Anda di halaman 1dari 3

SK LKTP KECAU 1 – BERCERITA PEREMPUAN

KISAH QARUN YANG HALOBA

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan
hadirin sekalian.

Dengarlah kawan mari renungkan


Qisatul Anbiyak daku sampaikan
Qarun yang haloba jadikan pengajaran
Agar kita mendapat keredhaan

Ya kawan-kawan,

Siapakah Qarun?..........

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :


     
… 
Maksudnya: “Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa ”

Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Berketurunan Bani Israel dan sepupu
kepada Nabi Musa. Qarun dikenali sebagai ‘al-Munawwir’ kerana perawakannya yang tampan dan
An Nur kerana suara yang merdu ketika membaca kitab Taurat. Qarun miskin tetapi rajin berkerja,
warak dan alim. Beliau sentiasa berfikir dan gigih berusaha untuk menambah pendapatan.
Kerajinannya ini menjadi contoh kepada kaum Nabi Musa A.S. “Bagaimana caranya …agar aku
mendapat rezeki yang bayak? Qarun meminta kepada Nabi Musa mendoakannya menjadi kaya
raya. Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah.

Ya kawan-kawan,

Pengajaran pertama: Rajin berusaha pasti berjaya. pemberian modal kerja untuk
perniagaan melalui mikro kredit oleh institusi zakat di negara ini perlu diperluaskan untuk
membantu golongan asnaf yang memerlukan. Agar golongan ini dapat keluar dari
kemiskinan.

Ya kawan-kawan,

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari Qarun telah berubah. Ibarat
kacang lupakan kulit, Qarun lupa pada janjinya, lupa pada Allah. Allah yang telah memberinya
kesenangan. Dari hari ke hari Qarun semakin mabuk dengan hartanya. Ibadat tidak lagi menjadi
keutamaan. Sebaliknya harta, harta, harta. Bagaimana hendak menambah harta..

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76


     
  
Maksudnya : “Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong
dan zalim terhadap mereka”

Ya kawan-kawan
1
SK LKTP KECAU 1 – BERCERITA PEREMPUAN

Pengajaran kedua : Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak. Kejadian
rahsuah yang berleluasa sekarang ini sangat membimbangkan. Perkara ini akan
mengakibatkan kerugiaan kepada negara dan masyarakat.

Ya kawan-kawan.

Si Qarun berkata: “Ha…Ha…Ha…Aku kaya! Sekarang aku telah kaya raya. Kau ! Kau ! Mari ikut
aku!”

Si Qarun semakin angkuh.


Ada yang mula memujanya. ( Nasyid )
Orang miskin dianggap menyusahkan saja.
Perintah Allah sudah dilupa

Surah Al-Qasas ayat 79 :


   
 
Maksudnya : “Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya”

Nabi Musa menyeru kepada Qarun agar kembali beriman kepada Allah. Baginda meminta Qarun
menunaikan zakat jika mahu rezekinya berkat. Emmm…“Ya…Ya…Ya…! aku sedang mengira
jumlah yang akan dikeluarkan” alasan Qarun.
Sekali…, dua kali…, tiga kali…, dan banyak kali Nabi Musa menyeru dan mengingatkan Qarun.“
Harta ku…adalah milikku………..Sedekah…amal jariah…… Ahhh.. peduli apa!! ”Qarun mula lupa
akan perintah Allah. Seruan dan nasihat Nabi Musa tidak dipedulikan.

Ya kawan-kawan,

Pengajaran ketiga : Zakat menyucikan harta. Pada masa kini cara pembayaran zakat makin
dipermudahkan. Seperti e-zakat, bayaran online dan kaunter-kaunter zakat yang banyak
disediakan ditempat-tempat tumpuan orang ramai. Sepatutnya tiada lagi alasan untuk kita
tidak mengeluarkan zakat. Marilah kita membantu mereka yang kurang berdaya.

Ya kawan-kawan,

Qarun terus berdebat dengan Nabi Musa.

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78:


   
  
Maksudnya: “Berkata Qarun dengan sombongnya, “Aku diberi kekayaan ini hanyalah disebabkan
pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”

Beliau cuba mempengaruhi kaum Nabi Musa dengan menabur fitnah. Beliau mengatakan bahawa
Nabi Musa mahu merampas hartanya

Qarun tidak berdiam diri


Mencari helah mengalahkan Musa
Seorang perempuan menawar diri
Mencalar maruah Nabi tercinta

2
SK LKTP KECAU 1 – BERCERITA PEREMPUAN
Ya seorang Nabi yang mulia telah berzina. Dan dia ada saksi yang menyokong kata-katanya.
Namun Allah tidak akan membiarkan Nabi Musa diaib sedemikian rupa.

“Tidak! Aku tidak pernah berzina dengan Musa. Dia tidak mengenaliku, jauh sekali ingin
memandangku. Aku hanya seorang pelacur yang diupah untuk menipu dengan wang seribu dinar.
Qarunlah yang telah berbohong dan berniat untuk memfitnah Musa,” ujar pelacur itu tanpa ragu-
ragu..

Ya kawan-kawan

Pengajaran keempat : Hari ini dengan teknologi dihujung jari, fitnah banyak disebarkan
melalui blog-blog, FB, what’s up, dan sebagainya. Janganlah kita juga termasuk dalam
golongan orang yang menyebarkan dan mempercayai fitnah.Kerana fitnah itu besar
dosanya.

Ya kawan-kawan.

Walaupun tidak berjaya dalam tipu dayanya, Qarun terus menerus mencaci dan menghina
Nabi Musa. Merasakan Qarun tidak lagi berjaya dilembutkan hatinya. Nabi Musa menadah tangan
berdoa kehadrat Allah supaya menarik balik harta-harta Qarun. Doa Nabi Musa di makbulkan Allah

Akhirnya dengan izin Allah berlaku satu gempa bumi yang maha dahsyat. Seluruh tanah tempat
Qarun berdiri merekah. Tenggelamlah Qarun bersama dengan harta harta kesayangannya.

Surah Al-Qasas ayat 81:


  
… 
“Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat
golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah.”

Akhirnya, tamatlah riwayat Qarun.

Ya kawan-kawan.

Pengajaran kelima : Kita hendaklah bersyukur atas segala nikmat keamanan dan kedamaian
yang diperolehi di Malaysia kini. Jangan di lupakan saudara seislam kita dibumi Palestin,
syiria dan Rohingya.

Harta hanya hiasan dunia


Zakat bagi mereka yang berada ( pantun )
Janganlah tamak atas rezekinya
Kisah Qarun ditelan bumi ambil ibrohnya.

Sekian assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai