Anda di halaman 1dari 3

KISAH QARUN DITELAN BUMI

Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, yang saya hormati para hakim yang adil lagi bijaksana, kawan-kawan serta hadirin sekalian.
Berbagai kemewahan Allah kurniakan, Hidup di istana penuh kesenangan, Ikuti kisah Qarun wahai rakan, Dikurniakan Allah harta kekayaan. Ya rakan-rakan sekalian,

Qarun adalah salah seorang kaum Nabi Musa dan juga sebagai menantunya. Qarun adalah seorang yang miskin. Nabi Musa merasa amat kasihan terhadap Qarun. Qarun telah meminta Nabi Musa agar berdoa supaya dia menjadi seorang yang kaya. Doa Qarun akhirnya termakbul apabila Nabi Musa mengajarkannya ilmu Sains. Qarun rajin berusaha dalam mengumpulkan harta dan dapat memberi nafkah yang lebih kepada keluarganya. Allah berfirman dalam Surah ,ayat 76:

....
Maksudnya: ..Dan Kami berikan kepadanya dari perbendaharaan (harta yang banyak) yang sungguh bahawa kunci-kuncinya benar-benar ia berat (dipikul).. Pada peringkat awalnya, Qarun adalah seorang yang kuat beribadah. Pada malam hari dia bangun beribadah dan pada siang hari dia berpuasa. Namun begitu, apabila kekayaan sudah mula melimpah ruah, dia mula meninggalkan ibadat sunatnya. Qarun sudah lupa akan asal-usulnya dan hidup berpaksikan kekayaan semata-mata. Qarun hidup dengan mewah dan menjadikan dunia sebagai tujuan utama hidupnya. Apabila hartanya makin bertambah, sifat tamak, sombong dan bangga diri mulai timbul dalam diri Qarun. Allah berfirman dalam surah at-Taghabun, ayat 15:


Maksudnya: Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu) dan disisi Allah pahala yang besar. Kawan-kawan, Jangan bersifat tamak dengan kekayaan yang Allah berikan. Keangkuhan Israel yang menyekat bantuan ke Gaza adalah sifat yang keji.

Allah memerintahkan Nabi Musa agar meminta zakat daripada Qarun. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 110:


Maksudnya: Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.

Rakan-rakan sekalian, Ketika Qarun menghitung jumlah zakat hartanya, ternyata jumlahnya sangat banyak. Hatinya merasa sayang untuk mengeluarkan zakat. Nabi Musa tetap memaksa Qarun mengeluarkan zakat. Qarun berkata dalam hatinya, Esok aku akan kumpulkan semua penduduk dan aku akan berdialog dengannya. Jika dia dapat mengalahkan aku, aku akan penuhi permintaannya. Jika tidak, dia tidak akan dapat apa-apa daripada aku. Maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Nabi Musa dan Qarun. Qarun telah kalah dalam perdebatan itu.

Kalah dalam perdebatan, Qarun mencari helah, Nabi Musa difitnah, Dengan pelacur laknatullah.

Apabila dia kalah dalam perdebatan itu, Qarun mula mengatur stategi untuk mengenakan Nabi Musa. Qarun telah mempengaruhi kaum Nabi Musa dan memfitnah Nabi Musa dengan mengatakan bahawa Nabi Musa ingin merampas semua hartanya. Pada waktu itu, ada seorang wanita yang sangat terkenal dengan kecantikannya dan suka berbuat maksiat. Qarun menhasut pelacur tersebut agar dia mengaku telah berzina dengan Nabi Musa dan sedang mengandungkan anaknya. Qarun berjanji untuk memberi wang yang banyak kepadanya. Allah berfirman dalam surah

Maksudnya: Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orangorang yang menginginkan kehidupan dunia berkata, mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia mempunyai keuntungan yang besar Kawan-kawan, Jauhilah sifat suka memfitnah kerana ia merupakan dosa besar. Fitnah memfitnah menerusi laman blog yang berleluasa yang mengaibkan orang lain amat memalukan.

Rakan-rakan sekalian.. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Allah telah menggerakkan hati pelacur tersebut untuk bercakap benar dan mengatakan apa yang sebenarnya berlaku. Allah telah membersihkan nama Nabi Musa daripada fitnah Qarun. Allah berfirman dalam surah alAhzab, ayat 69:


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu seperti orang-orang yang menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka lontarkan. Dan dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. Nabi Musa merasa amat murka, lalu berdoa kepada yang Esa, Datang Jibril alaihissalam dan berkata Wahai Musa, Allah telah menjadikan bumi taat kepadamu, apa sahaja perintahmu, ia akan turuti. Kemudian Nabi Musa pergi menemui Qarun yang sedang duduk di atas singgahsananya yang mewah. Lalu Nabi Musa memukul tongkatnya ke tanah dan singgahsana itu ditelan bumi. Qarun melompat dan Nabi Musa berkata, Wahai bumi, telanlah dia. Maka bumi menarik Qarun hingga ke lutut. Qarun memohon agar dia dilepaskan. Namun, Nabi Musa berkata lagi, Wahai bumi, telanlah dia. Oleh itu, lenyaplah Qarun akibat ditelan bumi bersama harta-hartanya. Kawan-kawan, Setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan yang setimpal sama ada di dunia mahu pun akhirat. Begitulah dengan kisah Qarun ditelan bumi ini. Semoga menjadi pedoman dan pengajaran buat kita semua.

SEKIAN.

Anda mungkin juga menyukai