Anda di halaman 1dari 4

Kisah Qarun Di telan Bumi Assalamwalaikum pembuka kata Kepada hakim yang adil lagi bijaksana Tak dilupa

penonton dan pengecara Di hari ini kita bersua Insan miskin menjadi kaya Bani Israil asal keturunannya Qarun ditelan bumi tajuk cerita Mari kawan dengarkan bersama Bila bercakap soal harta dan kekayaan, semuanya saya mahu tetapi bila mengingati kisah Qarun, saya tidak mahu jadi kaya takut jadi seperti Qarun. Auzubillahi minasaitan nir rajiim

Ertinya ; Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka. Surah Al-Qashasha ayat 76 Kawan-kawan tahukah siapa Qarun? Qarun adalah saudara sepupu nabi musa. Beliau adalah seorang yang miskin, tapi amat suka membantu orang lain. Hinggakan oarang miskin suka meminta bantuannya. Ini menyebabkan Qarun mahu menjadi kaya untuk membantu rakan-rakannya yang miskin. Pada suatu hari qarun pergi berjumpa Nabi Musa dan Qarun meminta Nabi Musa mendoakannya agar menjadi kaya.Doa nabi musa akhirnya termakbul tetapi qarun mula lupakan diri. Kawan-kawan, kemiskinan bukannya penghalang untuk kita menjadi kaya tetapi kita hendaklah rajin berusaha disamping memohon kepada Allah untuk memperolehi kekayaan itu. Datuk Rozita Ibrahim pengasas Sendayu Tinggi adalah contoh ikon usahawan wanita yang bermula dari kemiskinan. Berwajah tampan rajin berusaha Qarun menjadi semakin kaya Siang dan malam menghitung harta Timbul sifat sombong dan bangga Sehingga lupa Allah yang esa.

Jangan, jangan kawan. Jangan bersifat tamak. Orang tamak selalu rugi...Lihatlah kematian pemimpin Negara Libya, Muammar Gaddafi yang menindas rakyatnya demi kepentingan diri sendiri hingga akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri.

Seperti dalam firman Allah

Ertinya: dan jangan engkau lupakan bagian engkau didunia ini, buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepada engkau... Al-Qashash ayat 77 Tidak lama kemudian, turunlah perintah ALLAH agar orang-orang yang kaya dan mampu supaya mengeluarkan zakat untuk dibahagikan kepada fakir miskin.

Ertinya Dirikan solat dan keluarkanlah zakat dan itu adalah agama yang betul. Al-baiyinah ayat 5 Bila mendengar perintah nabi musa, qarun si kaya raya enggan mengeluarkan zakat. Mengapa harus diberikan kepada orang lain kalau kita yang bersusah payah berusaha... Baiklah Musa, aku kasihan padamu Aku boleh mengeluarkan zakat. Tetapi dengan caraku sendiri. Aku akan ambil sebahagian hartaku dan biar aku yang membahagikannya sendiri untuk zakat itu. Kawan-kawan kenapa kita kena membayar zakat? Ya, dengan berzakat kita dapat menyucikan harta agar kita menggunakan harta yang halal dan bersih. Selain itu kita dapat membantu orang yang memerlukan seperti fakir miskin. Bukannya susah, Lembaga Zakat memudahkan pembayaran zakat boleh dibuat secara online, klik sahaja segalanya ada dihujung jari. Musa yang mendengar jawapan Qarun berasa lega. Akhirnya Qarun sudah patuh pada perintah ALLAH. Namun, siapa tahu niat jahat yang bersarang di hati Qarun?

Sepeninggalan Nabi Musa, Qarun membahagi-bahagikan hartanya kepada fakir miskin sambil memfitnah Nabi Musa. Dengarlah berita gembira ini. Harta ini kubahagikan untuk kalian gunakan. Tetapi jangan percaya pada ajaran Musa itu. Jauhilah dia kerana dia sebenarnya ingin mencari jalan agar dapat kaya seperti aku. Jangan percayakan Musa sebaliknya ikutilah aku. Semakin hari, Qarun semakin berani menentang Nabi Musa. Pengikutnya semakin ramai dan hartanya pula kian melimpah ruah. Sehingga akal jahatnya mula berbicara agar dapat mengenakan Nabi Musa. Dipanggilnya seorang pelacur dan Qarun memberi ganjaran sebanyak seribu dinar. Wahai pelacur. Jalankan tugasmu sekarang. Bawa cerita kepada orang ramai yang engkau sudah berzina dengan Musa. Aku akan aturkan hari dan waktunya, ujar Qarun. Astarfirullah al azim.... Kawan-kawan, janganlah kita memfitnah kerana memfitnah itu besar dosanya. Firman Allah :

Ertinya : Fitnah itu lebih berbahaya daripada membunuh. Al-Baqarah ayat 191 Walaupun Allah sudah menurunkan ayat bahayanya fitnah tetapi zaman ini masih ramai yang bersikap seperti qarun. Dalam internet terdapat berbagai-bagai fitnah untuk mengaibkan orang memusnahkan seseorang itu dapat disebarkan dengan cepat dan meluas.Semuanya kerana sikap PHD...perasaan hasad dengki. Dengan izin Allah, perempuan yang di upahnya telah mengkhianati qarun , terselamatlah nabi musa dari fitnah Qarun itu. Tidak berdaya menasihati Qarun yang keras hati itu, Nabi Musa berdoa kepada ALLAH agar dia diberikan petunjuk. Ketika itu, turunlah wahyu agar Nabi Musa dan pengikutnya meninggalkan tempat Qarun. Sudah tiba masanya balasan ALLAH akan turun kepada Qarun dan pengikutnya yang derhaka. Dengan sekali hentakan tongkat Nabi Musa ke tanah, bumi pun terbelah dua. Ia memisahkan kedudukan Nabi Musa serta orang mukmin dengan Qarun dan pengikutnya. Dalam suasana hiruk pikuk itu, tenggelamlah Qarun bersama orang-orang derhaka ke dalam tanah oleh gempa bumi yang dahsyat. Firman allah

Bermaksud Lalu Kami timbuskan Qarun bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah Al-Qhashash ayat 81 Lantaran itu ingatlah kawan-kawan segala perbuatan jahat akan mendapat balasan.Akhirakhir ini pelbagai kejadian seperti gempa bumi, tanah runtuh dan tsunami.Semua ini adalah tanda peringatan Allah atas sikap manusia yang mula alpa. Ingatlah kawan semua Qarun mati terhina Kaya tidak berjasa Zakat itu mulia, jangan dipandang hina Jadilah mukmin bertakwa. Sekian dari saya Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum ww

Anda mungkin juga menyukai