Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM

FATHUL MEKAH’ (PEREMPUAN)

ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Pendahuluan

Terima kasih, pengacara budiman,


Barisan hakim dan hadirin sekalian, Pantun
Mari hayati kisah daripada Al Quran,
Fathul Mekah tajuk pilihan

Kawan-kawan,

Pada tahun ke 6 Hijrah Rasulullah saw bermimpi bahawa Baginda dan para Isi 1
sahabat akan memasuki Kota Mekah dan Masjidil Haram. Rasulullah SAW
mengatakan bahawa mimpi baginda ini akan terjadi.

Tatkala dikhabarkan mimpi baginda, Lagu (rabbani)


Sahabat gembira tak terkira,
Mengatur langkah
ziarah Baitullah,
Kampung halaman yang tercinta.

Malangnya, orang-orang munafik mengatakan mimpi baginda bohong belaka.

Firman Allah :

Dalil 1
“ Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah
dalam keadaan aman ”
~ Surah al-Fath ayat 27.

Ya rakan-rakan,

Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa yakin dan berpegang teguh dengan Pengajaran
janji Allah. Lihatlah rakyat Palestin, walaupun telah dijajah rejim Zionis selama Isu semasa 1
70 tahun, namun mereka tetap teguh mempertahankan tanah suci umat Islam ini
atas keyakinan bahawa Allah pasti akan memberi kemenangan.
Kawan-kawan, Isi 2

Setelah membuat segala persiapan, Rasulullah saw bersama rombongan kaum


muslimin berangkat menuju ke Kota Mekah bagi menunaikan Umrah.

Tiba-tiba...
Sampai di pertengahan jalan, unta yang ditunggang nabi berhenti lalu
merebahkan badan. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadian. Kaum
Quraisy Makkah telah bersedia untuk menyerang nabi.

Rundingan demi rundingan gagal meyakinkan


Berita pembunuhan Uthman mereka sebarkan Sajak
Rasulullah berjanji beri pengajaran
Bai’atul Ridhwan tanda sokongan

Firman Allah :

 Dalil 2


dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka
memerangi kamu di tempat itu. jika mereka memerangi kamu, Maka perangilah mereka.
Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.

~ Surah al-Baqarah ayat 191.

Ya rakan-rakan,

Kita mestilah yakin dengan janji Allah yang akan memberi kemenangan bagi Pengajaran
mereka yang berada dalam kebenaran. Peperangan demi peperangan yang Isu semasa 2
melanda umat Islam seperti di Syria dan Palestin pada hari ini amat
menyedihkan. Rundingan demi rundingan tiada jalan jalan penyelesaian.

Kawan-kawan, Isi 3

Suhail bin Amru menghadap baginda Syair


Pembunuhan Uthman rekaan sahaja
Termeterai sudah Perjanjian Hudaibiyah
Muslim di arah kembali ke Madinah

Menurut syarat perjanjian Hudaibiyah, umat Islam dibenarkan memasuki Kota


Mekah pada tahun berikutnya dan semua kaum akan melakukan genjatan
senjata. Malangnya kaum Quraisy telah mengkhianati Perjanjian Hudaibiah
dengan membantu Bani Bakar menyerang Bani Khuza’ah.
Firman Allah:
Dalil 3



Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu
membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu Telah
menjadikan Allah sebagai saksimu

Surah Al Anfal ayat 91

Kawan-kawan,

Janganlah kita suka memungkiri janji. Dewasa ini, ramai mereka di luar sana
melakukan kes penipuan dalam perjanjian untuk mengambil kesempatan Isu semasa 3
terhadap orang awam.

Ingat... janji mesti ditepati.

Kawan-kawan, Isi 4

Sesudah dikhianati perjanjian Hudaibiyah sajak


10 Ramadhan 8 Hijrah
10 000 tentera bergerak ke Makkah
Tecatat sejarah Fathul Mekah.

Di Marruz Zahran, Nabi menyalakan obor api yang banyak untuk menakutkan
musuh. Perkara ini amat memeranjatkan Quraisy Makkah. Kerana ketakutan
mereka lari bertempiaran dan bersembunyi menyelamatkan diri.
Akhirnya....

Empat penjuru kota yang mulia Nasyid


Makkah dimasuki aman sentosa
Selesai tawaf, solat dan berdoa
Kaabah bersih daripada berhala

Firman Allah :

dan Katakanlah: “ telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah kebatilan ”


Surah al-Isra’ ayat 81. Dalil 4

Kawan-kawan,
Kita wajib mempertahankan negara, jasa angkatan Tentera Malaysia dalam Pengajaran
mempertahankan Malysia patut kita hargai. Justeru, bersyukurlah kerana negara Isu semasa 4
kita aman dan makmur.
Kawan-kawan,

Penduduk Makkah yang tertunggu tindakan nabi dengan cemas, tiba-tiba Penutup
mereka dikejutkan... :-

“Kamu hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan. Pergilah ke mana kamu
suka kerana kalian telah bebas”.

Masyaallah betapa mulianya hati Rasulullah. Dengan peristiwa Fathul Mekah


Islam terus berkembang keseluruh jazirah Arab.

Ya Rasulallah Ya Habiballah tak pernah ku tatap wajahmu,


Ya Rasulallah Ya Habiballah kami rindu pada mu.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamu’alaikum.

Anda mungkin juga menyukai