Anda di halaman 1dari 2

KISAH QARUN YANG HALOBA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.


Terima kasih Pengerusi Majlis
Yang saya hormati para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk KISAH QARUN YANG
HALOBA.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Firman Allah Subhanahu wataala dalam al-quranul karim:
Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Musa, kemudian ia dianiaya
kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta yang banyak, sehingga anak-
anak kunci gudang-gudangnya amat berat dipikul oleh orang banyak yang kuat-kuat.
Ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau terlalu bangga, Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.
(Surah al-Qasas : 76)
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang yang bernama Qarun. Allah telah memberikannya
harta kekayaan yang sangat banyak. Dengan kekayaan yang ada padanya, Qarun
menjadi sombong dan bongkak. Qarun hidup dengan penuh kemewahan.
Maka Allah SWT telah memerintahkan Nabi Musa agar mengajak Qarun membuat
kebajikan. Hai Qarun, harta ini adalah kurniaan Allah SWT kepada kamu. Janganlah
kamu sombong dan bongkak dengan harta kekayaan kamu ini. Jadilah seorang yang
berpekerti luhur serta mengesakan Allah SWT, kata Nabi Musa kepada Qarun.
Aku memperolehi harta benda ini dengan tenaga dan ilmu yang ada padaku, jawab
Qarun dengan sombong.
Qarun tidak mengendahkan ajakan Nabi Musa supaya membuat kebajikan. Qarun
semakin giat menambah harta kekayaannya dan menjadikan dia semakin sombong.
Pada suatu hari, Qarun telah keluar dengan pakaian dan perhiasannya yang mahal dan
mewah. Dia menuju ke tempat orang ramai. Seluruh penduduk kampungnya keluar
melihat Qarun dengan harta kekayaannya. Penduduk kampung merasa sedih kerana
mereka hidup melarat dan miskin sedangkan Qarun hidup dengan senang-lenang.
Melihat kepada kesombongan dan keangkuhan Qarun itulah, Orang-orang beriman turut
menasihati dengan berkata, Kami tidak iri hati melihat kekayaanmu, kami juga tidak
melarang kamu bergembira dengan harta kekayaanmu, tetapi kami mahu mengingatkan
kepada kamu supaya menambah harta dengan jalan yang halal dan menggunakan
hartamu itu pada jalan Allah. Hendaklah kamu tolong orang-orang miskin dengan
memberi sedikit daripada hartamu. Berbuat baiklah kepada mereka sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepadamu.
Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada nabi Musa supaya mengumumkan
kewajipan menunaikan zakat bagi orang kaya. Maka zakat itu akan dibahagi-
dibahagikan kepada orang-orang yang miskin. Nabi Musa juga telah menyampaikan
kepada Qarun.
Ada-ada saja perintah Tuhan Musa, ejek Qarun.
Hai Qarun ini adalah perintah Allah SWT. Aku sampaikan kepadamu kerana aku adalah
pesuruh-Nya, jawab Nabi Musa.
Qarun tidak mahu mengikut perintah Allah SWT, malah dia mengejek-ejek dan
memburukkan Nabi Musa di hadapan orang ramai. Nabi Musa bersabar mendengar
kata-kata Qarun.
Lalu Nabi Musa memohon doa kepada Allah agar orang ramai tidak tersesat seperti
Qarun. Maka Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa. Lantaran itu, tibalah
bencana dari Allah SWT. Tanah di sekitar istana gudang-gudang kekayaan Qarun
pecah dan runtuh. Akhirnya harta kekayaannya tenggelam ke dalam perut bumi dan
menguburkan jasad Qarun di situ. Tamatlah riwayat Qarun dan harta kekayaannya.
Melihat kepada kejadian itu, orang ramai yang miskin dan melarat itu insaf..
Pengajaran daripada kisah ini ialah:
Yang Pertama, Seseorang yang dikurniakan harta kekayaan hendaklah membelanjakan
hartanya kepada jalan Allah s.w.t.
Yang Kedua, Seseorang itu tidak boleh sombong dan bongkak dengan harta kekayaan
yang ada padanya.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai