Anda di halaman 1dari 2

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis. Barisan Panel Hakim yang ariff lagi bijaksana.

Guru guru serta rakan rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk SERANGAN TENTERA BERGAJAH. Tahukah kawan kawan Mekah merupakan sebuah negara yang terkenal sejak dari zaman dahulu. Ini adalah kerana di mekah terdapat sebuah binaan yang dipanggil kaabah atau Baitullah. Kaabah adalah tempat bagi orang yang beriman beribadat kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Mekah dikunjungi orang yang jauh dan dekat. Mekah berkembang maju sebagai pusat ibadat dan perdagangan. Yaman pula terkenal sebagai pusat perniagaan. Sejak adanya Kota Mekah Yaman semakin dilupakan. Setiap tahun orang mengerjakan ibadat haji di Mekah. Kesian kesian Yaman semakin dilupakan. Abrahah berasa sangat marah. Kalau begini keadaanya Yaman akan rugi.. Abrahah terus berfikir. Aku akan bina kaabah di sini. Nanti semua orang akan datang kemari. Kaabah di Mekah akan dilupakan orang HaaHaaa.. Abrahah memerintahkan rakyatnya membina kaabah yang lebih baik lebih cantik dan lebih besar di Yaman. Tetapi malang sekali nasib Abrahah Tidak seorang pun menunaikan haji di rumah ibadah yang dibinanya. Mereka tetap pergi ke Kota Mekah. Kesian Abrahah. Abrahah bertambah marah. Aku bersumpah akan menghancurkan kaabah.. Jika kaabah musnah orang akan berpindah ke sini. Itulah fikiran Abrahah. Lalu Abrahah memerintahkan supaya tentera bergajah menuju ke Kota Mekah. Ketika sampai di Kota Mekah Abdul Muttalib bertemu dengan Abrahah. Abrahah memberitahu yang dia akan memusnahkan kaabah. Kaabah itu milik Allah. Allah akan melindungi kaabah daripada segala kejahatan. Abrahah berasa sangat marah.. Aku tetap akan menghancurkan kaabah. Selepas itu Abrahah bersama dengan tenteranya terus mara menuju ke Kota Mekah. Tiba tiba perjalanan gajah gajah terhenti seketika. Kaki kaki mereka seperti melekat ke bumi. Macam macam yang mereka lakukan tetapi, gajah itu tetap tidak mahu bergerak. Kenapa gajah gajah ni berhenti..? Tanya Abrahah dengan perasaan gelisah. Kenapa gajah ni berhenti jerit Abrahah kemarahan.

Tiba tiba langit menjadi gelap gelita. Rupa rupanya burung ababil menutupi langit. Burung burung itu melemparkan ketulan batu yang sangat panas yang diambil dari neraka. Batu batu itu menimpa tentera bergajah Abrahah. Musnahlah tentera bergajah Abrahah. Lima puluh hari kemudian Aminah binti Wahab melahirkan seorang bayi. Bayi itu ialah Muhammad bin Abdullah. Cucu Abdul Mutalib seorang pembesar Quraisy.

Peristiwa ini tercatat dalam al Quran : Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berpusu pusu yang melempari mereka dengan batu dari tanah yang dibakar. Dia menjadikan pasukan bergajah itu seperti daun daun yang dimakan ulat. Surah al Fiil ayat 1 5 Sekian dahulu cerita yang ingin saya sampaikan. Yang buruk dijadikan sempadan, dan yang baik dijadikan panduan. Saya akhiri cerita saya ini dengan Wabillahi taufiq wal hidayah Wassala mualaikum warah matullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai