadapi.

Allah Taala berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 40 :

..……………     


Ertinya : Kalau kamu tidak menolongnya ( Nabi Muhammad ) maka Dalil
…… sesungguhnya Allah telah pun menolongnya

Namun tidakkah kawan-kawan sedih dengan apa yg telah berlaku hari ini?

Berita yang amat mengemparkan dalam akhbar pada akhir-akhir ini Mayat Isu Semasa
bayi dijumpai tanpa kepala di dalam sungai.
Pengajaran
Binatangkah ibubapanya kawan-kawan? Mana sifat mahabbah mereka ?
mana ajaran yang telah nabi tinggalakan? Perbuatan ini amat-amat terkutuk
sekali.

2
Kisah Nabi Muhammad di Gua Thur

Bil Teks Catatan

3 Wahai kawan-kawan! Isi

Kasihnya ibu membawa kesyurga


Kasihnya anak sepanjang masa Nasyid
Kasihnya Asma’ … kepada ayahnya
Berkorban nyawa jiwa dan raga

Lihatlah kawan-kawan!

Kesanggupan anak berulang-alik membawa makanan


Selama 3 hari berturut-turut membawa makanan untuk ayahndanya serta
Nabi SAW.

Kekuasaan Allah siapa yang tahu ?

Walaupun berjalan dipadang pasir namun satu tapak kaki pun tidak dilihat
oleh musuh Rasulullah. Ini adalah kerana sekumpulan biri-biri telah menutup
jejak perjalanan Asma’

Allah Taala menyatakan dalam Al-Quran Surah An Anfal


ayat 30 :
        
Ertinya : ….Dan mereka menjalankan tipudaya dan Allah mengagalkan
tipudaya mereka kerana Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipudaya Dalil

Begitulah kita, sepatutnya bijak merancang untuk mencapai sesuatu kejayaan


dan bertawakkal kepada Allah

Keadaan dapat kita lihat melalui NKRA yang telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan dalam memajukan lagi bidang pendidikan di Negara kita.
Pengajaran

Isu semasa

4 Labah-labah membuat sarang Isi


Di pintu gua sarang terbentang
Burung merpati bersarang juga Nasyid
Menjadi muslihat musuh durjana

Kaum kafir quraisy telah berusaha mencari Nabi ke merata tempat dan
pelusok negeri.Sebarang kesan telapak kaki dan jejak nabi dan Abu Bakar
gagal ditemui.

Mereka mencari bukan setakat di kampung-kampung bahkan seluruh gua dan


bukit yang berada di persekitaran perjalanan ke Yathrib.

Bil Teks Catatan

Nabi bersama bapa mertuanya Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur
untuk menggelak daripada menjadi buruan orang kafir Qurasiy.

3
Kisah Nabi Muhammad di Gua Thur

Abu Bakar merasa amat takut,bimbang dan risau akan keselamatan


Rasulullah dan dirinya.Dalam keadaan keresahan tersebut beliau telah
ditenteramkan oleh Rasulullah dengan menyatakan jangan takut dan bersedih
sesungguhnya Allah SWT bersama kita.

Dalam keadaan yang tertekan dan ketakutan Allah SWT telah menurunkan
pertolongan dengan menggerakkan labah-labah untuk membuat sarang
dimuka pintu Gua dan sepasang burung merpati yang sedang mengeram di
depan pintu tersebut.

Walaupun orang-orang kafir sudah sampai ke pintu gua Thur dan mereka
cuba memasukinya, namun kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa
sarang labah-labah akan terkoyak dan burung merpati pasti akan terbang lari
sekiranya ada manusia yang memasuki gua tersebut.Lalu mereka mengambil
keputusan untuk tidak memasuki gua tersebut.

Oleh kerana Rasulullah adalah kekasih Allah lantas Allah menurunkan


pertolongan kepadanya.Sebagaimana Firman Allah SWT yang bebunyi

Surah Al Haj ayat 40 :

          


Maksudnya:.....Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya
sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa....

Di sini jelas menunjukkan kekuasaan Allah SWT mengatasi segalanya. Dalil


Walau sehebat mana perancangan yang manusia lakukan sebenarnya
perancangan Allah lagi baik/hebat.

Bukti kekuasaan Allah SWT juga dapat dilihat melalui kejadian mangsa
gempa bumi yang terselamat daripada timbunan runtuhan bangunan yang
menimpa mereka.Jika mengikut logik akal sudah pasti kesemuanya mati
dalam runtuhan tersebut.Namun kekuasaan Allah SWT penentu segala- Pengajaran
galanya.

Isu semasa

4
Kisah Nabi Muhammad di Gua Thur

Bil Teks Catatan

5 Hadirin yang dimuliakan…………….. Isi

Setelah Rasulullah SAW dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur selama 3
hari.

Maka keluarlah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah


dirasakan keadaan di luar dalam keadaan selamat.

Kekentalan dan semangat jihad yang membara dapat menyuntik semangat


baginda berdua untuk meneruskan perjalanan……………………………

Allah Berfirman : Surah Muhammad ayat 7

      


  
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman kalau kamu membela
( agama ) Allah nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai kemenangan
) dan meneguhkan pendirian kamu. Dalil

Abdullah bin Uraiqit telah membantu baginda berdua dalam perjalanan ke


sana dengan menyediakan dua ekor unta sebagai kenderaan mereka. Sebagai
langkah keselamatan baginda dibawa melalui jalan yang jarang dilalui oleh
orang ramai. Ini merupakan satu helah daripada dijejaki oleh musuh.

Kita juga perlu mengambil tindakan yang sama dengan berfikir dan bertindak
dengan menggunakan akal di dalam sesuatu tindakan yang kita yang lakukan.

Tanpa menggunakan akal yang waras dalam berfikir mengakibatkan banyak


kezaliman dan penganiayaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Pengajaran
kini.sebagai contoh kes simbah asid yang berleluasa sekarang ini yang
banyak melibatkan mangsa yang tidak berdosa.

Hadirin yang dihormati


Isu semasa
Rasulullah merupakan idola kita yang mesti dicontohi bagi mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Bunga raya bunga cempaka


Kembang ditaman indah ceria
Demikianlah paparan cerita saya
Semoga terhibur anda hendaknya

Sekian wabillahi taufik wassalamu alaikum warahmatullah.

Anda mungkin juga menyukai