Anda di halaman 1dari 5

KISAH ASHABULFIL (NABI MUHAMMAD)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin yang saya
hormati.

Peristiwa tentera bergajah tajuk cerita

Mari dengarkan hayati bersama (pantun)

Peristiwa ini berlaku ketika nabi Muhammad s.a.w berada di dalam kandungan ibunya.

Abrahah adalah seorang penguasadi negeri Yaman.Pasukan Abrahah terdiri daripada


sekumpulan tentera bergajah yang besar datang ke Makkah untuk menghancurkan
Kaabah.

Surah Al-Fil ayat 1 yang bermaksud:

“tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan


tentera (yang dipimpin oleh pembawa gajah yang hendak meruntuhkan Kaabah?”

Kawan-kawan,

Menziarahi kota suci Makkah menjadi tuntutan bagi orang yang berkemampuan. Setiap
tahun berjuta umat islam seluruh dunia berkunjung ke Makkah bagi menunaikan fardu
haji. Kini kota Makkah telahpun dibesarkan untuk menampung keperluan berjuta umat
islam untuk beribadah.

Hadirin sekalian,

Makkah yang makmur menjadi tumpuan

Tempat ibadat orang Arab dan Yaman

Gereja al-qalis tidak mendapat sambutan

Hancur hati Abrahah tidak tenteram (nasyid 1 muharram)


1

Hadirin sekalian,

Abrahah telah membina sebuah gereja di San’a yang dinamakan al-Qalis. Abrahah
telah menulis surat kepada raja najasyi yang berbunyi ;

“Sesungguhnya aku telah membina untuk kamu sebuah gereja yang tidak pernah dibina
seumpamanya kepada mana-mana raja sebelum kamu. Aku tidak akan tenang
sehinggalah orang-orang Arab datang beribadah di sini”.

Namun….

Pedagang-pedagang Arab lebih menyukai kaabah

Gereja yang mewah dan indah tidak mendapat sambutan

Akibat dengki dan irihati beraja dihati

Abrahah berhasrat meruntuhkan kaabah (sajak)

Kawan-kawan,

Jauhilah sifat dengki dan irihati, bersihkanlah hati kita daripada sifat kotor ini kerana
Allah suka kepada orang yang bersih hatinya.

Surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud,

108.”Dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka zahir dan
batin.”

Ya, kawan-kawan,

Hari ini akibat iri hati dan dengki, bangsa Yahudi sanggup musnahkan Baitulmaqdis dan
menyerang Palestin.

Hadirin sekalian,

Abrahah dan tentera bergajah menuju ke Makkah


Meminta tebusan 200 ekor unta Abdul Muttalib

Utusan Abrahah bernama Hannatah

Menyampaikan pesanan kepada Abdul Muttalib pantun/nasyid

Kata Abrahah,

“Tanyalah ketua negeri ini, aku datang bukan untuk memerangi kamu tetapi untuk
menghancurkan Kaabah, sekiranya dia tidak mahu berperang bawalah dia kepadaku”

Abdul Muttalib dibawa bertemu Abrahah

Abrahah turun dari singgahsana duduk bersamanya

Lalu ditanya hajatnya oleh Abrahah

Abdul Muttalib minta dipulangkan 200 ekor untanya

Kata Abrahah,

“Apakah kamu hanya mahu 200 ekor unta ini, sedangkan kamu tinggalkan Kaabah
yang menjadi pegangan kamu?”

Lalu jawab Abdul Muttalib

“Aku tuan unta ini, manakala Kaabah ada tuan yang akan melindunginya.”

Surah Ali-Imran ayat 68 yang bermaksud,

“Dan Allah adalah pelindung dan penolong orang yang beriman.”

Kawan-kawan,
Allah adalah sebaik-baik pelindung.ingatkah kita kejadian Highland Tower yang runtuh
23 tahun yang lalu? Seorang bayi berusia 4 bulan yang bernama Hamidah terselamat
bersama ibunya dalam kejadian yang dahsyat itu.

Hadirin sekalian,

Abdul Muttalib pulang dan memerintahkan kaum Quraisy berlindung di atas bukit,
kemudian beliau mengunci pintu Kaabah dan berdoa semoga Allah mengalahkan
Abrahah dan tenteranya.

Menjelang pagi………

Abrahah bersama gajahnya bernama Mahmud menuju ke Makkah

Namun………..Gajah tersebut enggan bergerak

Bila diarah kembali ke Yaman gajah tersebut bangun dan berjalan

Bila diarah kea rah Makkah,gajah tersebut terus duduk

Lalu……Allah mengutus sekumpulan burung

Setiap seekor membawa 3 biji batu, Sebiji di paruh 2 biji di kaki

Sesiapa yang terkena hancur binasa. Abrahah terkena lontaran batu tersebut, jari-
jarinya terputus dan apabila sampai di San’a beliau meninggal di sana.

Tahun dikenal dengan tahun Gajah

Tentera bergajah diketuai Abrahah

Mati berkecai dimusnah Allah

Burung Ababil selamatkan Kaabah (nasyid pondok kecil)


Surah Al-fil ayat 2, maksudnya;

2.Bukankah Tuhan-Mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan rugi
dan memusnahkan mereka.

Kawan-kawan,

Allah Maha berkuasa atas segalanya. Contohnya kekejaman Israel yang menyerang
Palestin. Alangkah ruginya hidup dalam kutukan. Justeru bertaubatlah mohon
keampunan.

Anda mungkin juga menyukai