Anda di halaman 1dari 3

1

Tajuk: “Ashabul Fil @Tentera Bergajah ”

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dihormati panel hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan.

Pada hari yang ceria ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “Ashabul Fil ertinya Tentera Bergajah”.

(Surah Al-Fil)

Kawan-kawan,
2

Mari dengarkan ... kisah teladan


Ashabul Fil buat pedoman…

Kawan-kawan,

Ada sebuah negeri di utara Yaman yang menjadi tumpuan ramai. Negeri
itu adalah Mekah, di Mekah ada Kaabah. Ia menjadi sebutan dan
dimuliakan. Gabenor Yaman pula bernama Abrahah . Abrahah sangat
cemburu pada Kaabah. Dia cuba alihkan perhatian orang ramai dengan
membina gereja pertamanya “Al-Qalis” di San’a. Namun usahanya sia-
sia. Orang ramai tetap mengunjungi Kaabah.

Kawan-kawan,

Abrahah juga telah menulis surat kepada Raja An-Najasyi untuk


menceritakan kehebatan gerejanya. Bagaikan memprotes, seorang lelaki
telah membuang najis di dalam gereja tersebut. Abrahah bertambah
marah kerana gerejanya dikotori dengan najis.

Abrahah memanggil bala tenteranya dan diiringi dengan gajah2 kuat


yang dibeli dari Afrika. Mereka menunggang gajah menuju ke Kota
Mekah. Niat utama Abrahah adalah untuk meruntuhkan Kaa'bah.

Tentera Abrahah tanpa berlengah merempuh dan memusnahkan semua


yang menghalang disepanjang perjalanan. Tenteranya juga merampas
harta penduduk Mekah. kemudian mereka menuju ke Kaabah.

Abdul Muttalib merasa resah dan risau lalu dia berkata :


3

“Wahai Abrahah, Tolonglah batalkan hajatmu. Kaabah adalah milik Allah.


Ia adalah tempat yang aman. Percayalah, kami berjanji untuk
menyerahkan 1/3 harta penduduk Mekah kepadamu.”

Abrahah tetap berdegil. Berulangkali Abrahah sudah diingatkan. Tetapi


Abrahah dan Ashabul Fil tetap melangkah takbur, Namun…siapa yang
takbur pasti lebur, Kerana angkuh, Abrahah dan tenteranya dilempar
batu-batu kecil, keras dan panas oleh burung-burung Ababil. Kerana
angkuh tubuh tenteranya hancur bersepai. Bagaikan daun-daun dimakan
ulat. Kerana….. Tiada yang lebih hebat selain kuasa Allah yang Maha
Esa….

Abrahah turut cedera parah. Namun, dia sempat kembali ke Yaman.


Akhirnya dia juga mati seperti bala tenteranya . Selepas peristiwa itu,
maka lahirlah Nabi Muhammad pembawa cahaya kebenaran.

Kaabah tetap dilindungi Allah


Biar pun gagah tentera bergajah
Sehebat mana kedudukan kita
Semua kembali pada Yang Esa.

Sekian sahaja daripada saya. Wabillahittaufik walhidayah…


wassalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai